Friday, June 3, 2011

Pergi Takkan Kembali.

Pada pagi ini, pak cik aku Qhali Fuad telah kembali ke rahmatullah (Al-Fatihah di sedekahkan.) di HKL. Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik di mana dia adalah abang sulung kepada walid aku. Berita tentangnya sangatlah mengejutkan. Tanpa aku sangka, dengan sekelip mata sahaja Allah telah menarik rohnya. Sedangkan, dua hari sebelumnya aku bertemu, iaitu semasa kenduri kahwin kakak aku. Di mana kami makan, sembang dan bergamabr bersamanya. Hari keesokkannya, iaitu pada Rabu lepas, aku sekeluarga dan para relatives mendapat berita beliau di adminkan ke ICU. Ura-ura yang aku dengar, dirinya ditemui cedera di bahagian kepala di mana tengkorak kepalanya telah pecah, mata belah kirinya lebam teruk dan tetapi, badannya tiada sedikit calar pun. Bodynya di temui oleh seseorang yang membuat laporan tentang kedamparan bodynya di sungai berhampiran Jalan Raja Laut. Yang menjadi teka-teki, pada kami semua bagaimana, mengapa dan kenapa dirinya diperlakukan sebegitu? Tiada jawapan yang ditemui. Pada mulanya, hanya menunggu dirinya untuk sedar untuk menjawab segala teka-teki ini, namun begitu, ajalnya tiba sudah dan sebarang jawapan tidak kami semua perolehi. Insiden yang sangat mengejutkan dan mengecewakan dan amat mengayat hati. Paling aku simpati, isterinya dan anaknya, Danish yang baru sahaja berusia 3 tahun. Aku harap, kita semua tabah menghadapi pemergiannya. Alhamdulillah, jenazahnya telah selamat dikebumikan di Cheras. Tapi, malangnya aku tidak dapat ke sana melihat kebumiannya kerana jalan ke sana tidak aku ketahui. Hanya doa dan yassin yang mampu aku berikan.

Benar, peringatan yang mahu diberikan oleh Alalh kepada hambanya hanya mengambil masa sekelip mata sahaja. Tidak perlu tunggu hingganya berusia umur. Apabila Allah merindui hambanya untuk meminta dan memperingati kepadanya, mudah sahaja diriNya mahu memberi peringatan. Lagi-lagi, peringatan kepada kematian. Apabila jasad orang yang kita sayangi telah ditarikkan rohnya, telah dikebumikannya, barulah tertimbulnya rasa sedar tentang nilai adanya seseorang itu. Mudah tetapi sangat mendalam peringatan ini. Oleh itu, tidak lagi terlambat untuk kita menghargai, mensyukuri dan mengingati tentang asal-usul kita dan juga kepada yang Maha Esa. Sesungguhnya, walaupun usia seseorang itu tua dari kita, ajal tetap tidak mengira usia. Hanya perlu kita bersiap sedia menghadapi Yang Esa.


Aizad bersama arwah Qhali Fuad (sebelah kanan)

In loving memories Arwah Qhali Fuad (Syed Ahmad Fuad bin Syed Zain.) Semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. Amin.

No comments:

Post a Comment