Monday, June 20, 2011

Doa Menjana Semangat dan Harapan.

Pabila hati ini terasa seperti kekurangannya sesuatu, janganlah segan silu untuk berdoa kepada yang Satu. Kerana, Allah S.W.T sentiasa berada di sisi hamba-Nya, tidak kiralah ketika susah mahupun senang.



" Berdoalah kepada Tuhan-Mu dengan merendah diri dengan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."


 (Surah Al- A'raf 13 : 55)



Berdoalah apa sahaja yang diingini, apa sahaja yang dihajati, kerana Allah pasti akan memperkenankan doa hamba-Nya.



"Dan apabaila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah): 'Sesungguhnya Aku adalah hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka mematuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.' "

(Surah Al-Baqarah 2 : 186)



Allah S.W.T tidak pernah sesekali berpaling dari hamba-Nya. Segala apa yang ditadah oleh hamba-Nya tidak pernah dibiarkan-Nya kosong. Hanya kita, hamba-Nya yang leka dengan semua. Tidak pernah sekali Allah tidak memakbulkan doa hamba-Nya.



"Dan Tuhanmu berfirman:' Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan menjadi penghuni neraka jahanam dalam keadaan penuh hina. ' "

(Surah Ghafir 40 : 60)

No comments:

Post a Comment