Tuesday, June 21, 2011

Criteria.

Dulu, masa zaman tak bercinta lagi, I mean zaman hingusan, mesti diri ini akan berangan nak ber-BF kan orang yang gila hot, handsome, kacak, stylo-milo, tinggi, kaya, gila serabai dan selekeh tapi still stylo macam Johnny Deep tuh dan yang pasti, gigi tersusun dan nafas tak berbau. And an extra credit if he's non-smokers. Lepas tuh, tak nak yang ganas-ganas dan ego, mesti nak yang romantika de'amour. Haaa, tapi criteria inilah yang paling di cari-cari. Tahu bersukan extreme or any sports (at least) dan tahu main instruments. Any! Tapi, paling cair if tahu main piano. But then, itu masa zaman sekolah. Biasalah. Angan-angankan? Hekhekhekhekehk.. Kalau buat cantuman, memang habis perfect lah kan. Muka nak macam Johnny Deep, dressing ala-ala Ville Valo, kaya macam Bill Gates, tinggi macam Kobe Bryant, hidung mesti mancung macam Arjun Rampal, body cun macam Ashton Kutcher dan blablablablablablaaaaa. Tapi, itulah, orang kata if apa yang kita terlampau desire, tak mustahil kita takkan dapat. Ha ah. Memang pun.

Sebab, masa kau mula-mula berkapel ni start aku habis sekolah menengah. Tengok, zaman sekolah aku clean tau. Tak dak time nak berpacar-pacar ni. Akademiklah masa depan. Ececececec.. Haaa, tapi yang mamat tuh tak dak langsung yang macam aku berangankan. Memang vice versa habislahkan. Nak buat camne, kapel sebab terpaksa. So, memang tak kekallahkan. As I expected! Hahahahahah, macam bodoh bila kenangkan. Then, yang second ni pun same. Sepesen aja. Maklumlah, kawan baik mereka ini. Hekhekhek. Tapi hakikatnya, aku suka yang second ni dari mula-mula aku kenal yang first tuh. Tapi, yang first ni macam nyebok nak juga dan terkinja-kinja gak nak kat aku, aku pun accept jelah. (bajet laku habislahkan). Malangnya, bila dah kapel dengan yang second ni, haram. Lain dari ketika aku kawan dengannya. Kiranya, if kawan lagi bestlah dari berkapel dengan dia. Jadi hambar gila. So, after almost 3 years, ye kami ikut path masing-masing. Aku pun redha jelah. Yang aku ni pulak, jenis malas nak fikir banyak-banyak, panjang-panjang. So, what has end, let it be jelah. Okay, case close. Main subject yang ingin aku ceritakan ialah, mengenai characteristics lelaki idaman I kan.





1. KUAT PEGANGAN AGAMANYA.

Ini, aku pasti semua wanita menginginkan criteria ini. Kerana, pegangan agamalah yang paling utama. If pegangan agama kuat, InsyaAllah segalanya akan lancar. Siapa yang mahukan lelaki yang terumbang ambing pegangan agamanya? Jika ada yang kata " Alaaaa, relaxlah. Nanti dah kahwin, boleh je kot belajar agama." Haaa, sifat orang yang macam ginilah yang durjana. Apa kau ingat ajal kau tuh jauh lagi keee? Kalau ada lelaki macam ginilah, memang tak amanlah hidup. Bukan aja dia punya hidup hanyut, dengan teman sehati sejiwa dia punlah. Bagi aku, ini memang no satulah dalam list. Sebab, orang yang kuat agamanyalah yang boleh mendamping mereka yang cetek ilmu agamanya. Macam aku jugaklahkan. Harap je dulu sekolah rendah, sekolah agama. Tapi, alpha dia, mengalahkan orang yang tak sekolah agama. Jahilkan? Sebab itulah aku menitik beratkan criteria ini pada seorang lelaki. Bagi aku, kalau terjaganya solat lima waktu sehari dia, InsyAllah terjaga segalanya. Plus, mereka yang ada pegangan agama yang kukuh nih, sangat sexy bagi aku. Automatik wei! If dengar azan yang sedap, aku terus je carik sape bilalnya. Hahahah. Aku senang saja, if seorang lelaki itu keluar memakai shorts, aku assumekan dia tak solatlah. Maybe yang musafir tuh, diterimalahkan. Tapi, yang memang saja tuh, maaflah. Kotlah ada bawak kain pelekatkaaan.


2. ADA PENGETAHUAN TENTANG ILMU FEQAH.

Kekasih selalu kata, dia nak kembali jadi tahfiz dan pupuk kembali ilmu feqah ni. Katanya lagi, ilmu feqahlah ilmu yang paling tinggi. Kalau dia manage untuk konker ilmu feqah ni, Alhamdulillah. Sebab apa? Sebab, dengan ilmu ini, banyak benefits yang kita dapat. Aku pun, sokong. Tak rugi pun if ada ilmu yang pelbagaikan? Tak kiralah ilmu feqah, tauhid, sirah. Janji ilmu agama.


3. HORMAT ORANG TUA.

Ini mesti yang diidamkan setiap wanitakan? Siapalah nak teman lelaki atau bakal suaminya yang kurang ajar dengan parents mereka. Ye dak? Luluh hati wei kalau dapat lelaki yang tak reti hormat orang tua. Like serious! Aku senang saja. Nak tengok macam mana dia melayan perempuan, tak kiralah girlfriend dia ka, bakal isteri dia ka, bakal family mentua ka, aku tengok macam mana dia melayan parentsnya especially maknya. If dia turut segala apa yang disuruh oleh maknya, insyaAllah, in their marriage akan kekal dan bahagia.


4. MENGHARGAI AKU.

Aku dari dulu sampai sekarang, prinsip aku satu sahaja. If nak bercinta dengan aku, hargai dan ikhlas bila dengan aku. Aku tak suka bila people take me for granted. Rasa macam palat habis. So, kalau kau rasa kau tak boleh nak hargai aku, tak perlulah nak kenal aku ke hape. It's preferable. 


5. FUTURISTIC.

Ini adalah sifat/criteria yang paling aku suka. Sebab, dengan adanya future planning, mission or vision sang lelaki, memang bagi aku nampak dirinya gagah dan berwawasan. Adoring it sooooo much! It will be an extra credit if dalam planning dia pun adalah pasal nak kahwin, what will he become in 5 years coming, nama-nama anak and everyhting in future. Memang macam, " Wahhhh, mamat ni serius sial. Susah giloo nak dapat orang yang serious camnih." Lagi satu, if dia selalu pandang depan dan fikir untuk future, memanglah dia sangat berfikiran maju, kan? For me, this kinda people do look sexy in their own ways. Don't you think so?


6. PENYABAR, PEMBERI SEMANGAT, HAVE SENSE OF HUMOR AND KNOW WHEN TO GET AND TO BE SERIOUS.

Ini, memang perlulah adakan. Penyabar. Well, memandangkan aku cepat marah dan memang selalu saja mood swing tak pasal-pasal, semestinyalahkan perlukan someone yang opposite dari aku. Sabar dalam handle peel aku yang dah macam kalau orang lain yang tak sabar, memang minta kaki habislah kat muka aku nih. Hahahaha. Pemberi semangat pun wajib ada. Aku tak nak, bila aku tengah down gila, dia lagilah nak kondem aku berbagai. Haishhh, memang mengundang. Dahlah tengah down, dapat plak orang kondem aku. Lagi hangin pale otak haaaa. Have sense of humour. Mestilah! Takkan kot kau nak lelaki yang serious ja memanjangkan? Hahahahahah, mati akailah gamaknya camtuh. Bergurau pun tak boleh sebab serious saja. Tapi, if melawak pun, kenelah pada tempat. Takkan kot 24/7 until topic heart to heart kau pun nak melawakkan? Memanglaaaaaaah aku lempang kat situ. Aku tengah serious, kau pulak dok melawak? Menguji tau.


7. RUPAWAN, TINGGI, SMELL GOOD DAN MEMPUNYAI GIGI YANG TERSUSUN DAN NAFAS YANG TIDAK BERBAU. 

Siapa tak mahu pasangannya ada rupakan? Tipulahkan if kau kata " Aku tak kesahlah if laki aku tuh muka macam jamban retak, janji hati dia baik." Ye, memang tak dinafikan semua orang mahukan pasangannya hati suci murni. Tapi, tipulahkan if kau kata, kau tak peduli if laki kau muka macam jamban retak. BOHONG tuuu. Habis tuh, kau mula-mula tergoda dengan mamat tuh pun sebab rupa jugakkan? Most women do want their partner to look good pada mata mereka. Same goes pada lelaki juga. Mestilah nak yang sejuk mata memandang. Bagi aku, ketinggian juga merupakan satu kemestian. Yalah, saya tahu saya 149 sahaja, itu tak bermakna saya mahukan lelaki yang tinggi 2 m dari saya ja. Hahahah, biarlah tinggi, barulah boleh protect I. Khrkhrkhrkhr. Then, aku akan pastikan, pasangan aku tuh berbau wangi, sentiasa. Maklumlah, I kan fussy dalam part kebersihan ini. So, bau tuh memang aku sensetif. Gigi pun, kenalah tersusun. Aku tak kesah, muka kau handsome gila, tapi  bila buka mulut, ya rabbi, bersepai habis dan berbau macam kau tak jaga langsung, memang awal-awal aku reject dah. Ishhh, mengganggu konsentrasi aku untuk berbual je nanti. Elok, nak gelak sama-sama, terus aku turn off dan suruh dia tutup ja mulut tuh. 


8. SPORTS MAN AND A MUSICIAN.

Bagi aku, ini macam extra creditlah if criteria ini ada. Haaaa, tapikan mustahillah if lelaki tak bermain sports kan? So, aku tahu sports dan lelaki mesti satu kemestian. Ini tarak hal punya. Tapiiiiii, akan lagi complete if my man know how to play instruments. Ya Allah, lemah jantung wei. Especially piano. Haishhh, tengok je jari tuh, automatic jadi teruja sebab dari jari pun dah tau kau main piano bang. Memang terus aku nobatkan diri kau lelaki romantik. Yalah, kan musician ni romantis orangnya. Bhahahha..



9. NON-SMOKERS.

Ye, aku bersyukur teramat if pasangan aku bukan smokers dan Alhamdulillah kekasih tak merokok. Mana taknya, sakit tekak dan sesak nafas wei if he was a smokers. Well, even aku tinggal dengan dua orang yang hisap rokok, memang aku akan blah je terus sejurus mereka smoke. Siapa mereka dua? Walid dan abang aku. Ye, betul. Memang aku blah bila dorang smoke. Dahlah aku nih resdung, dapat plak bau asap rokok, confirm malam tuh tidur, selesema terus. Plus, aku pantang bau benda-benda berasap nih. Sebab, nanti mesti melekat kat baju aku jugakkan? Memangalah A BIG NO FOR SMOKERS. A non-smokers  pilihan terbaik untukku :)


10. A HOME CHEF.

Haaaa, yang nih memang aku akan suruh bakal suami aku memasak. Tak kiralah sekarang if dia tak reti masak, tapi mesti belajar. At least tahu 2-3 lauk pun tak apa. Sebab apa, let say if lepas kahwin, aku sarat mengandung ke or aku sakit, tak perlulah suami aku nak tergedik habiskan duit makan kat luarkan? Plus, boleh jugak dia memasak untuk isteri tercintanya yang sakit ini :) Tak rugi pun if belajar memasak. Apa kau ingat perempuan je kena ada skill memasak? Oh, tidak. Kalau perempuan lain yang jenis tak kesah, tarak hallah. Maybe boleh hire bibik. Tapi, aku, memang taklah. Bibik, takkan ada dalam list aku. Sebab, bahaya bagi aku. So, kekasih, belajar ye memasak. Ini bukan untuk you or I sahaja, tapi for our future. Bukan ke home made meal lagi sihat compare makan dekat luaaarrrr? 







Okay, ini adalah the ten most wanted criteria yang aku idamkan dari seorang lelaki. Setakat nih, Alhamdulillah kesemua criteria nih, Kekasih ada. Cuma part music nih, memang tak sama dengan aku dan dia tak reti pun main instruments. In other words, he's not into art at all. Ye, dari melukis, music or anything go to do with art. Yang reti, makan. Hahahah, adorablekaaaaan? 

No comments:

Post a Comment