Siapa yang tak mahu berkahwin dahulu baru bercinta, kan? Semua orang nak macam tuh. Aku pun nak juga macam gitu. Tapi, dah masing-masing punya nasiblah. Kalau bercinta dahulu baru berkahwin, janganlah nak salahkan yang empunya badan. Bukan dia tahu pun jalan hidup dia yang akan datang, dia akan bercinta dahulu baru berkahwin. So, tak bolehlah nak salahkan dia atau menetapkan betapa banyak dosa dia dah buat compare dengan mereka yang berkahwin kemudian bercinta. Setiap orang, ada kuasa untuk buat keputusan dalam hidup dia. Siapa sahaja yang nak buruk-buruk dalam kehidupan dia? Nobody. Tapi, siapa kau nak judge betapa banyaknya keburukan dia dah lakukan? Mentang-mentanglah kau dah menemui jodoh kau (which aku bersyukur), tak bermakna kau yang terbaik. You see, kebahagian itu, kalau nak dikecapi, bukan senang dan bukan mengambil masa sekelip mata sahaja. Kena berusaha. Even kau war-warkan betapa bahagianya hidup kau, tapi, dengan sekelip mata sahaja kebahagiaan itu boleh ditarik. Beringatlah! Kau bukan malaikat untuk memancarkan dan menggambarkan betapa bahagianya hidup sebegitu dan kau tidak boleh sama sekali membandingkan hidup kau dengan orang lain. Tiap-tiap orang, lain jalan cerita kehidupannya. Dari saat dia dilahirkan ke dunia hinggalah ke tua. Mungkin dia sentiasa bernasib malang dan kau sentiasa bernasib baik. Mungkin hidupnya penuh dengan dugaan dan kau hanya bersenang lenang. So, janganlah nak comparekan hidup kau dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment