Sesetengah orang, untuk jatuh cinta hanya ambil masa sesaat.
Ada juga mereka yang mengambil masa selamanya untuk jatuh cinta.
Ada pula yang tidak ketemu langsung perasaan cinta itu.
Sebab terlampau dalamnya perasaan benci itu.
Lantas, hati pun menjadi keras. Gelap.
Tapi, bila adanya perasaan cinta itu pula, dengan mudah untuk memberi dan kadang-kadang tersalah mencintai.
Mencintai manusia yang bisa menjahanamkan diri ini.
Mencintai mereka yang mencemarkan makhota para gadis.
Mencintai buaya darat, dengan kata lain.
Yang sepatutnya dicintainya, tidak pula.
Haih, hati manusia. Mudah sungguh terperdaya.
Sebabnya, terlalu banyak perasaan cinta itu makanya mudah untuk dijaja kepada sesiapa.
Sehingga tergadai segala yang dipelihara selama puluhan tahun.
Seharusnya, perasaan itu disimpan dan meletakkannya pada nilai yang tinggi.
Biarkanlah ianya jarang-jarang disebut antara kau dan aku.
Kerana, perasaan itu sangatlah berharga.
Berkata 'I love you' tidak semestinya boleh menggambarkan betapa besarnya perasaan ini.
Dengan meluahkan kata-kata jiwang, tidak semestinya boleh menggambarkan keseluruhan perasaan ini.
Oleh itu, usahlah dipersoalkan sebesar mana perasaan seseorang itu terhadap kamu.
Mungkin, sebesar zarah?
Mungkin juga, sebesar lautan yang meliputi dunia.
Mudah juga orang kita mempertaruhkan diri dalam menentang segalanya.
Semuanya kerana cinta.
Mudah juga orang kita menjadi buta mata dan deria.
Gara-gara cinta membabi buta.
Dan paling
Sangat mudah seseorang Hawa itu menurut segala kemahuan Adam.
Sepertinya memuaskan nafsu binatang Sang Jejaka.
Dan juga kerana cinta matinya.
Tapi, kenapa bukan sebegitu tahap kesanggupan cinta kita terhadap Allah dan Rasulullah?
Kenapa bukan dengan Allah dan Rasulullah kita rela pergadaikan segalanya?
Nyawa, kehidupan, harta.
Bukankah dengan Allah yang kita harus mencintai sepenuh hati?
Sewajibnya.
Kerana Allah yang memberi kita hidup, mengurniakan rezeki dan alam.
Bukankah Rasulullah yang kita patut ungguli?
Sememangnya.
Rasulullah yang telah memperjuangkan Islam di muka bumi ini.
Berdakwah dalam kegelapan dan terang.
Namun,
Kenapa perlu adanya tentangan masa untuk menemui perasaan cinta terhadap Allah dan Rasulullah?
Kenapa bukan Allah dan Rasulullah yang menjadi cinta mati semua?
Dan kenapa begitu banyak syarat yang kita letak untuk mencintai dan menganggungi Allah dan Rasulullah?
Sebak aku memikirkan betapa jahilnya aku kepada agama aku.
Hina rasanya kerana aku pernah membelakangkan Yang Maha Esa dan Utusannya.
Bangunlah dan sedar sahabat kalian.
Cinta yang agung dan cinta mati adalah hanya pada Allah dan baginda, Rasulullah.
tump to u sahabat !
ReplyDeleteapanya jawa??Excited terlbh plak ;b
ReplyDelete