Friday, February 3, 2012

Alpha.

Kita manusia, mudah alpha.
Kita manusia, mudah bangga.
Kita manusia, mudah terpengaruh.
Kita manusia, mudah alpha dengan kemuliaan yang dikurniakan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, kerana masih lagi aku bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah, kerana hidup dalam suasana yang aman damai.
Alhamdulillah, kerana bertemu kembali dengan kedua ibubapa.
Alhamdulillah, kerana Allah masih memberi peluang untuk mencelikkan mata melihat dunia.

Lihat di luar sana.
Mereka yang teramat sangat mahu hidup dengan mengadap Allah pada waktu solat.
Mereka yang dahagakan untuk berdoa kepada yang Maha Esa.
Mereka yang sanggup pergadaikan nyawa untuk Iman.
Tetapi tidak mempunyai kesempatan seperti kita yang mempunyai peluang.

Sesungguhnya, bersyukurlah dan sedarlah tentang peluang yang dikurniakan ini.
Sedarlah tentang segalanya akan kembali kepada Yang Maha Esa.
Sedarlah dan bangun dalam memegang panji keimanan.
Janganlah kita leka dengan dunia sentiasa.

Kejarlah akhirat maka dunia yang akan mengejar kita.

No comments:

Post a Comment