Tuesday, February 28, 2012

I'm Touched!

I'm soooo touched. Yeah. Why haa?

Sebab semalam ada member aku yang gila lama tak ingat texted me. No, actually, I WhatsApped dia. So, macam terharu gila sebab dia ingat aku kot! Come on! Dah almost 4 years okay kitorg lost contact! Haihhh,tak sangka you masih ingat kat I. Yaw!

Kenapa teruja sangat eh? Sebabnya, dia kawan lama okay. You see, kami kenal since sekolah lagi. Time tuh tengak hangat dengan Myspace. Yelah, Facebook time tu mana nak adokan. Myspace was like the it thinglah time tu. Hohohoho.. Kitorang kenal thru Myspace almost 3 years macam gitulah. Tak pernah ketemu okay, itu yang peliknya, But, we really get a long. Apa-apa or whenever call, mesti ada benda nak bercerita. Haih, zaman dahulu kala. Tak pernah kering air liur. Ahahah. Then, kebetulan pulak, after dia habis SPM, terus masing-masing macam lost contact gila wei. Bayangkan, time tu aku dah masuk UiTM lah. Dia baru habis SPM. Baru semalam kami contact kembali. Bila tanya, kenal ke aku? Dia jawab, mestilaaaah. The only friend yang dia kenal yang bernama Tasnim. Haiih, terharunya. Siap ingat full name dengan nama walid aku sekali tuh. Haiiihhh, tak terkata weih.

Well, aku tahu bukan benda apa sangat. Plus, mesti korang kata alaaa, dalah tak pernah jumpa. Tapi, gila teruja bila member tuh contact kau. Hye, mestilah. Sedangkan kawan-kawan lain pun lupa kat aku, inikan yang dah kenal 3 tahun and lost contact for almost 4 tahun pun ingat kat aku. Siapa yang tak terharu? Because you know why? Because I was always the person yang akan ingat orang yang keluar masuk dalam hidup aku tetapi aku juga orang yang selalu dilupai oleh mereka. Faham? Idok yeah? Never mind.

Dalah, sudahlah dengan cerita aku yang membosankan korang. Aku nak tidur sudah. Haih, terharunya :) looking forward to meet you up! Teheee..

Suka Hok Nilah.

Bila tengok orang lain dress up gila, aku rasa teruja sangat. Bukan apa, sebab aku ni mana reti nak dress up bebagai. Same goes to make up. Paling daring pun pakai eye liner and ready. Tapi, pada mereka yang dress up gila stylo, memang aku salutelah. Berani habis. Lagi-lagi mereka yang bertudung. Waaaaaah. So, ni aku nak tunjuk beberapa kerat gambor yang aku dapat dari blogger yang aku memang minat dari dulu lagi! Awesome okay dia ni. Padahal adik-adik lagi you. Hak hak hak...









Ahhh, aku suka shades kau! Mari sini!! 






Bilalah aku boleh memakai jump suit camni? Kalau pakai, mesti melerek gila seluar tuh. Adoilah. Tapi, seriously cantik bila tengok minah ni pakai. Sweet sahaja.






Tapi, aku paling minat hok nilah. Seluar boot cut and kemeja. Well, I'm a big fan of boot cut okay. No wander lah kheeen? heuehueheueheu.. Sebab, untuk figure badan macam I ni, tak sesuweeeeilah pakai skinny Mak Jemah oi. Dah macam minah rempitzz jing jang no dah. Lawa kan? Lawa kaaaaaan? I loike!





Okay, gua nak gerak ke kantur bhai. Peace!

Monday, February 27, 2012

Pelanduk Tiga Serupa?

Dalam dunia ini, mesti ada pelanduk dua serupa. Kata orang tua-tua, akan ada tujuh orang yang muka serupa dengan kita. Ahaaa, tapi dalam kes aku, aku ado pelanduk tiga serupa. Kau ado? 

Tapi, yang peliksnyaaa aku tak rasa ghope aku samo dengan depa ni. Memang sangat lain wei. Memandai ja orang yang kata muka aku serupa mereka. Siapa mereka itu? Yang sama rupa dengan aku? Siapa? Okay, jangan terkejut dan terbeliak mata. Heuheuheu, sebab ini bukan aku yang kata. Mereka yang aku kenal, kenalan adik aku dan juga random people.



MILEY CYRUS.

Wallaweih, ada ke kawan-kawan sekolah adik aku kata muka aku macam Miley Cyrus? Gila Hollywoodkan? Ahaaaks, bila aku telek-telek, muka aku dan dia, tang mana entah yang sama. Lain gila. Tapi, kalau rambut tuh cakap sama, suka juga I :) Alahai, gediksss. Tapi, sumpah wei! Mana ada sama. Ada ka? Bagi aku, lain gila! Apa-apa pun, terima kasih ya adik kerana mengatakan yang muka akak sama dengan Miley Cyrus. Kalau bagi Selena Gomez, mau juga. Barulah nanti boypren macam Justin Bieber. Hauahauahu.







 SITI SALEHA.


Ini Siti Saleha. Bukan artis Hollywood, bukan ahli group dari mana-mana K-Pop or bukan artis Bollywood. Dia pelakon Malaysia sahaja. Alaa, yang berlakon jadi Nora Elena dalam Nora Elena tuh. Yang jadi isteri terpaksa Aaron Aziz si Seth Tan tuh. Yang itulah. Since aku kenal dia pun dari cerita itu ja kan. Heuheuheu. Dalam memberi statement yang rupa aku seiras dia, bukan sorang dua sahaja yang mengatakan sebegitu. Tapi, dah lebih dari lima orang. 

Time first sekali aku dengar adalah time Modul Part 4. Group mates akulah yang cakap macam gitu. Aku pun terkejut jugalahkan. Sebab aku tak kenal siapa Siti Saleha ni. Ahaaa, lame gila. Pedulilah. Terus aku tanya housemates aku siapa Siti Saleha ni. Google punya google, taraaaaaaa... Cam gini ghopenye. Ingatkan teme Mak Jemah. Ahaaa.

Then, second statement yang aku dengar katanya muka aku macam Siti Saleha adalah semasa aku pergi mengurut. Minggu lepas tau. Baru lagi you! Ahaaa. Aku terkejut gila. Sampai dia tanya berulang kali. Ingat aku tipu dia? Aku pun pelik. Sama ka wei muka aku dengan dia? Aku rasa dia more to British looks. Aku ini pulak, ala-ala Cambodian. Ahaaa..





SITI SALEHA BERTUUNG PULAK.



Okay, kalau dia bertudung pulak. Serupa ka? Telek punya telek. Mana ada weih! Masih aku mengatakan tidaaaaaaaaaaaaaaaak sama sekali! Anda fule??








YUNALIS ZARAI.



Kenal ini siapa? Mesti angpa tau punya. Ye, Yuna Zarai. Aku tahu, mesti ado yang gelak macam kambingkaaaaan? Tapi, terimalah hakikatnya. Bukan aku yang syok sendiri yang mengatakan muka aku sama macam Yuna ye. Tapi para kenalan. Tapi, statement ini dah memang basi gilalah. Since before Yuna famous amous dan before segala shawl pekejadah itu famous. Seriously. Okay, aku start pakai shawl before Yuna famous dan before shawl famous. Bukan nak riak, tetapi nak memberitahu. So, time dolu-dolu aku rajin ke sana ke mari dengan sahabat sorang ni. Namanya Azizul. Tapi, aku panggil Corie. Dialah yang kata muka aku macam Yuna. Aku mana kenal Yuna time tuh. Seriously! Plus, time tuhkan dia tak famous lagi. Memang underground punyalah. Then, time ada gig, dia bawa aku jumpa teman-teman dia hok lain. Depa pun kata serupa. Aku punyalah blur gila tanya siapakah Yuna. Jeng jeng jeng, kebetulan Corie ni berkawan dengan vocalist Oh Chentaku, Myo. Sumpah comel Myo ni. I loikess! Ahakss. Lepas tuh, haaaa itu dia Yuna. Yuna berkawan dengan Myo. Tatkala Myo berkawan dengan member aku ini. Aku pula berkawan dengan member akulah. Pahe? Dok? Lantak komelah. Tapi, aku macam blur jugalah. Tang mana entah yang sama. Hohohoho.. Tapi, apa salahnya kalau orang kata macam gitu. I amik semuanya as pujian you ollzzzz. Khrkhrkrhkrhkrhr..



Acah-acah pulak Yuna ni kan? Heuheuehueheu.. Apa kata survey??? Serupa tak kitaaaa? Tolonglah kata serupa. Tolonglah. Boleh aku jadi Duta Canon yaw. Ahaaaaa, sila lempang!






Tapikan Yuna (bajet Yuna akan baca blog busuk kau ni) dan para kalian, ada benda yang serupa weih! Tak tipu bhaaa. Tu. haaaa... Memang sejibik macam den punyooo. Enggak percayaa? Mari mar aku tunjuk!



Let the drums roolssssss... Drab drab draaaaaaaaaab.



Ini diaaaaaa. Serupakaaaaaaaaaaan? Ahaks! Barulah boleh jadi Duta Canon ;b






(Muka konon-konon manjew gituww)


Ye Yuna, shawl yang kita pakai memang serupa. Beli di tettttt eh? Lupo, rumah kita kan dekat. Eh, tak deklah dekat mano. Heuheuheuhe..



Aku tak kisah ramai mengatakan aku seiras mereka ini. Betul. Errmmmm, bangga tau titew. Orang terkenal pulaksss tuh. Heuheueheueheu, kau ado?


Sunday, February 26, 2012

Jakarta - Bandung - KL

Early February, aku dan family aku telah pergi bercuti ke Indonesia for 4 days and I know sepatutnya entry ini should be post right after aku balik dari Indon tapi aku sangat malas. Sebab running out of idea man! Heuhuehuehuehue.. Actually it wasn't an unplanned vacay pun, but since walid dapat 3 tickets free to Indonesia, so he decided to bring all of the family members yang lain dengan membeli or in other words, topup the other 5 tickets. Heuheuheuheuehue..

Flight yang kami naik adalah KLM and the flight was like 2 hours delayed. Gosh, menanti memang satu penyeksaan. Aku ni dalah memang tak suka menunggu. Heh. So, flight kitorang yang suppose jam 1720, didelay ke 1945. Pftt, lamo gila menunggu. Dalah aku ni pening naik flight. Okay, so at 2230, we arrived Jakarta. Yeah, the journey took around 1 hour and 35 minutes jelah.

Sesudah sampai, our tour guide itu sudah pun terpacak di sana. Since pagi okaaay. Terlebih punctual ka excited depa ni? Ahaaa.. Depa pun bawak kami ke kedai yang ada hidangkan nasi padang. Maklumlah, di sana nasi padanglah yang paling famous. Gerai yang kami pergi itu, namanya Putrajaya. Aku nak tergelak dah. Jangan main-main ogeyh, depa pun ado Putrajaya tau. Eheeeem, so after makan kami pun ke hotel. Hotel yang kami duduk adalah Triniti Hotel. Okaylah hotel dia. Yalah, for those yang hanya untuk tidur and mandi sahaja. Selesa pun selesa. 

The next day, kami terus shoot ke Bandung. Perjalanan from Jakarta ke Bandung almost 2 hours and a half. Lalu highway kot. Memey leww. The highway was like in Malaysia. Banyak sangat pemandangan yang cantik-cantik. Sangat! Speechless okay.

As arrived at Bandung, kami pun pekena nasi padang lagi =__= Memang selama kami kat Indon ni, siang malam, nasi padang sahaja. Don't worry. Ahaa. Then, kami pun ronda-ronda bandung. Kami ke Champles, factory outlets and blablabalabalaa. Memang dah lufe apa nama tempat dah pun. Ahaaa, maafin ya.

So, what I can conclude is, Indonesia is actually a nice place to visit. From my point of viewlah. Tak dek kurangnya pun daripada Malaysia. Cuma mereka terlambat beberapa tahunlah daripada kita. But, hye on roads, kau takkan nampak kereta cikai okay! Mostly yang aku nampak Honda, Toyota and Suzuki. Proton, Perodua mana ada wei. Then, even lecturers sana pun ada driver sendiri. Sini ado? Tak deknye. Ahaaa.. Overall okaylah vacay aku ini. Paling aku kecewa sangat adalah tak sempat nak shopping di Rumah Mode. Come on, Rumah Mode kot! A place that you must spend on. Seriously, aku tak tipu. The price sangat reasonable and far more cheaper compare kat Malaysia. Tak percaya? I shopped 14 clothes, branded punya (Gap, H&M, Desigual, Zara and Topshop) the sum was RM300 macam gitu. Weih, kat Malaysia pun tak dapat wei harga macam gitu. 14 items for only RM300 macam gitu wei! Memang aku frustlah sebab time kami ke sana, 15 minit ja yang ado sebab nak tutup dah. Even handbag and purse pun aku tak dapat beli. Padahal, sangat murah ya amat! So, siapa-siapa yang ke Bandung pergilah ke Rumah Mode! Wajib! Lepas tuh, jangan lupa bagitahu aku. Nak pesan! Heueheuheuehue..

Aku rasa, tak payahlah sangat aku nak describe the whole picture of my vacay, kan? Tengok dari gambar pun dah tahu. So, enjoy :)
















Banyak lagi gambar, tapi mostly aku dah upload dekat Facebook aku. Sebab internet sangat lembab wei! Ni yang nak suruh walid pasang Unifi. Ahaksss.

Saturday, February 25, 2012

How Do I Handle Break Up?

This lately, most of my hommies are now facing their emotions breakdown. Maybe tengah musim ke hape? Heuheuheu.. Yeah, talking of emotions breakdown, break ups! Ahaaa, familiar? Who does not experienced this kind of situations, kan? I did. Twice. But, all were histories. Yelah, biasalah. In life, we need to be a failure to be a striver. You know what I mean? Okay, it's like falling in love with a bunch of dush-bags before falling in love with a prince. Sort of. Tapi ingat! Bukan semua lelaki sama. Seriously, jangan sesekali menyamakan semua lelaki dengan ex korang. Jangan sebab sorang itu sahaja, kau dah concludekan yang semua lelaki adalah jahanam. Jangan ya.

Major of my friends bila aku hang out with them, bila tanya how's life? Then mulalah membuka cerita about their break up thingy. Well, feel kinda pity and sorry. But, I can't help you facing all that unless you help yourself. The only help that I can give are by giving advices and moral supports. Kan? Betul tak? Same like having a progress in your life. Kalau bukan diri kau yang nak maju sendiri, no one can help.

Well, how did I handle my break up?

Memandangkan aku belum berkahwin dan memang tak pernah merasa hidup dalam alam perkahwinan, so, yang mereka divorcees tuh, maybe lain daripada mereka yang girlfriendsss ni. Like me kan. So, ini maybe preferable for those yang baru lepas putus cinta dengan boyfriendsssss kot. Sebab, lain bila dah kahwin dan couple. Teheeee..

Aku mengakulah bahawasanya, dalam nak handle break up ini bukanlah mudah. Especially, yang memang dah lama dalam sesebuah hubungan itu. Tapi, whenever orang bertanyakan aku, how aku manage all those emotions breakdown, feeling lonely and blablablablaa... aku senang je nak jawab. ' Hey, it's not the end of the world and it's not the end of my life.' You see, kau takkan mati dengan tiadanya kekasih di samping (kalau dia dumped kau, maknanya ex kaulahkan,). Fin! 

This is how I handle mine. I know, maybe aku bukanlah orang yang terbaik untuk menggambarkan or memberi sedikit sebanyak advices in this love thingy. But, hye aku belajar dan menjadi kuat daripada experiences that I've been thru and still going thru it. 

  1. After the break up, aku memang akan membusykan diri. Fill my ample times with sorts of activities yang aku sangat suka. Macam aku dahulu, aku bekerja. So, memang balun gilalahkan OT bebagai. Bila aku balik dari kerja, fresh up then tidur. Yeah, the same routines for the weekdays. As for weekends pulak, aku memang akan spend dengan family since weekends are family days. Sometimes, seek for your own space dengan membuat something yang kau tak pernah buat before like extreme games ka, bungee jump ka. It's cool I tell you.
  2. Berdoa dan berserah pada-Nya. Aku pun, macma manusia lain. Bila ditimpa musibbah barulah nak berpatah ke pangkal jalan. Ahaaaa, tapi sekarang Alhamdulillah aku berubah compare dahulunya. Serik dan hina rasa bila jahil dengan agama. Allah itu Maha Adil. Mungkin bersebab kenapa Allah tidak menjayakan hubungan korang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kau. Hence, dia tahu lelaki bagaimana yang akan melengkapi hidup kau. Apa aku minta adalah berdoa suapaya ditenangkan hati dan dicekalkan hati. Bukan untuk dicarikan jodoh lain dengan cepat untuk berkahwin terus pulak. Itu dah tak serik namanya. Nak meminta jodoh yang elok boleh, tapi janganlah baru seminggu break, kau nak diceoatkan cari lelaki lain pulak. Relaks dulu bro. Tapi, memang betul, kalau kau sentiasa minta dan dekatkan diri padaNya, memang tenang hati kau. Apa yang kau doakan pun, InsyaAllah akan tertunai.
  3. Then, aku akan setkan mind aku bahawasanya aku ditinggalkan or break up ini terjadi kerana he wasn't meant for me. He's not good for me. Bukan aku yang tidak baik untuknya, tetapi dia bukan yang terbaik untuk aku dan aku deserved someone better that loves me more than I do. Hye, wake up girls! Jangan sesekali fikir yang kau bukan yang terbaik untuk dirinya or kau bukan sempurna untuk dirinya because, nobody's perfect. Seseorang itu akan sayang kau tidak kira time kau tengah paling buruk, paling marah dan paling utama, paling time kau tengah bengkeng. Ahaksss, if that guy can accept the very worse of you, he deserves the very best of you. Trust me :)
  4. Ada member aku yang cakap dan bertanyakan aku,'Wei, aku takkan dapat bayangkan or hidup without him dowh. Camnalah kau boleh go on camtuh je after 3 years dengan dia? Then, korang break? Kalau aku kat tempat kau, memang tak dapat dowh.' Aku senang je, aku akan jawab ' Babe, you live because you survive. Bukan kau hidup sebab dia. 3 years? For me nampak sangat dia tak tabah langsung hidup dengan aku. Because dating me or being with me is about to be forever with me. Bukan hanya untuk geli-geli. Plus, you really need to start picturing yourself without him. Sampai bila kau nak rely on someone? Sampai bila kau nak bertandang kasih dengan someone yang kau sendiri tahu tak dapat nak handle kau dengan baik?' And yeah, 3 years? It was nothing to me. It was a short period and it took about a week for me to get over it. Seriously! I didn't cried during my break ups and I will never cry over a guy. It's not worth it until you know he is worth it for you. (You will know either he is worth it for you when the day, you'll see the very most of him.)
  5. Time aku dalam fasa kekecewaan (la sangat), aku dengar lagu-lagu metalkor. Macam HIM, Charon. Most of it. Bila aku dengar, aku jadi lagi kuat dan terasa bodoh gila weih! Giving all in a relationship di mana kau sendiri rasa tak teguh dan was-was. Kalau kau menghadapi perasaan sebegitu, better kau re-think balik either kau nak sehidup semati dengan pasangan kau itu. Because, benda ini bukan main-main. Something yang sangat serius dan tinggi nilai commitmentnya. If that guy sendiri tak boleh nak pertaruhkan commitment in the relationship, better stop jelahkan. Lainlah kalau kau tak serik untuk bercinta or memang jenis yang bertukar pasangan denagn mudah. Ahaaa.
  6. Siapa yang takkan teringat dekat ex kan, lagi-lagi if memang baru sangat berlalunya pengakhiran hubungan itu, kan? Lebih-lebih lagi kalau pergi tempat yang korang selalu date. So, what I did, aku tak jejak tempat-tempat yang pernah aku pergi dengan ex aku, until aku tahu aku dah 200% over it. Bukan aku rasa sayu or hape tapi aku akan rasa meluat sebenarnya. Kalau orang lain, maybe rasa sedih mengenangkan kenangan bersama tapi, aku rasa meluat dan annoying menggambarkan betapa bodohnya aku diperbodohkan. Bhahahah, childish gila.
  7. Sebab dulu aku ramai kawan-kawan, aku akan hang out dengan mereka. Tak kiralah jantina. Aku lepak ja dengan mereka yang selalu buat aku gelak gila babi! Sebab, bila kita gelak dan hanyut dalam conversations yang sengal, kita akan automatik lupa pasal benda-benda sedih. Seriously, try on lah.
  8. Never under estimate yourself. Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan diri. Lagi-lagi, bila kau sendiri dah identified semua kelemahan kau, pasti kau akan improvekan diri kau. Kan? Lainlah kau ini jenis yang tidak ada kemajuan diri. Itu memang tak dapek den nak nolong. Ahaaaa. Okay, setiap orang, lain caranya. Macam aku, aku memang sentiasa bajet aku paling kuatlah. Biarlah orang kata I'm so undeniable or egois, tapi, itu aku. Aku memang sentiasa setkan mind aku yang aku ini kuat dan mampu hadapi semua cabaran yang datang dengan sendiri. Break up means nothing to me. It's a learning process in giving your commitments. Bukannya obstacle yang besar pun. It's the nature of life. Having a break ups do taught me a lot, though. Sebab, pada masa akan datang, aku akan lebih berhati-hati dalam memilih lelaki yang betul-betul boleh bahagiakan aku dan mampu nak hidup dengan aku dan perangai aku hingga akhir hayat. Biarlah orang kata aku cerewet ke apa. Tapi, it's my future dawg! I deserve someone much better than before. Because I'm not the kind yang suka bertukar-tukar pasangan every 3 months. I prefer dating the same guy for my entire life. Well, tak semestinya you've been ditched, you're a looser. That person yang ditched kaulah yang looser. Sebab, cepat sangat give up. Alih-alih, the last solution, break up. What the hell dowh? Itu tak mampu nak hadapi namanya. Bukan solutions. Bodoh. Yelah, sedangkan hal simple macam gini tak boleh nak settlekan, bila dah kahwin, berpusu-pusu problem datang, ada kau berani settlekan? Kalau aku, tak yakin dengan orang macam gini. Ambil jalan mudah. Entah-entah, terus minta cerai sebab dah fed up sangat.  Pfffttt.
  9. Seperti perempuan lain yang memang akan kalah pada nafsu memperabihkan duit, aku akan shopping. Duit aku, mostly aku spent on shopping. Normally, when aku tengah ada masalah emosi, aku shopping dan akan membeli barang entah hape-hape. Like I normally did :) Then, bila balik dan try on the clothes or what so ever that I've bought, turns out aku tak suka sebenarnya dan aku akan menyesal dan adik dan kakak aku yang untung sebab aku akan bagi dorang for free. Ahaaa. Tapi, tak deklah semua barang aku regret membelinya. Paling tak menyesal, dalam shopping makanan. Especially desserts :) Kalau orang lain, stress or apa, dorang ke spa, kan? Macam aku, aku akan ke shopping mall. Itu spa aku. Aku akan spend duit aku sampai aku rasa puas. Then only, aku akan balik. Orang kata, it's not just for the sake of buying but also releasing your stress and all the negatives vibe :) Okay, ini kurang elok sebenarnya. Tapi, aku memang camtuh. Ahaaa.. Nak buat camno.
  10. Relaks. Memandangkan aku ini jenis yang tak kisah ada ke tidak ada boyfriend, aku akan relaks. Enjoy being single and young. Sit back, and relax. Chillah. Memang akan terasa bila tengok couple-couple lain. Maybe your time dah tamat and in future pasti akan lebih sweet compare to couple-couple yang kau ternampak itu. Hye, being single okay apa. You get to do this and that without any objection by a guy that is so-called-boyfriend. You're time being a pair akan tiba. But, being single bukan bermakna looser or tak laku. Tapi, it's a pleasant time untuk kau luangkan masa bersama orang yang sayang kau. Hye, ramai lagi yang menyayangi kau dan disayangi oleh kau. Spend time with them, have fun and chill.
  11. Ini paling utamalah, sayang diri anda lebih daripada orang lain sayang anda or lebih daripada kau sayang orang lain. Like seriously, if not yourself yang sayang diri you, who else? Selagi kau tak sayang diri kau sepenuhnya, janganlah nak bercinta. Then, start to understand what really love is. Kalau tak pasti dengan perasaan itu, jangan main cekau ja. Memang last-last, tak jadi apalah hunbungan itu. After break up, take time by being single. Maybe 1 years macam tuh. Figure out how you want to manage your life and what you want in your life. Then, baru fikir nak bercinta semua. Bila kau dah tahu, apa kau nak dalam hidup, senang. Jenis lelaki yang kau mahukan pun, kau dah tahu. So, there will not be 'second incident'. Lepas tuh, bila kau break up mesti macam kau akan bercerita kat member-memberkan? Biasalah tuh, aku pun sama juga. Tak salah. Memang tak salah sebab lagi kau simpan, lagi kau akan dok ingat saja benda alah tu. Tapi, bila kau luahkan pada yang berlainan jantina iaitu yang lelaki, janganlah kau mudah jatuh cinta pulak. Asal dia caring lebih sikit or put a little more attentions pada kau, kau dah jatuh hati kat dia. Jangan. Sebab, at the moment, memang kau perlukan perhatian orang lagi-lagi yang lelakilah. Biasalah tu. Tapi, don't take him as a rebound because it will never last, the relationship tu. Percayalah. Nanti, bukan sahaja kau frust, tapi friendship korang pun tergadai.
And yeah, itu apa yang aku buatlah. Maybe ramai akan kata, 'Alaa, bagi kau senanglah sebab sekarang tengah bahagia. Cuba dulu time tengah kecundang dan frust tertonggeng.' Well, nama pun perempuan but my brain does not function like a girl. Serius. Aku pernah dalam perhubungan sebanyak dua kali dan keduanya more than 2-4 years but end up, tak menjadi. Dah tidak ada jodoh namanya. Kenalah terima hakikat. And what else can you say? Memang ada yang sampai lebih dari 5 years and end up dengan break up. Then, what to do? Face it with pridelah. Tak payah dah nak begged that person yang sememangnya tak nak dah kat kau. Wake up and be in reality. Aku jamin, in future, there'll be someone and pasti akan ada seseorang yang akan sayang kau lebih dari kau sayang dia dan itu akan buka mata kau dan berterima kasih because you broke up with your former boyfriend. Trust me. Kau yang tentukan apa yang kau nak dalam hidup. Buat apa hidup dalam sejarah sedangkan yang bakal mendatang lebih baik? Kan? So, girls especially, usahlah nak ingat kembali dengan all those lame histories. Benda takkan berjaya even korang couple balik. Sebab, lama-lama perasaan cinta yang kau ada padanya yang akan fade away dengan sendirinya. Tak pun, bahang cinta tuh dah tak dak. Tak pun, bila bergaduh mesti akan mengungkit balik pasal yang lepas-lepas. So, better get over it yaw.



Be strong because, without a woman, man is nothing. Chillax. Peace!


Thursday, February 23, 2012

Apa Menu?

Dah sebulan lebih aku duduk membibik dna mencacatkan diri di rumah. Maklumlah, tak dok kojo, so nothing else to do, kan? Biasalah bagi student Degree yang lain. Yang hanya menunggu untuk masuk semester baru sahaja. So, daripada aku mencacat tanpa berbuat apa, dengan tetiba aku menjadi baik. Kemas rumah dari fridge hingga ke living room. Ecewaaah, padahal setiap hari aku kemas rumah. Tapi, ini aku terlebih rajin sampai ke fridge aku kemasnya noks.


 Ini dalam pemprosesan fridge dikemas kinikan. Semua habis aku punggah.



Haa, tu dia barang punggahan dari fridge tuh. Buang noks, jangan tak buang. Heuheuheu..





Tadaaaaa, after sudah di kemas kembali barangnya. Bersinar, tersusun dan memang the bomb. Ahaks. Over kau joyah.





Ini living room rumah. Pffttt..  Kemas macam tak kemas sahaja. Padahal, biasa jugak. Heuheuheuheu..



Ini fule tangga rumah. Fuhhh, penat wei kemas rumah. Penat. Tapi, at least aku rasa kurus dan hilang weight. Dalam 10kg juaglahkan. Heuheuheuheu, berangan!







Terasa nak makan cheesecake. And yes, aku berjaya defeat kemalasan aku dengan menunggu adik aku balik dari UiTM dan buatnya, aku pun buatlah. Sapu sikit mixed jem. Eheheh, baru rasa swwet sournya :)





Okay, badan sudah penat, perut dah kelaparan dan kebulur, kita makan dulu ya? Nanananananananaa..
Macam manalah nak kurus kalau gini gamaknya =___=







Glump, wa chow dulu ya. Peace!

Weiiih, result ang macam mana?

' Weiiih, result ang macam mana? '

Yaaaaa, itu dia. Soalan cepumas bagi budak-budak degree semalam. Bukan semalam ja, soalan yang akan terngiang-ngiang sampai masuk kelas next sem. Percayalah. Annoying terasa wei. Bukan apa. Tak salah ang nak menanya soalan sebegitu pada kawan-kawan. Biasalah, manusiakan. Nak tahu apa yang memang diingini pun. Tapi, kalau ang dok menanya sambil ada ayat-ayat perli tersirat tuh, melampaulahkan. Lepas tuh, asal berkomunikasi dengan ang ja, mesti soalan sama. Tak habis-habis. Padahal, bagi aku, dah basi kot zaman pertanyaan soalan sebegini. Even baru semalam keluar result. Tapi, kalau soalan yang sama ditanya oleh orang yang sama, annoying okay! Boleh buat aku libas ja muka woooii. Ang dok tanya, tapi waktu sama perli dan waktu sama ang dok desak nak tau. Kalau orang tak nak habaq kat ang, adalah tuh alasan dia. Ang janglah dok desak sangat and paling utama toksahlah nak jump into conclusion ka hapa. Noh?

You see, aku bukan jenis yang suka menanya berulang kali dan bagi aku, bila sekali aku dah bertanya pada kawan aku tentang result, dan dorang pun macam tak nak bagi jawapan, aku peduli hapa. They have the right to remain silent. Aku tak dak nak push-push sebab aku bukan jenis yang akan mengampu untuk nak juga tahu jawapannya. Itu aku. Tak paham? Contohlahkan. Boypren ang nak tinggalkan ang. Tapi, ang tak nak. Ang tak rela. So, ang pun pi lah kat dia, merayu gila-gila supaya dia tak tinggalkan ang. Even ang tau, dia memang dah tak dak feeling kat ang. Camtuhlah misalnya. Kalau aku, bukan macam tuhlah. Tak dapeklah brader. Lu nak cabut, lu cabutlah. Gua memang tak gentar. Pasal, bagi aku, orang macam ni macam orang yang tak leh terima hakikat ang tau. Dah orang tu terang-terang tak nak, yang ang nak melepek gak kat dia pasai? Maruah tuh, maruah. Jagalah sikit. Bukan ang tak leh hidup pun kalau kena tinggal dengan jantan keparat. Kan? Wei, pehal aku melalut ni? Kalut, kalut.

Ya, semalam hari keluarnya result untuk student Degree. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan result yang aku terima. Teramat sangat! Memang beyond expectations. Sebabnya, aku last sem memang lost gila wei. Macam anak kucing yang tersesat dalam hutan. Sumpah wei, tak tipu. Apa yang aku belajar selama satu sem, time final, barulah terkial-kial aku nak memahaminya. Lepastuh, aku sedar dengan cara aku belajar pun, memang takkan berkesan ke atas sesiapa punlah. Memang buat naya pada diri. Pasal, aku terlampau struggle dan banyak karoke. Ahuahuahu. Lainlah kalau pi overnight, aku percaya result aku akan gempak sikit. Amboi, perasan aih.

Alhamdulillah sebab GPA aku naik dan CGPA aku pun naik. Aku harap, for the up coming sem ni, aku akan buktikan pada parents aku yang aku memang layak untuk kerja di overseas. Cita-cita aku ni. Heuheueheuehu.. Aku bersyukur sangat sebab aku memang ingat dan dah dapat bayangan yang result aku akan jatuh teruk since, ada dua subjek yang aku langsung tak confident menjawab and macam main lepa ja jawab. Asal tak kosong. Heuheueheu, padahal keenam papers aku tak confident jawab. Tapi, Alhamdulillah. Balance result aku :)

So, kepada mereka yang Dekan, tahniah dan aku tumpang gembira. Tapi, ingat! Jangan lupa diri. Tak elok tu. Jangan pandang rendah pada yang lain. Sama-samalah kita tolong-menolong ya. Yang tak dapat target angpa, chill lah. Bukan rezeki namanya. Allah ada sebab kenapa Dia tak nak bagi keputusan yang extravaganza. Mungkin bukan masa angpa. Percayalah. Sebab aku sangat percaya dengan setiap kejadian yang berlaku ini. Sebab aku pernah melalui. It's not the end of the world. Look, doesn't mean you strive in your academic, you'll strive in your career. During you studies, it might be easy. But, during your working era, it aite easy I tell you. The obstacles are much wider and heavier. So, chins up guys! At least, we have made this far, kan? Life is to short to be sad and paranoid. It's such a waste to be sad all the time. Chill. Relax. 

Peace yaw!




Tuesday, February 21, 2012

Sunday, February 19, 2012

Bukan Rela.

Bukan dengan rela hati aku nak melepaskan kau.
Bukan dengan rela hati aku nak memutuskan segalanya.
Bukan dengan rela aku nak musnahkan harapan untuk impian kita.
Bukan dengan rela aku nak kecaikan segala harapan yang telah kita cipta.

Tapi, demi masa depan bersama.
Demi kebaikan kau.
Demi hati dan perasaan kau.
Itu yang paling penting.

Maaf.
Tiada apa yang boleh aku katakan lebih lagi.
Kerana, aku akan sebak dan pastinya banyak rasa yang bukan dalam diri aku ini tertimbul.
Maaf, aku bukan tak mampu, tapi penat.
Biarlah takdir yang mengadili segalanya.
Harap, kau faham. Terima kasih.
Sekian.

Friday, February 17, 2012

Kahwin baru bercinta.

Siapa yang tak mahu berkahwin dahulu baru bercinta, kan? Semua orang nak macam tuh. Aku pun nak juga macam gitu. Tapi, dah masing-masing punya nasiblah. Kalau bercinta dahulu baru berkahwin, janganlah nak salahkan yang empunya badan. Bukan dia tahu pun jalan hidup dia yang akan datang, dia akan bercinta dahulu baru berkahwin. So, tak bolehlah nak salahkan dia atau menetapkan betapa banyak dosa dia dah buat compare dengan mereka yang berkahwin kemudian bercinta. Setiap orang, ada kuasa untuk buat keputusan dalam hidup dia. Siapa sahaja yang nak buruk-buruk dalam kehidupan dia? Nobody. Tapi, siapa kau nak judge betapa banyaknya keburukan dia dah lakukan? Mentang-mentanglah kau dah menemui jodoh kau (which aku bersyukur), tak bermakna kau yang terbaik. You see, kebahagian itu, kalau nak dikecapi, bukan senang dan bukan mengambil masa sekelip mata sahaja. Kena berusaha. Even kau war-warkan betapa bahagianya hidup kau, tapi, dengan sekelip mata sahaja kebahagiaan itu boleh ditarik. Beringatlah! Kau bukan malaikat untuk memancarkan dan menggambarkan betapa bahagianya hidup sebegitu dan kau tidak boleh sama sekali membandingkan hidup kau dengan orang lain. Tiap-tiap orang, lain jalan cerita kehidupannya. Dari saat dia dilahirkan ke dunia hinggalah ke tua. Mungkin dia sentiasa bernasib malang dan kau sentiasa bernasib baik. Mungkin hidupnya penuh dengan dugaan dan kau hanya bersenang lenang. So, janganlah nak comparekan hidup kau dengan orang lain. 


Thursday, February 16, 2012

Mason Baby!






Nanti I ado anak sendiri, nak bagi gebam-gebam camni. Lepas tuh, dress up bagi stylo-milo camni. Waaaaaaaaaaaah, adorablenya Baby Mason! Boleh?
Mestilah boleh! Heuhuehue

Wednesday, February 15, 2012

Say whaaat?

Dalam kiraan seminggu result akan keluar. Biar benar? Yeah, heard the rumours (which I wish not) that the result will be on 22nd. Gosh, cuak gilaaaaaaaaaaa. Please be nice. Please.

Monday, February 13, 2012

Cinta Mati.

Sesetengah orang, untuk jatuh cinta hanya ambil masa sesaat.
Ada juga mereka yang mengambil masa selamanya untuk jatuh cinta.
Ada pula yang tidak ketemu langsung perasaan cinta itu.
Sebab terlampau dalamnya perasaan benci itu.
Lantas, hati pun menjadi keras. Gelap.

Tapi, bila adanya perasaan cinta itu pula, dengan mudah untuk memberi dan kadang-kadang tersalah mencintai.
Mencintai manusia yang bisa menjahanamkan diri ini.
Mencintai mereka yang mencemarkan makhota para gadis.
Mencintai buaya darat, dengan kata lain.
Yang sepatutnya dicintainya, tidak pula.
Haih, hati manusia. Mudah sungguh terperdaya.

Sebabnya, terlalu banyak perasaan cinta itu makanya mudah untuk dijaja kepada sesiapa.
Sehingga tergadai segala yang dipelihara selama puluhan tahun.
Seharusnya, perasaan itu disimpan dan meletakkannya pada nilai yang tinggi.
Biarkanlah ianya jarang-jarang disebut antara kau dan aku.
Kerana, perasaan itu sangatlah berharga.

Berkata 'I love you' tidak semestinya boleh menggambarkan betapa besarnya perasaan ini.
Dengan meluahkan kata-kata jiwang, tidak semestinya boleh menggambarkan keseluruhan perasaan ini.
Oleh itu, usahlah dipersoalkan sebesar mana perasaan seseorang itu terhadap kamu.
Mungkin,  sebesar zarah? 
Mungkin juga, sebesar lautan yang meliputi dunia.

Mudah juga orang kita mempertaruhkan diri dalam menentang segalanya.
Semuanya kerana cinta.
Mudah juga orang  kita menjadi buta mata dan deria.
Gara-gara cinta membabi buta.
Dan paling
Sangat mudah seseorang Hawa itu menurut segala kemahuan Adam.
Sepertinya memuaskan nafsu binatang Sang Jejaka.
Dan juga kerana cinta matinya.

Tapi, kenapa bukan sebegitu tahap kesanggupan cinta kita terhadap Allah dan Rasulullah?
Kenapa bukan dengan Allah dan Rasulullah kita rela pergadaikan segalanya?
Nyawa, kehidupan, harta.
Bukankah dengan Allah yang kita harus mencintai sepenuh hati?
Sewajibnya.
Kerana Allah yang memberi kita hidup, mengurniakan rezeki dan alam.
Bukankah Rasulullah yang kita patut ungguli?
Sememangnya.
Rasulullah yang telah memperjuangkan Islam di muka bumi ini.
Berdakwah dalam kegelapan dan terang.

Namun,
Kenapa perlu adanya tentangan masa untuk menemui perasaan cinta terhadap Allah dan Rasulullah?
Kenapa bukan Allah dan Rasulullah yang menjadi cinta mati semua?
Dan kenapa begitu banyak syarat yang kita letak untuk mencintai dan menganggungi Allah dan Rasulullah?

Sebak aku memikirkan betapa jahilnya aku kepada agama aku.
Hina rasanya kerana aku pernah membelakangkan Yang Maha Esa dan Utusannya.
Bangunlah dan sedar sahabat kalian.
Cinta yang agung dan cinta mati adalah hanya pada Allah dan baginda, Rasulullah.



Saturday, February 11, 2012

Happy Birthday Big Man,

Today is The Big Man birthday, Walid.
Nothing much for me to express here.
Just a simple wish for you, walid.

Happy Birthday.
I love you.

Friday, February 3, 2012

Sami Yusuf


Ya Allah, teringat aku zaman aku sekolah rendah. Walid selalu pasang kaset Sami Yusuf.
Sampai sekarang masih dalam kotak kepala ini. Syahdu mendengar.

Alpha.

Kita manusia, mudah alpha.
Kita manusia, mudah bangga.
Kita manusia, mudah terpengaruh.
Kita manusia, mudah alpha dengan kemuliaan yang dikurniakan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, kerana masih lagi aku bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah, kerana hidup dalam suasana yang aman damai.
Alhamdulillah, kerana bertemu kembali dengan kedua ibubapa.
Alhamdulillah, kerana Allah masih memberi peluang untuk mencelikkan mata melihat dunia.

Lihat di luar sana.
Mereka yang teramat sangat mahu hidup dengan mengadap Allah pada waktu solat.
Mereka yang dahagakan untuk berdoa kepada yang Maha Esa.
Mereka yang sanggup pergadaikan nyawa untuk Iman.
Tetapi tidak mempunyai kesempatan seperti kita yang mempunyai peluang.

Sesungguhnya, bersyukurlah dan sedarlah tentang peluang yang dikurniakan ini.
Sedarlah tentang segalanya akan kembali kepada Yang Maha Esa.
Sedarlah dan bangun dalam memegang panji keimanan.
Janganlah kita leka dengan dunia sentiasa.

Kejarlah akhirat maka dunia yang akan mengejar kita.

Semester Break.

My semester break for the early two weeks were just ok. Nothing special. Eh eh eh, got.going date make my day turns out to be special. Ngehgehgeh.

 While waiting lets camwhore. Heuheuheu.
Sila lempang, muka annoying.


 Eat, eat and eat. This is just only the same common we had.


 This is delicious. Crazy Potato.


 Yea, I'm ready for next semester babeh! Thanks for 1Malaysia Book Voucher.



Moo Cow! So tasty! More tasty than Tutti Futti. This is more worth trying.














My semester break, was all about doing chores, fetching my sister from school and dating. A lot that I've listed before the break, almost all I've achieved.

Eating frozen yogurt, Moo Cow: Checked
Picnic at Taman Tasik Perdana: Checked
Eat Gelato ice cream: Checked.
Watching Underworld: Checked
Shopping: In progress to be prevent
Hanging out with girlfriends: In progress