Sunday, December 30, 2012

Hey Ho, Lets Go 2013!

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, tamat sudah perang aku dalam Degree ni. Ehhh, belum lagilah. Sikit je lagi ni. Tapi, over all, bagi aku, dah tamatlah. Kiranya beban yang besar selama 5-6 months menanggung, dah terlepas dah. Fuuuuuuuhhhhh.. Leganyaaaaa! Alhamdulillah, the presentation was okay. Panels were supporting gila! But. itu yang paling aku takut. Yang supporting tulah takut nanti dia marks macam strict kan? In shaa Allah, hopefully marking pun supporting gaks. Aamiin :)

2013. Owhh, kau. Lagi beberapa hari je kau nak menjelangkan? 2012, pun bakal berakhir. Jadi, tutuplah buku tahun 2012 dan lupakan semua yang pahit. Yang manis disimpan dalam hati untuk diingati. Ecewaaaah, macma pantun pulokkan. 

Ada serba sedikitlah target 2012 yang aku dah capai, dan adalah yang belum. Boleh katakan, 50%-50% lah. Itulah, aim punya banyak, tapi yang tercapai beberapa ja. Heuheuheuheu.. Azam kemain besar kedabak. Usaha secoit ja. Biasalah dia tuuuuuu..

So, sekarang ni aku nak taruk aim sikit jek. Meh tengok akan tercapai akal aku dan kau ke idok. Macam biasalahkan, kita orang perempuan ni memanglah nafsunya banyak dalam nak bershopping. Eheeem, especially aku lah kot. Ke aku sorang je yang bernafsu besar gajah terhadap shopping? Well, well.. Tahun ni aku akan decreasekan nafsu aku. Di mana aku akan berjimat cermat dengan sebaiknya. Ye, aiming pertama haruslah kumpul duit. Ni kalau dah dok spend je, camno nak kawen den nanti? Harharharhar...

Tapi, kumpul memang kumpul. Hasrat nak membeli tetap hado. Nak camera Pentax Q10. Haaa, tempting pulok tengok camera tu. Tecit tomei jewwwww. Heh! Tapi, tak pak.. Kalau ada rezeki lebih, belilah. Kalau tak dan, redha. Eheeeem *padahal aiming dalam pala otak tuuu.

Then, lepas aku Degree which aku dah habis segala practical ni, aku nak pergi Girls Trip dengan girlfriendssss aku. In shaa Allah kalau jadilah. Doa banyak-banyak. Kang, masing-masing dah busy dengan commitment, nayalah tak dak masa bersama untuk diluangkan. Huhuhuhu..

Lepas tuh, aku nak kena dapat kerja before Marchlah.. Wajib wei... Kalau tak, menganggur aku. Camno nak dapat income lebih? Kan? At leastlah, kerja temp. pun jadilah. Kerja jugakan?

Lepas tu, paling last dan aku rasa macam takkan tercapai lah dalam tahun ni. Tapi, hopefully akan tercapai juga. Aku nak settle down akhir tahun ni. Ya, tak kiralah! Heuheuhueh.. Tak daklah. Ini aku aim sahaja. In shaa Allah. Kalau ada rezeki lebih, Alhamdulillah. Yalah, usia makin meningkat, kawan pun ramai yang dah settle downkan? So, terasa macam it's my time. Tapi, terserah. Semua tu planning sahaja. Allah yang tentukan. Tapiiiii, silalah doakan ya kalian untuk target 2013 aku ni, eh? 

You ollls, nampak tak target aku ni? Meh aku buat pesen numbering pulak.


  1. Kumpul duit. Kumpul duit. Buka bank kedua untuk tak disentuh.
  2. Pentax Q10.
  3. Dapatkan kerja selewatnya March, 2013.
  4. Girls Trip with the girlfriends.
  5. Settle down by the end of 2013. (In shaa Allah. At least ada ikatan pun dah kira tercapai juga aim ni.)
Haaa, tahun 2013, 5 targets ja aku taruk. Tak lebih. Serius. If aku dapat fulfil ini punya target, gua memang paling bahagialah. Wehuuuu.. In shaa Allah. Doakanlah yang terbaik ye untuk aku dalam tahun 2013 ini ye kawan-kawan.




G-Dragon & TOP.
Pakwa baru gua ni sistaaaaaah!


 * gambar di atas tiada kene mengena. Tapi, mereka comel sesomels! Bibir dua-dua seksi. Gewam angat! Wewewewewe.. Lempanglah aku. Sila. Tapi, suka juga depa. Sampai dah buat wallpaper laptop haaa. Fanatik pulakkan? Biasalah tuuuuuu...Orang kata jangan benci, lama-lama sayang. Kan dah terkena. Ewaaahhh..

Tuesday, December 25, 2012

minggu viva saya.

Assalamu'alaikum

Harini merupakan Hari Natal untuk orang Kristian. Kita orang Islam jangan gatal nak sambut eh. Jangan satu Malaysia sangat eh. Hohoho..

Well, counting the days for my VIVA presentation. Praying everything will go smoothly and fine! Aamiin. Cuak ni, tapi apakan daya, hati macam kering and batu gila sebab macam, tak rasa apa sangat. Dalam hati selalu dok berkata, " Uishhh, tak sabar nak habiskan Degree. Really, need to finish it immediately untuk cari kerja, kumpul duit dan kahwin.." Ewaaaaaah. But really. I do feel that way.

I'm trying my best to complete my Degree. After 28th December ni, In shaa Allah selesailah segala beban derita untuk semester terakhir ini. Heeee.. Really hoping so. Plus, year 2013 is just around the corner :) I'm welcoming it with a full heart and penuh dengan azam yang baru. In shaa Allah.

Yes, tahun 2012 memang bukan untuk aku. Banyak yang aku lalui dengan kepahitan. Eh? If total up kan semualah. Aku tak boleh salahkan takdir mahupun sesiapa. Mungkin ini yang telah dicatatkan oleh Yang Maha Esa. Allah lebih tahu dari hamba-NYA sendiri. Tak mengapa. Hati manusia, Allah yang pegang. Oleh itu, aku percaya, hati aku, Allah yang pegang dan Allah sudah aturkan dengan cantiknya. In shaa Allah. But then, adalah the sweets one maaa. Macam member baik aku dah bertunang! Yeays! *jealous ni! huaaaaa... nak juga. 

So, bukanlah totally sour jekan. But then, without the sours of life, takkanlah kita panggil ianya sebuah kehidupan. Kan? Okay, tinggalkan 2012 di belakang dengan redha ye. Heee :D Whatever it is, I'm praying for the very best for the year 2013. Semoga tahun 2013 merupakan tahun yang akan buat aku senyum seperti mana banyak yang aku telah bersedih dalam tahun 2012. :') In sha Allah.

Actually, I'm suppose to focus more on my thesis. But then, biasalah. Tak boleh nak duduk sekejap bontot ni. Ada ja benda nak buat. Maybe sebab dah lama gila tak hadap segala presentation semua, jadi macam malasnya nauzubillah. Haih. So, sampai di sini jelah ye rakan pembaca. 

Doakanlah yang terbaik dan dipermudahkan urusanku unutk semester terakhir ini, ya kalian. 

Terima kasih.



Haah, inilah aktiviti yang diambil cuti untuk VIVA kononnya. Makan dan makan.














Sunday, December 16, 2012

Bila kita ikhlas dalam mengenali manusia, In shaa Allah hubungan itu akan berkekalan. Jangan menunding jari kepada orang lain bila ia lesap, tapi tanya pada diri " Adakah aku ikhlas dalam persahabatan/hubungan ini? " Bila kita ikhlas, Allah tahu dan Allah pun akan mengekalkan persahabatan/hubungan yang penuh keikhlasan itu. Sebab itu, bila gaduh sebesar mana, ada perselisihan faham jangan disuruhnya to get over it, tapi selesaikannya. Sebab, semua yang tidak selesai itu akan menjadikan hati tidak tenang dan ungkitan. Dan apabila berjauhan/jarang-jarang berjumpa tidak pernah semua itu patut menjadikan alasan. Fahamilah situasi pihak lagi satu. Kerna itu semua menunjukkan tahap keikhlasan dalam berkenalan. Dengan kata lain, ' insurans sosial ' itu akan banyak membantu kita. In shaa Allah :)

Dan semestinya, hati kita ini tak pernah sempurna daripada bintik hitam. Tapi, kita boleh cuba untuk memulihkannya. In sha Allah.


Joy, Happines & Love.

Assalamu'alaikum.

Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuhh. Berhabuk dah blog aku ini rasanya. Tengok readers pun makin berkurangan. Ye, di situ nampak sangat aku ini loser sebab tak memaintainkan peminat sendiri. Heuheuheu.

Maklumlah, busy tau ai lately ini. Especially dah nak dekat present VIVA. Doakan aku ya kalian :) 

Okay, sebenarnya apa yang aku nak cerita adalah tentang hari yang sangat buat aku sebak sebab terharu dan gembira. Semalam which is 15/12/12 *waaah, sama macam birthday Maria Elena dan majlis nikah dia laaah.* member baik aku dah bertunang. Alhamdulillah. Yes, a childhood friend of mine tau. Yang dah kenal almost 10 years tuuu dan finally she has engaged. Macam tak sangka tau. Sebab 3 days before tu aku baru dapat Whatsapp dia dan menjemput aku ke majlis tunang dia. Time baca tu terbeliak gila juga matakan. Dia pun preparation less than a mont okay. Hebatkan? But then, who are we to expect, kan? Allah dah aturkan cantik semua perjalanan hamba Nya.

Well, the majlis was simple tapi sangat cantik. Relaxing tau majlis tunang dia ni. Kalau korang tengok pun, mesti akan kata, simple tapi lawa sangat! Tak serabut dan tak heavylah majlis dia. Macam buat open house. Concept dia memang aku suka sangat! *tetiba dah ada idea dah :) Plus, baju dan combination colour dia sangat I loikeeee! Adalah few pictures yang aku snap. Tapi tak doklah banyak mana. Handphone dok canggih keeen. Heuheuhue *hint nak handphone baru ke ni? Nasiblah member sorang tu handphone dia canggih. Thanks to her. Sayang kau lebih Nawal :-*






Inilah member aku. Almost 10 years of friendship and still counting. In shaa Allah sampai matilah kita. Kawan gaduh, merajuk, melalak, meluahkan perasaan, kawan yang paling dan paling banyak konflik dan kawan yang banyak tolong aku sepanjang aku susah. Noor Atiqah Yahaya. Tapi, bila kita ikhlas semuanya akan tetap okay. Kan? I love you lah! Sampai ada kata kitorang ni lesbian time sekolah. Sebab kitorang tak pernah lekang. Gilo. Hamik kau, dah jadi tunang orang dah tau! 





Sesi menyarung cincin you ollss. Comelkan? Aku pula yang berdebar and toucing tetiba tau. Gila emosi. Tak tahulah turn aku nanti camno.






See, she has became the centre of attraction. Because, she was pretty!!! Tapi, memang awak cantik selalu pun Tiqa ;)












The hantarans. Very simplekan? Aku suka gila kot sebab simple. Tak payah sarat-sarat sangat. Heuheuheu.. Yang belah kiri, pihak perempuan kepada lelaki. Yang belah kanan pihak lelaki kepada perempuan.






The family and her fiancee's family. Sangat sporting kot both family ni. Tak tipu. Oh, fiancee dia tak dak time majlis. Kerja dekat Turkey la ni. Heuheuheu.. Tapi, sempat lagi ehhh dorang ber-Face Time. Sweet gila!






Nabila, Atiqah, me & Nawal. Darn, I look like a pregnant lady. Baju nilah! Ishhhh. Oh did I mentioned that Nawal is my friend since primary school? Bhahaha, yes! She is. And yeah, I miss you guys a lot!





You see, betul apa orang cakap. Even gaduh sebesar ombak tsunami nak hentam persisiran pantai, krisis seteruk recession tahun 1997, kalau kita betul-betul ikhlas dalam berkawan, In shaa Allah perkenalan itu takkan lesap. Sabar, toleransi, berterus-terang dan paling penting, ikhlas. Macam mana dugaan diberi, kalau kita ikhlas, Allah tahu dan Allah akan bantu. Sebab kita sendiri faham dan merasainya. Sayang dan rindu :') Semua mereka ini, they taught me a lot in life. Especially tunang orang ni. She taught me a lot about friendship. A lot and a lot. Dan bila aku cakap a lot banyak kali tu, memang sangat bermakna dia dalam hidup aku. I love you guys. Sampai mati.

*Now tak sabar nak tunggu detik menghalalkan hubungan mahram pulok. Teheee, must be very lovely. Boleh bayangkan dah angpa nanti. Kekekeke.

There you go. A day that is full of joy, happiness and love. Alhamdulillah.

Saturday, November 17, 2012

Kenapa Aku Sambung?

Assalamu'alaikum

Harini merupakan hari semalas sedunia dalam dunia aku. Mana taknya, dok guling-guling atas katil ja. Tapi, terpaksalah jugakan merajinkan diri dengan menengok thesis sekali sekala. Ya, bila aku kata sekali sekala tu, faham-faham jelah ye.

Tapi, bila dah tengok dan dah start jalan, rasa stress berhari-hari pula. Mana taknya, asal regress je sampai heteroscedasity, tak boleh. Kononnya Insufficient Datalah bebagai. Apa yang dimaksudkan pun aku tak fahamlah noks. Faham tak faham kenalah faham jugakan. Kang, terkontang-kanting, diri sendiri nyesal.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Disebabkan rasa macam beban gila for the whole 5 months ni which is my final year, aku mesti terfikir dan terdetiklah sekejab ;

' Kenapalah aku sambung Degree?'

Ayat ni mesti sentiasa berlegar-legar dalam kepala otak aku. Dan, disebabkan aku dah cuba regress dan semua serba tak kena, hari-hari aku pun jadi tak kena. Demit betullah! Tak suka aku camni. Spoil mood jek. Tak apalah, dah member aku kata harini aku chill dulu better aku chill ah dulu.

Okay E-Views, ketemu sama kau lain hari. Bila aku dah muhasabbah diri! Grrr...

Friday, November 16, 2012

Peel Berterabur Bila Bercakap.

Aku ni ada satu penyakit tau.
Bukan penyakit kronik ke hapa.
Alhamdulillah, sihat walafiat dan sempurna kesihatan sekarang ni.
Tapi, kalau penyakit addicted dengan online shopping memang sangat parah =__=
Bila aku kata 'parah', memang sangatlah parah babe.

Okay, sekarang ni, penyakit yang aku ada ialah penyakit untuk cakap terang-terang. Maknanya, macam aku nak deliver something in my mind through words. But, sebab terlampau eager nak semua delivered berbagai, ayat pun tak tersusun apa semua, jadi macam tak terang cakap tu. Faham? 

Maybe betullah tu apa mat saleh cakap 'action explains better than words'.

Sebagai contohnyalahkan..

SITUASI 1

Aku:   Mak, besok kita pergi sane eh? Sebab orang nak beli benda tu. Lagipun dah habis lah benda tu.

Mak:   Huh? Nak pergi mana? Benda apa yang dah habis tu?

Aku:   Alaaaaaaaaaaaaaa, mak ni. Buat tak tahu pulak. Benda tulah. Yang orang pakai selalu tuh.

Mak:   Ye, lah. Benda apa? Cuba cakap terang-terang. Manalah nak faham. Kalau dok sembang dengan orang lain pun depa tak dak nak pahamlah. Hishhh..

Aku:    Alaaaaaaaaaaaaaaa, yang tuh tuh.. *sambil petik jari berkali-kali. Haaaaaaaaaaa, facial foam.

Mak:   =_________=' Susah sangatlah nak cakap facial foam tu ke?


SITUASI 2

Aku:   Awak, awak nak tau tak haritukan kita pi sana ternampak dia tu. Gilalah cuuuuuuun. Lagi-lagi baju yang dia pakai tuh. Rasa macam nak beli ja.

Aqeem:  Huh? Ternampak sapa? Dia pakai apa?

Aku:   Alaaaaa, yang harituh tu. Time kita jalan-jalan tu. Tak perasan ka? Punyalah orang dok usha boleh plak dia kata tak nampak. Haghamlah dia ni.

Aqeem:  Lorh, masalahnye ternampak apa?

Aku:   Malas r nak sembang dengan awak camni. Apa pun tak faham.

*10 minit kemudian....


Aku:   Haaaa, baju yang patung tu pakai. Lawa. Baru teringat. Itulah yang orang maksudkan tuuuu. Ishhh.. Lembablah awak ni!

Aqeem:   Eiii pendek ni. Dia yang cakap macam keling. Kalau cakap bagi terang-terang barulah orang paham. Dok cakap pesen sekufu dia plak.

Aku:       Diamlah gemuk. Awak apa tau. Huh!


Dan selebihnya....


You see, aku ni memang pesen cakap macam tu. So, kalau yang lambat pick up tu sorrylah. Sebab aku memang kalut sikit. Dalam nak deliver some informations tuh, macam entahlah. Kau faham tak?

Maksud aku, macam aku ada benda yang sangat best nak share dengan member-member or orang tersayang. Banyak ni cerita dalam kepala otak. But, bila buka mulut tu biasalah.. semua nak dicakapnya. Berterabur gila. Lepas tuh, bila semua sekali gus nak keluar dan diceritakan memanglah jadi macam keling paria berbicara. Bagi aku, aku faham apa yang aku nak sampaikan sebab dalam mind aku dah set dah benda tu. But then, tak sama macam apa aku cakap. Weird gila kot. 

Apa pun, janji korang ada faham sikit pun okaylah. Tak pun, angpa buatlah paham-paham ye? 

Tuesday, November 6, 2012

Just Read

Assalamu'alaikum.

Buka-buka ja dashboard, tetiba teruja sebab orang yang aku  rindu menulis akhirnya berbelog kembali :) Yippie!!! Suka sangat. Rindu oh dekat Kak Hidd punya penulisan actually.

Sebab blog dia seriously macam a story book. Tak tipu. Bila ikut blog dia, macam addicted gila jadi. Sebab dia macam bersiri/berepisode. Plus, ada gambar Umar Arjuna. Itu yang den bertambah sukooo :)

So, apa lagi, aku pun baca. Bila baca, sebak, sedih dan segala-gala rasa sad terkeluar.

If I was in her shoes, tak terbangun dah aku rasanya.

Maybe aku tak faham dan tak menempuh macam dia tempuh before this and in present. Tapi, aku tahu dia seorang wanita yang kuat sangat. Seriously.

Kak, saya akan mendoakan kebahagian akak sekeluarga. Insha Allah, dugaan yang diberi oleh Nya pasti ada hikmah. Dan, ketika ini ujian diberi, Allah meningkatkan lagi imaan akak. Insha Allah. I'll always pray for the very best of you and Umar. Aamiin :)

Thursday, November 1, 2012

Menjelang bulan November.

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, dah masuk bulan baru pada tahun ni. Sikit je lagi nak akhirnya tahun duaribuduabelas, kan? Sungguh cepat masa berlalu dan rasa macam tahun ni memang aku less write in this blog. I wonder why. Hmmmm... Memikir seketika. Ecewaaaah. Poyo.  Banyak aku rasa yang aku nak tulis, tapi bila pikir nak buka laptop, plug in battery, on then tunggu windows open lagi semua, aku jadi malas. Maklumlah, la ni ai tengah intern. So, balik keje je teruslah berehat. Eheuheuheuehu, bajet macam penat. Padahal dok mengendeng dekat adik aku sebab sama-sama addicted dengan Running Man. Itulah dia, panahan Running Man kan. Satu kerja pun tarak jalan. Astaghfirullah hal'azim. Teruk benor. Okay, apa yang aku nak ceritakan, maaflah kepada sesiapa yang keteringinan nak membaca blog haprak aku ni tapi tak dapat sebabnya aku privatekan buat sementara. Maklumlah, the previous posts macam buat orang bikin gaduh, salah faham dan blablabla. Maaf ya. Tapi, if you can't get the real picture, what I'm trying to said in my blog, apa sekalipun cerita aku post, maybe daripada pengalaman aku. Tapi, I don't point it out to a specific person. So please. My life is not all about certain people okay. Okay, aku rasa pun macam nak start a new writting. Which are more worth reading (instead of wasting your timekan), more informative dan yang pasti bukan macam dulu. Full of anger and unsatisfied feelings sangatkan? Masyaallah. Dasar manusia cetek ilmu. Actually, aku nak bercerita tentang hal raya Aidiladha, hal first time gi Publika dan segalalah yang attached with pictures. Insha Allah, aku akan merajinkan diri ya. 

Wednesday, October 24, 2012

Semua kerana Kang Gary.



Ini semua karena Kang Gary 
Alaa, yang minat Ace Jihyo dalam Running Man tuuu. 
Omelnyewwww..

Hiba

Apa perasaan bila penulisan sendiri dihentam dengan kata fitnah orang?
Kemudian dibawanya dari mulut ke mulut dan dibaca melalui mata
Lalui di- absorbed ke dalam kotak fikiran dang keluarlah suatu assumption tersendiri
Walhal, penulisan hanyalah lakaran yang di point out randomly.

Tak semestinya berbelah kepada satu pihak sahaja.
Dan
Kerana penulisan juga berlakunya pecah belah.

Masya Allah.

Manusia.
Fikirlah dengan bijak.
Jangan ditaburnya fitnah. Dosanya seperti membunuh saudara sendiri.
Seeloknya, berasa was-was mahupun sangsi, tanyakan terus
Sejurus membaca penulisan itu.
Bukan berdiam diri dan menagih simpati.

Just remember,
My world is not because of you.
I've got some people juga.
Those yang baik, elok, budi pekerti dan menipulahkan of aku cakap semuanya baik.
Mesti akan ada some yang buat perangai palat dia pada aku.

So, kalau kau terasa bila baca penulisan aku
Maaf.
Seharusnya, ia tidak ditujukan kepada kau.
Dan, yang tukang menabur fitnah dan membuat konklusi sendiri,
Better fixed it.
I forgive you but at the same time, I'll forget you.
I'm better off without these kinda person dalam hidup.
Buat onar dan mengkelam-kabutkan segala hubungan.

Bukan aku nak putuskan hubungan
Cuma, I won't please you like I used.
Dan
Kau yang terasa itu, jika mahukan jawapan yang sebenar
Bertanyalah.
Kau kata pada aku jangan berburuk sangka.
Tapi kau?

Aku menanti kata awal dan akhir kau.
Silakan.

Sunday, October 21, 2012

Tentang Rasa

Kawan.

Kalau datangnya tentang kawan, aku agak sensetive. Heh, mesti ramai tak percaya sebab luaran aku macam tak kesah. Tapi hati dan perasaan ini? Kalau dirobek dan ditunjukkan, barulah tahu. Haih.

Memang ada masa pasang surutnya bila berkawan ni. Sama macam couple gak. Ada masa kita geram, annoying, menyampah, suka, duka, gembira dan sakit hati. But above all, kita sayang kawan. Sebab itu kita rasa macam tu. And, I'll never be exhausted in cherishing and discovering about my friends. 

Memang it is unexpectable for us untuk baca pemikiran atau tingkah laku kawan sendiri. Even my actions towards them pun unexpectable unless you are a friend yang betul-betul faham perangai kawan sendiri. Which I tak harap pun macam itu.

Tapi, when you became invisible kepada member sendiri, that hurts the most. Memang kau boleh cakap immature ke hape. Tapi, cuba kau yang berada di tempat itu. I bet you'll feel the same or pasti akan lebih teruk. 

I've been through a lot obstacle in a friendship. Dari sekolah lagi. Semuanya sebab jauh, tak berjumpa, salah faham dan sebab lama tak contact. Patut ka semua tu di jadikan alasan untuk tidak berkawan rapat semula? 

You see,
Kawan bukan sebab kena berkepit 24/7, baru dikatakan kawan.
Kawan bukan sebab nak kena ikut rentak kau sahaja tapi ikut flow keadaan.
Kawan bukan sebab aku berkawan dengan dia, kau pun wajib berkawan dengan dia (kawan dia yang lain).
Kawan bukan sebab kau dah tak dek kawan lain ketika itu.
Kawan bukan sebab sebagai rebound bila kau dah hilang separuh nyawa dan bilangan kawan.
Kawan bukan pit stop untuk kau mahukan bila susah.
Kawan bukannya sebarang mainan untuk kau singgah sana bila kau dah ada kawan lain.
Kawan bukan untuk dilemparkan seperti kain buruk bila dia buat perangai.
Kawan bukannya nak kena sekepala, tapi menerima segalanya pasal dia. Macam kau terima partner hidup.
Kawan bukan sekadar berkawan, tetapi menerima seseorang yang penting dalam hidup.
Kawan bukannya bila kau tak puas hati dengan yang lain, kau akan mengata dengannya lepas tu kau api-apikan mereka. 
Kawan bukannya sembangan yang kau senang-senang nak bualkan pada orang lain.
Atas semua dasar di atas,
Kawan bukanlah seseorang yang setakat kau selesai satu stage dalam hidup kau, kau blah sebab kau dah ada life sendiri di mana ketika itu kawan kau terkapai-kapai nak tahu kenapa kau blah begitu. Tanpa signal mahupun petanda.

Sebenarnya kawan,

Kawan adalah bila kau dianaya atau bakal disakiti, dia yang takut lebih dan dialah lawyer kau nak debat untuk kau.
Kawan bila kau susah dia yang besusah payah lebih untuk kau agar kau yang senang.
Kawan adalah dia terima segala perangai annoying kau luar dan dalam di mana orang lain tak tahan.
Kawan dia tidak pernah hipokrit dengan kita.
Kawan dia tak kisah if jauh or jarang berjumpa, tetap akan rasa rapat sejurus bertemu. Sebab semua tu bukan alasan.
Kawan takkan pernah lupakan kawan yang jauh nun di sana, tapi cuba untuk merapatkan lagi.
Kawan takkan pernah senang untuk silih gantikan kawan lama dengan yang baru.
Kawan dia akan cuba untuk menjaga sensitivity kawan sendiri.
Kawan dia akan cakap terus apa yang dia suka dan tak suka pasal diri kau. Terus teranglah.
Kawan takkan pernah putus asa ataupun rasa penat untuk mengukuhkan lagi hubungan kawan.
Kawan takkan pernah tikam belakang dan itu aku paasti semua tahu.
Paling, kawan akan berada ketika kau nak mengadu, menangis dan mahu tahu apa punca keretakan antara berdua. Di mana, dia tidak akan hebahkan aib kawan sendiri tetapi terus menanya. Itu kawan.


Friends will always be during your peak time and down time.


Dan apa aku boleh simpulkan, 
Kawan sangat berharga hubungannya.
Sama seperti dialah makwe/pakwe kau.
Seperti mana kau sanggup korban dan bela makwe/pakwe kau,
Macam gitulah hubungannya.

Jangan bila kawan buat slek sikit, kau blah.
Sepatutnya, kau yang terangkan kat dia tak sepatutnya dia begitu.
Apa? 
Dia dah tak penting? 
Dia buat salah?
Heh,

Or sebab kau sedang bahagia dengan yang lain lainnya?

Habis tu, hati dan perasaan dia?
Ada sebab kenapa dia buat slek pada kau.
Tapi, janganlah dijadikan alasan.
Sebaiknya kau hargai mereka yang telah lama ada di samping kau.


Bila, 
Aku yang rasa begini, down sebab kawan, aneh.
Aku pun tak nak rasa palat sebegini mahupun fikir benda remeh macam ni.
Tapi, bila hati memberontak untuk tahu apa punca, rasa down terus. Lagi down bila break.

Aku paling sedih, bila janji banyak yang kau bagi, akhirnya punah macam gitu.
Perhhhhhh, if you were in my shoes.

Yes, tell me I'm immature.
Tell me I'm sensitive nak mampus.
Cakap apa yang kau rasa.
Tapi, cuba kalau kau yang merasa.
Terasa tersisih pastinya.

Heh, siapa yang suka?
Bukan kita saja nak isolate diri, tetapi bila kita dah tak boleh get a long dengan yang lain, janganlah dipaksa untuk try get a long.
Lebih baik aku jauhkan diri daripada aku buat dosa. Kan?
Sepatutnya kau cuba untuk membaikkan semua.
Membahagikan keriangan and each moment bersama.
Bukan blah dan tinggalkan.

Satu je yang aku nak luahkan.
Bukan aku harapkan jasa mahupun belas ikhsan.
But at least, remember what we've cherished and had together.
It might be nothing precious compare to what you might have now.
Sebab sekarang kau berada on top of the world.

Satu lagi, 
Kalau kau rasa kau ni terhutang budi dengan kawan sendiri. Walhal kau menyampah nauzubillah dan belakang kawan itu kau kutuk kaw-kaw, better tak payahlah. Kalau kau sendiri makan hati gila babi lepas tu balik kau menyundal cerita pasal kawan yang kau makan hati sangat tu, better tak payah berkawanlah.

Buat dosa dan semestinya kau yang sakit terlebih.

Be sincere in being a friends.




You see, I've been there.

Segalanya.

Dan kau tahu apa aku rasa?



Sangat Fuck- Up.

Post ni aku tak ajukan pada sesiapa. Tapi, kalau kau terasa cepat-cepatlah baik pulihkan hubungan. Sebaiknya, kau patut lebih mengerti. Ini, hati dan perasaan aku yang rasa.

okay.





Wednesday, October 17, 2012

Nikmat

Bila kita jatuh sakit, segala nikmat ditarik
Semua jadi sebra tak kena
Rasa pedih dan sakit, diri sahaja yang tahu
Dan hanya tuan badan sahaja yang mampu berkata

Tapi, Alhamdulillah.

Aku bersyukur kerna masih lagi boleh bernafas dan melihat segala di bumi ini
Masa inilah Allah nak uji tahap kesabaran dan betapa kita mencintaiNya.
Percayalah
Setiap sakit yang mendatang, itu adalah untuk penghapusan dosa
Dan aku menerima dengan redha.

Monday, October 15, 2012

WTH?

Assalamu'alaikum.
 Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, lama rasanya tak menulis. Dah basi dan expired dah blog ni. Mesti punya tak dek kunjungan. Eheh, mana taknya. Tulis ja masuk draft. Lepas tu berkurun nak buka blog ni.

Tup tup tuppppp, dah lain dah lay out blog ni. Adeyh, kene explore lebih ni. Apa pun, aku akan cuba untuk semangatkan diri untuk berkarya di blog haprak aku ni. Moga-moga.

Tuesday, September 18, 2012

Hilangnya.

Kalau dulu, rasa lengkap.
Tapi, sekarang terasa hilang separuh.
Rasa diri ini tak lengkap.
Rasa diri ini sunyi, yang sebenarnya.

Hari demi hari, aku coba lalui dengan kental.
Tetapi, masih terasa kehilangan dalam diri.
Apa maknanya semua ini?

Hari demi hari memang sayu.
Tiada lagi gelak tawa, perasaan mahu berkelahi, perasaan dengki.
Rasa seperti zombie.
Tidak berperasaan tetapi kehilangan jiwa badan ini.

Ya Allah, 
Kembalikanlah segala kebahagiaan dalam hidupku.

Aamiin.

Monday, September 3, 2012

Pertumbuhan Usia?

Bergaduh dan berbaik semula
Salah faham dan terus terputus hubungan
Menafikan dan terus menafikan
Ego yang tiada tandingannya
Tidak berpuas hati dan berdiam diri
Sakit dan berkecai hati
Duka dan lara
Kemurungan dan kekecewaan
Jatuh ditimpa tangga dan ditimpa bertubi-tubi

Semua ini yang membuatkan diri seseorang itu bertambah kuat dan matang
Membuatkan seseorang itu makin teliti untuk menggunakan akalnya
Membuatkan seseorang itu berfikir sedalamnya sebelum membuat sebarang tindakan
Dan paling penting
Membuatkan seseorang itu menghargai semua mahupun sesiapa yang berada dikelilingnya

Kerana
Bila hilang semua
Pasti itiada lagi pengganti
Dan aku sejujurnya takut kehilangan mereka berkali-kali
Aku sayang dan aku akan menghargai kau orang semua
Janji aku kepada setiap seorang kenalan aku

Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Ghayeeee.

Assalammualaikum

Sihat semuanya? Ya Allah, rasa tersangat lama tak mengupdate blog ni. Ternyata aku dah kehabisan idea. Or, aku rasa tak semua aku patut menulis diblog ni, kan? Maybe, keeping it to myself lagi bagus kot. Huhuhu..











Di sini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya AdilFitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan. Jikanya ada salah silap yang mengguriskan hati anda, saya memohon jutaan maaf. Sempena bulan lebaran ini dengan harapan, dapatlah kita saling maaf memaafi dan enjoy dengan sepenuhnya tapi berpada-pada. Sekian.

Masih belum terlambat lagikan? Hey, lantaklah. Raya sebulan kooooooot. Peace yaw!

Monday, August 6, 2012

Zikir Terapi.



Kadang-kadang kita tidak tahu, dengan berzikir ia dapat memberi terapi yang baik pada diri kita. Seeloknya, berzikirlah sentiasa daripada bercakap kosong. Sesungguhnya, hati ini akan juga lembut dan bersih.

Friday, August 3, 2012

If that what I deserved, Alhamdulillah.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah result dah pun keluar. Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku cakap. Walaupun tak sehebat dan tidak seberapa, Alhamdulillah. Sebab apa yang aku expect, lebih teruk daripada yang aku dapat. Siapa tak rasa. Carrymark yang sangat teruk dan sangat rendah amongst all classmates kan? Tapi, Allah masih mendengar dan Alhamdulillah doa aku termakbul. ' Kurniakanlah aku kejayaan dan hindarkanlah diriku daripada kegagalan. ' Alhamdulillah. Sekarang, boleh aku practical dengan tenang. Ecewaaaaah :)

Owh, kepada mereka yang pointer striver, congrats. I'm so happy for you. Yang tidak dapai achievements daripada yang di aim, never mind. Can try better. Especially, for next semester and in your thesis. It's never too late. Never! So, jangan kecewa sangat because, pointer tak menunjukkan masa depan anda mahupun tahap kepandaian anda. Itu hanyalah segulung kertas. Percayalah, tinggi atau rendah pointer kita, sejak azali lagi Allah dah tentukan rezeki masing-masing. So, why do you need to bother or feeling gloomy dengan pointer anda yang tidak seberapa? Instead of risaukan masa depan di dunia, lebih baik risaukan masa kita dihadapkan pada Allah.

I was devastated juga because mostly my pointer was so-so (which means almost there) but still can grad upper second class jugalah. InysaAllah. Still, I put faith in it whereby, for next semester in my thesis. I'll try to make it a satisfaction for me.

Just, redha dan terima dengan apa yang telah Allah bagi. Ada sebabnya, ada hikmahnya. Mungkin, Allah tidak memberi lebih kerana takut hambaNya akan riak, takbur dan berasa selesa di atas kurniaannya. Dan, Allah memberi kurang daripada yang kita minta kerana Allah sayangkan kita. Mahukan kita sentiasa mendampingiNya. Allah sudah atur segala aturan hidup kita. Kita hanya pelru berusaha dan berdoa. Tapi, apa yang telah Allah beri, terima dengan seikhlas hati dan bersyukur. Pointer CGPA bukanlah bekalan hingga ke ahkhir hayat yang akan ditimbang di kemudian hari. Tetapi, ilmu yang akan melekat di otak itu dan yang diamalkan dan dikongsikan pada orang ramai itulah yang akan dihisab. Jadi, fikirkanlah. Usah menjadi hamba pointer.

Sunday, July 29, 2012

Pengamalan Surah Al-Waqiah.

Assalammualaikum,

Surah Al-Waqiah. Surah yang sering aku amalkan sejak daripada universiti lagi. Alhamdulillah, surah ini memang mujarab dan aku sendiri mengalami khasiatnya. Seperti yang telah tertera oleh Rasulullah baginda sendiri. Oleh itu, marilah amalkan bacaan surah Al-Waqiah ini. Bacalah setiap pagi selepas solat subuh. InsyaAllah, pintu rezeki anda akan terbuka luas dan mudah untuk menerima dan mendapat rezeki. Marilah kita baca khasiat yang terkandung jikalau pengamalan surah ini selalu.




Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

    Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
     
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.                                                                        


Friday, July 27, 2012

Pertanyaan, boleh?

Jikalau ada sesuatu yang membuat anda tertanya-tanya,
Tanyakan terus pada empunya badan.
Jangan sesekali membuat andaian kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
Bukan susah untuk bertanya.
Buka mulut dan bertanya.

Sebab, aku pernah dalam situasi begini.
Berdiam diri lantas membuat bermacam-macam spekulasi.
Akhirnya, diri ini yang akan menyesal.
Lagi-lagi kalau pasal hukum-hakam agama.
Jangan sesekali dibuat main.

Oh, tidak lupa juga hati dan perasaan seseorang.
Jangan didengarnya sebelah pihak,
Tapi bertanyakan juga kepada pihak yang anda rasa curiga itu.
Percayalah,
Kerana tanpa sebarang pertanyaan, segalanya akan celaru.
Dan bertambah salah faham.

Sekian.

Thursday, July 26, 2012

Jejaka Melayu.

Assalammualaikum!

Yes, topic harini adalah tentang Jejaka Melayu. Eheeeeem, kalau ikutkan hati, jejaka taste akulah. Tapi yang melayu. Ahaks. Kalau before this aku buat pasal jejaka or pelakon mat saleh, sekarang aku akan senaraikan jejaka or pelakon melayu yang menjadi pujaan hati.

Inilah top 6 pelakon malaya yang menjadi pujaan hati saya. Khrkhrkhrkhrrrr (gelak gatai noh..)





Nombor 6:    Zahiril Adzim.

Suka tengok lakonan dia sebab nampak sangat dia feel and he really can act. Dahlah kemetot comel :)




Nombor 5:   Remy Ishak.

Paling suka tengok dia dalam Nur Kasih. Gaya dia, ego dia... mak ai. Lemah. Lepas tuh, tengok dia dalam drama Sabar. Jadi mat bangla. Kelakor. Pandai dia pegang watak tu.





Nombor 4:    Shaheizy Sam.

Suka dia sebab lakonan, suara dan senyuman dia. Teheee, plus dia ni macam cheeky-cheeky sikit. Lakonan dia memang tak dinafikan powerlahkan. Tapi, nak tengok dia berlakon jadi jahat gak. Asyik-asyik hero jekan.






Nombor 3:   Nazim Othman.

Tengok bibir pun dah tau kacak. Ahaks. Start minat bila dia berlakon dalam drama Begitukah Cinta. Ya Allah, memang tak lepas noks tengok cita tu.




Nombor 2: Beto Kusyairi.

He can act very well. Tak kesahlah jadi baik ka, bebal ka, jahat ka, dia memang boleh berlakon. Pernah jumpa live. Sumpah sangat humble dan suka senyum. Grrr.





Daaaannnnn, inilah pujaan hati aku daripada die mula-mula berlakon sehingga sekarang! Nombor 1 dan sentiasa akan menjadi pelakon melayu pujaan hati aku yang pertama; Bront Palarae :)

( Cair sungguh aku dibuatnya. Haih, kacak gilo. Kalau jumpe live pun, dia sangat cool eh. Dressing pun tak dek nak gelabah ayam. Memang relax gile. Lepas tu, tinggi mak ai..)




Sunday, July 22, 2012

Redha kan Sahaja.

Assalammualaikum..

This lately, lot of things that I've to let go and for this, I must learn to Redha with everything that happens. If tanya pada aku, memanglah sangat sedih dengan setiap apa yang dah berlakukan. Tapi, nak buat camno. Mungkin itulah yang Allah nak untuk aku sedar betapa aku lupa diri dan lupakan-Nya. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk memperbetulkan diri. Alhamdulillah.

Antara yang memang aku cuba untuk redha dan Alhamdulillah, redha juga dengan ikhlas. Aku redha dengan duit aku yang beratus ringgit itu yang terpaksa di-burnkan gara-gara sesuatu yang sangat tak worth it! But then, redha juga dengan kelesapan duit itu ya. Mungkin, itu bukan rezeki untuk aku dan mungkin dengan cara ini, Allah nak memberi pengajaran dan kesedaran diri kerana sering leka dan hidup dalam kemewahan. Dan, aku redha dengan kehilangan baju yang aku baru sahaja pakai sekali. Gosh, ini pada mulanya memang susah gila nak terima hakikat. But, lama-lama I did get over it. Redha walaupun sedih.

I believe, apa setiap yang telah terjadi, terjadi, sedang jadi dan akan terjadi.. pasti ada hikmah disebaliknya. Semuanya rancangan daripada yang Maha Esa. Hanya, percaya dan yakin bahawa semuanya akan berjalan dengan lancar :) Semoga aku akan tabah dan sentiasa redha dengan apa atau setiap aturan hidup aku ini. Mudah-mudahan. Amiin.

Thursday, July 19, 2012

Mera Precious Hai.


Le Families.





Le 12 years BFF.






Le 4 Years BFF.






Le Boyfriend of almost 3 years.


                                                                   - Precious. All.

Dearest,

If one day you realize I haven't talked to you in a while, it's not that I don't care, it's because you pushed me away and left me there. You pushed me way too far. As far as I even can't see the reasons why and how you did vanished the existence of me in your life. All I can say is thank you. Thank you for pushing me away and thank you for letting go all that we used to be and we used to had. I'm grateful because at last, I know who are the people that will always stood up for me, no matter what. I'm thankful because you did open my eyes to not warmly welcoming people in my life and to trust anyone easily. A very slightly thankful because you did 'created' the old me back. Thank you and nothing much that I plead any more. As you wish, you are no longer as I remembered. Goodbye and do live your life as you desire.

                                                                  Sincerely, 
                                                                   Myself.

Wednesday, May 30, 2012

Bila dah tak dak kerja padahal banyak kerja sekolah.





Gua tetak muka lu baru lu tahu!
BHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Hanya Kerana Suka.

Hanya tinggal beberpaa bulan sahaja lagi aku akan tamat pembelajaran aku. Tak deklah dah grad, but will heaing for my practical dan bukan lagi di Segamat. Bila kira kalendar, mengjitung hari, sebak juga rasa. Mana taknya, 5 tahun aku di sana, menuntut ilmu yang memang tak terkira value dia. Dengan lecturer yang sempoi, kenangan yang sangatlah priceless and all those fellows yang aku kenal sejak dari dulu sampai sekarang. Sedih wei. Tapi, yang paling buat aku takut adalah, I've to admit, berjauhan dengan Kekasih. Maybe some may said, aku ni mengada semacamlah bebagai. But, hye! He was always there whenever I needed him, indeed. Yalah, bila berjauhan and berdekatan, lain kot. Kalau dekat, he can calm me down and please me directly. But, kalau berjauhan, lain. Indirectly and you don't feel the vibe of him being there for you. Do you get it? I've been in a long distance relationship like for several years and it didn't work for me. Twice pulak tu. Maybe, for others do works on them. Depends, I guess. And, now we are a bout to be in distance. InsyaAllah akan makin diperkukuhkan hubungan. Amin. Lagi pun, 5 months je pun. We can go thru this! Ganbaru yo!

Sebenarnya, topic aku bukan pasal perasaan aku nak berjauhan ke bebagai. Just, aku nak luahkan something. 

Bagi mereka yang dah berpasangan, sudah-sudahlah kau menggatal dengan yang lain.
Bukan tidak diberinya berkawan, tetapi kawallah diri.
Fikirkanlah apa yang kita akan rasa jikalau pasangan kita ini berperangai seperti kita.
Bukan aku ini narrow minded. Hye, I've a lots of friends dan kebanyakkannya adalah lelaki.
I've to admit, kita yang dah ada commitment ni, memang kena fikir consequences yang akan datang.
Fikirkan juga hati dan perasaan orang.
Mungkin, kita jenis tak ambil peduli.
Tapi, bila sampainya tanggapan buruk orang ke atas kita, tahu pula mahu melatah.
Benda or percakapan negatif orang, takkan tertimbul kalau kita sendiri boleh kawal diri kita.
There must be something that we've done wrong yang menyebabkan orang bercakap buruk pasal kita.
Orang lain takkan simply cakap buruk-buruk pasal kita kalau kita tak buat benda yang tidak menyenangkan.

Especially, bila sedang bergaduh dengan pasangan sendiri.
Mulalah macam pemburu cari mangsa. Kononnya nak hilangkan stress sebab gaduh.
Walhalnya, kau memang gatal.
Konon kita tak suka orang tu.
Tapi, melayan bagai nak rak. Hanya kerana suka.
You see, semua pergaduhan or masam muka, janganlah ditunjukkan dan diceritakan kepada yang opposite sex.
Sebab apa?Sebab, lain pemikirannya.
Paling koman pun, berceritalah dengan teman yang rapat dengan kau.
Janganlah menjaja cerita sendiri. Kau tu bukannya artis dan tidak perlu dipublishedkan personal life.
Oleh itu, kepada yang dah ada commitment lain dengan orang selalin family or friends,
Berpada-padalah. Mungkin bukan dengan pasangan anda yang akan anda sakiti.
Tapi juga, pemandangan orang sekeliling.
Percayalah, setiap apa yang kita lakukan, mesti akan ada 'hakim percuma' yang akan nilai kita.
Berhati-hatilah.

Monday, May 14, 2012

Hati.

Hati bukan mainan
Hati ini bukan pertandingan untuk ditawan
Hati ini juga bukan tempat untuk beban ditanggung

Habis itu, apakah hati ini mampu?
Menyayangi, mencintai dan kadang kala, disakiti
Namun,
Sakit yang mendalam itu derita yang tak mungkin semua mampu menanggung

Rabaknya pasti koyak menjadi serpihan kecil
Sukar dicantumkan kembali

Jagalah hati dengan sebaiknya kerana bukan senang untuk diperbaiki setelah dirobek habis.

Tuesday, May 1, 2012

HEPPPPP HEPPPPP HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Happy Birthday to me!!! Yada yada, I'm 23 already. Okay, dah tak sama dah usia dengan Kekasih. Sadis. Apa pun, Alhamdulillah saya dah besar dah pun dan dikurniakan sihat tubuh badan yang sempurna. Alhamdulillah. Terima kasih mak & walid sebab bela orang selama 23 tahun ni. Tsk tsk tsk. Sedih, sebab dah 3 tahun celebrate birthday berjauhan dengan family. Teramat. Tapi, terharu sebab walid & mak wished on the spot. Jam 0000 gak wishnye. Haih, memang rasa sebak.

Okay, sudah dengan kisah sedih saya. My birthday? Nothing much pun. Celebrate dengan Kekasih. Sebab aku tahu, lain semua busy dengan assignments dan telah diculik awal-awal but then, thanks for the wishes kawan-kawan yang daku sayang much. Malam-malam dah dapat nyanyian daripada housemates sendiri. Awwww, kiss kiss mau gak boleh? Ahaks. Lepas tuh, to all friends yang call untuk wished, sms me and post di wall gwe di Facebook, thanks a lot for the wishes and also for the doa's. Saya juga mendoakan yang terbaik kepada anda semua. Muuuuaaaah, love you allzzzz :)

Apa pun, happy birthday to me!!!! Dah besau dah den. Godang dah den. Heh, tapi tak meninggi pun. Hohohohoho.

Oh, forget to tell you allzzzzz. 





This is Bo. Big haaa? Perut pun big woaaaah, macam orang yang bagi :b  A gift from Tun Dr A :) He's big paras pinggang saya tahu. Erkkk, and he smells like Tun Dr A juga. Hek hek hek hek.

Saturday, April 28, 2012

Palazzo Pants.

Palazzo Pants. Ye, ramai dah tahu bagaimana ghopenye Palazzo Pants ni bukan? Alaaa, kalau pergi Flea Market or Street Market, mesti akan jumpa punya Palazzo Pants ni. Apa kono jang dengan Palazzo Pants ni? (I sucked in speaking Nogori) Untuk makluman semua, aku teramat suka tengok orang pakai Palazzo Pants. Memang aku teringin nak pakai, tapi aku tak reti nak pakai. Dengan kata lain, memang tiadanya confident. Pfffttttt, sadis! Aku suka Palazzo Pants ni sebab kaki akan nampak solid gila. Lepas tuh, kita punya kebesaran ass and peha pun akan tertipu betapa kecilnya dan moleknya. So, akan nampak selim dan selindir. Wuhuuuu..

Gaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh..