Sunday, December 30, 2012

Hey Ho, Lets Go 2013!

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, tamat sudah perang aku dalam Degree ni. Ehhh, belum lagilah. Sikit je lagi ni. Tapi, over all, bagi aku, dah tamatlah. Kiranya beban yang besar selama 5-6 months menanggung, dah terlepas dah. Fuuuuuuuhhhhh.. Leganyaaaaa! Alhamdulillah, the presentation was okay. Panels were supporting gila! But. itu yang paling aku takut. Yang supporting tulah takut nanti dia marks macam strict kan? In shaa Allah, hopefully marking pun supporting gaks. Aamiin :)

2013. Owhh, kau. Lagi beberapa hari je kau nak menjelangkan? 2012, pun bakal berakhir. Jadi, tutuplah buku tahun 2012 dan lupakan semua yang pahit. Yang manis disimpan dalam hati untuk diingati. Ecewaaaah, macma pantun pulokkan. 

Ada serba sedikitlah target 2012 yang aku dah capai, dan adalah yang belum. Boleh katakan, 50%-50% lah. Itulah, aim punya banyak, tapi yang tercapai beberapa ja. Heuheuheuheu.. Azam kemain besar kedabak. Usaha secoit ja. Biasalah dia tuuuuuu..

So, sekarang ni aku nak taruk aim sikit jek. Meh tengok akan tercapai akal aku dan kau ke idok. Macam biasalahkan, kita orang perempuan ni memanglah nafsunya banyak dalam nak bershopping. Eheeem, especially aku lah kot. Ke aku sorang je yang bernafsu besar gajah terhadap shopping? Well, well.. Tahun ni aku akan decreasekan nafsu aku. Di mana aku akan berjimat cermat dengan sebaiknya. Ye, aiming pertama haruslah kumpul duit. Ni kalau dah dok spend je, camno nak kawen den nanti? Harharharhar...

Tapi, kumpul memang kumpul. Hasrat nak membeli tetap hado. Nak camera Pentax Q10. Haaa, tempting pulok tengok camera tu. Tecit tomei jewwwww. Heh! Tapi, tak pak.. Kalau ada rezeki lebih, belilah. Kalau tak dan, redha. Eheeeem *padahal aiming dalam pala otak tuuu.

Then, lepas aku Degree which aku dah habis segala practical ni, aku nak pergi Girls Trip dengan girlfriendssss aku. In shaa Allah kalau jadilah. Doa banyak-banyak. Kang, masing-masing dah busy dengan commitment, nayalah tak dak masa bersama untuk diluangkan. Huhuhuhu..

Lepas tuh, aku nak kena dapat kerja before Marchlah.. Wajib wei... Kalau tak, menganggur aku. Camno nak dapat income lebih? Kan? At leastlah, kerja temp. pun jadilah. Kerja jugakan?

Lepas tu, paling last dan aku rasa macam takkan tercapai lah dalam tahun ni. Tapi, hopefully akan tercapai juga. Aku nak settle down akhir tahun ni. Ya, tak kiralah! Heuheuhueh.. Tak daklah. Ini aku aim sahaja. In shaa Allah. Kalau ada rezeki lebih, Alhamdulillah. Yalah, usia makin meningkat, kawan pun ramai yang dah settle downkan? So, terasa macam it's my time. Tapi, terserah. Semua tu planning sahaja. Allah yang tentukan. Tapiiiii, silalah doakan ya kalian untuk target 2013 aku ni, eh? 

You ollls, nampak tak target aku ni? Meh aku buat pesen numbering pulak.


  1. Kumpul duit. Kumpul duit. Buka bank kedua untuk tak disentuh.
  2. Pentax Q10.
  3. Dapatkan kerja selewatnya March, 2013.
  4. Girls Trip with the girlfriends.
  5. Settle down by the end of 2013. (In shaa Allah. At least ada ikatan pun dah kira tercapai juga aim ni.)
Haaa, tahun 2013, 5 targets ja aku taruk. Tak lebih. Serius. If aku dapat fulfil ini punya target, gua memang paling bahagialah. Wehuuuu.. In shaa Allah. Doakanlah yang terbaik ye untuk aku dalam tahun 2013 ini ye kawan-kawan.




G-Dragon & TOP.
Pakwa baru gua ni sistaaaaaah!


 * gambar di atas tiada kene mengena. Tapi, mereka comel sesomels! Bibir dua-dua seksi. Gewam angat! Wewewewewe.. Lempanglah aku. Sila. Tapi, suka juga depa. Sampai dah buat wallpaper laptop haaa. Fanatik pulakkan? Biasalah tuuuuuu...Orang kata jangan benci, lama-lama sayang. Kan dah terkena. Ewaaahhh..

No comments:

Post a Comment