Jikalau ada sesuatu yang membuat anda tertanya-tanya,
Tanyakan terus pada empunya badan.
Jangan sesekali membuat andaian kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
Bukan susah untuk bertanya.
Buka mulut dan bertanya.
Sebab, aku pernah dalam situasi begini.
Berdiam diri lantas membuat bermacam-macam spekulasi.
Akhirnya, diri ini yang akan menyesal.
Lagi-lagi kalau pasal hukum-hakam agama.
Jangan sesekali dibuat main.
Oh, tidak lupa juga hati dan perasaan seseorang.
Jangan didengarnya sebelah pihak,
Tapi bertanyakan juga kepada pihak yang anda rasa curiga itu.
Percayalah,
Kerana tanpa sebarang pertanyaan, segalanya akan celaru.
Dan bertambah salah faham.
Sekian.
No comments:
Post a Comment