Friday, December 3, 2010

Perihal berskandal-an.

Skandal.
Mesti semua orang tahu apa itu skandalkan?
As for me, aku baru dapat memahami apa itu skandal semasa aku di Semester Lima.
Gila loser en?
Tapi tak apa. Sebab bila aku tahu apa maksudnya, aku rasa macam tak perlu tahu pun tak apakan.

Okay, perihal berskandalan nihkan. Sekarang nih berskandal ni dah jadi macam trend. I mean, yelah kiranya if ade skandal nih, macam hebatlahkan. Konon lakulahkan diri itu. Tapi pada aku, you're such an ass mate!
Kenapa aku cakap macamtuh? Sebab, bila aku tengok orang keliling aku yang aku kenal, tidak kiralah yang berdarah dagingkan aku or yang tidak, (even yang berdarah daging aku nih tak adalah pulakkan suka berskandal. Alhamdulillah di situ ye.) mestinya berskandal atau istilah lain pasang lain or main kayu lapanlahkan.

Okay, macam nihlah. Aku kurang berminatlahkan atau dengan lebih berterus terang, TIDAK BERMINAT langsunglahkan dengan mereka yang suka berskandal / pasang lain/ main kayu lapan nih. Bukan sebab dorang akan influance aku or hape, tapi aku macam malas nak mendengar cerita betapa hebatnya mereka ada skandal yang pelbagai jenis. Ini aku cakap sebab benda memang terjadi pada aku. Ye, pelbagai jenis bermakna bukan dari segi jantina okay. Tapi dari segi style, status, pe'el dan segala characteristics yang lain. Wah! Kalau dengar tentang kehebatan mereka yang berskandal nih, bukan main gah! Tapi dalam mereka bercerita kepada aku, dalam otak aku selalu tertanya-tanya " Kau berskandal nih, dapat apa eh? Tak ke rasa buang duit, masa dan tenaga? Kau tak rasa ke diri kau tuh macam senang je nak diangkut orang?"  Especially kalau yang perempuanlah. Kalau yang lelaki, kurang sikit rasa hilang hormat tuh sebab memang lelaki. Alaa, nama pun lelaki. It's men's nature to act like that. Ego!

Aku pernah bertanyakan kepada seorang rakan aku ni " Eh, you berskandal nih, seronok ka? You dapat apa eh?" Kemudian, dia pun jawab " Seronok what. At least attentions yang you nak, ada. Hilang sorang, ada lagi yang lain. Macam spare partlah katakan." Aku pun, ohhhhh panjang jelahkan. Rupanya macam tuh. Atau mungkin terasa diri sendiri hot, tuh yang sampai ramai sangat minat tuh. Apa lagi, kaut jelahkan. Dah hot, nak buat cam mana.Tapi, yelahkan, setiap orang, lain sebab dianya nak berskandalkan. As for me, aku tidak macam tuh. Aku bukanlah seorang perempuan yang dibesarkan oleh seorang mak dan ayah sebagai seekor ular yang suka lilit ramai orang. Bak kata omputih kalau mak-mak marahkan anak-anaknya if tahu anak mereka suka pasang banyak-banyakkan " I did not raise a snake, my son. Pick one and stay with one."

Memang pantang mak aku tahu if anak-anaknya suka pasang lain. Iye, sedangkan aku yang suka berkawan dengan yang laki pun mak aku dah bebel-bebel. Katanya tak manis. Tapi aku jawab balik dengan jawapan yang kononnya kawan dengan perempuan tak best. Perempuan suka ngumpat dan take things for serius. Kalau lelaki best. Dorang chill je. Memang benar wei! Tapi tengoklahkan kawan lelaki yang bagaimana. Okay, back to the topic. Mak aku selalu pesan, if dah tak suka or tak boleh ngam dah dengan yang itu, terus-terang aje. Tak elok biarkan lama-lama.I agree because I used to have this kinda experience. But thank God, semuanya settle dengan baik.

Skandal?
Kalau bertanyakan kepada aku, memanglah aku tidak berkenan nak ada semua tuh. Memang pernah satu ketika semasa aku bersama ex-bf aku, adiknya sendiri suruh aku mencari skandal. Bukan adik dia aja, tapi kawan-kawan dia yang lain. Tapi aku bukan jenis sebegitu. Sebab aku selalu set mind aku, if sekali aku buat pada orang, if sekali aku permainkan perasaan orang, mungkin dia tidak balas. Tapi Allah itu ada. Kalau dia nak balas, on the spot pun boleh. Or dengan kata lain, aku memang bukan jenis yang suka berskandal nih. Buat apa? Buang duit aja. Ingat elok sangat ke perempuan yang dilihat oleh kenalan lain, keluar berpimpin tangan or cuddles dengan lain-lain lelaki tapi dalam satu masa yang sama? TIDAK! Dah macam belen dah. Tak apa if berkwan dengan ramai orang yang berlainan jantina. Tapi, berkawan pun ada batasnyakan? Ye, dulu aku tidak tahu semua itu sebab aku terasa diri nih bebas tapi once bila kita in a relationship, bukan nak kata bf aku ni mengongkong ye, tapi diri sendiri dah boleh fikir. Allah da bagi akal, jadi gunakanlah untuk sebaiknyakan? Bayangkanlah if kita time dengan bf kita, kita boleh buat sama benda dengan kawan-kawan laki yang lain, tak mustahil bila dah kahwin nanti macam tuh, kan? Mana perginya maruah suami kalau bukan sang isteri yang kena jaga? Tambahan pula, aib dalam rumahtangga tidak mungkin akan diketahui kecuali salah sorang daripada ahli rumahtangga itu sendiri yang memberitahu atau mengantoikannya. Betul tak? Disebabkan dah jadi macam habit. Benda yang dah jadi habit, bila-bila masa ja buat. Tak fikir dah pandangan orang lain. Tapi sebenarnya dah tahu bendanya tak elok and if buat pun, bukan dapat apa. So, better tak payahlah apply dari sekarangkan? Memanglah kebanyakan orang berfikir, mak bapak aku pun tak dak nak sekat-sekat aku, kenapa kau pula nak lebih-lebih? Aku tak kisah jikalau kamu mahu berskandal. Terpulanglah. Tapi, pandai-pandailah fikir. Sedangkan, bila dapat tahu pasangan sendiri berskandal, bukan main naik darah, naik angin semuanya. Tapi pernahkah terfikir pasal tindakan kita sendiri? Jadi, kalau nak jaga hati diri sendiri dan orang lain, fikirkan dulu consequences ke atas perbuatan yang kita buat. Okay?

So, untuk hubungan yang lebih sihat, amalkanlah perkara-perkara yang sihat ye.
From a healthy realtionship, it build a mutual trust and respect. So, pandai-pandailah fikir ye.

No comments:

Post a Comment