Sejak akhir-akhir ini, emosi aku kurang stabil. Ye, bila aku kata kurang stabil, memang tersangat terlampau amat sangat kurang. Mana tidaknya, hati ini tidak tenteram langsung. Tiap kali sebelum memejam mata di malam hari, aku pasti akan berasa runsing, rongsoi. Sepertinya jiwa kacau. Alasan yang dicari, tetap aku tidak dapat jumpa. Hanya kekeacauan jiwa ini. Lima solat fardhu aku lakukan dengan consistent, tangan yang ditadah untuk memohon doa juga telah aku merayu. Namun, hati aku ini tetap tidak menentu selama seminggu. Aku sering bertanya, kenapa dengan diri ini? Akhirnya, aku mendapat jawapan yang dicari selama beberapa hari sebelumnya.
Tiap kali dimintanya tolong, pasti aku melenting.
Tiap kali diminta berbual, pastinya muka kelat yang ditonjolkan.
Tiap kali ditanya, jawapan yang tidak memenuhi soalan yang dijawab.
Kenapa?
Mengapa aku berasa sebegini?
Perasaan tidak berpuas hati semakin membuak-buak.
Ya, hanya gara-gara tidak berpuas hati itu yang membuatkan aku berasa dosa dan durhaka kepada Yang Maha Esa dan mereka.
Tiap kali sebelum aku beradu, pastinya Sang Kekasih menelefon. Segala perasaan yang aku hadapi atau masalah, duka pastinya dia pun rasa akan ketidak tenteraman aku itu. Walaupun tidak sepatah pun aku mengadu, tetap Sang Kekasih boleh mengesan perasaan tidak berpuas hati ini. Menakjubkan, kan? Even aku sendiri pun tidak sangka. Itulah orang kata, if he's your other half, he will act like one. Being the other half of yourself tidak bermakna kau melabelkan dirinya sebegitu kerana dia kekasih kau sampai mati tetapi kerana apa yang aku rasa, dia pasti rasa. For an example, adalah suatu hari nih, masalah yang aku hadapi sama sepertinya. Masa dan hari pun sama. Apa yang dia fikirkan dan dia rasa, aku pun sebegitu. Yang lainnya, kami berada di tempat yang tidak sama. Okay, contoh yang mudah lagi, everytime aku nak demam, dia pun sebegitu. Everytime dia sakit perut dan cirit-birit aku pun akan menyusur sama. Tambahan pula, dia sangat memahami aku. If aku marah mahu pun merajuk mahu pun tidak berpuas hati, Sang Kekasih mesti dapat detect. Even segala rasa itu bukan kerana dia, tapi, apabila aku rasa sebegitu, pastinya timing dia call kena. He just know it. He feel it. You get it, kan? Seriously, memang he's there whenever aku sangat perlukan dia walaupun tidak pernah aku mengadu mahupun meminta untuk berada semasa aku dalam susah. (masalah emosilah kebanyakannya.) As for that, aku sangat bersyukur dan berterima kasih.
Apabila rasa tidak berpuas hati ini menyelubungi diri, semestinyalah memerlukan seseorang untuk meng-comfortkan diri ini. Ye, timing yang sebegitu, tetiba sahaja sang kekasih call. Mana tidaknya, setiap kali sebelum tidur, mesti dia akan call even sekejap sahaja. But then, aku hargai. Dia pasti akan memberi nasihat yang bernas walaupun masih lagi aku ada rasa marah ini. Tapi lama kelamaan, dia melembutkannya dengan nasihat.
Ya, aku berasa berdosa.
Dosa besar yang telah aku lakukan kepadamu Yang Maha Esa dan juga kepada mereka.
Baru aku sedar, tidak sepatutnya aku berasa sebegitu.
Memang tidak sepatutnya hati ini membenci mahupun marah dengan mereka.
Harap, segala dosa ini dapat dilupuskan dengan kesedaran diri ini.
Benar kata Sang Kekasih "Bersabarlah. Mesti ada hikmah dan something yang lebih baik akan datang. Believe me. And please, hargai orang-orang yang ada dengan kita. Once dorang dah tak dak, baru nyesal. At that time, tak guna dah."
Terima kasih Sang Kekasih kerana menyedarkan diri ini.
No comments:
Post a Comment