Saturday, December 18, 2010

Now; I know.

Human. 
Manusia. 
Tidaklah sesempurna mana. Setiap makhluk yang dicipta, ada kelemahan dan juga kekuatan masing-masing. Contohnya, jika kau hebat dalam akademik, tidak semestinya kau hebat dalam sukan. Tapi, kalau kau kedua-duanya hebat, pasti ada cacat celanya, bukan? Sama juga seperti aku. Aku sangatlah tidak sempurna. Aku tahu, aku sedar. Tapi, aku tidak akan mengaku terutama kepada yang aku tidak atau kurang kenali. Mereka yang rapat dengan aku, pasti mengetahuinya. 

Aku paling tidak sempurana dalam memainkan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.
Ye, aku mengaku.
Tapi, akukan manusia. Sering terjebak dengan kesilapan yang berulangan.
Cuma aku terselamat dengan kesedaran yang aku terima.
Dan ini membuatkan aku untuk memperbaiki diri.
Jika dahulu aku dikatakan tidak matang, 
Kini aku sudah pun.
Jikalau dahulu aku tidak pernah menggunakan otak aku,
Jikalau dahulunya aku main pantang lepa,
Jikalau dahulu aku hanya ambil remeh or in other word take for granted,
Kini,
Sekarang,
Dan mulai saat ini,
Aku memikirkan dahulu apa yang aku hendak kata, 
Aku memikirkan consequences ke atas setiap tindak tanduk aku,
Aku memikirkan the do's and don'ts in a relationship.

Jikalau dahulunya,
Aku menganggap sesebuah hubungan yang dipanggil friendship itu hanyalah sekadar kain buruk,
Sekarang tidak lagi.
Sahabat juga merupakan seorang manusia, makhluk yang tercipta untuk menemani kita baik dalam susah, senang, gelak tawa.
Sahabat juga mempunyai perasaan seperti aku.
Sahabat juga merasa apa yang aku rasa
Jadinya, sebagai sahabat juga, aku tidak boleh hanya memikirkan diri aku dan hanya mahukan kesempuranaan dari sahabat-sahabat yang lain.

Manakan tidak.
Mahukan kesempurnaan dari orang lain, 
Tetapi diri sendiri taklah sebagus dan sesempurna mana.
Itu tidak adil namanya.
Itu tidak sedar diri namanya.

Jikalau dahulunya aku mudah menerima orang keluar masuk dalam hidup,
Jikalau dahulunya aku mudah bersembang dan berkongsi segalanya dengan entah siapa,
Sekarang tidak lagi.

Kerana apa?
Bukan aku mahu mengatakan aku ini memilih dalam berkawan.
TIDAK.
Bukan seperti itu.

Aku masih lagi bergaul, berkawan dengan semua.
Cuma yang membezakan aku dahulu dan sekarang,
Segala rahsia, aib dan intipati sesebuah conversation itu seharusnya aku pilih dengan betul sebelum memulakan sesebuah hubungan yang dinamakan friendship itu.

Untuk apa?
Daripada membuka aib diri dan juga orang lain.
Daripada memulakan sesebuah friendship yang berlandaskan hanya dengan mengutuk, mengata orang lain (gossip)

Jiakalau dahulunya aku pernah menikam sahabat dari belakang,
Tetapi sekarang sudah aku sesal.
Tiada apa yang aku dapat tetapi dosa dan juga rasa bersalah.
Bila sedar, 
Allah sudah pun tarik seorang sahabat yang baik dari dalam hidup ini.
Belum sempat aku meluahkan dan meng-explainkan serta memohon maaf,
Sudah pun dirinya berjauhan dari aku.
Memang padan muka dengan diri ini.

Hence, baru aku sedar semuanya.
Tidak semuanya indah jikalau diri sendiri tidak boleh mengindahkannya.
Kenapa bukan aku yang menurunkan ego daripada menunggu sahabat yang lain?
Di mana terang-terang jelas menunjuk sahabat itu lembut hatinya.
Berbanding aku yang keras.
Sekali sekala mengalah dan bertoleransi, tidak rugi apa.

Benar kata seorang sahabat aku,
Perhubungan antara sahabat lebih penting daripada hubungan adam dan hawa.
Perhubungan antara sahabat lebih lama dan kekal berbanding hubungan adam dan hawa di mana hanya dipenuhi dengan janji-janji yang dikenali Janji Kekasih.
Perhubungan antara sahabat, benar membawa banyak kenangan dan juga pengajaran. 
Walhal, hubungan adam dan hawa, tidak semuanya benar.

Pilihan telah diberi,
Hanya keputusan yang perlu dibuat.
Tanpa terbukanya mata hati 
Tanpa terbukanya pintu hati,
Sukar untuk seseorang itu membuat keputusan.
Tidak kiralah keputusan apa, tetapi sukar.

Ini apa yang aku rasa.
Ini apa yang aku alami.
Perasaan untuk memperbetulkan tingkah laku, perkataan yang dilemparkan sudah pun terlambat.
Walaupun air mata merintih,
Walaupun seribu, jutaan kemaafan dipohon,
Masih lagi tidak dapat memperbetulkan segalanya.

Sahabat, 
Maaf jikalau aku tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat yang baik dan setia.
Kini, aku sedia berubah dan menerima segala caci cela
Aku sedia menerima segala layanan terkutuk daripada yang empunya badan, sahabat.
Kerana aku layak dikatakan dan diperlakukan sebegitu.

"Accepting someone including their goods, bads, perfections and imperfections too. That's how you accept what- you- called, a person. Belajar menerima seluruh pakej yang seseorang itu ada".- owns.

No comments:

Post a Comment