Tuesday, December 14, 2010

Hikmah.

Setiap apa yang berlaku, pasti ada sebabnya sendiri.
Setiap apa yang kita sesali kerana melakukannya, pasti ada hikmah dan pengajarannya.
Setiap apa yang kita mahukan, tidak semuanya akan dapat kerana ada sebabnya sendiri.
Setiap apa yang kita tidak mahu ianya berlaku, pasti akan berlaku jua kerana ada sebabnya sendiri.
Setiap kekayaan yang dikejar, tidak semestinya akan terkumpul hasilnya.
 Pasti ada silapnya di situ.

Kenapa?
Kita cuba untuk mencari jawapan, namun tidak juga terjumpa.

Ada yang bersabar menanti jawapan kerana tahu, semuanya pasti ada hikmah.
Ada yang merungut dan menyalahkan undang-undang yang sudah tertera sejak azali.

Sepertinya aku,
Aku menginginkan sesuatu yang aku tahu tidak terkapai.
Aku mengidamkannya
Aku berusaha dan coba untuk memilikinya.
Aku coba untuk menjadikannya realiti, tapi masih lagi dalam alam fantasi aku.
Paling aku taksub adalah mengumpul harta kekayaan dunia tetapi tidak kekayaan di hari akhirat nanti.

Contohnya,
Ada suatu ketika,
Aku terfikir, kenapakah aku memakai tudung, hijab di kepala?
Walaupun aku tahu ianya perkara wajib bagi umat Islam.
Namun begitu, hati ini masih terasa untuk menunjukkan helaian rambut ini kepada khalayak ramai.
Manakan tidak, rambut yang tersimpan di bawah sehelai kain yang dinamakan tudung ini,
Dahulunya diwarnakan mengikut kesukaan kerana terhanyut dengan trend.
Apa gunanya jikalau rambut diwarnakan tetapi hanya tersimpan bawah kain tersebut?
Oleh sedemikian, hati ini membuak-buak untuk menunjuk.
Aku menyalahkan orang tua aku kerana mendidik aku untuk memakainya sejak kecil.

Ada juga suatu ketika,
Apabila aku ingin teramat memakai shorts mahupun skirt.
Kenapa?
Ye, kerana aku tidak pernah memakainya.
Oleh sedemikian, aku teringin.
Teringin untuk menujukkan bentuk kaki ini kepada khalayak ramai.
Sekali lagi kedua orang tua aku dipersalahkan.

Tapi, semuanya aku tidak tercapai.
Kerana apa?
Aku telah dilatih untuk menutup satu tubuh aku sebelum lagi aku baligh
Adalah juga tanggungjawab ibu bapa untuk melatih anak-anak melakukan perkara yang wajib
Jikalau terlalai, bukan sahaja aku yang menanggung dosanya,
Tetapi mereka yang mendidikku ini
Malah, dengan gandaan tanggungannya.
Alhamdulillah, diri aku terasa seperti dipelihara degan baik.
Saban hari aku bersyukur kerana ibu bapa aku telah didik aku dengan baik.
Hidayah yang diterima, lebih cepat berbanding mereka yang lain.

Ada juga saat yang aku menjadi gelojoh untuk mendapatkan harta dan juga kekayaan di dunia.
Tetapi, boleh dikatakan hanya 50% yang aku mampu miliki dengan hasil titik peluh aku.
Walaupun sedikit sebanyak aku terima, masih lagi aku tidak berpuas hati.
Jelas terbukti, betapa halobar dan tamaknya aku ini.
Ye, Allah Maha Mengetahui dan Maha Merancang.
Ada sebabnya dia tidak memberi kekayaan dengan senang.
Mungkin aku akan jahil kepada agama,
Jahil tentang dosa pahala
Mahupun riak kepada yang tidak terdaya.
Ada sebabnya, aku pasti!

Di sini, aku bukan mahu menunjukkan aku seorang perempuan yang baik mahupun solehah.
Aku pernah mencuri.
Aku pernah merokok.
Aku pernah menipu.
Aku pernah meninggikan suara kepada ibuku.
Aku rongak dalam menunaikan solat fardhu lima waktu.
Aku sering menyakitkan hati orang disekeliling aku.
Aku juga sering terjebak dengan perbualan yang mengandungi kutukan dan fitnah.
Aku sering melakukan dosa kepada Allah, ibubapa aku dan juga kepada orang lain.
Namun, sedikit pun aku tidak terlintas untuk bertaubat.

Apakah aku ini seorang yang lupa daratan?
Apakah aku ini sudah hanyut dengan godaan Syaiton Nirrajim?
Apakah aku ini hanya hidup untuk duniawi?

Ya. Tapi itu aku yang dahulu.

Kini aku sedar,
Aku cuba untuk tidak mengalpakan diri,
Tidak lagi aku memikirkan untuk hidup yang sementara ini.
Amalan, doa dan tanggungjawab yang telah dijanjikan
Seharusnya aku laksanakan untuk ketentuan hidup yang lebih abadi.
Setiap pagi, dimulakan dengan solat subuh.
Sejurusnya itu, tangan sering ditadah untuk memohon rahmat.

Setakat ini,
Alhamdulillah, solat fardhu lima waktu sering aku ingatkan diri untuk didirikan.
Mengumpul amalan sebagai markah di hari Perhitungan juga aku cuba untuk memperbanyakkan.
Tanggungjawab sebagai seorang Ummah dan juga anak yang solehah, cuba aku laksanakan dengan sesempurna yang mungkin.
Saban hari, aku memohon kepada Allah S.W.T untuk terbukanya hati ini dalam menerima hidayahNya.
Sepertinya hari esok tidak menjelang untuk diri ini.
Memang perlu kita sedar,
Nyawa yang kita ada,
Tubuh badan yang dipinjamkan ini,
Boleh ditarik rohnya bila-bila masa.
Benar, kematian tidak kita tahu.
Bila-bila masa sahaja boleh berlaku.
Dengan kesedaran untuk menghadapinya yang bakal menjadi persediaan dan juga sokongan di hari ketiadaan kelak.
InsyaAllah, dengan doa yang tidak terputus-putus,
Pastinya akan tercapai dengan apa yang dihajati.
Doa dan keyakinan yang dilakukan setiap kali, pastinya akan termakbul.
AMIN.

InsyaAllah.

2 comments: