Di era yang kita tinggal sekarang ni, semua benda nak cepat, express and instant. Like you guys can see, makan pun semuanya instant. Like maggi. Nak makan heavy sikit, boleh jek order kat fast food restaurant like KFC, MacDonalds or anything that you want. Semua ada. Even basuh baju pun sekarang express. Hanya tekan dan tunggu at least 30 minits untuk mesin basuh baju kita. Apa lagi yang express dan cepat? Haaa, nak contact dengan mereka yang bukan depan mata or berbatu jauhnya pun, sekarang dengan handphone yang ada banyak options untuk reach others like SMS, call, videocall or MMS pun dah ada. Hanya perlu ada handphone and credit sahaja. Mudah kan? Biasalah, bila teknologi dah tinggi, barulah nampak majukan? Semua instant. Semua suka. Sebab, beban jadi ringan. Padahal, pada hakikatnya bekerja dengan machine lagilah payah. Once dah breakdown, almost everything akan delay. Operations semua akan delay. Which, it's true. Itulah manusia, semua nak express. Semua nak cepat. Semua nak perfect. Padahal, bila mesin tuh tak buat or tak memberi result seperti yang kita mahukan, mengomel. Menyesal sebab beli machine beratus ribu. Tak fikir or buat testimoni ka before order?
Tapikan, pernah tak kita fikir, bila kita nak menunaikan suruhan Allah S.W.T (solat terutamanya), pernah tak kita tergerak hati, kaki dan tangan untuk melakukan dengan segera?
Cepat. Express. Instant. Pernah tak?
Takkan? Jujurlah jawab. Sebab aku tahu. Kadang-kadang bila aku tengah syok dok tengok tv especially The Kardashians, Kloe & Lamar, How I Met Your Mother dan Cita & Cinta (which selalunya sitcom macam gini yang berada di pertengahan waktu solat maghrib dan isya'). Memang aku jadi macam nak delay-delay solat tuh. Kadang-kadang, sampai nak habis waktu baru nak solat. Tak tahu, sebenarnya tak elok. Tapi, bila nak sesuatu dari-Nya, semua nak express. Bila nak tunaikan yang wajib, punyalah lembab. Bila nak sesuatu, demand nak lebih. Memang tak tahu malu!
Ye, aku mengaku apa yang aku buat tuh salah dan memang tak sepatutnya. Umat lupa diri. Umat yang tak tahu malu aku ini.
Aku tahu, bukan aku sorang yang macam tuh. Ramai lagi. Tapi, pernah tak korang rasa malu? Malu meminta-minta dengan tak tahu malu?
Manakan tidak. Apabila perkara wajib yang diwajib dilakukan oleh Allah S.W.T, kita semua mengendahkannya. Kita semua melengaikannya. Tak pernah nak buat dengan segera. Maksudnya, tak on time. Tapi, bila dah susah, baru tahu nak buat 'overtime' untuk 'bekerja' or ' redeem' dekat Allah. Baru tahu, kepentingannya. Tapi, bila kemahuan tidak dipenuhi dengan segera, cepat saja berputus asa dari menadah tangan. Kenapa? Sedangkan, Allah tiada 'break' dari melayan kerenah kita ini. Apa yang ditadah, tak pernah Allah biarkannya kosong. If tak dapat dipenuhi doa dengan kadar segera, mesti dengan cepat kita nak meradang dan mempersoalkan kenapa tak dapat sekarang? Kenapa Allah tak adil tak memakbulkan doa aku tetapi doa dia, Allah makbulkan? Apakah gunanya if berdoa tapi tak pernah dipenuhi? Haaa, pernah tak pulak terfikir, apa yang korang doakan tuh, bernas tak? Pernah tak korang fikir, inti doa tuh, korang mohon dengan ikhlas? Adab doa korang tuh, macam mana pulak?
Sebenarnya, kita lupa, kita alpha. Kemungkinan, apa yang kita doakan tak dipenuhi pada masa terdekat. Tetapi, akan dalam masa akan datang mahupun di akhirat kelak. Allah itu Maha Mengasihani. Maha Pengampun. Pasti setiap doa hamba-Nya akan dipenuhi. Cuma, sedarlah. Sesungguhnya Allah mahu hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya, meminta dari-Nya. Pasti ada hikmah mengapa doa tidak dimakbulkan sekarang tetapi pada masa akan datang. Mungkin, apa yang kita minta, Allah akan beri lebih daripada yang diminta. Who knows. Tahu tak, Allah tak pernah muak mahu pun jelak dengan sifat meminta umat-Nya. Malah suka dan menyayangi umat sebegitu. Cuma, kita yang jelak untuk meminta darinya. Susah sangat ke? Mudah saja. Tapi, kita yang meng-complicatedkan diri. Tak tahu urusan mana yang patut diutamakan.
Aku yakin, dengan berdoa, semua urusan dan perjalanan akan smooth. Percayalah. Urusan kita memang akan dipermudahkan. Sebab, aku dah banyak lalui. Suatu ketika, bila aku dalam kesusahan, baru nak ingat Allah. Alhamdulillah, segala apa yang aku minta termakbul. Bila dah termakbul, lupa kembali pada-Nya. Perangai buruk sekali. Tapi, bila aku sedar, aku cuba untuk tidak menjadi alpha. Aku latih untuk tidak membongkakkan diri. Memupuk rasa rendah diri dan hina pada-Nya. Alhamdulillah, sampai sekarang, apa yang aku pinta, tertunai. Aku bukan nak riak, tapi sebagai contoh dan apa yang dijanjikan Allah, benar. Jangan pernah kau pertikaikan setiap apa yang terjadi. Kerana, setiap apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.
Solat fardhu lima waktu sehari semalam yang khusyuk, tepat pada waktu dan consistant. Doa yang tulus ikhlas beserta adab doa yang betul. Serta tidak memutus-mutus melakukan ibadah. Kemudiannya, barulah bertawakkal. InsyaAllah doamu akan diperkenankan. Amin.
No comments:
Post a Comment