Monday, July 4, 2011

Achievements in Desire or Achievements in Satisfying Peoples?

Aku sangat pasti, setiap orang pasti akan melalui di mana dilema untuk capai achievements kau sendiri or nak capai rasa puas hati terhadap semua orang, kan? Ye, semamangnya mestilahkan. Janganlah kau nak tipu-tipu. Kembang kempis dah ha hidung tuh. Well, aku admit aku pernah dan aku sangatlah tak tahu apa yang perlu aku letak as top priority until 'that one day'. Ye, memang kau fikir perasaan orang lain juga. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Tapi, until when? Until the day that you'll regret for not doing nothing? Until the day kau dah nampak orang lain punya life dah berjaya dan ada kerjaya yang gila hebat with a bunch of salary amount yang kau boleh capai dengan gaji setahun kau? Until kau sedar betapa bodohnya kau kerna tak ambil apa-apa actions dari mula or bila kau sedar, kau dah tiada kebahagiaan untuk diberi kepada yang tersayang?

Desire dan memuaskan hati orang lain memang berat bebannya. Sebab dua-dua kita put in a high consideration. Either nak puaskan hati sendiri or puaskan hati orang lain.

Cuba kau fikir dengan betul-betul. If kau puaskan desire kau, kau puaskan hati kau sendiri, orang mesti label kau as selfishkan? Dengan kata lain, kaulah yang jahatnya. Mesti orang lain juga tak mungkinlah akan jaga hati dan perasaan kau. Sedangkan, apa yang kau cuba buat tuh, ada agenda yang akan memberi benefits jugalah pada orang lain. Cuma, semuanya tersirat. Biasalah. Manusia. Apa yang dinampak, hanyalah yang zahir. Yang batin, langsung buat-buat buta. Sebab kau nak maju, kau pun lakukan perkara yang buat kau maju ke depan or achieved something. Kau sacrifice semua opinion or perasaan orang lain. Kalau pada aku, aku tak marah. Sebab, masa depan kau dan aku yakin, orang macam ini, is a go getter. Sentiasa maju. Bukan maksud aku orang sebegini tak fikirkan pandangan orang lain. Ada jugalah mempertimbangkan opinion orang lain. Cuma, mereka lebih yakin dengan apa yang mereka mahu lakukan.

Jikalau kau pilih untuk menjaga hati dan perasaan orang lain pula, orang akan label kau sebagai, baik hati dan memahami. Sebab nak semua fikir kau ni baik.Tapi bila pula kau nak capai kepentingan kau? You always put others as your top priority. Segala opinion, hati dan perasaan mereka yang kau risaukan. Sedangkan, apa yang kau nak buat, tak terbuat sebab nak menjaga hati dan perasaan mereka. Kau tahu yang benda kau nak buat tuh sangatlah penting. Tapi, sebab nak jaga hati dan perasaan orang lain, kau berkorban benda yang terpenting dalam hidup kau tuh. Cuba kau fikir, berbaloi ke kau buat macam tuh? Berkorban demi mereka yang tak pernah fikirkan kehendak kau. Sedangkan, mereka ada tak rela mengorbankan apa saja untuk kau. Sampai bila kau nak hold semua impian kau untuk puaskan hati orang lain? Kau sendiri, gembira ka?

Kalau ditanyakan pada aku, memang aku pentingkan desire aku, apa yang aku nak lakukan, hati dan perasaan aku. Biarlah orang nak kata aku selfish. Tapi, apa yang aku cuba buat aku tahu  untuk kebaikan orang lain juga. Benefits juga akan dirasai oleh mereka yang disayangi. Percayalah. Know what's your top priority and try to figure out what must to be put in high consideration and what must not be. Percayalah, kita manusia. Tak mampu nak memberi kesempurnaan ataupun memuaskan hati semua orang. Kadang-kadang, kita lupa, kita dah banyak berkorban untuk orang lain dan untuk diri kita, boleh dikira saja dengan jari. Cuma kita je yang tak sedar. Sudah-sudahlah tuh untuk berbuat baik pada orang lain. Berpada-padalah juga nak berbuat baik bila kemudian harinya, kau sendiri akan menyesal.


4 comments:

  1. aku agree dgn isu ko neh... terbaik!!!!! think about our self 1st... org lain bleh dipertimbangkan dl... ape2 pon family also 1st k... :) chill tas!!!

    ReplyDelete
  2. ahhaha..gediklah kau jawa.mestilah.tp apa2 pun.sayangi diri anda drpd org lain.kan?

    jawa, pehal aku nk tulis kt comment boxkau tak boleh?

    ReplyDelete
  3. mane la aku tau... mngkin aku neh bkan calang2 org nak komen kot.. bhahahh...

    ReplyDelete