Harini aku dah tamat kontrak untuk servis aku selama dua bulan di tempat kerja aku. Ye, selama dua bulan aku merungut, membebel, ada rasa tak puas hati pada yang satu tu, suka, tawa dan enjoy. Tapi, kebanyakannya aku enjoylah di sana. Lagi-lagi dengan abang-abang officemate. Dorang betul-betul jaga aku macam adik sendiri. Yelah, mostly abang-abang di sana dah berkahwin. Ada yang dah ada anak, ada yang masih menanti dan ada yang tidak lagi ketemu jodoh. Ahahaa.
Banyak yang aku belajar selama dua bulan ni. Banyak juga orang yang aku kenal dengan pelbagai peelnya. Kalau di sekolah ataupun tempat kita menuntut ilmu, kebanyakannya sebaya dengan kita. So, pandangan dorang, cara pemikiran dorang tak lari macam kita. Tapi, bila sampai stage kerja, lain sangat pemikiran dorang. Apa yang dorang bakal keluarkan dari mulut pun, kadang-kadang unexpectable. Itu sebab aku suka berkawan dengan mereka yang berumur. Matang, mungkin. Luas pengetahuan, ya. Banyak pengalaman, semestinya. Jadi, dari situ aku boleh ambil sedikit sebanyak ilmu dari mereka-mereka ini.
Tadi, semasa lunch assistant bos aku Encik Nazaruddin Alim bersembang dengan aku. Selama dua bulan, dialah yang sentiasa bertanya pada aku. Kiranya, welfare aku, dia selalu bertanyakan. Bukan macam yang satu lagi tuh. Hampeh. Tapi, aku tak peduli sebab aku takkan mati pun. Encik Din ada tanya banyak soalan pada aku, banyak ikhtibar juga dan pastinya kata-kata akhir sebelum aku jejak keluar dari office. Dalam banyak-banyak, aku paling suka mendengar Encik Din ni berbicara. Walaupun tak sentiasa straight forward dan agak berkias or hyperbola berbagai, aku suka. Sebab gambaran yang aku nampak lebih jelas. Aku bersyukur dan berterima kasih sebab ada juga orang yang ambil berat untuk bertanya pasal apa yang aku bakal buat dan di mana aku akan bekerja selepas Degree. Kiranya, he didn't take me for granted since I've become an employee under his department. Aku terharu jugalah. Tapi, sedang syok kita bersembang, mereka yang lelaki ni pun terpaksa mengundur diri untuk solat Jumaat.
Aku di office, aku banyak bergaul dengan lelaki compare to perempuan. Maybe sebab kebanyakan jantina di sana adalah lelaki kot. Even perempuan ada dalam 5 orang sahaja. Tapi, bukan nak kata aku tak bergaul langsung dengan mereka yang perempuan. Bergaul. Biasa-biasa ajalah. Sebab aku lebih selesa bergaul dengan yang abang-abang. Mungkin dah terbiasa memandangkan aku dari kecil berkawan dengan jantans. Sebab tuh, kalau di office, aku senang nak masuk dengan abang-abang ni. Bukan menggatal or dahagakan kasih sayang or gedik ke hape. Tapi, aku mudah untuk bergaul dengan mereka yang bertentangan jantina. Please take noted.
Di office aku, aku paling mudalah so macam aku ni adik-adik merekalah. Di sana, aku paling rapat dengan Abang Tajul, Abang Sharil, Atan, Abang Zul dan Pak Cik Deris. Dengan mereka nilah aku sentiasa berbual. Tapi, paling kerap aku berbual dan berkongsi pendapat adalah dengan Abang Tajul. Dia suka membaca blog ala-ala sasterawan. Ye, sama dengan aku. Dia suka muzik rock mat saleh yang dahulu, ye memang aku pun suka. Dia sentiasa ambil berat dekat aku. Asal aku murung je, mesti dia akan bertandang kat meja aku dan bertanya kenapa dan cuba untuk chill kan aku. Terima kasih untuk semuanya. Maklumlah, ada sifat kebapaan katakan. Khrkhrkrhkrhr. Boleh kata macam daddy cool Abang Tajul ni. Betul, dia sangat cool.
Ada pula, Abang Sharil yang suka sakat aku. Dah beranak 3, tapi muka dan gaya memang tak nampak. Dialah orang pertama yang bila aku jejak kaki bertegur dengan aku. Lepas tuh, tak pernah kalau dia nak menghantar surat, kacau aku dulu. Then, barulah dia akan pergi dengan tenang. Perh, pasti aku rindu dengan sakatan itu. Sama juga macam Atan. Anak dah dua tapi paling comel yang last. Sumpah comel. Macam Jepun. Atan ni pulak, orangnya suka senyum dah sangatlah goofy. Agak-agak nak tengok badut, boleh tengok dia. Teheeee. His jokes really funny woah.
Abang Zul ni pula, masih teruna. Hahah. Tapi aku serius. Mungkin jodoh tak tiba lagi. InsyaAllah akan. Aku pasti doakan. Abang Zul ni pula sentiasa akan buli aku. Yalah, suruh aku tolong dia. Isikan form JPJ, hantar cheque semua. Tapi, dia sangatlah baik. Sebab, bila dah aku tolong, dia akan kata " Terima kasih Tas. Bolehlah nanti jadi saketeri abang lepas grad nanti." Aku pulak, selalu cakap " Yes boss." Kadang-kadang, aku macam kesian jugalah. Kesian sebab dia paling banyak kerja. Sebab itulah aku tolong bila diminta. Sebenarnya, bekerja dengan lelaki lebih mudah dari perempuan. Yang tahu kenapa itu, paham-paham jelah.
Then, ada Pak Cik Deris ni. Dia ni dah macam pangkat atuk dah untuk aku. Setiap pagi, aku akan bersembang dengan dia tentang hal-hal semasa. Sebab kami akan membaca paper dan waktu sama bila dah habis baca artikel tuh, pasti kami akan bertukar-tukar pendapat. Start aku bekerja sehingga aku dah tamat kontrek, setiap pagi, lunch, aku akan ngadap paper. Baru aku tahu tentang hal-hal dan isu semasa, ekonomi dan politik. Kalau tak, memang macam dungu ja tak ambil tahu menahu. Malu aku.
Sekarang ni, aku officially bukan dah pekerja di sana. Dah tak kerja lagi di sana dah. Pastinya aku akan merindui mereka yang aku dah kenal selama dua bulan. Aku harap, mereka yang kenal aku takkan melupakan aku. Walaupun, aku sekejap je di sana. Paling aku akan rindu adalah rutin harian kerja aku.Bangun pagi, mandi, solat then cabut pergi kerja. Sampai office, sembang dengan bibik cleaner dan duduk sebelah Pak Cik Deris baca paper. Tepat jam 0830, startlah ngadap komputer menaip. Buat PO, GRN, orderkan barang, approve requisition form, negotiated dengan supplier dan macam-macam lagi yang sangat memerlukan cara komunikasi yang advance. Dah masuk lunch, makan dekat cafe sebelah. Agak-agak berduit, makan kat Saujana sana. Petang sikit kerja dah kurang. Lepak-lepak dengan abang-abang yang selalu sakat aku. Then, tepat 1730, aku pulang. Dari Isnin sehingga Jumaat rutin aku macam tuh. Biarlah nak kata bosan ke hape. Tapi, aku suka dan pasti akan merindui.
Sebak. Sedih.
Mungkin, kalau ada rezeki, kita pasti ketemu lagi. Kalau ada jodoh, pasti berjumpa kembali. Aku harap, mereka yang aku kenal dari company itu, takkan lupakan aku seperti aku takkan lupa kat dorang. Aku sayang sebenarnya nak blah dari company tu. Tapi, sebab nak completekan degree, kena jugalah. Aku sayang korang semua dan takkan lupakan pengalaman nih. Thanks for giving this opportunities for me to spend on during my semester break. It was worth a million tiring and exhausted hours though. I just love being where I was during the past two months. You guys really thought me a lot in handling the real life. A lot.
Gosh, sekarang pun dah merindui detik-detik itu.
Terasa sampai ke tulang weh.
Aku sayang korang dan aku akan ingat korang semua dari Admin Department terutamanya.
Sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment