Kelak setelah pemergian aku di muka bumi ini
Sejenak
Aku terasa dan kini yakin
Roh yang kini berada di dalam jasad aku ini
Pasti suatu hari kelak ditarik keluar.
Apakah yang akan terjadi pada diri ini setelah diseru keluar
Apabila telah disahut Sang Malaikat?
Apakah aku akan merayu untuk berhenti?
Mungkin tidak
Kelak setelah pemergian aku di muka bumi ini
Pastinya ada yang suka
Pastinya ada yang berduka
Pastinya ada yang tidak kisah
Tatkala aku masih hidup lagi
Banyak hati dan perasaaan yang cuba dijaga
Namun
Banyak juga yang telah terabai
Tanpa niat
Tanpa disengajakan
Tanpa diri ini sedari
Pabila telah aku tinggal pergi
Pasti
Tidak terbilang ramainya yang berasakan
Hilangnya beban yang sebegitu berat ditanggung bahu
Hilang sudah beban yang setelah kian lama yang terpaksa dipikul paksa rela
Kegembiraan terserlah
Hanya dengan ukiran senyuman di muka
Kelak setelah pemergian aku
Pabila telaku tinggal pergi
Mahupun
Segelintir mereka yang rela tangisi permegian aku?
Setelah banyak kenangan dan saat bersama ditabur sepanjang hidup
Setelah mungkin banyak bakti telah dicurahkan kepada mereka kenalan
Hanya dengan harpaan
Agar doa dari setiap insan dikenali dapat membantu roh ini bersemadi
Harapan agar doa dan bacaan Al-Fatiha sentiasa dikirimkan kepada roh yang telah pergi
Harapan doa menjadi teman kepada diri ini oleh mereka
Selain amalan aku yang hanya secebis
Kelak setelah pemergian aku
Tatkala tiadanya aku di sisi mereka yang disayangi dan menyayangi
Harapan dengan adanya kenangan bersama dapat dipupuk dan diingati senstiasa
Terutamanya kaum keluarga
Sahabat handai yang sentiasa aku bermesra
Kekasih yang sering mendukung diri ini
Tidak lupa kepada kenalan bersama
Tatkala pemergian aku kelak
Tidak sesekali aku mahunya
Dengar kata-kata
Dicaci, dihina dan dijadikan bahan umpatan dalam sesebuah perbualan
Segala perkara diungkit
Segala amalan diperbahaskan
Jangan pernah!
Pabila telah aku tinggal pergi
Apakah
Ramai yang akan gembira?
Ramai yang akan ketawa suka?
Ramai yang akan bersenang hati?
Tatkala pemergian aku ini kelak?
Kelak setelah pemergian aku
Tidak mahu sebarang cacat cela didengari di bawah lapisan tanah bumi
Tidak mahu sebarang perkara yang menanahkan telinga jasad ini berkumandang di muka bumi ini
Hanya menadah
Setinggi harapan dan belas kasihan untuk dikirimkan doa dan hidup semua terus berjalan dengan normal
Apa yang membuatkan aku terdetik memikirkan segalanya tentang pemergian aku di dunia fana ini.
Sejenak aku memikirkan, setelah beberapa minit sepertinya merasa nyawa ini bakal diseru.
No comments:
Post a Comment