Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Al-Mubarak.

Assalammualaikum,

Sempena bulan Ramadhan ini, memang aku jarang menulis diblog ni. Korang tengok pun, memang sikitlah post untuk bulan ni. Bukan apa, busy aku sekarang ni. Mana taknya, lepas balik kerja terus tolong mak aku memasak untuk berbuka. After berbuka, tau-taulah, dengan tarawikh lagi ditambah pula dengan kemengantukan yang tidak terhingga. But, sometimes terasa juga sepertinya running out of ideas in writing. Most of the post, aku tulis separuh, then simpan dalam draft. Bukan apa, sebab mula-mula dah penuh perasaan nak menulis. Then, kat tengah-tengah aku boleh pulak hilang idea secara tiba-tiba. Hohoho.

Tapi, kali ni, aku menulislah. Sedikit je kot post aku kali ni. Betul! Jadi, tak perlulah semangat sangat nak membaca. (Macamlah kau tuh ade orang membaca blog kau, kan Tasnim?)

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan ni, setahun sekali sahaja ianya menjelang. Dengan kata lain, bulan yang penuh dengan nikmat dan berkat. Di mana, syaitan dan iblis telah diikat, di mana, umat Islam menahan nafsunya selama sebulan, di mana aku juga dapat simpan gaji aku daripada dibelanja untuk time lunch dan tea break dan juga di mana, dalam bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam bekejar-kejar untuk mengumpul amalan dengan banyak dan jayanya. Tapi, kenapa bulan ini sahaja kita perlu mengejar untuk kumpul ibadah dan amalan? Sedangkan, tiada bezanya bulan ini mahupun bulan lain. Serupa aja. Semuanya alasan. Kononnya, dalam bulan yang mulia ini, tiada gangguan syaitan mahupun other distractions yang boleh menghalang mahupun mengganggu kita untuk beribadah. Masih tak nampak lagi ke dengan jelas? Allah tak pernah membezakan tarikh mahupun bulan di mana anda perlu beribadah kepadanya.

Sama juga, if dalam bulan Ramadhan kau berpuasa tapi tak solat lima waktu sehari. Serupa seperti puasa kau dari siang ke maghrib itu sia-sia. Kita sendiri tahukan, perkara pertama yang akan dihitungkan dang disoal di Akhirat kelak adalah tentang solat lima waktu sehari semalam kita. Apa kau ingat dengan berpuasa itu sudah mencukupi syarat ke? Silap! Kalaulah mentaliti setiap orang Islam seperti ini, sia-sia ajalah kamu berpuasa di bulan mulia ini. Apa yang kamu dapat hanyalah berlapar. Fikirlah, tak perlu pun untuk tibanya bulan Ramadhan ini untuk kita umat Islam berlumba-lumba untuk mengumpul amalan ibadat. Allah dah beri kita seumur hidup untuk beramal dan mengumpul ibadah sebanyak yang mungkin. Tapi, kita manusia saja yang alpha.

Di bulan ini, sepatutnya kita gembira. Kerana setahun sekali sahaja kita dapat merasa kedatangan bulan ini. Tapi, hanya berapa orang sahaja yang gembira dengan kedatangan bulan ini? Dan berapa ramai yang mengharapkan pemergian bulan Ramadhan ini kerana tidak sabar kedatangan bulan Syawal kerana kehadiran Raya Aidilfitri? Mentaliti umat Islam sekarang dah lain. Sepatutnya, raya yang paling meriah disambut adalah Hari Raya Korban (Haji), tapi ini tidak. Hari Raya Aidilfitrilah yang menjadi sambutan hangat dikalangan umat Islam. Bukan aku nak judge, tapi aku sedih.

Sedih sebab, belum lagi beransur pergi bulan Ramadhan, lagu raya dah berkumandang. Padahal, tak sampai seminggu lagi kedatangan Ramadhan ini. Aku mengaku, aku memang tak suka lagu-lagu raya dan aku tak paham kenapa ada yang suka. Mungkin korang akan kata aku ni pelik. Mungkin. Tapi, aku memang tak meminati lagu raya. Harap maaf. Bukan aku sahaja, tapi walid aku dan mak aku dan keluarga pun tidak menggemari. Maybe, this is one of the major factor kenapa aku tak sukakan lagu raya. So, janganlah tanya kenapa. It's already run in the blood.

So, aku rasa ini jelah. Aku tulis daripada apa yang aku observe. Dan aku admit, ramai yang mungkin kalau baca blog aku ni akan bengang, berang or maybe agree. Tapi, ini blog aku. I write whatever I want to. I write from what I observe. Sekian.

No comments:

Post a Comment