Friday, August 26, 2011

Selamat Tinggal.

Harini aku dah tamat kontrak untuk servis aku selama dua bulan di tempat kerja aku. Ye, selama dua bulan aku merungut, membebel, ada rasa tak puas hati pada yang satu tu, suka, tawa dan enjoy. Tapi, kebanyakannya aku enjoylah di sana. Lagi-lagi dengan abang-abang officemate. Dorang betul-betul jaga aku macam adik sendiri. Yelah, mostly abang-abang di sana dah berkahwin. Ada yang dah ada anak, ada yang masih menanti dan ada yang tidak lagi ketemu jodoh. Ahahaa. 

Banyak yang aku belajar selama dua bulan ni. Banyak juga orang yang aku kenal dengan pelbagai peelnya. Kalau di sekolah ataupun tempat kita menuntut ilmu, kebanyakannya sebaya dengan kita. So, pandangan dorang, cara pemikiran dorang tak lari macam kita. Tapi, bila sampai stage kerja, lain sangat pemikiran dorang. Apa yang dorang bakal keluarkan dari mulut pun, kadang-kadang unexpectable. Itu sebab aku suka berkawan dengan mereka yang berumur. Matang, mungkin. Luas pengetahuan, ya. Banyak pengalaman, semestinya. Jadi, dari situ aku boleh ambil sedikit sebanyak ilmu dari mereka-mereka ini.

Tadi, semasa lunch assistant bos aku Encik Nazaruddin Alim bersembang dengan aku. Selama dua bulan, dialah yang sentiasa bertanya pada aku. Kiranya, welfare aku, dia selalu bertanyakan. Bukan macam yang satu lagi tuh. Hampeh. Tapi, aku tak peduli sebab aku takkan mati pun. Encik Din ada tanya banyak soalan pada aku, banyak ikhtibar juga dan pastinya kata-kata akhir sebelum aku jejak keluar dari office. Dalam banyak-banyak, aku paling suka mendengar Encik Din ni berbicara. Walaupun tak sentiasa straight forward dan agak berkias or hyperbola berbagai, aku suka. Sebab gambaran yang aku nampak lebih jelas. Aku bersyukur dan berterima kasih sebab ada juga orang yang ambil berat untuk bertanya pasal apa yang aku bakal buat dan di mana aku akan bekerja selepas Degree. Kiranya, he didn't take me for granted since I've become an employee under his department. Aku terharu jugalah. Tapi, sedang syok kita bersembang, mereka yang lelaki ni pun terpaksa mengundur diri untuk solat Jumaat.

Aku di office, aku banyak bergaul dengan lelaki compare to perempuan. Maybe sebab kebanyakan jantina di sana adalah lelaki kot. Even perempuan ada dalam 5 orang sahaja. Tapi, bukan nak kata aku tak bergaul langsung dengan mereka yang perempuan. Bergaul. Biasa-biasa ajalah. Sebab aku lebih selesa bergaul dengan yang abang-abang. Mungkin dah terbiasa memandangkan aku dari kecil berkawan dengan jantans. Sebab tuh, kalau di office, aku senang nak masuk dengan abang-abang ni. Bukan menggatal or dahagakan kasih sayang or gedik ke hape. Tapi, aku mudah untuk bergaul dengan mereka yang bertentangan jantina. Please take noted.

Di office aku, aku paling mudalah so macam aku ni adik-adik merekalah. Di sana, aku paling rapat dengan Abang Tajul, Abang Sharil, Atan, Abang Zul dan Pak Cik Deris. Dengan mereka nilah aku sentiasa berbual. Tapi, paling kerap aku berbual dan berkongsi pendapat adalah dengan Abang Tajul. Dia suka membaca blog ala-ala sasterawan. Ye, sama dengan aku. Dia suka muzik rock mat saleh yang dahulu, ye memang aku pun suka. Dia sentiasa ambil berat dekat aku. Asal aku murung je, mesti dia akan bertandang kat meja aku dan bertanya kenapa dan cuba untuk chill kan aku. Terima kasih untuk semuanya. Maklumlah, ada sifat kebapaan katakan. Khrkhrkrhkrhr. Boleh kata macam daddy cool Abang Tajul ni. Betul, dia sangat cool.

Ada pula, Abang Sharil yang suka sakat aku. Dah beranak 3, tapi muka dan gaya memang tak nampak. Dialah orang pertama yang bila aku jejak kaki bertegur dengan aku. Lepas tuh, tak pernah kalau dia nak menghantar surat, kacau aku dulu. Then, barulah dia akan pergi dengan tenang. Perh, pasti aku rindu dengan sakatan itu. Sama juga macam Atan. Anak dah dua tapi paling comel yang last. Sumpah comel. Macam Jepun. Atan ni pulak, orangnya suka senyum dah sangatlah goofy. Agak-agak nak tengok badut, boleh tengok dia. Teheeee. His jokes really funny woah.

Abang Zul ni pula, masih teruna. Hahah. Tapi aku serius. Mungkin jodoh tak tiba lagi. InsyaAllah akan. Aku pasti doakan. Abang Zul ni pula sentiasa akan buli aku. Yalah, suruh aku tolong dia. Isikan form JPJ, hantar cheque semua. Tapi, dia sangatlah baik. Sebab, bila dah aku tolong, dia akan kata " Terima kasih Tas. Bolehlah nanti jadi saketeri abang lepas grad nanti." Aku pulak, selalu cakap " Yes boss." Kadang-kadang, aku macam kesian jugalah. Kesian sebab dia paling banyak kerja. Sebab itulah aku tolong bila diminta. Sebenarnya, bekerja dengan lelaki lebih mudah dari perempuan. Yang tahu kenapa itu, paham-paham jelah.

Then, ada Pak Cik Deris ni. Dia ni dah macam pangkat atuk dah untuk aku. Setiap pagi, aku akan bersembang dengan dia tentang hal-hal semasa. Sebab kami akan membaca paper dan waktu sama bila dah habis baca artikel tuh, pasti kami akan bertukar-tukar pendapat. Start aku bekerja sehingga aku dah tamat kontrek, setiap pagi, lunch, aku akan ngadap paper. Baru aku tahu tentang hal-hal dan isu semasa, ekonomi dan politik. Kalau tak, memang macam dungu ja tak ambil tahu menahu. Malu aku.

Sekarang ni, aku officially bukan dah pekerja di sana. Dah tak kerja lagi di sana dah. Pastinya aku akan merindui mereka yang aku dah kenal selama dua bulan. Aku harap, mereka yang kenal aku takkan melupakan aku. Walaupun, aku sekejap je di sana. Paling aku akan rindu adalah rutin harian kerja aku.Bangun pagi, mandi, solat then cabut pergi kerja. Sampai office, sembang dengan bibik cleaner dan duduk sebelah Pak Cik Deris baca paper. Tepat jam 0830, startlah ngadap komputer menaip. Buat PO, GRN, orderkan barang, approve requisition form, negotiated dengan supplier dan macam-macam lagi yang sangat memerlukan cara komunikasi yang advance. Dah masuk lunch, makan dekat cafe sebelah. Agak-agak berduit, makan kat Saujana sana. Petang sikit kerja dah kurang. Lepak-lepak dengan abang-abang yang selalu sakat aku. Then, tepat 1730, aku pulang. Dari Isnin sehingga Jumaat rutin aku macam tuh. Biarlah nak kata bosan ke hape. Tapi, aku suka dan pasti akan merindui. 

Sebak. Sedih.

Mungkin, kalau ada rezeki, kita pasti ketemu lagi. Kalau ada jodoh, pasti berjumpa kembali. Aku harap, mereka yang aku kenal dari company itu, takkan lupakan aku seperti aku takkan lupa kat dorang. Aku sayang sebenarnya nak blah dari company tu. Tapi, sebab nak completekan degree, kena jugalah. Aku sayang korang semua dan takkan lupakan pengalaman nih. Thanks for giving this opportunities for me to spend on during my semester break. It was worth a million tiring and exhausted hours though. I just love being where I was during the past two months. You guys really thought me a lot in handling the real life. A lot.

Gosh, sekarang pun dah merindui detik-detik itu. 
Terasa sampai ke tulang weh. 
Aku sayang korang dan aku akan ingat korang semua dari Admin Department terutamanya.
Sampai bila-bila.

Saturday, August 20, 2011

Then don't botherlah.

setiap orang pasti ada masa dia nak meluahkan segala rasa resah,masalah or juga ada yang certtain bila kita dah dengar masalah dia,dia akan bertanyakan pendapat pada kita. okay, itu tak menjadi masalah. tapi, bila kau minta seseorang itu mendengar masalah kau dari hari ke hari and you know what you are doing will bring negatives effects to you, then why you keep on repeating the same thing again and again and again.alasan yang diberi adalah untuk menjaga hati semua pihak. diulangi untuk menjaga hati semua pihak.tapi, pada pandangan majoriti, kau hanya mengipas yang seorang itu dengan harapan kau dapat apa yang kau desprately wanted.owh, kau pergadaikan maritual status kau untuk dapatkan apa yang kau mahukan? nampak sangatlah kau menyesal dengan status kau itu. tapi, itu aku tak ambil peduli. apa yang paling menyakitkan hati aku bila (sesiapa sahajalahkan), kau bertanya pada aku tentang opinion aku, then kau bantai fire aku balik, memang kau hanya minta carutan dari aku. sial punya orang. walaupun sekarang aku dah kurang mengeluarkan kata kesat, tapi di saat kau kondem aku balik dengan mengatakan aku tak paham, aku tak berpengalaman dan aku ini mentah dan tidak matang, kenapa pada awalnya kau bercerita pada aku? bahlul! aku pun tak ingin mendengar cerita kau di mana kau bermati-matian selindung maritual status kau. kasihan sungguh suami kau. aku senang saja. never bother to tell me any problems or any opinions if you think i'm not qualify enough. i don't bother at all but when you tend to tell me all those shits and asking for my idea and turns out you suddenly take my opinion for granted, hell yeah, you'rer asking a finger print on your face. aku takkan menyemak dalam life orang if orang tak menyemak bercerita pada aku. kau nak bercerita, aku sedia mendengar. kau nak minta pendapat and asking what will i do or say if i'min your shoes, aku akan bagi but then bila aku dah bagi pendapat aku dan kau sembur balik, bahlul namanya tu.menyakitkan hati tau tak? hey women. orang yang berpengalaman or matang tak semestinya depends pada usia. tapi, see and treasure how much experiences she had been through. apa kau ingat dorang yang tua tuh maturd sangat? the, kenapa tak tanya pada mereka? owh, pasti mereka pun akan berkata perkara yang serupa. yeah, sell yourself just for the sake of that job. puas hati aku.

Monday, August 15, 2011

Easy Breezy

It hasbeen almost two weeks me and kekasih didn't meet. So, we end up meeting up last Sunday. Yeay! I was so excited. Who doesn't. Two weeks maa. Paling lama aku dan kekasih tidak ketemu deyh. Okay, tujuan aku dan kekasih keluar Ahad lepas adalah untuk berjumpa, for sure and and the best part was going shopping! Kenapa aku teruja? Sebab, before this if keluar, mesti aku je yang shopping lebih. Tapi kalini, both did the shopping thingy. Loving it. Sayang, it seems we need to do more often (shopping thingy). Okay, here are some pictures that I took during our Sunday-day-out.







 Sayang, you said that your face is shrinking but, none of it I see. Hahahah, Tembam seperti biasa aja ;b
Whatever it is, I still lebiulah :-*








We were so thrilled to go to KLCC and have our shopping day there. The night before, I told him to pick me up at 0930. Horrifying the conditions of the traffics punya pasalkan. Turns out, he picked me at 1000 and experiencing the road without any traffic jams. Seriously, that day was like quiet curious since for the first time during my day out at KL, the road was empty. Not totally, but yeah smooth. Imagine, from Subang to KLCC, we took around 20 minutes tau. No joke.





Hye sexy, need a superlover tonight?( Tetibe teringat lagu W-inds; Super Lover)






Actually, I do love the scenery at KLCC. Even ramai Abang-La and Abang-Don. Tapi, cantik actually tau.





Oh, lupa nak habaq ang. Time ni aku tengah sebok capture gambar, kekasih plak teruja sangat nak berjalan dengan pantas dan aku pula lambat. Ahah, hamik. Muka you dah keluar Sayang ;b




Owh, we arrived KLCC at 1030 I guess. Then, we decided to walk from KLCC to Pavillion and Farrenheit since Kekasih nak ke Uniqlo di sana. Dan aku pula, saja nak menjejak kaki dan mencuci mata di Pavillion. Nasib, ade juga beli barang. If tak, sia-sia aja :)

Even berpuasa, kami tetap gagah berjalan tau. See, puasa tak menghalang kami untuk bersukan. Ahaks. Tapi, paling kesian tengok kekasih. Semua dia yang pegangkan including my sling beg. Errrrr, sebab tak sanggup tengok aku letih. Hohohohoho..


We totally had fun. Kekasih did shopped VERY WELL yet with at affordable price. Me? Like usuallah. Mesti shopping jugalah. Teheheheh, but the best part was in Uniqlo Store at KLCC. Almost 2 hours dalam kedai tu dan menolong Kekasih memilih baju dan seluar. Rupanya choosy juga you ni. Ingatkan I je ;b






* Muka you je lebih sayang. Maklumlah, tangan I tak kesampaian :/



' Sayang, thanks for yesterday. If you're reading this which I know you will. Thanks for everything. From the bottom of my heart and sincerely, yesterday was like our first date. No joking lorh. You really took a good care of myself yet I know you were exhausted enough melayan kerenah I. Mana taknye, two weeks tak berjumpa then yesterday baru jumpa, rasa macam, gosh! It was precious Sayang :) Thanks Sayang. And I'm loving the jeans you bought for me. Thank you :-* "



Thursday, August 11, 2011

Questions.

When someone ask me about how my life is going through,
I'll easily answer it,

" My life? I'm doing great! Living my life to the fullest!"


Then,
I'll ask myself at one moment,

" Am I really enjoying my life? Living to the top of the world?

My heart will calmly beats and the beat as melancholy
My mind will stop thinking of other issues
And randomly all the memories started to recape and play as a trailer of my life

Secretly I'll answer,

" I'm grateful with what I have, what I've achieved for today, I'm thankful living my life until today whre I'm standing and freelt breath. Yet, lots of dreams aren't achieved yet. "

These questions from whom, I'll simply answer through what I've felt and gone through.




But,
When God ask me then,

" How you've been doing with the life on Mother earth? How many deeds and sins you have committed? "


At that time,
I'll shiver hardly, all the memories hardly to recape
In view of the fact that,
Mouth are shut, brain and mind?
Bring to the stand still, without any memories to be shown.

And the only simply seen reactions
Are made by the body part.

How is that? Only a silent mode and none gesture with uncontrol body movement.

Shakespeare.



" One half of me is yours, the other half yours
   Mine own, I would say
   But if mine, then yours
   And so all yours. "
                            

                                    - William Shakespeare

Sunday, August 7, 2011

Kurnia.



Since, I'm in my weekends and it's officially the two days end for the workers to have their time to be spend with family, friends and whoever they wanted to. As for me, my weekends are the two days for me to be spend on my family :) See, I told ya that I'm not the kind who you can see/find at BB anymore. Hohoho..

Now, let me tell you about my Saturday.

It was a blast! Why? It has been a long time since my sister were married, mak brought us to The Curve and Subang Parade ( even though I'm a regular shopper at The Curve yet it's different going with your mother and siblings). The best part was, I didn't need to drive since my brother did. Never before he drove us anywhere. Hahahaha, now he does. Seriously, I'm so not into driving anymore eventhough I have my own. Since when? Since a year half back then, drinving wasn't apart of my favourite anymore.

Then, like usual lah. We shopped! Chop! I didn't, but my brother and sister did. Mum bought them a whole bunch of clothes, trousers and shoes for my brothers. Yeah, actually, these are for raya. But, it seems like my little brother were being so 'keciwi' and eager to wore his Crocs on the spot. Errrr, so called batakkan? My sister? Mum brought her an Oxfard shoes (again where I did bought before for her.) and a top. See, how lucky are they, kan? As for me, since I'm working, the bills are all on me. Bhahah, nah. To be fair, mum just bank in :) Which I prefer more! Hahahahahahahaaa!

Called us a gold digger man! Hahaha, nah, just to be fair mak bought as all these just for the sake to see us happy and I know, she was eager to buy something yet, it doesn't really attract her total attention. I'm sorry for you mak. A new handbag is a must for her, but none suits her. Like serious, where were the good quality and perfect match kinda handbag go? We'll find another ye, mak? Hoho.

Actually, Im lucky, eh eh eh we are lucky and proud to be Mak's children and having her as our mum. Since, I don't know when, we didn't shopped together and when we did, my mum goes broke. Miahahahaha.

One sentence, four words for you mak,

 WE LOVE YOU MAK!

I LOVE MY SATURDAY. AS FOR YOU?



Nak Juga!








(Suri, you blew me up with your daring clothes and long hair.)
(Kingston, you're such a rocka rolla. Just like your mummy and daddy :)

When I have my own babies, I'll be dressing them up just like this.
Transforming kids into a fashion icon aren't no crime, aite?

Friday, August 5, 2011

Kelak Setelah Pemergian Aku.

Kelak setelah pemergian aku di muka bumi ini

Sejenak
Aku terasa dan kini yakin
Roh yang kini berada di dalam jasad aku ini
Pasti suatu hari kelak ditarik keluar.

Apakah yang akan terjadi pada diri ini setelah diseru keluar
Apabila telah disahut Sang Malaikat?
Apakah aku akan merayu untuk berhenti?
Mungkin tidak

Kelak setelah pemergian aku di muka bumi ini

Pastinya ada yang suka
Pastinya ada yang berduka
Pastinya ada yang tidak kisah

Tatkala aku masih hidup lagi
Banyak hati dan perasaaan yang cuba dijaga
Namun
Banyak juga yang telah terabai
Tanpa niat
Tanpa disengajakan
Tanpa diri ini sedari


Pabila telah aku tinggal pergi

Pasti
Tidak terbilang ramainya yang berasakan
Hilangnya beban yang sebegitu berat ditanggung bahu
Hilang sudah beban yang setelah kian lama yang terpaksa dipikul paksa rela
Kegembiraan terserlah
Hanya dengan ukiran senyuman di muka


Kelak setelah pemergian aku
Pabila telaku tinggal pergi


Mahupun
Segelintir mereka yang rela tangisi permegian aku?
Setelah banyak kenangan dan saat bersama ditabur sepanjang hidup
Setelah mungkin banyak bakti telah dicurahkan kepada mereka kenalan

Hanya dengan harpaan
Agar doa dari setiap insan dikenali dapat membantu roh ini bersemadi
Harapan agar doa dan bacaan Al-Fatiha sentiasa dikirimkan kepada roh yang telah pergi
Harapan doa menjadi teman kepada diri ini oleh mereka
Selain amalan aku yang hanya secebis


Kelak setelah pemergian aku
Tatkala tiadanya aku di sisi mereka yang disayangi dan menyayangi

Harapan dengan adanya kenangan bersama dapat dipupuk dan diingati senstiasa
Terutamanya kaum keluarga
Sahabat handai yang sentiasa aku bermesra
Kekasih yang sering mendukung diri ini
Tidak lupa kepada kenalan bersama


Tatkala pemergian aku kelak


Tidak sesekali aku mahunya
Dengar kata-kata
Dicaci, dihina dan dijadikan bahan umpatan dalam sesebuah perbualan
Segala perkara diungkit
Segala amalan diperbahaskan
Jangan pernah!


Pabila telah aku tinggal pergi

Apakah
Ramai yang akan gembira?
Ramai yang akan ketawa suka?
Ramai yang akan bersenang hati?
Tatkala pemergian aku ini kelak?


Kelak setelah pemergian aku

Tidak mahu sebarang cacat cela didengari di bawah lapisan tanah bumi
Tidak mahu sebarang perkara yang menanahkan telinga jasad ini berkumandang di muka bumi ini
Hanya menadah
Setinggi harapan dan belas kasihan untuk dikirimkan doa dan hidup semua terus berjalan dengan normal


Apa yang membuatkan aku terdetik memikirkan segalanya tentang pemergian aku di dunia fana ini.
Sejenak aku memikirkan, setelah beberapa minit sepertinya merasa nyawa ini bakal diseru.

Thursday, August 4, 2011

What Kind of Employee are You?

Taurus Employee Profile (April 20 - May 20)


" Taureans make some of the best employees. They are loyal, hardworking, and no-nonsense. They work methodically and follow projects through until they are complete. Some may appear to work a little too slowly-usually because they are so careful-but they will always finish what they start. They thrive on structure, schedules, and routine. You'll find them doing the same exact thing at the same time every day. Taureans, however, are not exactly the malleable workers that they often appear to be. If they have to work in a chaotic environment, they won't be happy and will be prone to child-like temper tantrums and stubbornness. They might react similarly if they have to work around ignorant people or at a job where there is no obvious potential for advancement. Taureans will be very unhappy if there isn't a ladder for them to climb. Even in the worst situations, they will find a way to advance slowly, winning over the most difficult people who may stand in their way of progress. Taurus employees will only take so much patiently and happily before they feel they are being taken advantage of. They will gladly accept orders and do whatever dirty work needs to get done, but they expect rewards. They want material gain, salary increases, and the potential for more power. To make your Taurus employees happy, be sure to give them projects through which they will see tangible results-hopefully something that will allow them to express their unique creativity in addition to their practical side. They don't want to feel mired in details for long periods of time. Make sure to schedule regular performance and salary reviews. This show of respect should keep them loyal to the company . "

Ramadhan Al-Mubarak.

Assalammualaikum,

Sempena bulan Ramadhan ini, memang aku jarang menulis diblog ni. Korang tengok pun, memang sikitlah post untuk bulan ni. Bukan apa, busy aku sekarang ni. Mana taknya, lepas balik kerja terus tolong mak aku memasak untuk berbuka. After berbuka, tau-taulah, dengan tarawikh lagi ditambah pula dengan kemengantukan yang tidak terhingga. But, sometimes terasa juga sepertinya running out of ideas in writing. Most of the post, aku tulis separuh, then simpan dalam draft. Bukan apa, sebab mula-mula dah penuh perasaan nak menulis. Then, kat tengah-tengah aku boleh pulak hilang idea secara tiba-tiba. Hohoho.

Tapi, kali ni, aku menulislah. Sedikit je kot post aku kali ni. Betul! Jadi, tak perlulah semangat sangat nak membaca. (Macamlah kau tuh ade orang membaca blog kau, kan Tasnim?)

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan ni, setahun sekali sahaja ianya menjelang. Dengan kata lain, bulan yang penuh dengan nikmat dan berkat. Di mana, syaitan dan iblis telah diikat, di mana, umat Islam menahan nafsunya selama sebulan, di mana aku juga dapat simpan gaji aku daripada dibelanja untuk time lunch dan tea break dan juga di mana, dalam bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam bekejar-kejar untuk mengumpul amalan dengan banyak dan jayanya. Tapi, kenapa bulan ini sahaja kita perlu mengejar untuk kumpul ibadah dan amalan? Sedangkan, tiada bezanya bulan ini mahupun bulan lain. Serupa aja. Semuanya alasan. Kononnya, dalam bulan yang mulia ini, tiada gangguan syaitan mahupun other distractions yang boleh menghalang mahupun mengganggu kita untuk beribadah. Masih tak nampak lagi ke dengan jelas? Allah tak pernah membezakan tarikh mahupun bulan di mana anda perlu beribadah kepadanya.

Sama juga, if dalam bulan Ramadhan kau berpuasa tapi tak solat lima waktu sehari. Serupa seperti puasa kau dari siang ke maghrib itu sia-sia. Kita sendiri tahukan, perkara pertama yang akan dihitungkan dang disoal di Akhirat kelak adalah tentang solat lima waktu sehari semalam kita. Apa kau ingat dengan berpuasa itu sudah mencukupi syarat ke? Silap! Kalaulah mentaliti setiap orang Islam seperti ini, sia-sia ajalah kamu berpuasa di bulan mulia ini. Apa yang kamu dapat hanyalah berlapar. Fikirlah, tak perlu pun untuk tibanya bulan Ramadhan ini untuk kita umat Islam berlumba-lumba untuk mengumpul amalan ibadat. Allah dah beri kita seumur hidup untuk beramal dan mengumpul ibadah sebanyak yang mungkin. Tapi, kita manusia saja yang alpha.

Di bulan ini, sepatutnya kita gembira. Kerana setahun sekali sahaja kita dapat merasa kedatangan bulan ini. Tapi, hanya berapa orang sahaja yang gembira dengan kedatangan bulan ini? Dan berapa ramai yang mengharapkan pemergian bulan Ramadhan ini kerana tidak sabar kedatangan bulan Syawal kerana kehadiran Raya Aidilfitri? Mentaliti umat Islam sekarang dah lain. Sepatutnya, raya yang paling meriah disambut adalah Hari Raya Korban (Haji), tapi ini tidak. Hari Raya Aidilfitrilah yang menjadi sambutan hangat dikalangan umat Islam. Bukan aku nak judge, tapi aku sedih.

Sedih sebab, belum lagi beransur pergi bulan Ramadhan, lagu raya dah berkumandang. Padahal, tak sampai seminggu lagi kedatangan Ramadhan ini. Aku mengaku, aku memang tak suka lagu-lagu raya dan aku tak paham kenapa ada yang suka. Mungkin korang akan kata aku ni pelik. Mungkin. Tapi, aku memang tak meminati lagu raya. Harap maaf. Bukan aku sahaja, tapi walid aku dan mak aku dan keluarga pun tidak menggemari. Maybe, this is one of the major factor kenapa aku tak sukakan lagu raya. So, janganlah tanya kenapa. It's already run in the blood.

So, aku rasa ini jelah. Aku tulis daripada apa yang aku observe. Dan aku admit, ramai yang mungkin kalau baca blog aku ni akan bengang, berang or maybe agree. Tapi, ini blog aku. I write whatever I want to. I write from what I observe. Sekian.

Tuesday, August 2, 2011

Duhai Sang Suami.


Suami hanyalah tetamu

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada sikap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri. Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri. 


Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.


Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.


Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.


Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.


Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.


Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ''Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.'' Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya diceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.


Kewangan

Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.


Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.


Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya;
''Kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.'' Puas saya fikir apa maksud emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.


Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.


Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.


Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaran-Nya.


Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.


Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.


Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita.


"Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri. Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.", pesanan Marlisya menutup cerita.


Sumber diambil daripada email dikantur ketika aku sedang goyang kaki baru sahaja lepas mem-print beberapa PO. Besar juga kesedaran yang aku peroleh. Renung-renungkanlah kepada bakal isteri, isteri dan tidak lupa kepada pasangan kekasih yang menunggu hari diijab kabulkan.Tentunya kepada aku juga.