Ye, dimulakan dengan pembukaan entry yang cukup sopan gitu :) Pagi-pagi lagi aku sudah jaga, untuk solat Subuh. Sekarang aku terpaksa berjaga dan tak boleh tidur balik. Ye, bawah badan yang dilapik dengan tilam yang empuk, badan yang dicover dengan selimut Ikea dan bantal Jean's Perry Anti-Dust yang menampung kepala ini dan bantal busuk yang dipakaikan baju kekasih, tak dapatku rasa pagi ni. Mana taknya, baju berlonggok dari seminggu tak basuh lagi. So, kena tunggu dulu baju habis basuh, baru boleh sambung tidur. (Ehh, tak boleh juga. Assingments dah bertimbun kak oi.) Even pakai mesin pun, kena juga seiring dan sejalan time dia pusing dan berhenti. Semi-auto katakan. Hohoho, tapi seronok! Suka time mesin tuh spin untuk perah air. Bunyi 'gedek-gedek-gedek-gedek' tuh. Kalau aku tengah mandi, mesti akan salah faham. Mesti akan ingat orang 'beromzi' dalam mesin tuh. Hekhekhek.
Seperti yang anda semua tahu, aku dah deactivated FB aku. Diulang dengan terjulung kalinyaaaa DEACTIVATED FB aku. Kenapa eh? Aku sendiri tak tahu. Tapi, bila aku dah diactivatednya, aku rasa kinda reliefed actually. Honestly, memang mula-mula deactivate rasa macam tak boleh hidup. Maklumlah, kalau dulu asal habis je kerja rumah tak pun ada free time, mesti on FB. Tapi, sekarang tidak lagi. Banyak yang aku boleh buat instead of FB-ing. Maklumlah, orang kata FB dah macam my addiction. Ada sebab aku diactivated FB aku. Walaupun, masa mula-mula bukan dengan kerelaan aku. Tapi, dah lama-lama banyak yang aku dah jaga. Hati dan perasaan orang, aib orang dan diri dan juga pnglihatan dan pemikiran aku pun dah terjaga.
Aku ada commitment lain selain dari FB. Aku ada perasaan dan juga hati yang mesti dijaga. Biarlah orang kata sebabkan yang sorang tuh, kau sanggup blah tinggalkan FB kau eh. Tak tahu ke kau yang sorang tuhlah yang sanggup blah dari tempat yang dia busy or tengah main semasa game untuk aku. Kau tau tak? Yang sorang tuhlah yang sanggup bersusah payah, melayan kerenah aku dan emosi aku. Tahu tak? Ada ka time aku susah, sedih kawan-kawan FB aku tolong? Yang rapat, yang memang dekat dan memang kenal aku dan paham aku tuh, lain ceritalah if dorang nak cakap pun. Tapi, ini yang aku langsung tak penah jumpa, langsung aku tak pernah hadap tengok muka, langsung aku tak pernah ceritakan kisah hidup aku. Alaa, yang setakat hai- hai, bye-bye dan yang comment-comment pictures sebab dia teruja sangat tengok pictures aku. Tak pun, sebab stalker sangat nak usha profile aku. Ahahaha, bunyi seperti riakkan? Tapi itulah hakikat. Mana tidak, dalam 272 friends di friendlist aku, tak sampai 50 kot orang yang betul-betul aku kenal dan berjumpa face to face. Haaa, lagi 222 tuh? Kenal setakat di FB. Ye, aku mempunyai kawan yang sedikit. Tak apalah, ramai-ramai pun, buat apa kalau semuanya menyakitkan hati, kan?
Pengalaman aku berFB memang lama. Dari habis sekolah menengah kot. Tak pun zaman aku mula-mula masuk UiTM. Lama jugaklah. Biasalah. Macam Myspace juga. Mula-mula okay, tapi bila dah lama-lama macam haram. Maki sana sini. BIla nak update status, nak saja yang berbaur cari gaduh atau memalukan orang lain. Memang, itu profile kau, status kau. Tapi, it appears at my new feed okay. Do mind. Sakit mata aku membaca. But, thank God, sekarang aku dah tak berFB dan hanya akan berblog. Jadi, aku tak matilah lagi dalam alam cyber nih. Just mereka yang tau blog aku, ikutlah ye. Kalau dah boring, remove je dari jadi followers aku. Teheeee. So, peeps, if you just feel like you wanna hang up with me, dial-up my number okay? Any problems to share or what so ever, text or dial-up my number okay? Will miss you guys (yang dalam FB). Paling-paling akan rindu, rindu nak tengok pictures of anak buah kekasih yang sering diupload di FB Appa dan Ammanya :( Tak apalah, tak dak jodoh katakan. XOXO.
No comments:
Post a Comment