Sunday, January 16, 2011

Kenapa eh?

Assalammualaikum,

Aku tertanya-tanya, kenapa eh everytime kita tulis status yang berbaur macam nasihat or something yang tidak ditujukan specific on anyone, mestilah punya tak sampai 5 minit, ada orang lain yang akan tulis di statusnya yang berbaur macam nak cari gaduh? Kononnya, status nasihat itu ditulis semata-mata untuk ditujukan kepada dirinya. What the hell man? Seriusly, memang perasan orang sebegitu. Tak percaya? Haa, mula-mula pun aku tak percaya tapi pabila housemate aku sorang nih update status dia yang berbaur nasihat, ada pulah sorang hamba Allah ni pun dengan kelajuan tak sampai 5 minit pun meng-updatekan statusnya yang betul-betullah berbaur nak cari nahas. Aku pun, cepat-cepatlah tengok. Wah! Bukan main status hamba Allah itu ditujukan sebulat-bulatnya pada housemate aku nih. Come onlah man, kata semua dah selesai, nak mula chapter baru. Tapi, apa yang kau dah buat? Saja nak timbulkan publisiti murahan. Nak orang lain tanya-tanya kan? Kenapa? Gaduh ke? Siapa? Get a lifelah. Dulu, kau dah buat macam-macam drama kan? Dah pamerkan segalanya kat FB, ceritakan kisah cinta kau berbagai, tak serik-serik lagi ke? Last-last, kau dengan si jejaka itu pun tak ke mana kan? Tolonglah. You said it yourself, how educated and well-being type of family you were being raised, then? Why don't you for once think wisely as high as your level of education? Haishh, aku tak setuju betullah.

Apabila aku dengar ura-ura FB nak ditutup, memang aku agak teruja dan mahukan kesasihan. Bagi aku, memang patut pun even aku sendiri ada FB. Tapi, sebab FB ni pun semua orang dah jadi sepopular artis class A. Tak sebegitu? Setiap aktiviti, macam wajib saja diupdatekan di status. Setiap perselisihan faham pun nak digembar-gemburkan. Tidak sama sekali professional. Alhamdulillah, setakat ini aku masih lagi mampu menjaga apa yang sepatutnya. Ye, untuk perubahan diri yang baru ni. Sudahlah. FB nih macam solat fardhu yang wajib ditunaikan. Walaupun sehari sekali. Itulah manusia. Mudah alpa.

No comments:

Post a Comment