Tuesday, December 27, 2011

Berharap? Tidak? Iye?

Kadang-kadang, apa yang kita harapkan, lebih daripada bayangan dalam kepala. Terlalu pertaruhkan harapan yang tinggi pun sebenarnya tidak elok. Yelah, sebab bila tak menjadi seperti yang dibayangkan, perasaan yang dikecam tu, lagi drastik daripada yang tidak diharapkan. Sepertinya, mengharapkan seseorang itu akan memahami anda. Yelah, lagi-lagi, kalau dengan orang yang anda sangat rapat dan sangat lamanya perkenalan bersama. Kalau boleh, nak saja dorang paham kau bulat-bulat or bajet macam dorang boleh baca apa yang tertera dalam pala otak kita. Tapi, sebenarnya, mereka bukannya ada power untuk read people's mind. Apa kau bajet macam Edward Cullen tuh? Bila tengok ja muka kau, boleh jek baca macam buku, apa yang terbayang or terlintas dalam pemikiran kita? Itu semua fiction, bukan reality. Mustahil ada orang yang boleh membaca pemikiran kita. Jangan terlampau taksub dengan movie ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. Ahaaa.

Sebenarnya, orang lain takkan memahami kita sepertimana kita memahami diri kita sendiri. So, kenapa perlu terlampau bergantung kepada orang lain untuk pahami diri kita? Walaupun seseorang itu rapat dengan anda dan telah kenal and sekian lama. Takkan or boleh dikatakan hanya berapa peratus sahaja orang itu boleh paham kita. Yelah, mana taknya. Manusia ini berbagai ragam. Akan ada masa, mood swing dan akan ada masa peel kita akan jadi unexpected. Bukan itu sahaja, manusia ini, sering berubah. Tidak kiralah pendapat, perangai mahupun diri mereka sendiri. Hence, tak mustahil langsung kalau somebody yang ko kenal bertahun lamanya, suddenly berubah dan kau tidak boleh mengikut jejak dia. Bukan salah kau, mahupun salah dia. Hanya, terima keadaan seadanya. 

Tapi, ia menjadi rimas apabila, seperkara dua yang kenalan tahu kita tidak suka, tetapi berani mengulangnya. Kalau aku, dah lama aku maki dah. Sebab aku ni kurang kesabarannya. Memang sangat kurang. Boleh dikatakan, sangat dan teramat tipis sabar aku ini. Bila sekali aku dah katakan aku tidak suka, tolonglah jangan buat perangai seperti kau tidak tahu apa-apa. Memang susah nak paham diri seseorang itu. Dan bukan sangat mudah untuk memahami keseluruh perangai orang itu. Tapi, apa kes bila dah dikatakan dengan lidah sendiri  bahawasanya aku berkata 'Tidak suka jikalau sebegini.....' ?  Itu pun tak difahami? Pelik.

Sekadar secebis pun jadilah untuk mengerti. Janganlah anggap sepertinya tidak tahu apa-apa yang aku rasa. Even dah sekian lama kenal pun, macam semalam baru berkenalan. Kenapa macam gitu? Ye,  bukan salah kau kalau tidak paham aku sepenuhnya. Tak mengapa. Tapikan, semuanya boleh difikirkan dengan logik akal? Tanpa perlu berkata-kata pun. Tak mengapalah. Mungkin kita tidak serupa pemikirannya. Sebab itulah susah untuk kau pahami aku. 

Aku paham. Tapi, bukan mudah untuk menerima. Tidak ada apa dah yang aku harapkan. Sekian.

Saturday, December 17, 2011

With Hope

Apa yang aku planned, tidak kira yang planning sendiri ataupun yang bersama, aku berdoa semoga tercapai dengan segera. Without any frustration nor distraction. Dengan kata lain, tiada ariel lintanglahkan. Amin. Hope all of it will achieved as planned with success and joy. And may our journey will go further and let it be discover in its own pleasing way. Amin amin, ya rabbal alamin :')

Friday, December 16, 2011

Tu diaaaa.

Assalammualaikum.

Waaah, it has been like for ages I didn't post any or even sign in this blog. Gosh, macam dull gila. 

Okay, lets start by asking, Wassup? Sehat semuaaaa? Ahaaa. Actually, I'm not like I was. With all the tests, quizzes and assignments. Macam, come on, dah nak final kot. What's with all the last minute assignments and test pulak? Ingatkan dah boleh bersuka ria untuk menghadapi study leaves since mine is like two weeks of study leaves then baru hadap test. Aih, I don't know what mood I'll be in, time facing those papers since yang lain almost finish with their papers. Membuak-buak nak balik adolah. Haih, cabaran sungguh.

Yeah, what is it pun, student kan. So, berusaha jelaaaah :) Chins up.

Besides that, lot of thing have happens this past few months. Lots of ups and downs. Lots of mood swings and lotssss of penny being spent T___T I wish the best for myself where, I'll save a lot of bucks before my semester ends. And the most, I miss home ;( and shoppingggggg.

Oh well, I should finish up my assignments now actually, but rather than that, I prefer visiting blogs for a while. Teheee, have a good day and weekends you guys :)

Friday, December 9, 2011

Pentiru.

Kadang-kadang itu, aku jelak apabila apa yang disukai, terus disukai oleh yang lain.
Bukan kadang-kadang, tetapi sememangnya.
Tidak perlu rasanya mengikuti trend mahupun keunikan seseorang itu. Pasti, setiap manusia dijadikan dengan keunikan sendiri. Tapi, tidak perlulah sehingga meniru sedikit sebanyak. Aku rimas bila orang ramai sepertinya mahu jadi orang lain. Aku juga tidak berkenan jikalau apa yang aku suka disukai orang lain.

Sekarang, aku yang terpaksa mencari keunikan sendiri 'semula' kerana, kau telah mencuri dan mereka juga. Pedih tau hati ini rasa.

Tuesday, November 29, 2011

Singapore.

Singapore? Yes, I've been there :)

 Will catch up with you guys later. Teheeeeee..

Saturday, November 19, 2011

Jauh Tidak Bererti Lupa Diri.

Menjauhkan diri tak bermakna seseorang itu dah melupakan kamu. Bahkan, kemungkinan dia memerlukan masa untuk bersendirian. Masa untuk menghirup udara di ruangnya sendiri. Menjauhkan diri bukan sebab lupa siapa aku dan siapa pernah aku jadi. Menjauhkan diri bukan bermakna aku dah tidak mengambil tahu tentang kamu. Tapi, mungkin kerana tiba masanya nak memberi ruang dan kesedaran pada diri masing-masing. Bukan untuk kau sahaja, tapi aku juga. Sebenarnya, aku sayangkan kau. Benar. Tapi, kesedaran terhadap sikap masing-masing yang aku nak kau sedar. Aku ada rasa hati dan perasaan. Cemburu, sakit hati dan perasaan rivals. Perempuan, siapa tak tahu. Luaran nampak kebal, dalamnya? Haih. Itu sahaja aku boleh ungkapkan. 

Setiap orang, lain rasanya dalam setiap situasi. Ye, memang benar. Tapi, boleh untuk difahami, kan? Bertanya, menganalisis. Bukan terjah sahaja membuat rumusan sendiri. Sekian.

Sunday, November 13, 2011

not at all.

Assalammualaikum and a very good morning everyone.

Today, I'll be going back to Segamat which I'm not excited at all. Yet, the bag aren't been packing yet. The clothes aren't been choose yet. In other words, nothing perhaps are prepared. Gosh, why it takes like a while for the university to give public holidays to the students? Can't they see and feel that I, especially do need several weeks to heal my energy and rest my brain from the bedlam of the quizzes, assignments and test? If only, if only they have pity haaa?

But, it makes me realize how precious all the time that I've spent with my family. It was so precious and seriously, it can't be treasure and replace even for a thousands time. Now I realize the value by just staying at home and doing chores. I'm not kidding yaw. If before I do keep on bumbling said all this and that negatives perceptions and thoughts, but now, like spending your time at home with your family is worth it. Maybe I've grown older and it makes me realized how great-full I should be, aite? You see, people don't live their life forever. They will meet their last day on Earth and maybe because of that thoughts, it makes me realized how valuable all those time for me. Especially with mak and walid. And I'm starting to notice that as a grown ups, family do matter the most. They are really my top priority. For surelah everyone does feel the same kot. Ahah. 

Anyway, I can't help myself by feeling so anxious to meet my semester break for this sem :) Do you? Ahah.

This is why,


  1. I can spend more and more and more and more time with these people :)
  2. I can rest my brain and recharge my energy.
  3. I can shop very well.
  4. I don't need to suicide any mistakes or problems with others.
  5. No heavy commitments to deal with.






Blessed :)

Friday, November 11, 2011


Anyone can be passionate, but it takes real lovers to be silly- RoseFranken.

Ini aku, itu pun aku.

Hari ini, pada pagi ini, aku tiba-tiba rasa nak menulis. Bukan sebab hiba mahu pun suka. Mungkin sebab terasa nak menulis. Ahah. Pagi jumaat, hari yang penuh berkat. Alhamdulillah.

Kalau seseorang itu telah berubah, anggaplah mereka telah berubah. Yakinlah bahawa mereka telah berubah menjadi seseorang insan yang lebih baik. Jangan pula, kerana dahulunya dia samseng, kau terus anggapnya samseng hingga ke mati. Tak boleh tu. Jangan sebab dahulunya, dia jalang, tak semestinya dia akan terus menjalang. Jangan sebab dahulunya, mulutnya seperti celaka, jangan kau anggap dirinya tetap yang serupa. Jangan kau anggap dahulunya dirinya suka berwar-war kata, gembira tanpa lelah dan tidak pernah bermurung, tidak bermakna, dia tidak melalui fasa terkecundang. Pastinya dan jangan pabila dirinya diam, menyepi, kau memerli kata dirinya sudah bertaubat mahupun masih yang sama. Manusia berubah. Sedangkan masa dan hari  berubah.

Percayalah, setiap orang akan mengalami perubahan. Sepertinya aku sendiri. Mungkin perubahan ini, ramai yag tidak menyenangi. Tapi, aku senang dengan diri aku. Lebih tenang, lebih aku titik beratkan perasaan diri. Jika dahulunya, semasa sekolah, aku sangatlah tidak mempedulikan hati dan perasaan mahupun tanggapan orang lain. Janji, aku yang puas, aku yang gembira. Masuk pula fasa baru iaitu fasa kehidupan universiti. Aku mula untuk menitik beratkan tentang hati dan perasaan orang lain. Kalau boleh, biarlah aku yang terkorban janji mereka teman, gembira. Blurgh, sangatlah bukan aku. Bukan semuanya yang aku kata mungkin jujur. Tatkala hati dan pemikiran penuh dengan makian sahaja. Kerana mahu sangat disukai dan tidak ditinggalkan teman. Bodoh bila aku fikirkan semula. Dari situ, namapk sudah kelemahan aku. Dari situ juga, nampak dengan jelas, mereka yang ikhlas berteman bersama aku.

Hanya segelintir yang tahu aku bagaimana. Terima kasih kerana masih menerima.

Tapi, kini aku dah menggunakan akal aku untuk bertutur dan berperilaku. Tak mahu aku, terlajak kata mahupun perilaku. Kerana, aku tahu, tidak semua mereka yang setelah terlajak kata akan diberinya kemaafan. Jikalau iya, pastinya akan menjadi dendaman mahupun umpatan. Percayalah. Lebih-lebih lagi, mereka yang Hawa. 

Aku lebih sayang diri aku yang sekarang. Biarlah ramai yang kata aku sombong, pentingkan diri mahu pun sebatang kara. Kerana aku lebih selesa begini. Apa gunanya teman beribu tapi, pabila susah, ditinggalkan terkontang kanting? Apa gunanya teman yang dikepit rapi, tetepi setelah ketemu teman baru, berlalulah dia pergi? Semua itu aku telah lalui. Dari dahulu hingga kini. Aku tahu yang mana sentiasa di sisi, aku tahu yang mana sentiasa berlalu pergi. Lebih baiklah aku berdiam diri, menganalisis persekitaran. Bukan sahaja aku boleh elak daripada terkecundang sakit hati mahupun menyakitkan hati orang lain. Tapi, jangan risau, aku tidak lagi akan sakit hati, termakan hati kerana aku tahu semuanya tidak akan kekal abadi. Semua orang akan datang dan pergi. Sejak hari pertama datangnya dalam perkenalan, aku sudah tahu kau yang bagaimana. Oleh itu, aku tidak heran jikalau kau, kau, kau dan kaaaaau tergolong sebegitu.

Bukan aku nak kata aku sempurna, bukan aku nak kata aku yang terbaik. Tapi, ini apa yang aku rasa. Maaflah jikalau perubahan aku ini tidak disenangi kau, kau, kau dan kaaau. Mengertilah, perangai kau tu, haruslah juga berubah. Ada sebab kenapa orang tidak menyenangi atau dengan lebih difahami, aku tidak suka dengan kau. Mungkin, depan-depan, aku boleh senyum dan berdiam diri. Tapi, ingat! Bukan kerana aku menyenangi bersama kau. Aku tahu apa yang aku perlu lakukan, aku tahu apa aku inginkan. Bukan plastic diri yang aku ingin tonjolkan. Maaf jikalau, aku sepertinya endah tak endahkan kau. Perangai kau yang sebegitu buat aku meluat saban hari. Matangkan diri, bertimbang rasa dan please be more independent. Why must you rely on someone? Tak rimas ke kau?

Aku yang kini, ye, lebih suka berseorang. Tidak perlu commitment yang tinggi jikalau begitu, tidak perlu menadah lidah kalau terlanjur kata atau perilaku. Biarlah, teman yang aku ada boleh hanya dibilang dengan jari. Biarlah orang kata, aku sepertinya belangkas bersama Kekasih. Kerana aku tahu, dialah teman baik aku yang walaupun banyak pergaduhan antara kita, tetap dia ada. Walaupun hanya dua tahun perkenalan, tetap dia cepat memahami diri aku. Kenapa bukan kau yang dah bertahun kenal tidak boleh sebegitu? Manusia. Aku paham.

Sebelum akhir kata, aku dah lain. Ini aku yang sekarang, itu aku yang dahulunya. Terimalah.

Thursday, November 10, 2011

Moves.



 Dare to lift me up,where my fingers are touched with the moon.
Lift me like I will never fall.
Lift me and make me achieve my dreams.







Kiss me and yell that you love me.
Without any embarrassment, without any regret.
Dare to say it.







 Mingle with me, giggle with me like there won't be no tomorrow.
Whispers those warm words through my ears.
Play with my hair, like a girlfriend does.



  Gosh, loving her hair colour! Tempting enough la wei!



Her eyes, mysterious!



Loving the wild wild west girl. Which, makes me missue my hommies.




What an art, huh?

Out of Idea

I think, I'm running out of idea.
I guess?
Or certainly, indeed, YES!




And HI, I certainly enjoy my midterm break very well :)

Salam Aidil Adha 2011

Assalammualaikum,

Before I start further in written down what suppose to, I will love to wish all the Muslims, Selamat Hari Raya Aidil Adha for year 2011.


Salam Aidil Adha dari perantauan. Semoga semua sehat-sehat belaka. Ecewaaaaaaah, poyo sangat dah tu.



Selepas hampir dua bulan aku tidak pulang ke pangkuan kedua ibubapa aku, ecewah, menipu sangatlah sampai hampir dua bulan. Okay, almost sebulan jugalah aku tak balik rumah dan kali ni aku betul-betul balik (even hanya untuk seminggu sahaja tapi sangat berbaloi), terasa ya Rabbi, terubat habis nok. Mana taknya, boleh dikatakan sepanjang minggu aku ada test yang boleh dikatakan study bagaikan study untuk final exams sama, assignments and quiz yang Ya Allah, macam nak hadap final. Penat gila I tell you. Tapi, nak merungut pun macam tak bertempat. Itulah student. If tak hectic macam ni, bukan studentlahkan. Belum lagi if dah kahwin dan anak 5. Mau nak terpekek terlolong panggil anak no 1, 2, 3, 4 dan 5 sambil buat kerja. Fuuuhh, kalau aku, terkapai-kapai lagi. Apa ni?? Merepek lagi?


Raya kali ni, lain sikit. Eceh, padahal lain dia sebab ade tambahan ahli keluarga. Tak daklah lain mana. Macam gitu juga. Dan juga, kami beraya di perantauan gitu. Bahahah, yeah. Keep on dreaming.
















This was my Hari Raya Aidil Adha moments. Yes, I did spent very well with my family. How about yours?

Tuesday, November 1, 2011

Happy Graduation Day

On 25th October 2011, was Kekasih's historical day. The day he's officially a Diploma holder :) Congrates Sayang <3 See, I'm the one who's being over extra excited pulakkan? Gelitis betul. Ahakssss..

Actually, everything wasn't planned until the night before his graduation day. What plan? The plan to attend his graduationlaaaaaah. Ahaaaa.. Or, can I say, it was a surprise for My-Own-Bradd-Pitt-Wannabe? Pun bolehlah.

During the day, it was heavily raining. But thank God, we arrived after the heavy raining. So, no worries to climbed up the hills to attend the convocation. Ahaaa, Alhamdulillah. It takes almost 3 hours me being there and heeeeeep! I did managed to see him on stage. Ahaaa, I'mma proud nigga! (Pesal plak aku yang nk jadi proud nigga pulak? Tak paham betul.) Back to the topic. After semua dah selesai, there comes all the graduates. Alolololo, teringat time aku. Keluar-keluar jek, parents sambut but my story wasn't like that at all. I was alone. Ahaha, brader tak braderlahkan.

I did lied to him kata I was in Segamat studying for my test. Turns out I was waiting for him to meet him. Time tu, dup dap lah juga, His parents was there. And time jumpa, gosh. Semua terkejut. Ahaaa, see, I've told you that I can also be romantica de'amour what. Terharu tak? Ahahah. Here are the pictures. Sikit saja since his parents was so exhausted and hungry. Kesian sangat.





Emaknya, adiknya dan ayahnya.




Bersama teman sediploma dan sehousemate.




Bersama seorang ustazah T__T
(tengoklah tangan aku tuh.)



Congratulation Love :)



" Sayang, congrats for your achievement. I'm so proud of you. I pray all the best for you in your life, here and after. I love you Sayang."

Monday, October 31, 2011

Useless

You're such a pain in my ass.

Come and suck it ass-holes!

Saturday, October 29, 2011

Lantang Habis,

Kadang-kadang, kesian rasanya. Kita ni manusia, kan? Ada perasaan, ada hati, ada akal dan ada peel masing-masing. Mulut pun, kena jaga, pertututran pun, kenalah jaga. Janganlah terlampau over ayat-ayat tuh. Tak pun, lantang tak bertempat. Kan? Maybe, bila that someone berdiam sahaja, doesn't mean that he/she doesn't feel anything. Deep inside, kau tahu ke apa yang dia rasa? Tidak. So, apa kata sekali sekala kita behave sikit. Fikir sikit tentang perasaan orang lain. Boleh? Sekian.

Saturday, October 22, 2011

Convo.

Kekasih akan convo next Tueasday!!! Yeay!!
Congrats to you sayang :) I'mma proud nigga right now. Feeling soooo fine. Ahah..


 Dah lama tak ngedate berdua kan sayang?? Kaaaaaaaaaaaaaan?




Karenanya aku tak dapat nak tengok dirinya convo, which is soooooooooooo sad sangat, at least I dah nampak you pakai topi convo for real, kan? Alolololoo, homei homei homei.





I pun mestilah nak galak bertopi convo. Bhahahahahahaaa..

Sunday, October 16, 2011

space.

Seriously, I'm missing home so badly :'(

If only I have the strength to pull all my emotions together.

Only God knows how I feel.

Lack of rest, stressful and missing home so badly.

Mak, walid.. I'll come home someday though. Only when the days have arrived.

Friday, October 7, 2011

R.I.P Beloved Putih

R.I.P Beloved Putih



Our beloved Putih. A special cat and really really rare to find. How she understand our language so much. Especially, when she's being scolded by walid. Her face expression, gosh. Really, really really going to miss this little pussy up here. No more your meow meow sound and no more you waiting in front of the door match and home's gate. Your lost, I do feel it until my bones. There'll be no other Putih. This we, promise. T_T. You're such a memories to us. Thanks for being our guardian for almost 10 years.

Tak Serupa? Memang.

Setiap apa yang berlaku pada kita dah tertera sejak azali lagi. Dah ada dalam qada' dan qadar. Selalunya, orang akan bertanya atau comparekan life dirinya dengan orang lain. Sering juga pertikaikan, kenapa kau tak memiliki kemampuan seperti yang dayanya kuat dan memang sering mempertikaikan kenapa perjalanan cinta kita tak serupa dengan mereka yang bahagia dan loving itu. Yeah, pasti ada rasa seperti ini. Mempertikaikan apa yang kita tiada, tetapi orang lain ada. 

Kisah kita takkan sama. Ada keunikan tersendiri dan setiap perjalanan yang tersendiri. Barulah ada kelainan. Inikan, mahukah kau setiap perjalanan hidup, mahupun cinta serupa dengan manusia yang berjuta jumlahnya di muka bumi ini? Pasti tidak mahu, kan?

Oleh itu, jikalau kau bertanya dan sering mempersoalkan tentang kisah cinta kau yang tidak serupa perjalanannya dan pengakhirannya seperti di dalam novel, drama mahupun movie, hapuskan segera. Kerana, itu berdasarkan imaginasi manusia sendiri. Segalanya mahukan yang bahagia.Tetapi perjalanan realitinya, telah tertera oleh Yang Maha Esa. Bersyukurlah dan tempuhinya dengan sabar.Sekian.

Sunday, October 2, 2011

Week Second

For my second week in Segamat, I've been busy with a lot activities. When I said a lot, a whole bunch of stuffs I tell you. No lying.



















See, I did tell you that I did have plenty of activities. 5 days a week pack with classes, two nights attending an open house and like usual, spending my hours, days and weeks with my bunch of friends and also Kekasih. Gosh, I feel so blessed now. Praying for not to loose them in these moment and forever. Amin. 


How's your week haa?