Setiap apa yang berlaku pada kita dah tertera sejak azali lagi. Dah ada dalam qada' dan qadar. Selalunya, orang akan bertanya atau comparekan life dirinya dengan orang lain. Sering juga pertikaikan, kenapa kau tak memiliki kemampuan seperti yang dayanya kuat dan memang sering mempertikaikan kenapa perjalanan cinta kita tak serupa dengan mereka yang bahagia dan loving itu. Yeah, pasti ada rasa seperti ini. Mempertikaikan apa yang kita tiada, tetapi orang lain ada.
Kisah kita takkan sama. Ada keunikan tersendiri dan setiap perjalanan yang tersendiri. Barulah ada kelainan. Inikan, mahukah kau setiap perjalanan hidup, mahupun cinta serupa dengan manusia yang berjuta jumlahnya di muka bumi ini? Pasti tidak mahu, kan?
Oleh itu, jikalau kau bertanya dan sering mempersoalkan tentang kisah cinta kau yang tidak serupa perjalanannya dan pengakhirannya seperti di dalam novel, drama mahupun movie, hapuskan segera. Kerana, itu berdasarkan imaginasi manusia sendiri. Segalanya mahukan yang bahagia.Tetapi perjalanan realitinya, telah tertera oleh Yang Maha Esa. Bersyukurlah dan tempuhinya dengan sabar.Sekian.
No comments:
Post a Comment