Hari ini, pada pagi ini, aku tiba-tiba rasa nak menulis. Bukan sebab hiba mahu pun suka. Mungkin sebab terasa nak menulis. Ahah. Pagi jumaat, hari yang penuh berkat. Alhamdulillah.
Kalau seseorang itu telah berubah, anggaplah mereka telah berubah. Yakinlah bahawa mereka telah berubah menjadi seseorang insan yang lebih baik. Jangan pula, kerana dahulunya dia samseng, kau terus anggapnya samseng hingga ke mati. Tak boleh tu. Jangan sebab dahulunya, dia jalang, tak semestinya dia akan terus menjalang. Jangan sebab dahulunya, mulutnya seperti celaka, jangan kau anggap dirinya tetap yang serupa. Jangan kau anggap dahulunya dirinya suka berwar-war kata, gembira tanpa lelah dan tidak pernah bermurung, tidak bermakna, dia tidak melalui fasa terkecundang. Pastinya dan jangan pabila dirinya diam, menyepi, kau memerli kata dirinya sudah bertaubat mahupun masih yang sama. Manusia berubah. Sedangkan masa dan hari berubah.
Percayalah, setiap orang akan mengalami perubahan. Sepertinya aku sendiri. Mungkin perubahan ini, ramai yag tidak menyenangi. Tapi, aku senang dengan diri aku. Lebih tenang, lebih aku titik beratkan perasaan diri. Jika dahulunya, semasa sekolah, aku sangatlah tidak mempedulikan hati dan perasaan mahupun tanggapan orang lain. Janji, aku yang puas, aku yang gembira. Masuk pula fasa baru iaitu fasa kehidupan universiti. Aku mula untuk menitik beratkan tentang hati dan perasaan orang lain. Kalau boleh, biarlah aku yang terkorban janji mereka teman, gembira. Blurgh, sangatlah bukan aku. Bukan semuanya yang aku kata mungkin jujur. Tatkala hati dan pemikiran penuh dengan makian sahaja. Kerana mahu sangat disukai dan tidak ditinggalkan teman. Bodoh bila aku fikirkan semula. Dari situ, namapk sudah kelemahan aku. Dari situ juga, nampak dengan jelas, mereka yang ikhlas berteman bersama aku.
Hanya segelintir yang tahu aku bagaimana. Terima kasih kerana masih menerima.
Tapi, kini aku dah menggunakan akal aku untuk bertutur dan berperilaku. Tak mahu aku, terlajak kata mahupun perilaku. Kerana, aku tahu, tidak semua mereka yang setelah terlajak kata akan diberinya kemaafan. Jikalau iya, pastinya akan menjadi dendaman mahupun umpatan. Percayalah. Lebih-lebih lagi, mereka yang Hawa.
Aku lebih sayang diri aku yang sekarang. Biarlah ramai yang kata aku sombong, pentingkan diri mahu pun sebatang kara. Kerana aku lebih selesa begini. Apa gunanya teman beribu tapi, pabila susah, ditinggalkan terkontang kanting? Apa gunanya teman yang dikepit rapi, tetepi setelah ketemu teman baru, berlalulah dia pergi? Semua itu aku telah lalui. Dari dahulu hingga kini. Aku tahu yang mana sentiasa di sisi, aku tahu yang mana sentiasa berlalu pergi. Lebih baiklah aku berdiam diri, menganalisis persekitaran. Bukan sahaja aku boleh elak daripada terkecundang sakit hati mahupun menyakitkan hati orang lain. Tapi, jangan risau, aku tidak lagi akan sakit hati, termakan hati kerana aku tahu semuanya tidak akan kekal abadi. Semua orang akan datang dan pergi. Sejak hari pertama datangnya dalam perkenalan, aku sudah tahu kau yang bagaimana. Oleh itu, aku tidak heran jikalau kau, kau, kau dan kaaaaau tergolong sebegitu.
Bukan aku nak kata aku sempurna, bukan aku nak kata aku yang terbaik. Tapi, ini apa yang aku rasa. Maaflah jikalau perubahan aku ini tidak disenangi kau, kau, kau dan kaaau. Mengertilah, perangai kau tu, haruslah juga berubah. Ada sebab kenapa orang tidak menyenangi atau dengan lebih difahami, aku tidak suka dengan kau. Mungkin, depan-depan, aku boleh senyum dan berdiam diri. Tapi, ingat! Bukan kerana aku menyenangi bersama kau. Aku tahu apa yang aku perlu lakukan, aku tahu apa aku inginkan. Bukan plastic diri yang aku ingin tonjolkan. Maaf jikalau, aku sepertinya endah tak endahkan kau. Perangai kau yang sebegitu buat aku meluat saban hari. Matangkan diri, bertimbang rasa dan please be more independent. Why must you rely on someone? Tak rimas ke kau?
Aku yang kini, ye, lebih suka berseorang. Tidak perlu commitment yang tinggi jikalau begitu, tidak perlu menadah lidah kalau terlanjur kata atau perilaku. Biarlah, teman yang aku ada boleh hanya dibilang dengan jari. Biarlah orang kata, aku sepertinya belangkas bersama Kekasih. Kerana aku tahu, dialah teman baik aku yang walaupun banyak pergaduhan antara kita, tetap dia ada. Walaupun hanya dua tahun perkenalan, tetap dia cepat memahami diri aku. Kenapa bukan kau yang dah bertahun kenal tidak boleh sebegitu? Manusia. Aku paham.
Sebelum akhir kata, aku dah lain. Ini aku yang sekarang, itu aku yang dahulunya. Terimalah.
wahhh!!! ganas ayat tu... xpe tas.. mulai hari neh aku akan menganalisis diri ko yeee... hehheh... lex la ma kookie friend... <3
ReplyDeletetgh emosi neh.ahah.
ReplyDelete