Menjauhkan diri tak bermakna seseorang itu dah melupakan kamu. Bahkan, kemungkinan dia memerlukan masa untuk bersendirian. Masa untuk menghirup udara di ruangnya sendiri. Menjauhkan diri bukan sebab lupa siapa aku dan siapa pernah aku jadi. Menjauhkan diri bukan bermakna aku dah tidak mengambil tahu tentang kamu. Tapi, mungkin kerana tiba masanya nak memberi ruang dan kesedaran pada diri masing-masing. Bukan untuk kau sahaja, tapi aku juga. Sebenarnya, aku sayangkan kau. Benar. Tapi, kesedaran terhadap sikap masing-masing yang aku nak kau sedar. Aku ada rasa hati dan perasaan. Cemburu, sakit hati dan perasaan rivals. Perempuan, siapa tak tahu. Luaran nampak kebal, dalamnya? Haih. Itu sahaja aku boleh ungkapkan.
Setiap orang, lain rasanya dalam setiap situasi. Ye, memang benar. Tapi, boleh untuk difahami, kan? Bertanya, menganalisis. Bukan terjah sahaja membuat rumusan sendiri. Sekian.
No comments:
Post a Comment