Kadang-kadang, apa yang kita harapkan, lebih daripada bayangan dalam kepala. Terlalu pertaruhkan harapan yang tinggi pun sebenarnya tidak elok. Yelah, sebab bila tak menjadi seperti yang dibayangkan, perasaan yang dikecam tu, lagi drastik daripada yang tidak diharapkan. Sepertinya, mengharapkan seseorang itu akan memahami anda. Yelah, lagi-lagi, kalau dengan orang yang anda sangat rapat dan sangat lamanya perkenalan bersama. Kalau boleh, nak saja dorang paham kau bulat-bulat or bajet macam dorang boleh baca apa yang tertera dalam pala otak kita. Tapi, sebenarnya, mereka bukannya ada power untuk read people's mind. Apa kau bajet macam Edward Cullen tuh? Bila tengok ja muka kau, boleh jek baca macam buku, apa yang terbayang or terlintas dalam pemikiran kita? Itu semua fiction, bukan reality. Mustahil ada orang yang boleh membaca pemikiran kita. Jangan terlampau taksub dengan movie ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. Ahaaa.
Sebenarnya, orang lain takkan memahami kita sepertimana kita memahami diri kita sendiri. So, kenapa perlu terlampau bergantung kepada orang lain untuk pahami diri kita? Walaupun seseorang itu rapat dengan anda dan telah kenal and sekian lama. Takkan or boleh dikatakan hanya berapa peratus sahaja orang itu boleh paham kita. Yelah, mana taknya. Manusia ini berbagai ragam. Akan ada masa, mood swing dan akan ada masa peel kita akan jadi unexpected. Bukan itu sahaja, manusia ini, sering berubah. Tidak kiralah pendapat, perangai mahupun diri mereka sendiri. Hence, tak mustahil langsung kalau somebody yang ko kenal bertahun lamanya, suddenly berubah dan kau tidak boleh mengikut jejak dia. Bukan salah kau, mahupun salah dia. Hanya, terima keadaan seadanya.
Tapi, ia menjadi rimas apabila, seperkara dua yang kenalan tahu kita tidak suka, tetapi berani mengulangnya. Kalau aku, dah lama aku maki dah. Sebab aku ni kurang kesabarannya. Memang sangat kurang. Boleh dikatakan, sangat dan teramat tipis sabar aku ini. Bila sekali aku dah katakan aku tidak suka, tolonglah jangan buat perangai seperti kau tidak tahu apa-apa. Memang susah nak paham diri seseorang itu. Dan bukan sangat mudah untuk memahami keseluruh perangai orang itu. Tapi, apa kes bila dah dikatakan dengan lidah sendiri bahawasanya aku berkata 'Tidak suka jikalau sebegini.....' ? Itu pun tak difahami? Pelik.
Sekadar secebis pun jadilah untuk mengerti. Janganlah anggap sepertinya tidak tahu apa-apa yang aku rasa. Even dah sekian lama kenal pun, macam semalam baru berkenalan. Kenapa macam gitu? Ye, bukan salah kau kalau tidak paham aku sepenuhnya. Tak mengapa. Tapikan, semuanya boleh difikirkan dengan logik akal? Tanpa perlu berkata-kata pun. Tak mengapalah. Mungkin kita tidak serupa pemikirannya. Sebab itulah susah untuk kau pahami aku.
Aku paham. Tapi, bukan mudah untuk menerima. Tidak ada apa dah yang aku harapkan. Sekian.
No comments:
Post a Comment