Sunday, April 22, 2012

=___+


Terasa sangatlah lama tak post apa-apa kat blog ni. Adoi, macam tak berkemudi langsung blog aku ni. Well, since this is my final year of Degree (semoga akan grad on time. Amin), memang bertimbun yang teramat sangatlah assignments, tests. Ya ampun, semester ni memang mmencabar habis. Dengan pelbagai ragam lecturers. Maklumlah, kebanyakannya yang mengajar kelas den adalah Dr. Paham-paham sajalah kalau Dr yang ngajo. Segala analogy bakul keluar haaa. Tak pun, analogy pasal sang suami yang gaji sama tapi memberi penampar sampai kau akan berada di hospital dua tiga hari. Mana satu yang anda mahu pilih? Pfftttt, sumpah tak dek kena mengena. Tapi, tak mengapa, layan. Sebab itulah even aku duduk paling depan, jang ingat aku hocus pocus sangat. Tidak, aku tidur sebenarnya. Ermm, tunduk focus konon baca segala efficient frontier, single index padahal kau dok buat taik mata. Hebat, depan lecturer pulak. Syabas beteh.

Lepas tuh, setiap kali stress, mesti pergi karok. Kalau tak dapat nak karok dekat belakang Nirwana tuh, mesti karok dalam kereta. Tiap-tiap hari pasang lagu Akma- Percaya pada Cinta. Tak pun, lagu Nabil- Dari Jauh. Bajet macam suara sedap sambil pegang botol air mineral dan hentak kaki berbagai. Padahal, orang yang naik sama dah maki hamun dalam hati. Lantaklah, gua tahu gua ada vokal yang mantap. Tak pun, kalau naik kereta John, asal ada lagu Seribu Sesalan, mesti nak nyanyi sama. Konon jadi Jaclyn Victor. Padahal lirik haprak pun tak tahu. Tapi, sebab teruja nak masuk jug, taram jek lirik. Kena tak kena, janji lantunan suara kena. Hehuehueh.. Padahal, entah hape yang bikin stress sangat. Nak kata buat assignments, tak juga. Balik dari kelas, makan tidur.

Okay, sebenarnya aku teruja nak beritahu bahawasanya, dengan ini telah diisytihar di Segamat dah ada Big Apple. Ermmm. Teruja tak? Teruja? Ahakss, aku teruja. Sebab dah nak lima tahun baru ada tempat-tempat hok gitu. First Lady pun dah ado. Hebat tak? Maju dah okay Segamat. Lepas ni, tak perlulah turun Melaka untuk tengok wayang or nak makan donuts. Heuheuheu.. Tapi  kena juga. Nanti rindu dengan sahabat spentot dua orang itu camne?








1. ye, itulah dia bukti big apple dah bertapak di segamat ye. gua tarak tipu.
2. masing-masing dapat voucher dua donut percuma. malangnya timing tak betul. pasrah.
3. k-pop dengan patung coolblog haaaa.

2 comments: