Orang dahulu dan orang sekarang.
Orang dahulu kala, bukan semuanya hidup senang. Boleh dikatakan serba serbi kekurangan. Mana taknya, teknologi apa pun tiada. Segala hand phone, Blackberry, Ipad, Samsung Note, Samsung Tab dan internet memang tak dak. Apakan lagi Facebook dan Twitter dan Blog. Bayangkan kalau Hang Tuah tiba-tiba masuk time machine dan berada pada zaman la ni, mau terkejut beruknya dia. Jakun habis punyalah. Aku garenti. Segala laptop habis dia pergi campaknya nak bagi hidup. Tak pon, bila dengar suara orang ikut hand phone, for sure dia keluarkan keris dia tikam phone tuh. Boleh bayangkan tak? Macam, mesti orang zaman la ni tengok dia macam dia tuh dari Hospital Bahagia. Gila.
Kalau yang dahulunya sekolah, dengan adanya 50 sen dah boleh beli macam-macam. Boleh dikatakan memang mewahlah kalau ke sekolah dengan 50 sen itu. Air, mee dan kuih boleh dibeli hanya dengan 50 sen sahaja.Tapi sekarang? Dengan RM10 pun tak cukup sehari untuk makan wei. RM10 untuk makan breakfast dan lunch maybe lepaslah. Tapi, breakfast tuh setakat beli kuih RM1, bolehlah survive RM10 sampai ke lunch. Kalau dok taram breakfast, memanglah tak cukup sampai ke lunch.
Orang dahulu dan orang sekarang, lain sangat. Dari gaya pemikiran, usaha, fesyen dan semualah. Even mentaliti pun lain. Orang dolu-dolu, dianggap mempunyai mentaliti yang kolot. Gaya pemikiran pun cetek saja. Bukan out of the boxlah konon. Fesyen pun ala-ala beggy stylelah kan. Sifat dan karakter pun lain. Especially, perempuan. Tapi, bukannya hodoh sangat pun orang dahulu punya karakter. Kalau ditanyakan pada aku, aku lagi prefer karakter dan ketegasan orang dahulu compare to orang sekarang. Like seriously, I love old school! Biarlah nak kata aku ini otak kolot ke hape. Sebab apa? Aku dibesarkan dengan gaya old school punya! Tapi sampai kepada adik-adik aku yang new school dan new aged ni, macam haram jadah jadi. Ahaaa, kejam sangat tuh. Spoil teruslah!
Memang banyak sebenarnya beza especially budak dahulu dan budak sekarang. Antara contohnya adalah, kalau orang dulu pergi sekolah or menuntut ilmu, niat depa mesti untuk ubah nasib keluarga dan nak tolong ibubapa. Depa pun dah ada aimlah. Kiranya, belajaq tinggi-tinggi untuk bagi kesenangan pada ibubapa. So, nanti dah berjaya, tak perlulah nak susahkan mak baak dah. Malah, bagi depa happy dan senangkan hati depa. Oleh kerana itu, semuanya terletak pada usaha anak-anak untuk capai semua tuh. Kalau nak lebih, usaha pun kenalah lebih. Tapi, untuk orang sekarang, especially student la ni, depa pi blajaq untuk nak strive for akademik sahaja. Dengan kata lain, nak lulus exam sahaja. Blajaq untuk bagi pass jalah. (Aku pun pernah juga set mind macam tuh. Tak dinafikan. Tapi, dah sedar habis dah lepas kena cuci.) So, blajaq pun dengan hanya menghafal satu buku teks bukan dnegan memahaminya. Lepas tuh, aim asal habis blajaq, kerja tinggi-tinggi untuk jadi kaya. Nak kata nak ubah nasib keluarga or nak bagi kesenangan pada ibubapa, mustahillah. Sebab dah memang dari keluarga senang. Pasal mind set dah set untuk spend pada diri sendiri. Tapi, pernah tak terfikir, sampai bila nak rely kat mak bapak sahaja? Tanggungjawab? Lenjun. Habis blajaq, habis tanggungjawab nak sara ibubapa. Kononnyalah. Come onlah! Cukup-cukuplah dok nyusahkan mak pak ang. Bagilah depa senang hati sikit. Haih, sedih. Sepatutnya, kita pula yang sara bubapa sampai ke akhir hayat depa. Tapi, ini tak. Dah kerja besar, tanya khabar mak bapak pun tak dak. Hampeh!
Lepas tuh, budak sekarang, kalau minta tolong or nak suruh depa strive in academics or anything, mesti kena bribe. Tak kiralah dengan memberi janji palsu ka tipu sunat ka. Janji mesti ada something in returns. Memang aku tak pahamlah. Aku dulu sekolah, parents aku tak pernah sampai bribe aku. Push memanglah kena push. Teruk woah. Tak tipu. Langsung, tak pernah terdetik dalam hati or kotak akal untuk meminta sesuatu in returns as if aku dapat semua A untuk semua subjek. Takut wei. Mau kena bambu dengan mak walid. Kecik-kecik dah pandai buat kerja mengharapkan balasan. Choih! Tapi, aku tengok budak sekarang, asal dapat A, dapatlah Blackberry ka Ipad ka. Canggih sungguhlah. Kiranya, kena ada something yang akan motivate diri tuh. Kalau anak aku macam tuh esok lusa, memanglah kena bebel dengan aku. Blajaq/buat kerja tak ikhlas namanya tuh. Dengan mak bapak pun berkira.
Ada lagi, orang dulu kalau pi sekolah untuk belajaq. Betoi punya belajaq. Main pun adalah. Tapi, biasalah main macam kanak-kanak riang. Ketawa memanjang. Segala cinta cintun tak dak pun dok pikir. Tapi, budak sekarang kalau pi sekolah, benda yang dok berlega dalam pale otak adalah mencari jodoh! Kalau tak couple, kau tak hotlah siak kat sekolah tuh. Pffttt. Carilah calon suami di sekolah kononnya. Ya, cari calon suami. Maybe, parents suruh cari calon kot sebab kalau tak pass SPM terus kahwin kot. Heh. Sebab apa? Sebab nak jadi cool dan famous.
Aku kalau tengok budak sekarang, matured sangat. Budak sekolah especiallylah. From head to toe. Maksud aku, dressing, mengalahkan orang yang dah bekerja. Tak boleh dah nak bezakan budak sekolah dan orang dewasa. Dengan pakai branded gila (itu boleh lagilah. Tapi, toksah nak belagaklah kalau setakat pakai duit parentskan.), sexy nak mampus macam kau dah kena togel dan paling tak boleh bla, make upppppp! Wei wei wei, aku sekolah dulu memang bodoh gila dalam hal-hal penampilan ni. Asal comfort, pakai. Sebab tak pernah fikir pasal semua ini. Yelahkan, dunia dah berubah. Semua nak membesar. Semua nak nampak cool dan jadi famous. Kalau tak percaya, tengok sahaja kat Facebook. Speechless bila aku tengok budak sekolah sekarang.
Lifestyle pun boleh tahan juga. Kecik-kecik dah pergi holiday dengan member. Keluar pun boleh tahan balik lewat pagi wei. Kalau aku, sampai sekarang curfew aku adalah sebelum maghrib. Paling lewatlah aku kena balik dari lepak dengan member. Keluar malam apatah lagi. Memang takkan bagilah mak walid. Then, gara-gara sebab nak jadi famous dan nampak cool, semua benda nak try. Semua benda nak buat. Semua benda nak ikut orang. Advance daripada aku yang berusia 20 an ini. Sila-silap, aku lagi bodoh dalam buat benda merepek daripada depa hok budak lagi. Maybe orang akan kata aku ni lame ke boring ke or apa-apa jelah yang bunyi macam loser. Tapi, aku bersyukur sebab bila terlebih advance, memudaratkan diri. Bukan nak kata aku baik. Aku pun pernah juga ada kisah silam. Tapi, belumlah lagi sampai tahap se-advance budak sekarang. Kadang-kadang tuh, aku terfikir, sanggup depa gadaikan apa yang tak patut digadaikan dan sanggup depa cemarkan identiti sendiri. Baru sekolah lagi tuh. Kalau dah kerja esok lusa, wallahua'lam. Rosak teruslah kot.
See, bukan aku nak condemn depa yang sekarang. I mean, budak-budak sekarang. Tapi, entahlah. Macam pelik dan musykil. Parents tak marah ka kalau angpa camtuh? Dressing camtuh? Maybe, parents angpa dah tak heran jikalau angpa dah meliar sampai macam gini pasai depa dah tua. Penat nak membebel. Nanti angpa juga yang bebai. Orang maybe akan labelkan mereka yang tidak seliar or yang tidak berpengalaman dalam lifestyle hectic or havoc ni as a loser. Macam tak pernah pergi club, smoke, mabuk, one night stand or apa-apa lah yang aku jijik tengokkan. Tapi bagi aku, semua tuh tak perlulah. Buang masa dan duit dan tenaga. Percayalah. Esok, lusa menyesal tak sudah.
Nak tunjuk cool, bukan dengan act as an adult. Tapi, berfikir as an adult. Itu cool. Jadi cool, tak perlu nak menunjuk penampilan yang branded macam fashion victim or sexy sampai kau dah aku nampak macam tertogel. Tapi, kemas dan bersih pun dah cukup cool bagi aku. Nak jadi cool, tak perlu kot nak ikut orang buat itu ini. Macam kalau Si A ni smoke, kau pun smoke. Si B ni kaki clubbing, kau pun nak join clubbing dan mabuks. What the hell. Relaks sudah. Jadi diri sendiri. Have your own attitude. Itu cool. Itu unik dan itu baru orang kata diri sendiri. Tak perlulah nak ikut orang sangat. Kalau semaunaya fake, susahlah. Kekalkan originaliti lagi bagus.
Bila nak buat something, fikir hati mak bapak. Fikirkan consequences yang bakal mendatang. Put in your parents shoes lah, kalau kau ada anak esok lusa, suka ke nanti anak-anak kau jadi tak tentu arah macam apa yang kau buat? Mestilah tidak, kan? Paling utama, fikir dosa pahala.
Have your own attitude man. Jelak aku tengok fakers memanjang. Meluat.
Okay, itu sahaja. Peace.