Thursday, March 1, 2012

Cinta Yang Makin Pudar atau Perasaan Yang Kian Hilang?

Mencintai dan dicintai.
Dua perasaan yang berbeza. Dari segi ertinya mahupun perasaan yang dilemparkan.
Namun, hanya sebilangan sahaja yang merasainya.

Dicintai.
Seronok, bahagia, suka dan pastinya seperti diawangan diri ini.
Siapa yang tidak suka bila diri ini dicintai oleh orang ramai, kan?
Lebih-lebih lagi oleh Sang Arjuna pilihan hati.
Pasti punya taburan bunga penuh di dalam hati.
Senyuman yang terukir pula, tidka pernah pudar.
Ya, kerana dicintai olehnya.

Mencintai.
Untuk mencintai seseorang, bukannya mudah.
Lebih lagi jika tiadanya pilihan hati.
Seharusnya, pasangan itu bertemu, mengenali dan mengesahkan perasaan itu terdahulu.
Bahkan, mencari seseorang yang layak mencintainya.

Apabila perasaan mencintai dan dicintai digabungkan menjadi satu perasaan,
Di mana, perasaan yang seharusnya berada di dalam setiap perhubungan Adam dan Hawa.

Ya, pada mulanya " Ya Allah, indah sungguh perasaan ini. Perasaan yang telah Engkau pinjamkan padaku."
Dalam hati, berkatanya.
Ya, dunia ini bagaikan milik berdua.
Suasana sekeliling tidak diendahkan kerana leka dalam mimpi.
Yang buruk, dilihatnya cantik.
Yang hitam, dilihatnya manis.
Yang kacak bertambahnya maskulin.
Dan yang jelita bertanbah menjadi anggun.

Namun, segenap masa telah berlalu.
Perhubungan pula menjadi semakin intim dengan perubahan waktu.
Tatkala masa berlalu dengan pantasnya, hubungan yang telah terjalin dan terikat dengan lamanya.
Perasaan mulalah pudar.
Tiada sudah bara dalam perhubungan.
Tiada sudah kata-kata yang sering diungkap.
Tiada sudah senyuman yang sentiasa terpahat di bibir.
Mengapa?

Bukan kerana terjadinya kecurangan mahupun kehadiran orang ketiga.
Tetapi, kerana perasaan yang kian berlalu pergi bersama masa yang berubah.
Kerananya, perasaan yang menjadi bosan kerana terikat dengan satu perhubungan.
Kerana penat dengan telatah oleh orang yang sama.
Kerana penat hanya diri yang menjadi peranan utama dalam perhubungan tersebut.
Kerana kepenatan untuk menghangatkan lagi perhubungan yang terjalin lamanya.

Di dalam sesebuah perhubungan, bukan hanya seorang itu sahaja yang perlu berusaha untuk lighten up the relationship.
Bahkan, kedua pasangan yang seharusnya memberi yang terbaik.
Jangan mengharapkan hanya seorang itu kerana, bebanan yang besar seharus ditanggung bersama.
Commitment jangan dibiarkan sepertinya tiada pantulan.
Biarlah adanya feedback oleh pihak yang lagi satu.
Jangan dibiarkannya hanya yang seorang itu menanggung.
Kerana, lama kelamaan kepenatan yang akan menyelubungi diri pasti membawa kepada kemudaratan perhubungan.
Bukankah perasaan ini dikongsi bersama?
Then, try to put more efforts togetherlah.
Jikalau berterusan,
Sepertinya bertepuk sebelah tangan jadinya, pasti.

No comments:

Post a Comment