Friday, March 30, 2012

Apa Boleh.

Minggu ini, akan aku luangkan masa di Segamat bumi yang sangat segar teramat. Blurgh, sangatlah bosan. Tolonglah, silalah berikan idea kepada aku nak mulakan hari besok dengan aktiviti apa.

Sunday, March 18, 2012

Weekends.

This week, aku balik lagi. Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Tapi, harini aku seharusnya kembali ke sangkar aku. Pfffttt, terasa malas tahap gabannya. Lack of attraction di sana. Tasnim, jangan mengeluuuuuuuuuuh.! Bersyukurlah ang dapat pi blajaq dari depa yang tak mampu nak sambung blajaq tu. Okay, okay okay. Sabar, lagi berapa bulan sahaja. So, weekends ni aku totally spent times with my family. Bila aku kata totally, memang setotallynya! Tak tipu! Walid dia ke Johor sebab ada kenduri. So, just me, mak dan adik perempuan. Terasa sangat lama since the last time we did had our 'Gilrs Day Out.' Lots of thing yang dapat dibualkan. Especially, akulahkan. But, the best part was, tengok mak aku gembira sangat. Ya Allah, kalau hari-hari aku dapat tengok mak aku gembira macam tuh, aku sanggup berkorban semuanya dan aku sanggup balik every week untuk tengok dia happy macam semalam. Sampaikan tidur pun tersenyum. Haih, terharu sangat.

Okay, dah tiba masa aku untuk packing. Peace :)

Saturday, March 17, 2012

Perihal Orang Dahulu dan Orang Sekarang.

Orang dahulu dan orang sekarang.

Orang dahulu kala, bukan semuanya hidup senang. Boleh dikatakan serba serbi kekurangan. Mana taknya, teknologi apa pun tiada. Segala hand phone, Blackberry, Ipad, Samsung Note, Samsung Tab dan internet memang tak dak. Apakan lagi Facebook dan Twitter dan Blog. Bayangkan kalau Hang Tuah tiba-tiba masuk time machine dan berada pada zaman la ni, mau terkejut beruknya dia. Jakun habis punyalah. Aku garenti. Segala laptop habis dia pergi campaknya nak bagi hidup. Tak pon, bila dengar suara orang ikut hand phone, for sure dia keluarkan keris dia tikam phone tuh. Boleh bayangkan tak? Macam, mesti orang zaman la ni tengok dia macam dia tuh dari Hospital Bahagia. Gila.

Kalau yang dahulunya sekolah, dengan adanya 50 sen dah boleh beli macam-macam. Boleh dikatakan memang mewahlah kalau ke sekolah dengan 50 sen itu. Air, mee dan kuih boleh dibeli hanya dengan 50 sen sahaja.Tapi sekarang? Dengan RM10 pun tak cukup sehari untuk makan wei. RM10 untuk makan breakfast dan lunch maybe lepaslah. Tapi, breakfast tuh setakat beli kuih RM1, bolehlah survive RM10 sampai ke lunch. Kalau dok taram breakfast, memanglah tak cukup sampai ke lunch.

Orang dahulu dan orang sekarang, lain sangat. Dari gaya pemikiran, usaha, fesyen dan semualah. Even mentaliti pun lain. Orang dolu-dolu, dianggap mempunyai mentaliti yang kolot. Gaya pemikiran pun cetek saja. Bukan out of the boxlah konon. Fesyen pun ala-ala beggy stylelah kan. Sifat dan karakter pun lain. Especially, perempuan. Tapi, bukannya hodoh sangat pun orang dahulu punya karakter. Kalau ditanyakan pada aku, aku lagi prefer karakter dan ketegasan orang dahulu compare to orang sekarang. Like seriously, I love old school! Biarlah nak kata aku ini otak kolot ke hape. Sebab apa? Aku dibesarkan dengan gaya old school punya! Tapi sampai kepada adik-adik aku yang new school dan new aged ni, macam haram jadah jadi. Ahaaa, kejam sangat tuh. Spoil teruslah! 

Memang banyak sebenarnya beza especially budak dahulu dan budak sekarang. Antara contohnya adalah, kalau orang dulu pergi sekolah or menuntut ilmu, niat depa mesti untuk ubah nasib keluarga dan nak tolong ibubapa. Depa pun dah ada aimlah. Kiranya, belajaq tinggi-tinggi untuk bagi kesenangan pada ibubapa. So,  nanti dah berjaya, tak perlulah nak susahkan mak baak dah. Malah, bagi depa happy dan senangkan hati depa. Oleh kerana itu, semuanya terletak pada usaha anak-anak untuk capai semua tuh. Kalau nak lebih, usaha pun kenalah lebih. Tapi, untuk orang sekarang, especially student la ni, depa pi blajaq untuk nak strive for akademik sahaja. Dengan kata lain, nak lulus exam sahaja. Blajaq untuk bagi pass jalah. (Aku pun pernah juga set mind macam tuh. Tak dinafikan. Tapi, dah sedar habis dah lepas kena cuci.) So, blajaq pun dengan hanya menghafal satu buku teks bukan dnegan memahaminya. Lepas tuh, aim asal habis blajaq, kerja tinggi-tinggi untuk jadi kaya. Nak kata nak ubah nasib keluarga or nak bagi kesenangan pada ibubapa, mustahillah.  Sebab dah memang dari keluarga senang. Pasal mind set dah set untuk spend pada diri sendiri.  Tapi, pernah tak terfikir, sampai bila nak rely kat mak bapak sahaja?  Tanggungjawab? Lenjun. Habis blajaq, habis tanggungjawab nak sara ibubapa. Kononnyalah. Come onlah! Cukup-cukuplah dok nyusahkan mak pak ang. Bagilah depa senang hati sikit. Haih, sedih. Sepatutnya, kita pula yang sara bubapa sampai ke akhir hayat depa. Tapi, ini tak. Dah kerja besar, tanya khabar mak bapak pun tak dak. Hampeh!

Lepas tuh, budak sekarang, kalau minta tolong or nak suruh depa strive in academics or anything, mesti kena bribe. Tak kiralah dengan memberi janji palsu ka tipu sunat ka. Janji mesti ada something in returns. Memang aku tak pahamlah. Aku dulu sekolah, parents aku tak pernah sampai bribe aku. Push memanglah kena push. Teruk woah. Tak tipu. Langsung, tak pernah terdetik dalam hati or kotak akal untuk meminta sesuatu in returns as if aku dapat semua A untuk semua subjek. Takut wei. Mau kena bambu dengan mak walid. Kecik-kecik dah pandai buat kerja mengharapkan balasan. Choih! Tapi, aku tengok  budak sekarang, asal dapat A, dapatlah Blackberry ka Ipad ka. Canggih sungguhlah. Kiranya, kena ada something yang akan motivate diri tuh. Kalau anak aku macam tuh esok lusa, memanglah kena bebel dengan aku. Blajaq/buat kerja tak ikhlas namanya tuh. Dengan mak bapak pun berkira.

Ada lagi, orang dulu kalau pi sekolah untuk belajaq. Betoi punya belajaq. Main pun adalah. Tapi, biasalah main macam kanak-kanak riang. Ketawa memanjang. Segala cinta cintun tak dak pun dok pikir. Tapi, budak sekarang kalau pi sekolah, benda yang dok berlega dalam pale otak adalah mencari jodoh! Kalau tak couple, kau tak hotlah siak kat sekolah tuh. Pffttt. Carilah calon suami di sekolah kononnya. Ya, cari calon suami. Maybe, parents suruh cari calon kot sebab kalau tak pass SPM terus kahwin kot. Heh. Sebab apa? Sebab nak jadi cool dan famous.

Aku kalau tengok budak sekarang, matured sangat. Budak sekolah especiallylah. From head to toe. Maksud aku, dressing, mengalahkan orang yang dah bekerja. Tak boleh dah nak bezakan budak sekolah dan orang dewasa. Dengan pakai branded gila (itu boleh lagilah. Tapi, toksah nak belagaklah kalau setakat pakai duit parentskan.), sexy nak mampus macam kau dah kena togel dan paling tak boleh bla, make upppppp! Wei wei wei, aku sekolah dulu memang bodoh gila dalam hal-hal penampilan ni. Asal comfort, pakai. Sebab tak pernah fikir pasal semua ini. Yelahkan, dunia dah berubah. Semua nak membesar. Semua nak nampak cool dan jadi famous. Kalau tak percaya, tengok sahaja kat Facebook. Speechless bila aku tengok budak sekolah sekarang. 

Lifestyle pun boleh tahan juga. Kecik-kecik dah pergi holiday dengan member. Keluar pun boleh tahan balik lewat pagi wei. Kalau aku, sampai sekarang curfew aku adalah sebelum maghrib. Paling lewatlah aku kena balik dari lepak dengan member. Keluar malam apatah lagi. Memang takkan bagilah mak walid. Then, gara-gara sebab nak jadi famous dan nampak cool, semua benda nak try. Semua benda nak buat. Semua benda nak ikut orang. Advance daripada aku yang berusia 20 an ini. Sila-silap, aku lagi bodoh dalam buat benda merepek daripada depa hok budak lagi. Maybe orang akan kata aku ni lame ke boring ke or apa-apa jelah yang bunyi macam loser. Tapi, aku bersyukur sebab bila terlebih advance, memudaratkan diri. Bukan nak kata aku baik. Aku pun pernah juga ada kisah silam. Tapi, belumlah lagi sampai tahap se-advance budak sekarang. Kadang-kadang tuh, aku terfikir, sanggup depa gadaikan apa yang tak patut digadaikan dan sanggup depa cemarkan identiti sendiri. Baru sekolah lagi tuh. Kalau dah kerja esok lusa, wallahua'lam. Rosak teruslah kot. 

See, bukan aku nak condemn depa yang sekarang. I mean, budak-budak sekarang. Tapi, entahlah. Macam pelik dan musykil. Parents tak marah ka kalau angpa camtuh? Dressing camtuh? Maybe, parents angpa dah tak heran jikalau angpa dah meliar sampai macam gini pasai depa dah tua. Penat nak membebel. Nanti angpa juga yang bebai. Orang maybe akan labelkan mereka yang tidak seliar or yang tidak berpengalaman dalam lifestyle hectic or havoc ni as a loser. Macam tak pernah pergi club, smoke, mabuk, one night stand or apa-apa lah yang aku jijik tengokkan. Tapi bagi aku, semua tuh tak perlulah. Buang masa dan duit dan tenaga. Percayalah. Esok, lusa menyesal tak sudah.

Nak tunjuk cool, bukan dengan act as an adult. Tapi, berfikir as an adult. Itu cool. Jadi cool, tak perlu nak menunjuk penampilan yang branded macam fashion victim or sexy sampai kau dah aku nampak macam tertogel. Tapi, kemas dan bersih pun dah cukup cool bagi aku. Nak jadi cool, tak perlu kot nak ikut orang buat itu ini. Macam kalau Si A ni smoke, kau pun smoke. Si B ni kaki clubbing, kau pun nak join clubbing dan mabuks. What the hell. Relaks sudah. Jadi diri sendiri. Have your own attitude. Itu cool. Itu unik dan itu baru orang kata diri sendiri. Tak perlulah nak ikut orang sangat. Kalau semaunaya fake, susahlah. Kekalkan originaliti lagi bagus. 


Bila nak buat something, fikir hati mak bapak. Fikirkan consequences yang bakal mendatang. Put in your parents shoes lah, kalau kau ada anak esok lusa, suka ke nanti anak-anak kau jadi tak tentu arah macam apa yang kau buat? Mestilah tidak, kan? Paling utama, fikir dosa pahala. 

Have your own attitude man. Jelak aku tengok fakers memanjang. Meluat.

Okay, itu sahaja. Peace.



Friday, March 9, 2012

Bukit Tinggi, Sudahnya.

Assalammualaikum!

Indah rasanya dan teramat awesome bila berada di rumah. Even terpaksa balik-balik tuh then kena kerah jadi bibik dengan kemas rumah, sapu, mop, sidai baju dan ambil adik balik dari sekolah tetap terasa diri ini awesome! Amboi, dah macam Barney dah ni pehal aku ni. Asyik-asyik nak awesome pulak. Tak payah nak awesome sangat, kan? Ahaaaa.

Ye, sudah berlalunya seminggu kuliah telah bermula namun, kebanyakkannya, lecturer tak masuk langsung. Pfftt, terasa terabai gila dowh. Mana taknya, maklumlah kami ni pelajar yang duduk di luar kampus. Maknanya tak duduk kolej. Dengan hati yang gumbira dan teruja nak belajar, tetiba kelas cancellah, lecturer tak adalah. Wei wei wei, gua datang dari Paya Pulai siak. Dalah transportation yang sangat diharapkan adalah bus UiTM. Jikalau bernasib baik pun, tumpang Sukma (kereta Kekasih). Itu pun nasib badan sahajalah kalau kelas kami tak bercanggah. Kalau bercanggah? Haaa, harapkan bus kuning yang naik macam nak gadaikan nyawa saja T__T Sedihkan? Pergi kelas yang kononnya sehari mesti ada dua kelas, tiba-tiba sampai ja kelas, kelas cancel. Adoi! Sakit hati. Terasa selama pergi ke kelas minggu ni, macam buat fashion show saja. Pffttt, sakit hati. Ingatkan students je ponteng, tengok-tengok lecturer pun samo. Ahaksssss. Memandangkan sem ni aku carry 7 papers that contain until 24 credit hours, so aku kenalah kerah diri aku ini. Nak tak nak, jangan ponteng. Tapikan, baru minggu pertama aku dah tuang sehari. Harharhar. Membawa hati yang kecewa dengan buat assumption bahawasanya, kelas Jumaat cancel. Tapi, tak mengena assumption tuh. Haram betoi.

So, aku dengan bangganya balik pada tengah hari Khamis. Padahal, petang tuh pukul 4 ado ja kelas lagi haaa, Real Estate. Apa lagi, dengan harapan, kelas tak dek. Alih-alih ade pulok. Ya, tilik tidak terkena. Damn! Siap dah dapat assignment tuh noks. Advance gitu. Ahhhh, aku peduli apa. Dengan rasa tidak bersalah, aku dengan bangganya balik dengan Kekasih. Haaa, yang Kekasih ni pulak, Jumaat dia langsung tak dak kelas. So, he did not committed any crime. Huh! Nasib badan betullah. Okay, pedulikanlah. 

On the way back, since masih lagi awal ingatkan nak pergi tengok John Carter. Maklumlah, cerita yang dinanti-nantikan. Tapi, bila fikirkan balik why not try something new. Alih-alih movie. Kat Segamat pun boleh der. Dengan kuasa veto perempuan dan persetujuan berdua, kami pun ke Bukit Tinggi. Gara-gara dipersuade oleh kawan aku, kan. Dialah yang syorkan aku untuk ke sini. Aku pun, apa lagi, moh lerh kita ke sana. Perjalanan dari KL ke Bukit Tinggi hanyalah 30-45 minit. Dekat jekan? Yeah, memang pun. Tapi, perjalanan nak ke atas tuh yang aku tak sanggup nak hadapi. Mak aii, bukan main pusing-pusing wei.










Muka memang teruja habis sampai ke luar tingkap separuh badan haaa. Dah macam peraq gila aku ni. Maklumlah, baru lepas muntah berbagai. Harharhar.







Itu dia perjalanan kami. Tak jem pun. Heuheuheu, tengok awan time tuh, scary kaaaan? Sebab nak hujan kot. Tapi, pemandangan dari atas ni memang cantik. Malangnya, tak dapat nak snap sebab hanya pakai camera phone je. So, nanti mesti tak lawa. Harap maaf ya.






Kekasih acah-acah je ni. Ahaaaa.






So, the first pit that we went was The Animal Farm. Sementara nak tunggu gi tempat lain, kami ke sini dulu. Plus, tiket untuk naik ke atas sana tuh, yang tempat bangunan lawa-lawa tu murah after 5 pm. From RM 12/adult after 5 pm akan jadi RM6/adult. So, sementara tuh, kami lepak dulu dan main dengan rabbits yang comel gila ni.





You see this merak haaaa, manyak sombong sama gua. Mentang-mentanglah lawaaaaaa. Huh, apa aku peduli! Membontot ka lari dari aku ka, aku tetap kejarnya. Muahahaha..






Rabbits! My favourite. Suka tengok binatang ni sebab comel gila. Dengan telinga lebaq. Nak sekor boleh? Untuk nirthday present pun jadilah. Tapi nak sepasang. 







Ya, saya memang minat kuda. Kuda ka poney ka binatang ni? Kekasih kata kononnya keldai. Ya ka? I don't knowlah. Apa pun, comel binatang ni :)











Teruja dapat pegang rabbit ni. Dalah demok, lepastuh fluffy gila. Rasa macam nak culik sekor dua ja bawak balik. Lepas angkat ja rabbit ni, terus baju aku kena gigit dengan rusa yang bernama Awang. Cisdel, cemburu ya aku mesra dengan Sang Arnab ini? Ahaaa.





The second pit was Japanese Village. Tempat ni konon-konon ala Jepun punya stylelah. Tapi, time kami mendaki ke sini, lagi 45 minits ja boleh round sebab pukul 6 pm, tempat ni dah tutup. So, kami pasrah sebab tak dapat nak bergambor kat Japanese Botanical. Haihh.










Kekasih bajet macam Kenshi Himoura pulak. Feeling sorang-sorang tuh yang tak boleh blah! Aahuah..









Tempat Japanese Garden ni or semua tempat Japanese ni tutup pukul 6 pm. I did mentioned beforekan? Ahaaa, memang pesen suka ulang-ulang cakap aku ni. So, tak dapatlah kami nak menyewa kimono. Maybe next time kot. Harharharh, can haaaa Tun Dr A?






Itu diaaaaa, Tun Dr A sudah mai. He said kalau Dato', pangkat rendah lagi. So, he prefer to be called as Tun Dr. Amin, mudah-mudahan akan termakbul. Ahaksss.




The third pit was tempat yang ala-ala castle tuh. Aku pun dah lupa apa namanya. The view sangatlah awesome. Sebab ala-ala France kan. Lepas tuh, bila aku mesmerized, ada juga macam zaman Harry Potter. Eh eh eh, Ever After pun ado. Terasa sekejap macam dekat oversea you alllzzzz.


















Overall, apa yang aku boleh katakan pasal this unplanned trip adalah sangat berpuas hati, sangat relaks dan aku enjoy dengan setiap perjalanan dari Segamat hinggalah ke sini, Bukit tinggi. Bukan apa, tak selalu dan tak mudah untuk aku pergi ke tempat sebegini disebabkan kesibukan masing-masing. So, why not ketika masih lagi ada masa ini, kita pergi. Kan? Well, kepada sesiapa yang sukakan tempat yang lebih relaks, tenang dan memang nak fresh air, silalah ke sana. Memang aku jenis yang suka hidup di bandar sebab suka dengan keadaan hassle but then, kadang-kadang nak jugalahkan merasa tempat yang tidak pesat. Having a time off  or a getaway from those bedlam city, kan? Sekali sekala, ubah angin. Plus, duit pun tak keluar banyak mana pun. So, berbaloi baloi baloi. Cuma, toksehlah makan kat sini sebab bagi aku, tak worth it. Mahal nak mampus. Makan dekat Big Brothers lagi berbaloi. So, I advice siapa-siapa yang mahu ke sini, bawalah bekalan dari rumah. Harharhar.. Before nak naikkan ada banyak petrol station. So, tapau ja dari sana pun boleh. 

Aku enjoy sangat yang teramat. Akhirnya, dapat juga jejak ke sini. Instead of nak pergi Genting Highlands which was the first suggestion, better ke sini. Pi Genting sure perabih duit ja. Lepas tuh, bikin pening ajo. Harharharhar. Last but not least, terima kasih kepada Tun Dr A, kerana membawa Gadis Semasa ini ke tempat gini. Terasa macam Back to The Future. Ahaaa.. Thanks for everything. It was definitely a blast for me. Lotsa love :)

Memang Menyakitkan Hati.

Bila perkara yang sangat menjelakkan berlaku kepada diri ini
Memang menyakitkan hati, bukan?

Hati ini memang sakit bila sampainya hal tentang masa
Bagi aku, bukan hal remeh jikalau masa aku dipermainkan
Kau membuang masa aku sepertinya kau mempersiakan peluang untuk bersama aku
Setiap saat yang aku kira dengan hanya menunggu kau sepertinya aku menunggu masa untuk tua sahaja
Put it this way
Fooling with my time is like fooling with my entire life
Every minutes does count and every minutes are precious as like dozens gram of gold
You mess with my time, you totally messing with me
And it will be one of the major reasons I will not entertained this kind of human being

Hati bertambah sakit bila nasihat yang diberi tidak dipedulikan
Ya, memang kubur kita masing-masing yang punya
Tapi, jikalau kubur kau bersebelahan aku, bagaimana pula?
Nasihat bukannya sesuatu niat yang buruk ingin dilemparkan
Nasihat bukan anggapan buruk terhadap seseorang
Nasihat bukannya menjaga tepi kain orang
Tetapi kerana sayanglah nasihat diberi
Orang yang sememangnya tidak boleh menerima nasihat dan mudah melatah
Hanyalah mereka yang tidak boleh menerima pandangan orang
Simple as a word, UNDENIABLE!

Memberi pendapat yang ditanya kemudian terkena kembali semburan yang padu,
Amatlah menyakitkan hati.
Apabila bertanyakan pendapat dan diberinya dan sebagai balasan hanya sindiran mahupun kata-kata yang menjelakkan memang mengundang
Pada saat mulanya kau ingin bertanya, kau kena bersedia dengan pendapat orang lain
Jikalau ada yang tidak berkenan di hati, usah disembur dengan kata-kata hina
Malah hanya mengiyakan dan berilah masa pada diri untuk memikirkannya
Sesungguhnya, orang yang memberi pendapat itu lebih tertekan kerana harus memikirkan ayat sokongan yang boleh menjadi moral support untuk kau
Tapi ini tidak, disemburkan kembali dengan nada tidak puas hati

Sakit hati ini bila ada orang yang masih tidak faham bahasa
Sepertinya mencurah air ke daun keladi
Berulang kali harus diingatkan
Penat wei macam tuh
Buatlah sepertinya aku ini berperasaan juga

Ahhh, orang-orang sebegini seharusnya nyah dari hidup aku!

Saturday, March 3, 2012

Fashionista # 2







Paling dengki bila tengok orang yang dengan ketinggian and body figure yang ideal memakai jumpsuit! Damn betul terasa weih! Harituh pergi The Street. Banyak jumpsuit yang terkenan. Eceh, padahal berkenan. Tapi disebabkan ketinggian aku ini memanglah susah nak dapat fitting jumpsuit yang sesuai. Nanti nak kena alter semua bebagai. Haiihhh..









Bilalah aku dapat merasa pakai Palazzo Pants yang kool macam gini? Haritu ada nampak dekat Cineplex and The Street. Tapi, bila fikirkan bilalah pulak aku nak menyarungnya? Paling utama, ado ka saiznya jang? Nanti nak kena alter bebagailah. Haiiihhh, pasrah. Macam lagu Erra Fazira- Pasrah.

Lagu Mu.

Yesterday, tengah-tengah aku asyik melayan lagu Rolling in The Deep versi Linkin Park ( which I'm deadly in love with sebab siap boleh karoake bersama and paling best, version dia sangat feeling. Tak tipu, come on! Chester Bennignton pulak! ), ada satu dan boleh dikatakan beberapa video yang di mana warga keanak-anakan yang bermain instruments. From guitar to bass to drum and to piona. Ya Rabbi, hebat gila okay. Ada yang baru umur 3 ke 5 tahun, dah reti main drum ikut rhythm ACDC. Ada pulak kembar umur 10 tahun yang main lagu ACDC. Ada pulak sorang minah ni, umur baru 5 tahun kot, main lagu Scorpions- Sails of Charon. Wei wei wei, memang tertarik wei. Sampai aku download. Ahaaaa, tapi yang memang mind blowing adalah yang di bawah ini. This kid here, baru 1.5 years belajar main guitar. Dol, siapa je yang mampu petik guitar dengan gaya camni within 1.5 years sajo? Hebat wei.. Gila superb! Tak percaya? Moh le kite nengok ajo. Dalah homel homel homel. Ehuehuehuehueee.




yl



Nanti aku ada anak perempuan sorang, aku nak dia jadi terel main guitar macam budak ni. Heuheuehueheue.
Mesti gempak habis wei. 

Thursday, March 1, 2012

Cinta Yang Makin Pudar atau Perasaan Yang Kian Hilang?

Mencintai dan dicintai.
Dua perasaan yang berbeza. Dari segi ertinya mahupun perasaan yang dilemparkan.
Namun, hanya sebilangan sahaja yang merasainya.

Dicintai.
Seronok, bahagia, suka dan pastinya seperti diawangan diri ini.
Siapa yang tidak suka bila diri ini dicintai oleh orang ramai, kan?
Lebih-lebih lagi oleh Sang Arjuna pilihan hati.
Pasti punya taburan bunga penuh di dalam hati.
Senyuman yang terukir pula, tidka pernah pudar.
Ya, kerana dicintai olehnya.

Mencintai.
Untuk mencintai seseorang, bukannya mudah.
Lebih lagi jika tiadanya pilihan hati.
Seharusnya, pasangan itu bertemu, mengenali dan mengesahkan perasaan itu terdahulu.
Bahkan, mencari seseorang yang layak mencintainya.

Apabila perasaan mencintai dan dicintai digabungkan menjadi satu perasaan,
Di mana, perasaan yang seharusnya berada di dalam setiap perhubungan Adam dan Hawa.

Ya, pada mulanya " Ya Allah, indah sungguh perasaan ini. Perasaan yang telah Engkau pinjamkan padaku."
Dalam hati, berkatanya.
Ya, dunia ini bagaikan milik berdua.
Suasana sekeliling tidak diendahkan kerana leka dalam mimpi.
Yang buruk, dilihatnya cantik.
Yang hitam, dilihatnya manis.
Yang kacak bertambahnya maskulin.
Dan yang jelita bertanbah menjadi anggun.

Namun, segenap masa telah berlalu.
Perhubungan pula menjadi semakin intim dengan perubahan waktu.
Tatkala masa berlalu dengan pantasnya, hubungan yang telah terjalin dan terikat dengan lamanya.
Perasaan mulalah pudar.
Tiada sudah bara dalam perhubungan.
Tiada sudah kata-kata yang sering diungkap.
Tiada sudah senyuman yang sentiasa terpahat di bibir.
Mengapa?

Bukan kerana terjadinya kecurangan mahupun kehadiran orang ketiga.
Tetapi, kerana perasaan yang kian berlalu pergi bersama masa yang berubah.
Kerananya, perasaan yang menjadi bosan kerana terikat dengan satu perhubungan.
Kerana penat dengan telatah oleh orang yang sama.
Kerana penat hanya diri yang menjadi peranan utama dalam perhubungan tersebut.
Kerana kepenatan untuk menghangatkan lagi perhubungan yang terjalin lamanya.

Di dalam sesebuah perhubungan, bukan hanya seorang itu sahaja yang perlu berusaha untuk lighten up the relationship.
Bahkan, kedua pasangan yang seharusnya memberi yang terbaik.
Jangan mengharapkan hanya seorang itu kerana, bebanan yang besar seharus ditanggung bersama.
Commitment jangan dibiarkan sepertinya tiada pantulan.
Biarlah adanya feedback oleh pihak yang lagi satu.
Jangan dibiarkannya hanya yang seorang itu menanggung.
Kerana, lama kelamaan kepenatan yang akan menyelubungi diri pasti membawa kepada kemudaratan perhubungan.
Bukankah perasaan ini dikongsi bersama?
Then, try to put more efforts togetherlah.
Jikalau berterusan,
Sepertinya bertepuk sebelah tangan jadinya, pasti.

Last Day Out on Feb.

Semalam merupakan last day out untuk bulan February yang Fabulous. Sebabnya, hari ni dah bulan baru untuk tahun 2012 which is March :) So, Hello Marchie. 

So, since March dah sampai, it means I'm going back to school. Blurghh. Tengok tu, bila duduk rumah kata boring, bila dah nak start belajar tak nak pulok. Adoi, tak pahamlah mana satu yang boleh puaskan hati kau Tasnim =__=  Right now, I'm just counting the days untuk kembali ke Segamat. Actually, kinda miss the place though. Siapa tidak, kan? Dah macam second home dah.

Kan dah nak masuk belajar balikkan? So, before tuh enjoy habis-habislah bro. Ahuahua. We went to watched movie yesterday. This Means War! Superb okay movie tu. Sangatlah best! Sangat balance between actions, love and comedy. Memang movie pilihan I lah jah. Hohoho. Tom Hardy pun, errrmmmm... buat aku cair aja dengan loghat British dia. Haihh, lemah aku. Reese Whiterspoon pun comel sangat dan kelakar. Gelak tak hingat dalam cinema tu. Nasiblah time tuh wayang berapa orang sahaja. Nak tergelak sampai pecah perut pun tak mengapa noks. Hauhauhau..

I did managed to find the jeans. And you know what, thought of paying with fixed price but turns out, I got a discount!! Yeay. Sukanyaaa :) Aku dah macam blur-blur dah tanya kat cashier tuh. Muka tak percaya habis. Sampai dia pun gelak je. Haih, memang rezekilah :) 

To those yang dah nak masuk semester baru, goodluck and study betul-betul ya. Jangan kuat mengeluh like I did for the past two semester =__= Hahahahaha, no good tahu. Whatever it is, Selamat Kembali ke Sekolah.






So, sebagai closing of the post, terimalah gambar daku dan Kekasih. Meluat kaaan? Tapi saya suka :)





At One Utama's Chat Time.

It's sweet to see a guy with a kid. Especially, in how they handle with all the undeceiving behaviour.
How I wish my future husband do know how to handle with kids because I'm lack of patient. Heuheuheueheueheu..