Friday, February 11, 2011

My Hero.

Harini, ye 11th Fenruary 2011 merupakan harijadi walid yang ke-56. Happy birthday walid. Semoga walid dipanjangkan umur dan dilimpahi dengan kesihatan yang baik-baik.

Pagi tadi, lepas aku habis kelas Corparate Finance, aku message walid. Aku ingatkan walid takkan reply, tapi dia reply dengan kata-kata yang sayu. Serious. Sebak hati aku bila dapat message dari walid. pagi tadi Dan, it was my first time ever to say ' I love you walid.'

Me;
  " Salam, walid. Selamat harijadi. Semoga dimurahkan rezeki, dilimpahi dengan umur yang panjang, mendapat kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan di dunia dan akhirat. Walidlah walid yang terbaik even garang. I love you walid. "
Walid;
      " Terima kasih. Tapi, nak bagitau. Walid bukan garang sepertimana Tasnim dan yang lain anggap. Kalau kamu bertaqwa dan menjadi anak yang soleh, sejuk la hati dan mata. Walid kene tegas kerana anak-anak adalah amanah dan am,at berat kalau walid sorang saja hendak memikul. Jadi, walid mengharqapkan anak-anak yang soleh untuk membantu."

Me;
     " Ye, Tasnim paham. Dari hari ke hari Tasnim try pebaikkan diri ni. Kalau before this orang banyak buat dosa either secara sengaja or tak, Tasnim minta maaf dari hujung kepala sampai hujung kaki."

Walid;
   " Hari-hari walid memang memaafkan korang semua kerana itu adalah tanggungjawab. Kalau tidak, kamu menjadi anak yang derhaka."


Walid aku nih garang orangnya. Even saudara mara aku yang lain pun paling takut dengan walid. Kalau dengar je nama Qhaliman, dorang yang lain mesti jadi hipokrit baik, padahal mereng otak.Harharhar. Sebab apa dorang takut dengan walid? Sebab walid nih garang sangat dulu-dulu. Tegas. Especially bab-bab agama. Memang ditekankan. Dulu, masa aku dibangku sekolah lagi, everytime before solat maghrib, walid mesti suruh kitorang adik-beradik duduk mengaji depan dia. Kalau tajwid salah, mesti dia tegur. Tapi, cara dia tegur untuk betulkan bacaan memang sangat tegas dan garang. Sebab itu orang lain kalau dengar walid bercakap, mesti ingat dia tengah marah. Sebenarnya dia punya nada memang camtuh. If, kitorang tak duduk dan mengaji tepat jam 1830, mesti kena rotan. Bukan rotan pakai rotan biasa tau, tapi pakai buckle belt yang untuk pergi Haji tuh. Korang bayangkanlah.

Aku ingat lagi time aku dan abang aku lambat mandi dan tak mengaji before solat maghrib. Masa tuh aku still darjah lagi dan abang aku dah menengah.Walid suruh kitorang duduk mengaji after solat maghrib sampai dia balik dari surau. Aku dan abang aku pun tunggu punya tunggu. Bila dia balik ja, dia soal kenapa lambat mandi. Memang kena soal siasat macam dengan FBI wei. Tak tipu. Salah ja jawapan or jawapan tak munasabbah, kena rotan 1. Then, walid kata aku dapat 20 sebatan dan abang aku dapat 25 sebatan. Mula-mula kena, melalaklahkan. Tapi, masuk ja sebatan ke-10, tak rasa apa dah. Lali dah. So, tak rasa apa. Ditambah pula dengan kes kakak aku tuang sekolah dua bulan. Memang walid lepaskan geram bila sebat kami dua-beradik. Penuh perasaan tuh. Tak tipu. Tapi, sebab anak-anak dia memang jenis tak makan saman, berulanglah lagi silap sama. Ye, kami adik beradik biasa aja. Tak alim pun, cuma Alhamdulillah pegangan agama itu masih ada. Masih tak jahil dari tak mendirikan solat fardhu.

Lama kelamaan, usia walid pun makin meningkat. Anak-anak pun makin membesar dan bertambah. Kegarangan walid pun makin slow since dia ada darah tinggi. Bila ingat balik apa yang walid pernah buat, kegarangan walid, how firm you were with us three (kakak, Afif dan orang), barulah aku sedar betapa besar dan berat tanggungjawab walid yang harus dipikulkan. Bukan setakat cari nafkah dan beri nafkah kepada anak bini. Tapi, tanggungjawab untuk membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah. Betul cakap walid, kalau harapkan walid sorang je untuk jaga dan bimbing anak-anak tanpa kesedaran dan bantuan anak-anak sendiri, memang susah. Semuanya akan aku rasa bila dah ada anak sendiri. Bukan semudah yang dibayangkan. Lagi-lagi bila anak pertama, ketiga dan bongsu ni degil sangat. Suka ikut kepala sendiri.

Orang ingat lagi bila walid kena strok dan di masukkan ke ICU di hospital kat Kedah. Orang betul-betul speechless sebab orang sendiri tak tahu nak rasa apa. Yelah, before walid pergi kursus kat Kedah, orang and walid bergaduh. At first, I was very pissed off sampai tak amik kesah. At one time, I hope you were gone. (nauzubillah minzalik) Tapi, bila dapat tahu Afif, Athir dan Yah menangis, orang terkejut dan marah dengan diri sendiri. Sebab apa orang tak dak perasaan. Sebab apa orang tak boleh menangis. See, how pathetic I am. Manusia yang betul-betul tiada perasaan. Orang marah sangat kenapa tak dapat menangis even rasa kesian pun. I forced myself to felt that way, but I can't. Sebab apa? Lupa dengan ajaranMu. Hati pun jadi keras dan hitam. Sampai rasa apa pun tak tahu.

Tasnim ingat lagi Raya Aidilfitri tahun lepas, 2010. Masa solat jemaah dan walid laungkan takbir dan itulah first time seumur hidup, sepanjang 21 tahun (belum lagi 22 eh) orang hidup dengan walid, itulah first time orang nampak dan dengar walid menagis. Depan mata kitorang. Barulah orang sedar, setegas dan sekeras mana pun walid, walid masih lembut di dalam hati. Masih mempunyai perasaan. Cuma kami adik-beradik yang tak tahu nak tackle hati dan perasaan walid. Bila susah, nak duit, baru cari walid. Baru panggil hero. Tapi, bila senang, tengah happy, tak pernah nak ingat walid. Memang tak berhati perut. Orang minta maaf selama orang masih di bawah bumbung walid, masih di bawah belaan walid, orang buat dosa dan perkara yang menyakitkan hati walid either direct or in-directly. Memang, orang tak faham walid. Orang minta maaf. Tapi, dari hari ke hari, orang cuba untuk perbaikkan diri dan menjadi anak yang solehah. Orang nak ringankan beban walid dan dosa yang walid terpaksa tanggung sebab perbuatan, percakapan orang.
Walid, sebenarnya, kitorang adik-beradik sayang sangat dekat walid. Kadang-kadang tuh, orang terasa nak rapatkan diri dengan walid macam mana orang lain rapat dengan ayah dorang. Tapi, orang takut. Takut walid dan orang jadi awkward. Orang teringin nak share semua cerita dengan walid, tapi orang takut walid akan marah sebab apa yang orang buat tuh tak betul. Mungkin, sebab dari kecil lagi kitorang dididik dengan ketegasan dan kegrangan walid. Sebab tuhlah sampai sekarang, kitorang yang tiga beradik atas nih tak berapa rapat dengan walid compare dengan adik-adik. Perasaan mahu dan ketagih tuh, tak dinafikan. Tapi, perasaan takut tuh yang lebih. Eh, tak pun perasaan hormat tuh yang lebih. Apa-apa pun, orang bersyukur dengan cara walid yang tegas macam nihlah yang membentukkan orang jadi insan sampai harini. If tak, tak tahulah camne.Dengan cara walid jugalah, perasaan hormat dan tak pernah menjawab dan meninggikan suara itu ada. Tasnim berterima kasih sangat sebab selama nih, walid dah lengkapkan orang dengan apa yang orang nak. Orang nak handphone baru, walid beli, orang nak MP4 sony yang baru, walid belikan, orang nak duit, walid bank inkan, orang nak kereta, walid kata InsyaAllah (since masih lagi dalam proses). Above all, nothing more that I can ask from a walid like you. You're the best walid that I ever had. Lastly, Happy 56th Birthday walid. We love you.

         Hareem; 
                   Syarifah Tasnim Syed Osthman.




No comments:

Post a Comment