Siapa yang tidak mahu berkahwinkan? Aku memang mahu berkahwin. Senang sikit. Boleh usung ke sana ke sini dengan hati yang tenang sebab dah halal. Lagi satu, penat bercinta lama-lama nih. Asyik bila gaduh je, tak angkat call, tak reply message. Jenuh nak memujuk haaa.Tapi kalau dah berkahwin, kan mudah. Nak pujuk mudah, sebab depan mata sahaja. Lebih mudah untuk meluahkan apa yang tidak berpuas hati dan tidak menyenangkan kita. Mudah untuk kita berbicara secara matang dan mudah untuk mengadakan deep conversation di mana kita boleh revealed everything. Tapi paling best, sebab bila dah halal semuanya, apa yang kita buat dengan suami adalah halal dan bukan maksiat atau zina malah ia adalah pahala. Aku masih ingat lagi, dalam family aku paling tidak suka atau tidak mahu bercinta dan berbicara tentang kahwin.
Tapi itu semua masa ketika zaman enjoy-terlebih-lebih-sampai-tak-ingat-dunia-dan-tidak-berpijak-di dunia-realiti. Sebab apa? Sebab kawan ramai. Ye,kawan yang menghanyutkan diri ini. Tapi sekarang bila usia dah meningkat dan diri ini berada di fasa bercinta, memang terasa ingin berkahwin dengan secepat mungkin. Bukan sebab horny atau apa-apa yang berkaitan dengan nafsu ye. Tetapi mahu mengukuhkan hubungan ini dengan cara yang halal. Di mana hubungan yang diberkati dan dilindungi Allah. Tapi apakan daya, target lagi 5 tahun (InsyaAllah) untuk aku berkahwin sebabnya kami masih lagi pelajar. Tapi tak apalah, plan dulu dan InsyaAllah kalau disertakan dalam doa pasti akan termakbul. Amin.
Mak, nak kahwin. Hehehehehe..
Sayang, mari kita berusaha ye sayang.
No comments:
Post a Comment