Bila mak dan walid berkata-kata, kami adik beradik pasti memekakkan telinga.Ye, sebab malas dan tak sanggup dengar apa yang hendak mereka berkta-kata. Kononnya, semua nasihat yang diberi, old fashioned, tak open-minded dan tak memahami darah muda. Tapi sekarang, bila renung balik, semuanya ada manfaat dan sebab mereka berkata-kata. Ingat lagi masa tadika. Kalau tak tidur petang tuh, walid mesti kata
" Tidurlah. Nanti dah sekolah tak dak dah nak tidur petang-petang nih." Memang betul! Bila naik ja sekolah rendah sampai sekolah menengah, amboi bukan main nak pejam je mata ni. Masa itu, memang menyesal tak sudah. Then, ingat lagi masa sekolah menengah mak berkata-kata
"Belajar elok-elok. Jangan ingat nak berseronok je. Nanti tak dapat masuk U baru tau. Tak nak belajar sampai ke oversea ka?" Masa mak berkata sebegini, aku memang tarik muka dan buat tidak endah. Akhirnya, memang aku menyesal tak sudah. Iyelahkan, sekarang ini kawan-kawan sekolah aku ramai yang dah menjejak kaki ke oversea sambung degree. Tapi aku? baru je habish dengan diploma. Setiap apa yang mak cakap itukan doa. Ini dah beri 1 pengajaran. Bila masuk ke zaman Universiti, ye aku berusaha untuk jadi yang tebaik. Tetapi masih juga tidak. Satu lagi kata-kata mak yang aku ingat bila dia menyinga begini
" Ang keluaq ni, jangan dok wat peel noh. Ang kena jaga nama baik keluarga! Ingat tuh." dan lagi satu "
Bila mak walid dah tak dak, kami takkan tinggalkn harta yang lebih bernilai kecuali ilmu yang korang tuntut. Itu jelah yang takat mak walid mampu nk bagi. Cari dan tuntutlah ilmu sejauh mana yang mahu, jangan berputus asa, jangan ingat nak berseronok. Ang tuh dalah high maintenance Tasnim. Carik kerja bagus-bagus. Carik laki yang betul noleh bela hang dan bimbing hang ke jalan Allah. Paham?" Bila aku renung balik, betul kata-kata mak ini.Ibu bapa mana yang tak mahu tengok anak dia dapat yang terbaikkan? Setiap kali aku ngadap final, mesti dan wajib aku call or text mak walid minta restu. mak selalu reply
"InsyaAllah. Hope you'll success with flying colours." As for walid pula
"InsyaAllah. Semoga cemerlang. Buat yang terbaik. Apabila sudah berusaha, bertawakkallah dan berdoalah. Allah pasti ada bersama." Siapa yang tak sebak dapat mesej sebeginikan. Aku suka cara mak walid didik aku dan aku takkan ubah cara mereka. Sememangnya dahulu aku tidak suka kerana aku berfikir cara mereka itu kuno. Tapi, bila usia aku dah makin meningkat, baru aku tahu, semua yang mereka buat, adalah untuk beri yang terbaik kepada anak-anak. Tunggu pula aku ada anak, baru tahu senang ke susah nak mendidikkan?
Namun begitu, kata-kata walid yang paling aku ingat dan akan aku ingat sampai mati. Iaitu kata-katanya semasa aku meningkat 21 tahun. Aku terima mesej dari walid dan dalam mesej itu walid berkata:
" Kepada anak tersayang, Tasnim, Selamat hari jadi. Semoga menjadi anak yang lebih solehah dan hamba yang lebih beriman. Ingatlah bahawa, makin meningkat usia kita, makin dekat kita dengan kematian. Semoga Tasnimingat pesanan ini."
Dan ye, aku masih mengingati kata-kata ini. Walau pun tiada hadiah yang bernilai beribu ringgit tetapi kata-kata sebigini yang aku terima, tidak ternilai harganya. Terima kasih walid :)
Merekalah yang aku bersyukur untuk mendapat sebagai kedua ibubapa. Terima kasih mak walid :')
No comments:
Post a Comment