Ermm, harituh aku ada baca satu entri di blog siapa entah. Lupa. Tapi yang pasti aku randomly ambil dari blog Kakaknya Aqeem. Ye, I'm a BIG FAN of her blog! Serius aku suka baca blog dia. Even berulang kali baca pun tak muak. Bukan sebab dia kakak kepada Sang Kekasih. Tetapi, blog dia ada isi yang boleh diambil sebagai panduan. Plus, suka tengok anaknya Umar Arjuna. Comel teramat sangat! Grrr.. Okay, back to the topic. Elok-elok aku tengah random untuk baca blog dari blog kakak Aqeem ni, tiba-tiba aku terdetik untuk baca satu blog yang entri dia memang menarik perhatian aku. Aku taklah ingat sebijik, sejebon macam dalam entri itu. Tapi aku just boleh explain according to my understanding.
Katanya, mentality orang sekarang makin tak matang. YE, KOLOT ka? Lebih kuranglah. Mana taknya. Seperti yang dibicara dalam blog itu, apa yang membuatkan mentality orang zaman sekarang nampak kurang matang / tak matang adalah kerana asal cakap saja hal kahwin di usia muda, mesti orang akan fikir bukan-bukan. Especially, if Si A ni cakap kat kawan-kawan dia " Aku nak kahwinlah dengan Abu." Dengan usianya yang baru 21. Kawan-kawan dia for sure pandang sinis sebab apa? Sebab mereka ingat kahwin awal ni sebab sangaplah ataupun dah gatal. Tapi bagi aku, TIDAK SAMA SEKALI. Kalau orang dahulu boleh berkahwin di usia muda malah dipandang dengan rasa hormat jikalau orang meminangnya di usia muda. Kalau boleh, tak habis SPM pun dah ajak kahwin. Sekarang ni, tak habis belajar university pun orang dah pertikaikan kenapa dah gatal sangat nak kahwin awal. Sedangkan, kita tahu, berkahwin tuh salah satu ibadah yang dituntut. Malah ianya perkara yang elok. Jadi, kenapa harus lambatkan perkara yang elok. Dalam Islam pun dah berkata " Jikalau anak anda diminta untuk dinikahi, maka seharusnya kedua ibubapa menikahkannya." Kan? So, it's not a big deal. Apa yang menjadikannya masalah adalah pandangan masyarakat yang suka fikir negatif. Asal kahwin muda saja, cakap mereka itu dah gatal tak pun mesti fikir bahawa kahwin sebab kena tangkap basah. Itu tidak benar, mak cik- mak cik. Tak semua yang kahwin awal itu kena tangkap basah ye. Sedangkan di negara Arab tuh, budak umur 10 tahun pun yang sedang berlegar-legar kat taman main degan kawan pun dah kahwin tanpa pengetahuannya tau. Itu kena tangkap basah ka? TIDAK! Tapi memang menjadi adat di sana.
Kahwin awal juga elok sebab elakkan dosa dan maksiat. Lainlah kalau orang tuh sanggup tanggung dosa then bertaubat right away dah buat dosa itu. Tapi kalau ajal dah tiba sebelum nak bertaubat, macam mana? Tambah lagi aku yang hanya manusia biasa ni. Memang tak lari dari buat dosa. Buat dosa then solat mesti mohon ampun. Tapi esok lusa, sama juga. Bila dah besar panjang, memang dosa pahala ini dititik beratkan. Ya, aku pun tidaklah sebaik mana. Berpimpin tangan juga, tengok wayang bersama juga. Tapi, Alhamdulillah masih tahu lagi batasnya. So, as for me memang kalau orang lain berbicara pasal kahwin aku suka. Kalau orang bertanyakan pada aku " Bila kau nak kahwin?" tak pun " Ang bila pulak Tasnim?". Aku mesti jawab, " InsyaAllah lagi 4 tahun kalau tak dak rintangan." Biarlah orang nak kata aku gatal ke hape. Tapi, apa yang kita cakapkan doa. So, aku amik apa yang aku cakap tuh as doa.Sedangkan aku dengan Kekasih pun sering juga berbicara pasal kahwin ini. Ye, jangan terover plan, kang tak menjadi, frust pula. Memang aku ingat. Tapi tidak salahkan plan dan disertakan dalam doa juga? InsyaAllah, Allah akan makbulkan apa yang kami hajati. AMIN.
So, kepada mereka yang mentalitynya entah macam tak pernah fikir positif, sekali sekala tolonglah fikirkan sesuatu yang baik tak salah kalau mereka yang mahu berkahwin dalam usia yang muda. Asalkan mereka tahu tanggungjawab mereka dan berkemampuan, itu dah memadai. Kan? So, ayuh, kurangkan maksiat bersama. Eceyh, macam ustazah dah bunyi. Padahal tak sabar nak kahwin ni. 4 years more? InsyaAllah. Doakanlah kami ye. AMIN.