Wednesday, October 20, 2010

Its a feeling.

Jealousy? Cemburu? Cemburu buta? Cemburu membabi buta?
Setiap orang pasti ada perasaan sebegini.Tidak kiralah cemburu sedikit, cemburu sederhana mahupun cemburu yang terlampau. Iya, ada sesetengah berpendapat, cemburu ini bagus kerana ia menggambarkan perasaan kasih dan sayang seseorang ke atas pasangan mereka. Ada pula yang beranggapan, cemburu tidak sepatutnya timbul kerana ia adalah salah satu perasaan syak wasangka dalam diri terhadap pasangannya. Tapi bagi aku, aku mengaku pasangan aku ini kuat cemburu kerana aku sendiri kuat cemburu. Yang membezakan kami hanyalah, aku menunjuk perasaan cemburu aku ini tetapi kekasih? Oh, tidak sama sekali akan menunjukkan perasaan cemburunya itu. Mahupun perasaan marahnya juga. Ini menunjukkan bahawa aku langsung tidak dapat mengawal diri tetapi kekasih, masih lagi berada dalam kawalan. Bhahaha.. Ini yang mengkontrakan kami sebenarnya. Betul, aku suka cara dia layan aku. Walaupun orang lain berpendapat si kekasih mengongkong aku tetapi bagi aku, tidak sama sekali. Ini kerana dia mengubah aku dan membawa aku ke arah yang lebih baik. Sayang, even you can't realized the changes you've made upon me, but I do feel it. Even my mum did. Without your intentions, you did bring up the whole lot better of me. Terima kasih aku ucapkan kepada si kekasih.



I love you, Sayang. Thanks for everything, Muhammad Fitri Hakim bin Mihat.

No comments:

Post a Comment