Thursday, October 21, 2010

Apa yang aku rasa, kau rasa?

Setiap orang membesar.
Tidak kiralah meninggi, melebar atau mengembang.
Tapi yang pasti, membesar.
Dan pabila setiap dari kita membesar, pasti ada perubahan yang terjadi.
Tidak kiralah jika kita rela atau tidak.
Ada juga mereka yang membesarkan badan tetapi tidak pengetahuan dan cara pemikirannya.
Ada pula yang masih lagi dalam size badan yang sama cuma katinggian yang berbeza tetapi pemikirannya bagaikan mereka yang dewasa dan mempunyai pengetahuan yang luas seperti Tun Dr Mahathir mahupun Oprah Winfrey.
Ada juga mereka yang mahu membesar lebih dari usianya. Di mana mereka berusia belasan tahun tetapi berlakon seperti puluhan tahun. Iye, zaman sekarang memang ramai yang sebegitu rupa.
Ada juga mereka yang tidak membesar,melebar mahupun mengembang tetapi maintain. Tak nampak tua mahupun muda. Tetapi cara pemikiran yang mature dan open-minded. Bukan sentiasa open minded yang sering kita lihat di mana tidak tahu halal dan haram, dosa dan pahala tetapi open minded yang terbatas dan megikut atur cara hidup dan tempat. Ini aku suka!
Tetapi, setiap peningkatan usia,pembesaran tubuh badan yang berlaku, hanya sesuatu yang jarang berubah iaitu friendship.
Aku mengaku aku less bersosial sekarang ni. Iya, bukan menunjukkan aku ini anti sosial. Just macam social recluse.
Masa dahulu dalam bab berkawan, aku mudah menerima orang masuk dan keluar dari hidup aku.
Aku rasa seronok jikalau bergaul di dalam kelompok yang ramai, mempunyai kenalan yang ramai, jikalau aku berada di mana sahaja kerana, terasa seperti diri ini popular.
 Tetapi, baru aku sedar. Tidak semua orang yang menjadi kenalan kita, yang hadir dalam hidup kita akan kekal bersama. Yeah, tak semua antara mereka akan remain.
Sejak bila aku menyedarinya?
Sejak lepasan sekolah menengah di mana aku bekerja di Marketing Department Tesco, Mutiara Damansara.
Gara-gara life aku yang hectic kerana kerja, dengan OT aku mula rasa kerengganan dan gap antara aku dan sahabat-sahabat sekolah aku di mana mereka juga sahabat karib aku.
Setiap kali aku mempunyai masa terluang seperti hujung minggu, mereka pasti akan mempunyai aktiviti lain bersama keluarga. Lain pula di hari bekerja. Mereka mempunyai lima hari masa terluang tetapi aku pula yang bekerja.
Memang menyedihkan kerana mereka tidak memahami kekabutan dan kesenggangan masa yang aku alami.
Tapi tidak mengapa, dugaan.
Namun begitu, aku bersyukur kerana seorang dua dari mereka yang masih berdiri teguh apabila aku memerlukan. Iya, dua sahabat karib yang paling aku sayangi sehingga kini.
Daripada berenam hanya aku dan dua sahabat ini.
Memang terbukti, jikalau aku bersama mereka, aku menjadi diri aku. Sangatlah selesa dengan mereka.
Kami bergaul seperti yang lain, tetapi tidak pernah sedikit pun mempunyai perasaan tidak berpuas hati antara satu sama lain. Jiakalu iya, kami akan tegur perkara yang kami kurang senang terhadap sikap itu.
In other word, a mature friendship.
Tahun 2007 menjelang. Di situlah bermulanya aku dan mereka terpaksa berpisah.
Manakan tidak. Mereka melanjutkan pengajian di UiTM Sarawak dan aku masih lagi di bawah naungan Tesco. Sepatutnya, aku juga fly ke sana (eceyh, macam belajar abroad jakan.) tetapi aku menolak gara-gara distance yang jauh dengan keluarga. Bukan aku tidak boleh hidup berdikari. Tetapi ianya selepas beberapa bulan aku PLKN di Sarawak. Tambahan pula, dengan kesihatan walid yang tidak seberapa ketika itu.


Kemudian,
Setengah tahun yang lepas sehingga kini,

Aku masih lagi di tahap diploma dan kini berada di part 6.
Tetapi mereka sudah menjadi pelajar degree.
Meraka di UiTM Shah Alam dan aku masih di UiTM Segamat.
Semuanya berubah. Janji yang dikatakan akan meluangkan masa semasa aku pulang di Subang sudah hilang.
Kini, kami masih dalam tempoh study week.
Aku masih lagi menunggu panggilan mahupun text dari mereka. 0. Tiada langsung khabar berita dari mereka.
Aku merindui mereka. Tidakkah mereka berasa sebegitu juga?
Aku mahukan mereka semasa aku sedih dan bergelak tawa. Adakah mereka rela?
Tidak mengapa, dugaan namanya.

Kini, aku bertegar, memang tidak semua sahabat sejati akan mengingati kita.
Tidak semua kenalan yang ikhlas berkawan dengan kita.
Jika mereka sahabat yang setia akan mereka menyapa aku suatu hari nanati.
Jika mereka sahabat yang dikatakan mengota janji, suatu hari nanti mereka akan mencari aku dan merindui saat bersama. Aku yakin, kerana aku mengenali hati budi mereka.


Di manakah kau sahabat semasa aku memerlukan kau? Tahukan bahawa aku merindui kau? Ya Allah, pulangkanlah saat-saat kita bersama. Di mana aku terasa tidak mahu membesar dan berubah.
Walau apapun, aku merindui dan menyayangimu sahabat karibku; Nur Farah Nadia bt Saiful Bahrin.

No comments:

Post a Comment