Sunday, January 6, 2013

2013, Day 6.

Assalamu'alaikum.

It has been 6 days for 2013. And what I've achieved by now? Errrrrrr, tamat sudah thesis? Yeah yearrrssss! Well well well.. 2013, a year that I'm looking forward. Seriously! A year that I'm hoping more to improve myself. A year that I expect more than before. A year that I'll challenge myself and marketing myself (to be hire ehh.). 

Alhamdulillah, my starting of 2013 was great and I did enjoy it to the fullest! But, tak semua akan bermula dengan baiknya. My uncle in Penang passed away on 1st Jan 2013. Yes, the first day of 2013. It was really sad. He was a great uncle and we were quite close. A uncle that always goofed around and make silly jokes. Pak cik yang suka sakat cucu sendiri and anak buah sendiri. So, cute! Adorable sangat arwah ni. Tapi, siapalah kitakan nak tentukan hidup dan mati seseorang. Allah Yang Maha Esa sahaja. 

Hari dia meninggal, memang ramai yang datang. From relatives yang jauh-jauh dan tak berapa kenal, baru kenal. Well, it shows sebenarnya betapa pentingnya kita wajib kenal sanak saudara, sepupu sepapat tak kiralah jauh or dekat. Dan paling penting, how your relationships dengan sesama manusia. Sebab, bila mati nanti, merekalah yang akan hadir or tidak ke kebumian kita. Yes, and it really buat aku sedar! Based on experience sendiri, aku tak deklah 'insurans sosial' yang baik sangat.Tapi, aku mencuba untuk buat dan jadi yang terbaik kepada kenalan sendiri. In shaa Allah.

Whatever it is, life must go on.

Well, looking forward for this year. And I don't know why I'm so excited. But, Alhamdulillah. The starting was awesome. Ramai kenalan baru dan lama yang dulu-dulu aku tak berapa rapat and now menjadi lebih rapat. Alhamdulillah. Banyak juga great news yang aku terima from friends. Rasa macam, a new me yang baru nak membangun. Teheeeee... Alhamdulillah. I did have the guts to re-build balik. Heuheuhue..


Oh, and I don't know why this year, I shift more to books. Am I turning into bookworms ke hape? Haha.. Everywhere I go, especially if ade Book Fair wajib membeli. Nampak sangat lack of knowledgekan? Hahaha.. Apa pun, good luck for you guys in this year. Let us pray for the very best that will happen to us. Aamiin.

Oh, lupa nak tanya. Does anyone know where to donate our stuffs ke Tabung Gaza. In terms of clothes semua itulah. Ada sesiapa tahu menahu tak? If yes, please do tell me eh? Terima kasih.

Sunday, December 30, 2012

Hey Ho, Lets Go 2013!

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, tamat sudah perang aku dalam Degree ni. Ehhh, belum lagilah. Sikit je lagi ni. Tapi, over all, bagi aku, dah tamatlah. Kiranya beban yang besar selama 5-6 months menanggung, dah terlepas dah. Fuuuuuuuhhhhh.. Leganyaaaaa! Alhamdulillah, the presentation was okay. Panels were supporting gila! But. itu yang paling aku takut. Yang supporting tulah takut nanti dia marks macam strict kan? In shaa Allah, hopefully marking pun supporting gaks. Aamiin :)

2013. Owhh, kau. Lagi beberapa hari je kau nak menjelangkan? 2012, pun bakal berakhir. Jadi, tutuplah buku tahun 2012 dan lupakan semua yang pahit. Yang manis disimpan dalam hati untuk diingati. Ecewaaaah, macma pantun pulokkan. 

Ada serba sedikitlah target 2012 yang aku dah capai, dan adalah yang belum. Boleh katakan, 50%-50% lah. Itulah, aim punya banyak, tapi yang tercapai beberapa ja. Heuheuheuheu.. Azam kemain besar kedabak. Usaha secoit ja. Biasalah dia tuuuuuu..

So, sekarang ni aku nak taruk aim sikit jek. Meh tengok akan tercapai akal aku dan kau ke idok. Macam biasalahkan, kita orang perempuan ni memanglah nafsunya banyak dalam nak bershopping. Eheeem, especially aku lah kot. Ke aku sorang je yang bernafsu besar gajah terhadap shopping? Well, well.. Tahun ni aku akan decreasekan nafsu aku. Di mana aku akan berjimat cermat dengan sebaiknya. Ye, aiming pertama haruslah kumpul duit. Ni kalau dah dok spend je, camno nak kawen den nanti? Harharharhar...

Tapi, kumpul memang kumpul. Hasrat nak membeli tetap hado. Nak camera Pentax Q10. Haaa, tempting pulok tengok camera tu. Tecit tomei jewwwww. Heh! Tapi, tak pak.. Kalau ada rezeki lebih, belilah. Kalau tak dan, redha. Eheeeem *padahal aiming dalam pala otak tuuu.

Then, lepas aku Degree which aku dah habis segala practical ni, aku nak pergi Girls Trip dengan girlfriendssss aku. In shaa Allah kalau jadilah. Doa banyak-banyak. Kang, masing-masing dah busy dengan commitment, nayalah tak dak masa bersama untuk diluangkan. Huhuhuhu..

Lepas tuh, aku nak kena dapat kerja before Marchlah.. Wajib wei... Kalau tak, menganggur aku. Camno nak dapat income lebih? Kan? At leastlah, kerja temp. pun jadilah. Kerja jugakan?

Lepas tu, paling last dan aku rasa macam takkan tercapai lah dalam tahun ni. Tapi, hopefully akan tercapai juga. Aku nak settle down akhir tahun ni. Ya, tak kiralah! Heuheuhueh.. Tak daklah. Ini aku aim sahaja. In shaa Allah. Kalau ada rezeki lebih, Alhamdulillah. Yalah, usia makin meningkat, kawan pun ramai yang dah settle downkan? So, terasa macam it's my time. Tapi, terserah. Semua tu planning sahaja. Allah yang tentukan. Tapiiiii, silalah doakan ya kalian untuk target 2013 aku ni, eh? 

You ollls, nampak tak target aku ni? Meh aku buat pesen numbering pulak.


  1. Kumpul duit. Kumpul duit. Buka bank kedua untuk tak disentuh.
  2. Pentax Q10.
  3. Dapatkan kerja selewatnya March, 2013.
  4. Girls Trip with the girlfriends.
  5. Settle down by the end of 2013. (In shaa Allah. At least ada ikatan pun dah kira tercapai juga aim ni.)
Haaa, tahun 2013, 5 targets ja aku taruk. Tak lebih. Serius. If aku dapat fulfil ini punya target, gua memang paling bahagialah. Wehuuuu.. In shaa Allah. Doakanlah yang terbaik ye untuk aku dalam tahun 2013 ini ye kawan-kawan.




G-Dragon & TOP.
Pakwa baru gua ni sistaaaaaah!


 * gambar di atas tiada kene mengena. Tapi, mereka comel sesomels! Bibir dua-dua seksi. Gewam angat! Wewewewewe.. Lempanglah aku. Sila. Tapi, suka juga depa. Sampai dah buat wallpaper laptop haaa. Fanatik pulakkan? Biasalah tuuuuuu...Orang kata jangan benci, lama-lama sayang. Kan dah terkena. Ewaaahhh..

Tuesday, December 25, 2012

minggu viva saya.

Assalamu'alaikum

Harini merupakan Hari Natal untuk orang Kristian. Kita orang Islam jangan gatal nak sambut eh. Jangan satu Malaysia sangat eh. Hohoho..

Well, counting the days for my VIVA presentation. Praying everything will go smoothly and fine! Aamiin. Cuak ni, tapi apakan daya, hati macam kering and batu gila sebab macam, tak rasa apa sangat. Dalam hati selalu dok berkata, " Uishhh, tak sabar nak habiskan Degree. Really, need to finish it immediately untuk cari kerja, kumpul duit dan kahwin.." Ewaaaaaah. But really. I do feel that way.

I'm trying my best to complete my Degree. After 28th December ni, In shaa Allah selesailah segala beban derita untuk semester terakhir ini. Heeee.. Really hoping so. Plus, year 2013 is just around the corner :) I'm welcoming it with a full heart and penuh dengan azam yang baru. In shaa Allah.

Yes, tahun 2012 memang bukan untuk aku. Banyak yang aku lalui dengan kepahitan. Eh? If total up kan semualah. Aku tak boleh salahkan takdir mahupun sesiapa. Mungkin ini yang telah dicatatkan oleh Yang Maha Esa. Allah lebih tahu dari hamba-NYA sendiri. Tak mengapa. Hati manusia, Allah yang pegang. Oleh itu, aku percaya, hati aku, Allah yang pegang dan Allah sudah aturkan dengan cantiknya. In shaa Allah. But then, adalah the sweets one maaa. Macam member baik aku dah bertunang! Yeays! *jealous ni! huaaaaa... nak juga. 

So, bukanlah totally sour jekan. But then, without the sours of life, takkanlah kita panggil ianya sebuah kehidupan. Kan? Okay, tinggalkan 2012 di belakang dengan redha ye. Heee :D Whatever it is, I'm praying for the very best for the year 2013. Semoga tahun 2013 merupakan tahun yang akan buat aku senyum seperti mana banyak yang aku telah bersedih dalam tahun 2012. :') In sha Allah.

Actually, I'm suppose to focus more on my thesis. But then, biasalah. Tak boleh nak duduk sekejap bontot ni. Ada ja benda nak buat. Maybe sebab dah lama gila tak hadap segala presentation semua, jadi macam malasnya nauzubillah. Haih. So, sampai di sini jelah ye rakan pembaca. 

Doakanlah yang terbaik dan dipermudahkan urusanku unutk semester terakhir ini, ya kalian. 

Terima kasih.



Haah, inilah aktiviti yang diambil cuti untuk VIVA kononnya. Makan dan makan.














Sunday, December 16, 2012

Bila kita ikhlas dalam mengenali manusia, In shaa Allah hubungan itu akan berkekalan. Jangan menunding jari kepada orang lain bila ia lesap, tapi tanya pada diri " Adakah aku ikhlas dalam persahabatan/hubungan ini? " Bila kita ikhlas, Allah tahu dan Allah pun akan mengekalkan persahabatan/hubungan yang penuh keikhlasan itu. Sebab itu, bila gaduh sebesar mana, ada perselisihan faham jangan disuruhnya to get over it, tapi selesaikannya. Sebab, semua yang tidak selesai itu akan menjadikan hati tidak tenang dan ungkitan. Dan apabila berjauhan/jarang-jarang berjumpa tidak pernah semua itu patut menjadikan alasan. Fahamilah situasi pihak lagi satu. Kerna itu semua menunjukkan tahap keikhlasan dalam berkenalan. Dengan kata lain, ' insurans sosial ' itu akan banyak membantu kita. In shaa Allah :)

Dan semestinya, hati kita ini tak pernah sempurna daripada bintik hitam. Tapi, kita boleh cuba untuk memulihkannya. In sha Allah.


Joy, Happines & Love.

Assalamu'alaikum.

Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuhh. Berhabuk dah blog aku ini rasanya. Tengok readers pun makin berkurangan. Ye, di situ nampak sangat aku ini loser sebab tak memaintainkan peminat sendiri. Heuheuheu.

Maklumlah, busy tau ai lately ini. Especially dah nak dekat present VIVA. Doakan aku ya kalian :) 

Okay, sebenarnya apa yang aku nak cerita adalah tentang hari yang sangat buat aku sebak sebab terharu dan gembira. Semalam which is 15/12/12 *waaah, sama macam birthday Maria Elena dan majlis nikah dia laaah.* member baik aku dah bertunang. Alhamdulillah. Yes, a childhood friend of mine tau. Yang dah kenal almost 10 years tuuu dan finally she has engaged. Macam tak sangka tau. Sebab 3 days before tu aku baru dapat Whatsapp dia dan menjemput aku ke majlis tunang dia. Time baca tu terbeliak gila juga matakan. Dia pun preparation less than a mont okay. Hebatkan? But then, who are we to expect, kan? Allah dah aturkan cantik semua perjalanan hamba Nya.

Well, the majlis was simple tapi sangat cantik. Relaxing tau majlis tunang dia ni. Kalau korang tengok pun, mesti akan kata, simple tapi lawa sangat! Tak serabut dan tak heavylah majlis dia. Macam buat open house. Concept dia memang aku suka sangat! *tetiba dah ada idea dah :) Plus, baju dan combination colour dia sangat I loikeeee! Adalah few pictures yang aku snap. Tapi tak doklah banyak mana. Handphone dok canggih keeen. Heuheuhue *hint nak handphone baru ke ni? Nasiblah member sorang tu handphone dia canggih. Thanks to her. Sayang kau lebih Nawal :-*






Inilah member aku. Almost 10 years of friendship and still counting. In shaa Allah sampai matilah kita. Kawan gaduh, merajuk, melalak, meluahkan perasaan, kawan yang paling dan paling banyak konflik dan kawan yang banyak tolong aku sepanjang aku susah. Noor Atiqah Yahaya. Tapi, bila kita ikhlas semuanya akan tetap okay. Kan? I love you lah! Sampai ada kata kitorang ni lesbian time sekolah. Sebab kitorang tak pernah lekang. Gilo. Hamik kau, dah jadi tunang orang dah tau! 





Sesi menyarung cincin you ollss. Comelkan? Aku pula yang berdebar and toucing tetiba tau. Gila emosi. Tak tahulah turn aku nanti camno.






See, she has became the centre of attraction. Because, she was pretty!!! Tapi, memang awak cantik selalu pun Tiqa ;)












The hantarans. Very simplekan? Aku suka gila kot sebab simple. Tak payah sarat-sarat sangat. Heuheuheu.. Yang belah kiri, pihak perempuan kepada lelaki. Yang belah kanan pihak lelaki kepada perempuan.






The family and her fiancee's family. Sangat sporting kot both family ni. Tak tipu. Oh, fiancee dia tak dak time majlis. Kerja dekat Turkey la ni. Heuheuheu.. Tapi, sempat lagi ehhh dorang ber-Face Time. Sweet gila!






Nabila, Atiqah, me & Nawal. Darn, I look like a pregnant lady. Baju nilah! Ishhhh. Oh did I mentioned that Nawal is my friend since primary school? Bhahaha, yes! She is. And yeah, I miss you guys a lot!





You see, betul apa orang cakap. Even gaduh sebesar ombak tsunami nak hentam persisiran pantai, krisis seteruk recession tahun 1997, kalau kita betul-betul ikhlas dalam berkawan, In shaa Allah perkenalan itu takkan lesap. Sabar, toleransi, berterus-terang dan paling penting, ikhlas. Macam mana dugaan diberi, kalau kita ikhlas, Allah tahu dan Allah akan bantu. Sebab kita sendiri faham dan merasainya. Sayang dan rindu :') Semua mereka ini, they taught me a lot in life. Especially tunang orang ni. She taught me a lot about friendship. A lot and a lot. Dan bila aku cakap a lot banyak kali tu, memang sangat bermakna dia dalam hidup aku. I love you guys. Sampai mati.

*Now tak sabar nak tunggu detik menghalalkan hubungan mahram pulok. Teheee, must be very lovely. Boleh bayangkan dah angpa nanti. Kekekeke.

There you go. A day that is full of joy, happiness and love. Alhamdulillah.

Saturday, November 17, 2012

Kenapa Aku Sambung?

Assalamu'alaikum

Harini merupakan hari semalas sedunia dalam dunia aku. Mana taknya, dok guling-guling atas katil ja. Tapi, terpaksalah jugakan merajinkan diri dengan menengok thesis sekali sekala. Ya, bila aku kata sekali sekala tu, faham-faham jelah ye.

Tapi, bila dah tengok dan dah start jalan, rasa stress berhari-hari pula. Mana taknya, asal regress je sampai heteroscedasity, tak boleh. Kononnya Insufficient Datalah bebagai. Apa yang dimaksudkan pun aku tak fahamlah noks. Faham tak faham kenalah faham jugakan. Kang, terkontang-kanting, diri sendiri nyesal.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Disebabkan rasa macam beban gila for the whole 5 months ni which is my final year, aku mesti terfikir dan terdetiklah sekejab ;

' Kenapalah aku sambung Degree?'

Ayat ni mesti sentiasa berlegar-legar dalam kepala otak aku. Dan, disebabkan aku dah cuba regress dan semua serba tak kena, hari-hari aku pun jadi tak kena. Demit betullah! Tak suka aku camni. Spoil mood jek. Tak apalah, dah member aku kata harini aku chill dulu better aku chill ah dulu.

Okay E-Views, ketemu sama kau lain hari. Bila aku dah muhasabbah diri! Grrr...

Friday, November 16, 2012

Peel Berterabur Bila Bercakap.

Aku ni ada satu penyakit tau.
Bukan penyakit kronik ke hapa.
Alhamdulillah, sihat walafiat dan sempurna kesihatan sekarang ni.
Tapi, kalau penyakit addicted dengan online shopping memang sangat parah =__=
Bila aku kata 'parah', memang sangatlah parah babe.

Okay, sekarang ni, penyakit yang aku ada ialah penyakit untuk cakap terang-terang. Maknanya, macam aku nak deliver something in my mind through words. But, sebab terlampau eager nak semua delivered berbagai, ayat pun tak tersusun apa semua, jadi macam tak terang cakap tu. Faham? 

Maybe betullah tu apa mat saleh cakap 'action explains better than words'.

Sebagai contohnyalahkan..

SITUASI 1

Aku:   Mak, besok kita pergi sane eh? Sebab orang nak beli benda tu. Lagipun dah habis lah benda tu.

Mak:   Huh? Nak pergi mana? Benda apa yang dah habis tu?

Aku:   Alaaaaaaaaaaaaaa, mak ni. Buat tak tahu pulak. Benda tulah. Yang orang pakai selalu tuh.

Mak:   Ye, lah. Benda apa? Cuba cakap terang-terang. Manalah nak faham. Kalau dok sembang dengan orang lain pun depa tak dak nak pahamlah. Hishhh..

Aku:    Alaaaaaaaaaaaaaaa, yang tuh tuh.. *sambil petik jari berkali-kali. Haaaaaaaaaaa, facial foam.

Mak:   =_________=' Susah sangatlah nak cakap facial foam tu ke?


SITUASI 2

Aku:   Awak, awak nak tau tak haritukan kita pi sana ternampak dia tu. Gilalah cuuuuuuun. Lagi-lagi baju yang dia pakai tuh. Rasa macam nak beli ja.

Aqeem:  Huh? Ternampak sapa? Dia pakai apa?

Aku:   Alaaaaa, yang harituh tu. Time kita jalan-jalan tu. Tak perasan ka? Punyalah orang dok usha boleh plak dia kata tak nampak. Haghamlah dia ni.

Aqeem:  Lorh, masalahnye ternampak apa?

Aku:   Malas r nak sembang dengan awak camni. Apa pun tak faham.

*10 minit kemudian....


Aku:   Haaaa, baju yang patung tu pakai. Lawa. Baru teringat. Itulah yang orang maksudkan tuuuu. Ishhh.. Lembablah awak ni!

Aqeem:   Eiii pendek ni. Dia yang cakap macam keling. Kalau cakap bagi terang-terang barulah orang paham. Dok cakap pesen sekufu dia plak.

Aku:       Diamlah gemuk. Awak apa tau. Huh!


Dan selebihnya....


You see, aku ni memang pesen cakap macam tu. So, kalau yang lambat pick up tu sorrylah. Sebab aku memang kalut sikit. Dalam nak deliver some informations tuh, macam entahlah. Kau faham tak?

Maksud aku, macam aku ada benda yang sangat best nak share dengan member-member or orang tersayang. Banyak ni cerita dalam kepala otak. But, bila buka mulut tu biasalah.. semua nak dicakapnya. Berterabur gila. Lepas tuh, bila semua sekali gus nak keluar dan diceritakan memanglah jadi macam keling paria berbicara. Bagi aku, aku faham apa yang aku nak sampaikan sebab dalam mind aku dah set dah benda tu. But then, tak sama macam apa aku cakap. Weird gila kot. 

Apa pun, janji korang ada faham sikit pun okaylah. Tak pun, angpa buatlah paham-paham ye?