Sunday, July 29, 2012

Pengamalan Surah Al-Waqiah.

Assalammualaikum,

Surah Al-Waqiah. Surah yang sering aku amalkan sejak daripada universiti lagi. Alhamdulillah, surah ini memang mujarab dan aku sendiri mengalami khasiatnya. Seperti yang telah tertera oleh Rasulullah baginda sendiri. Oleh itu, marilah amalkan bacaan surah Al-Waqiah ini. Bacalah setiap pagi selepas solat subuh. InsyaAllah, pintu rezeki anda akan terbuka luas dan mudah untuk menerima dan mendapat rezeki. Marilah kita baca khasiat yang terkandung jikalau pengamalan surah ini selalu.




Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

    Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
     
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.                                                                        


Friday, July 27, 2012

Pertanyaan, boleh?

Jikalau ada sesuatu yang membuat anda tertanya-tanya,
Tanyakan terus pada empunya badan.
Jangan sesekali membuat andaian kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
Bukan susah untuk bertanya.
Buka mulut dan bertanya.

Sebab, aku pernah dalam situasi begini.
Berdiam diri lantas membuat bermacam-macam spekulasi.
Akhirnya, diri ini yang akan menyesal.
Lagi-lagi kalau pasal hukum-hakam agama.
Jangan sesekali dibuat main.

Oh, tidak lupa juga hati dan perasaan seseorang.
Jangan didengarnya sebelah pihak,
Tapi bertanyakan juga kepada pihak yang anda rasa curiga itu.
Percayalah,
Kerana tanpa sebarang pertanyaan, segalanya akan celaru.
Dan bertambah salah faham.

Sekian.

Thursday, July 26, 2012

Jejaka Melayu.

Assalammualaikum!

Yes, topic harini adalah tentang Jejaka Melayu. Eheeeeem, kalau ikutkan hati, jejaka taste akulah. Tapi yang melayu. Ahaks. Kalau before this aku buat pasal jejaka or pelakon mat saleh, sekarang aku akan senaraikan jejaka or pelakon melayu yang menjadi pujaan hati.

Inilah top 6 pelakon malaya yang menjadi pujaan hati saya. Khrkhrkhrkhrrrr (gelak gatai noh..)





Nombor 6:    Zahiril Adzim.

Suka tengok lakonan dia sebab nampak sangat dia feel and he really can act. Dahlah kemetot comel :)




Nombor 5:   Remy Ishak.

Paling suka tengok dia dalam Nur Kasih. Gaya dia, ego dia... mak ai. Lemah. Lepas tuh, tengok dia dalam drama Sabar. Jadi mat bangla. Kelakor. Pandai dia pegang watak tu.





Nombor 4:    Shaheizy Sam.

Suka dia sebab lakonan, suara dan senyuman dia. Teheee, plus dia ni macam cheeky-cheeky sikit. Lakonan dia memang tak dinafikan powerlahkan. Tapi, nak tengok dia berlakon jadi jahat gak. Asyik-asyik hero jekan.






Nombor 3:   Nazim Othman.

Tengok bibir pun dah tau kacak. Ahaks. Start minat bila dia berlakon dalam drama Begitukah Cinta. Ya Allah, memang tak lepas noks tengok cita tu.




Nombor 2: Beto Kusyairi.

He can act very well. Tak kesahlah jadi baik ka, bebal ka, jahat ka, dia memang boleh berlakon. Pernah jumpa live. Sumpah sangat humble dan suka senyum. Grrr.





Daaaannnnn, inilah pujaan hati aku daripada die mula-mula berlakon sehingga sekarang! Nombor 1 dan sentiasa akan menjadi pelakon melayu pujaan hati aku yang pertama; Bront Palarae :)

( Cair sungguh aku dibuatnya. Haih, kacak gilo. Kalau jumpe live pun, dia sangat cool eh. Dressing pun tak dek nak gelabah ayam. Memang relax gile. Lepas tu, tinggi mak ai..)




Sunday, July 22, 2012

Redha kan Sahaja.

Assalammualaikum..

This lately, lot of things that I've to let go and for this, I must learn to Redha with everything that happens. If tanya pada aku, memanglah sangat sedih dengan setiap apa yang dah berlakukan. Tapi, nak buat camno. Mungkin itulah yang Allah nak untuk aku sedar betapa aku lupa diri dan lupakan-Nya. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk memperbetulkan diri. Alhamdulillah.

Antara yang memang aku cuba untuk redha dan Alhamdulillah, redha juga dengan ikhlas. Aku redha dengan duit aku yang beratus ringgit itu yang terpaksa di-burnkan gara-gara sesuatu yang sangat tak worth it! But then, redha juga dengan kelesapan duit itu ya. Mungkin, itu bukan rezeki untuk aku dan mungkin dengan cara ini, Allah nak memberi pengajaran dan kesedaran diri kerana sering leka dan hidup dalam kemewahan. Dan, aku redha dengan kehilangan baju yang aku baru sahaja pakai sekali. Gosh, ini pada mulanya memang susah gila nak terima hakikat. But, lama-lama I did get over it. Redha walaupun sedih.

I believe, apa setiap yang telah terjadi, terjadi, sedang jadi dan akan terjadi.. pasti ada hikmah disebaliknya. Semuanya rancangan daripada yang Maha Esa. Hanya, percaya dan yakin bahawa semuanya akan berjalan dengan lancar :) Semoga aku akan tabah dan sentiasa redha dengan apa atau setiap aturan hidup aku ini. Mudah-mudahan. Amiin.

Thursday, July 19, 2012

Mera Precious Hai.


Le Families.





Le 12 years BFF.






Le 4 Years BFF.






Le Boyfriend of almost 3 years.


                                                                   - Precious. All.

Dearest,

If one day you realize I haven't talked to you in a while, it's not that I don't care, it's because you pushed me away and left me there. You pushed me way too far. As far as I even can't see the reasons why and how you did vanished the existence of me in your life. All I can say is thank you. Thank you for pushing me away and thank you for letting go all that we used to be and we used to had. I'm grateful because at last, I know who are the people that will always stood up for me, no matter what. I'm thankful because you did open my eyes to not warmly welcoming people in my life and to trust anyone easily. A very slightly thankful because you did 'created' the old me back. Thank you and nothing much that I plead any more. As you wish, you are no longer as I remembered. Goodbye and do live your life as you desire.

                                                                  Sincerely, 
                                                                   Myself.