Friday, January 20, 2012

Usaha Lebih.

Usaha itu sangat penting untuk kita berjaya.
Tidak kiralah untuk berjaya dalam akademik, rumah tangga mahupun persahabatan.
Dengan kata lain, usaha lebih untuk dapatkan pencapaian yang lebih.
Janganlah kita leka dan lalai untuk usaha.
Tak susah manapun.

Usaha, lagi dan lagi.

Asal mulut sahaja nak berbicara tanpa berbuat apa, sama juga.
Mulut sahaja lebih tapi tangannya tak berjalan juga, misalnya.
Usaha entah ke mana, kata-kata sahaja lebih.

Usahalah lagi dan lagi.

Bukan susah untuk usaha.
Pertaruhkan dengan sebanyak mungkin usaha itu.
Bukan hanya duduk leka tanpa berbuat apa.
Memang kata bunga pun takkan runtuh dari pohon kalau tak ditiupnya angin.

Persahabatan, perhubungan, kejayaan.
Semuanya perlukan usaha untuk mendapatkan apa yang diidamkan.

Keputusannya itu.
Tak mustahilkan?


Usaha dalam persahabatan untuk lebih kukuh dan menambahkan keakraban.
Usaha yang diperlukan untuk menyerikan lagi sesebuah perhubungan yang kian lama terikat.
Usaha dalam mengejar pencapaian yang paling atas antara semua pelajar.
Mungkin, dengan ada usaha semuanya lebih daripada yang dijangkakan.


Usaha dan usaha.
Sebanyak mana, jangan pernah berputus asa.

Jangan nanti, suatu hari kau menyesal kerana tidak cuba untuk berusaha.
Kerana aku pernah.
Keterlampauan berserah kepada takdir dan juga tidak ada usaha langsung dipertaruhkan.
Apabila hari keputusan tiba, hanya perasaan hiba, hampa, kelu lidah tidak terkata.
Menyesal? Pasti tiada gunanya lagi.
Harapan dan impian? Punah.
Kesedaran mula menyelubungi, dan bermulanya saat aku berjanji untuk tidak berhenti berusaha walaupun hanya perkara kecil.

Percayalah,
Usaha lebih untuk mendapat lebih daripada diharapkan.
Tidak rugi tapi berpuas hati.
Kerana, hari kau berusaha itulah bermulanya hari kau menguji kekuatan diri.
Dalam menempuh dugaan mahupun cabaran.
Aku berani jamin, kejayaan demi kejayaan kau akan terima sejurus kau berusaha.

Setiap orang boleh berusaha, hanya dalam ketentuan mahu ataupun tidak.
Mudah, mind set yang perlu diubah dan patut dibuang dalam kotak kepala,
 ' Alaaa, semua dah dalam takdir. Tawakkal jelah camtuh....'

No comments:

Post a Comment