Monday, January 23, 2012

2012.




Kalau baca status di Facebook and blog orang lain, ada sahaja azam tahun baru yang dorang aim. Kalau aku, azam tahun lepas pun ade afew yang tidak tercapai. Azam je lebih, tapi tak pun nak berusaha. Adeyh, sedih bila kenangkan balik. Macam loser gila. Lepas tu, mulut membebel bising sebab a few azam yang tidak tercapai tuh =___= noob gila.

Tahun lepas, 2011, memang banyak naik turun yang aku alami. Paling banyak menurunlah. Dari akademik aku, friendship aku dan hubungan aku. Memang mencabar gila. Dengan mood swing aku lagi, mengalahkan orang pregnant. Tapi, Alhamdulillah sebab aku ada orang-orang yang masih sayang dan sokong aku.

Tahun 2011 juga tahun aku terasa diri aku ini kuat dan bertambah kuat. Which means, aku sedar yang aku mampu untuk berdiri dengan sendiri even dengan tiadanya orang untuk support aku. Dan, aku juga sedar tentang  kepentingan untuk berjimat. Di mana, aku serik untuk drive kereta aku ke Segamat. Mak ai, banyak duit yang harus dilaburkan. Memang susahlah nak save macam itu. That's one of the factor why salah satu azam aku untuk tahun lepas (save money) tak menjadi. Heuhuehuehuehu, padahal alasan jooo.

Tahun 2011, tahun yang memang menunjukkan aku ini seorang yang keras kepala dan baran. Siapa yang tahu, tahulah macam mana dan siapa yang berjaya hadapinya, congratualtionslah :) Anda hebat! Tapi, banyak yang bercelaru dalam pemikiran pada pengakhiran 2011. Banyak yang aku nak give up dan mulakan terus dengan chapter baru di mana aku menjadi tidak mampu untuk tanggung dah. Beban. Commitment. Semua aku rasa nak give up. Tapi, bila difikirkan, mampu ke aku nak kecewakan mereka yang support dan sayang aku sampai ke hari ini? Mestilah aku tak mampu.

Tahun 2011 juga memberi aku banyak pengajaran. Hormat mereka yang perlu, tolarate dan bersabar. Tapi, bersabar pada had yang aku sendiri sudah tetapkanlah. Heuheuheu. Tapi, paling menyedarkan aku, apabila seseorang sayang pada kita, never take them for granted. Agak-agak dah tak boleh get along, just be straight forward. At first, memang sakit but then pasti akan ok. Time will heal. Tapi, selagi mampu cuba untuk hargai. Cuba untuk memahami. Okay, jiwang rasanya.

So, tahun ini aku masih lagi nak tulis azam aku. Masih dan perlu. So, bila aku baca balik post aku nih, ada jugalah kesedaran untuk strive target tahun ni. Teheeee, alasan je memanjang.

  1. Kumpul duit yang sememangnya it's hard for me to do so. But, Alhamdulillah from 1st Jan until sekarang aku managed untuk tak membeli or berjoli apa. Tahniah pada diri ini yang sememangnya shopaholics.
  2. Berfikiran matang dan lebih matang. Ye, maksud aku dengan berfikiran matang ni, macam luas pengetahuan luas pemandangan. Ecewaaah, camtu lah.
  3. Stop eating kicap. Ye, aku ni kuat makan kicap. Kalau dengan lauk apa-apa pun, mesti kena ada kicap. Dah macam jadi lauk wajibul ghunnah dah. Since, kaki aku harituh naik parut sebab kena enzim hama, aku nak stop makan kicap, so, akan cepat hilang parutnya.
  4. Tidak memotong rambut. Aku ni, pantang sikit. Agak-agak bosan dengan fesyen rambut ni, ada je nak potong. Then, bila dah potong, menyesal. 
  5. Graduate with a first class degree. Ini pasti mahu! Wajib wajib dan wajib!
  6. Nak fitkan balik body. Ini mesti punya. Seriously I don't want to regret bila perut dah menggelebeh. Huhuhu.. Obvious gila kot T___T

Aku rasa, ini je kot azam aku untuk tahun ini. Tak naklahkan aim banyak sangat. Yang  tahun lepas pun tak tercapai akal aku. Hahahahah.

No comments:

Post a Comment