Saturday, September 17, 2011

Nikmatilah.

Nikmatilah segala apa yang sekarang kita masih ada. Itu yang aku selalu peringatkan diri sendiri. Ye, kalau dulunya aku selalu saja merungut pasal semua benda. Dengan kata lain, in life aku sebelum ni, semua aku macam serba tak kena. Bila dengan yang itu tak kena, bila orang cakap macam ni tak kena. Macam, semua tak berkenanlah dengan hati ni. Macam, tak menikmati langsunglah dengan apa yang ada.

Nampak sangat aku tak bersyukurkan orangnya? Aku yang dulu, biasalah. Nak lebih. Bagi betis, nak peha pula. Manusia manusia. Pelbagai ragam, bukan?

Sekarang, baru aku sedar. Kalau merungut sebanyak mana pun, kalau kita sendiri tak menikmati dan mensyukuri apa yang berada di depan mata kita, tak berguna juga. Kalau mengomel dan tidak berusaha untuk menjadikan seperti yang kita mahu kehidupan itu, sama juga. Useless jadinya.

Sekarang, baru aku tahu apa itu keluarga, apa itu kawan dan apa itu sahabat. Sekarang baru aku betul-betul hargai kesemua yang aku ada. Sekarang baru aku rasa nikmatnya bila aku sendiri tidak demand dan merungut tak tentu hala macam kesemuanya tak perfect bagi diri ini. Ye, besar sangatlah ke-perfection kau tuh kan Tasnim. Bagi orang lain annoyed jek T__T





 Gambar sudah bertahun lamanya. Inilah keluarga aku.

Pertama sekali, aku ada keluarga. Yang sangat sayangkan aku. Kedua ibubapa yang memanglah sayang aku. Mak bapak mana tak sayang anakkan? Aku ada mak walid yang boleh dikatakan apa yang aku mahukan, mereka cuba untuk fulfil kan. Tapi, menipulah sampai nak kereta Ford Fiesta tuh walid nak belikan, kan? Aku ada kedua ibubapa yang cuba sedaya upaya mereka untuk bahagiakan aku. Aku bersyukur dan menikmati setiap saat dengan mereka.




My handsome boy that keeps my happiness grow day by day :)


Oh, aku juga ada kekasih yang sangat penyabar orangnya. Bila aku kata sangat penyabar, memang SANGAT PENYABAR. Aku sungguh tak menipu. Segala peel aku yang untuk orang lain pasti annoying nak mampus, hanya dia saja yang mampu melayan. Seperti mana yang kenalan aku tahu, aku ni memang hati batu sedikit. Kearas kepala pun, mungkin. Tapi, kekasih cool saja dalam meng-handle perilaku aku yang annoying nak mampus ini. Serious. Bak datanglah sepuluh lelaki, sorang pun takkan mampulah nak handle aku macam kekasih. Aku juga mempunyai kekasih yang sangat sangat sangat dan teramat sayangkan aku. Tak perlu mention, tapi kita sendiri boleh rasa if seseorang itu sayangkan kita. Kan? Bersyukur. Sayang, kaulah teman aku, kaulah sahabat aku, kaulah kekasih aku. Sayang awak!




Dengan Farah Mok-Mok.



Denagn classmates aku yang suka bercamwhore. Kalau ditambah dengan si Rafika & Ada, lagilah gila cara mereka posing. Bhahahah.




Dengan Si Jawa, Kekasih & Spentot. (Gosh, rindu betul dengan mereka berdua ini T_T)


Owh, lupa. Aku juga ada sahabat-sahabat yang sentiasa mendorong aku dan encourage aku dalam apa juga aku buat. Especially, bila aku ada problem or anythinglah. Even, aku tahu aku sering tanya benda-benda bodoh dan buat lawak bodoh, mereka masih layankan saja. Kelakar. Tapi, betul. Kalau nak diikutkan, boleh dibilang dengan jari sahaja bilangan sahabat yang aku ada. Kawan untuk bersuka ria, siapa-siapa sahaja aku boleh petik. Sama juga mereka. Tapi, bila susah, duka? Petik pun depa tak dek nak mai. Tapi, aku hargai mereka yang sentiasa berdamping dengan aku tak kira bila pun.. Dengan cara aku sendiri.

Oleh kerana itu, segala apa yang aku ada kini, aku hargai sangat. Aku menikmati every moment yang ada sebab aku tahu, setiap saat yang aku sedang lalui, tak mungkin experience dia akan sama. Aku sayang mereka yang pernah hadir dan masih lagi kekal bersama aku. Terima kasih semua. Sampai mati aku akan nikmati saat bersama dengan korang dan sampai mati aku akan hargai korang.

No comments:

Post a Comment