Saturday, September 24, 2011

Bertudung Harus Ikhlas.

Bertudung adalah suatu suruhan Allah kepada wanita Muslim terutamanya untuk mereka menutup helaian rambut. As we all know, helaian rambut merupakan aurat. Ye, aurat yang harus ditutup daripada dilihat mereka yang tidak sepatutnya. Wajib seorang wanita Muslim untuk menutup aurat dan haram bagi mereka untuk mendedahkannya. Tidak kiralah aurat yang lain. Jika korang tahu aurat perempuan from where to where, Alhamdulillah. Aku pasti, ramai yang tahukan? Okay, tapi sekarang aku nak focus more to tudung/jilbab/hijab.

Bertudung bukan kerana terpaksa, bertudung bukan kerana ikut trend mahupun bertudung bukan kerana untuk menjaga hati orang lain. Itu semua tidak ikhlas. Di mana kita tahu, bertudung tu harus ikhlas. Seperti mana, bagi mereka yang baru (mualaf) yang memeluk Islam, mereka tidak terpaksa malah kerana tibanya hidayah dalam diri. Which is, dengan rela hati mereka memeluk Islam. Understand?

Janganlah sebab kau bertudung untuk jaga hati orang. Sebab bila mereka mula benci kau, sifat sebenar kau akan tertonjol. Dari situ, kemeluatan makin ramai. Jangan mencemarkan identiti wanita lain yang bertudung. Tolonglah. Kalau alasan setakat "tak sampai lagi hidayahnya.", syirik namanya tuh. Kenapa kau tak fikir bilalah sampai ajal aku? Sempat ke aku nak bertudung? Semua ni dalam mind set. Agak-agak nak jadi daya penarik, semua benang dikurangkan. Dunia bakal berakhir zamannya. Segala kemunculan yang tertera sudah nampak dengan jelasnya. Namun, mana perginya kesedaran?

No comments:

Post a Comment