Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Cepat atau Lambat.

Cepat atau lambat?

Di era yang kita tinggal sekarang ni, semua benda nak cepat, express and instant. Like you guys can see, makan pun semuanya instant. Like maggi. Nak makan heavy sikit, boleh jek order kat fast food restaurant like KFC, MacDonalds or anything that you want. Semua ada. Even basuh baju pun sekarang express. Hanya tekan dan tunggu at least 30 minits untuk mesin basuh baju kita. Apa lagi yang express dan cepat? Haaa, nak contact dengan mereka yang bukan depan mata or berbatu jauhnya pun, sekarang dengan handphone yang ada banyak options untuk reach others like SMS, call, videocall or MMS pun dah ada. Hanya perlu ada handphone and credit sahaja. Mudah kan? Biasalah, bila teknologi dah tinggi, barulah nampak majukan? Semua instant. Semua suka. Sebab, beban jadi ringan. Padahal, pada hakikatnya bekerja dengan machine lagilah payah. Once dah breakdown, almost everything akan delay. Operations semua akan delay. Which, it's true. Itulah manusia, semua nak express. Semua nak cepat. Semua nak perfect. Padahal, bila mesin tuh tak buat or tak memberi result seperti yang kita mahukan, mengomel. Menyesal sebab beli machine beratus ribu. Tak fikir or buat testimoni ka before order?

Tapikan, pernah tak kita fikir, bila kita nak menunaikan suruhan Allah S.W.T (solat terutamanya), pernah tak kita tergerak hati, kaki dan tangan untuk melakukan dengan segera?

Cepat. Express. Instant. Pernah tak?

Takkan? Jujurlah jawab. Sebab aku tahu. Kadang-kadang bila aku tengah syok dok tengok tv especially The Kardashians, Kloe & Lamar, How I Met Your Mother dan Cita & Cinta (which selalunya sitcom macam gini yang berada di pertengahan waktu solat maghrib dan isya'). Memang aku jadi macam nak delay-delay solat tuh. Kadang-kadang, sampai nak habis waktu baru nak solat. Tak tahu, sebenarnya tak elok. Tapi, bila nak sesuatu dari-Nya, semua nak express. Bila nak tunaikan yang wajib, punyalah lembab. Bila nak sesuatu, demand nak lebih. Memang tak tahu malu!

Ye, aku mengaku apa yang aku buat tuh salah dan memang tak sepatutnya. Umat lupa diri. Umat yang tak tahu malu aku ini.

Aku tahu, bukan aku sorang yang macam tuh. Ramai lagi. Tapi, pernah tak korang rasa malu? Malu meminta-minta dengan tak tahu malu?

Manakan tidak. Apabila perkara wajib yang diwajib dilakukan oleh Allah S.W.T, kita semua mengendahkannya. Kita semua melengaikannya. Tak pernah nak buat dengan segera. Maksudnya, tak on time. Tapi, bila dah susah, baru tahu nak buat 'overtime' untuk 'bekerja' or ' redeem' dekat Allah. Baru tahu, kepentingannya. Tapi, bila kemahuan tidak dipenuhi dengan segera, cepat saja berputus asa dari menadah tangan. Kenapa? Sedangkan, Allah tiada 'break' dari melayan kerenah kita ini. Apa yang ditadah, tak pernah Allah biarkannya kosong. If tak dapat dipenuhi doa dengan kadar segera, mesti dengan cepat kita nak meradang dan mempersoalkan kenapa tak dapat sekarang? Kenapa Allah tak adil tak memakbulkan doa aku tetapi doa dia, Allah makbulkan? Apakah gunanya if berdoa tapi tak pernah dipenuhi? Haaa, pernah tak pulak terfikir, apa yang korang doakan tuh, bernas tak? Pernah tak korang fikir, inti doa tuh, korang mohon dengan ikhlas? Adab doa korang tuh, macam mana pulak?

Sebenarnya, kita lupa, kita alpha. Kemungkinan, apa yang kita doakan tak dipenuhi pada masa terdekat. Tetapi, akan dalam masa akan datang mahupun di akhirat kelak. Allah itu Maha Mengasihani. Maha Pengampun. Pasti setiap doa hamba-Nya akan dipenuhi. Cuma, sedarlah. Sesungguhnya Allah mahu hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya, meminta dari-Nya. Pasti ada hikmah mengapa doa tidak dimakbulkan sekarang tetapi pada masa akan datang. Mungkin, apa yang kita minta, Allah akan beri lebih daripada yang diminta. Who knows. Tahu tak, Allah  tak pernah muak mahu pun jelak dengan sifat meminta umat-Nya. Malah suka dan menyayangi umat sebegitu. Cuma, kita yang jelak untuk meminta darinya. Susah sangat ke? Mudah saja. Tapi, kita yang meng-complicatedkan diri. Tak tahu urusan mana yang patut diutamakan.

Aku yakin, dengan berdoa, semua urusan dan perjalanan akan smooth. Percayalah. Urusan kita memang akan dipermudahkan. Sebab, aku dah banyak lalui. Suatu ketika, bila aku dalam kesusahan, baru nak ingat Allah. Alhamdulillah, segala apa yang aku minta termakbul. Bila dah termakbul, lupa kembali pada-Nya. Perangai buruk sekali. Tapi, bila aku sedar, aku cuba untuk tidak menjadi alpha. Aku latih untuk tidak membongkakkan diri. Memupuk rasa rendah diri dan hina pada-Nya. Alhamdulillah, sampai sekarang, apa yang aku pinta, tertunai. Aku bukan nak riak, tapi sebagai contoh dan apa yang dijanjikan Allah, benar. Jangan pernah kau pertikaikan setiap apa yang terjadi. Kerana, setiap apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.

Solat fardhu lima waktu sehari semalam yang khusyuk, tepat pada waktu dan consistant. Doa yang tulus ikhlas beserta adab doa yang betul. Serta tidak memutus-mutus melakukan ibadah. Kemudiannya, barulah bertawakkal. InsyaAllah doamu akan diperkenankan. Amin.

Monday, July 4, 2011

Achievements in Desire or Achievements in Satisfying Peoples?

Aku sangat pasti, setiap orang pasti akan melalui di mana dilema untuk capai achievements kau sendiri or nak capai rasa puas hati terhadap semua orang, kan? Ye, semamangnya mestilahkan. Janganlah kau nak tipu-tipu. Kembang kempis dah ha hidung tuh. Well, aku admit aku pernah dan aku sangatlah tak tahu apa yang perlu aku letak as top priority until 'that one day'. Ye, memang kau fikir perasaan orang lain juga. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Tapi, until when? Until the day that you'll regret for not doing nothing? Until the day kau dah nampak orang lain punya life dah berjaya dan ada kerjaya yang gila hebat with a bunch of salary amount yang kau boleh capai dengan gaji setahun kau? Until kau sedar betapa bodohnya kau kerna tak ambil apa-apa actions dari mula or bila kau sedar, kau dah tiada kebahagiaan untuk diberi kepada yang tersayang?

Desire dan memuaskan hati orang lain memang berat bebannya. Sebab dua-dua kita put in a high consideration. Either nak puaskan hati sendiri or puaskan hati orang lain.

Cuba kau fikir dengan betul-betul. If kau puaskan desire kau, kau puaskan hati kau sendiri, orang mesti label kau as selfishkan? Dengan kata lain, kaulah yang jahatnya. Mesti orang lain juga tak mungkinlah akan jaga hati dan perasaan kau. Sedangkan, apa yang kau cuba buat tuh, ada agenda yang akan memberi benefits jugalah pada orang lain. Cuma, semuanya tersirat. Biasalah. Manusia. Apa yang dinampak, hanyalah yang zahir. Yang batin, langsung buat-buat buta. Sebab kau nak maju, kau pun lakukan perkara yang buat kau maju ke depan or achieved something. Kau sacrifice semua opinion or perasaan orang lain. Kalau pada aku, aku tak marah. Sebab, masa depan kau dan aku yakin, orang macam ini, is a go getter. Sentiasa maju. Bukan maksud aku orang sebegini tak fikirkan pandangan orang lain. Ada jugalah mempertimbangkan opinion orang lain. Cuma, mereka lebih yakin dengan apa yang mereka mahu lakukan.

Jikalau kau pilih untuk menjaga hati dan perasaan orang lain pula, orang akan label kau sebagai, baik hati dan memahami. Sebab nak semua fikir kau ni baik.Tapi bila pula kau nak capai kepentingan kau? You always put others as your top priority. Segala opinion, hati dan perasaan mereka yang kau risaukan. Sedangkan, apa yang kau nak buat, tak terbuat sebab nak menjaga hati dan perasaan mereka. Kau tahu yang benda kau nak buat tuh sangatlah penting. Tapi, sebab nak jaga hati dan perasaan orang lain, kau berkorban benda yang terpenting dalam hidup kau tuh. Cuba kau fikir, berbaloi ke kau buat macam tuh? Berkorban demi mereka yang tak pernah fikirkan kehendak kau. Sedangkan, mereka ada tak rela mengorbankan apa saja untuk kau. Sampai bila kau nak hold semua impian kau untuk puaskan hati orang lain? Kau sendiri, gembira ka?

Kalau ditanyakan pada aku, memang aku pentingkan desire aku, apa yang aku nak lakukan, hati dan perasaan aku. Biarlah orang nak kata aku selfish. Tapi, apa yang aku cuba buat aku tahu  untuk kebaikan orang lain juga. Benefits juga akan dirasai oleh mereka yang disayangi. Percayalah. Know what's your top priority and try to figure out what must to be put in high consideration and what must not be. Percayalah, kita manusia. Tak mampu nak memberi kesempurnaan ataupun memuaskan hati semua orang. Kadang-kadang, kita lupa, kita dah banyak berkorban untuk orang lain dan untuk diri kita, boleh dikira saja dengan jari. Cuma kita je yang tak sedar. Sudah-sudahlah tuh untuk berbuat baik pada orang lain. Berpada-padalah juga nak berbuat baik bila kemudian harinya, kau sendiri akan menyesal.