Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Tentang Rasa

Kawan.

Kalau datangnya tentang kawan, aku agak sensetive. Heh, mesti ramai tak percaya sebab luaran aku macam tak kesah. Tapi hati dan perasaan ini? Kalau dirobek dan ditunjukkan, barulah tahu. Haih.

Memang ada masa pasang surutnya bila berkawan ni. Sama macam couple gak. Ada masa kita geram, annoying, menyampah, suka, duka, gembira dan sakit hati. But above all, kita sayang kawan. Sebab itu kita rasa macam tu. And, I'll never be exhausted in cherishing and discovering about my friends. 

Memang it is unexpectable for us untuk baca pemikiran atau tingkah laku kawan sendiri. Even my actions towards them pun unexpectable unless you are a friend yang betul-betul faham perangai kawan sendiri. Which I tak harap pun macam itu.

Tapi, when you became invisible kepada member sendiri, that hurts the most. Memang kau boleh cakap immature ke hape. Tapi, cuba kau yang berada di tempat itu. I bet you'll feel the same or pasti akan lebih teruk. 

I've been through a lot obstacle in a friendship. Dari sekolah lagi. Semuanya sebab jauh, tak berjumpa, salah faham dan sebab lama tak contact. Patut ka semua tu di jadikan alasan untuk tidak berkawan rapat semula? 

You see,
Kawan bukan sebab kena berkepit 24/7, baru dikatakan kawan.
Kawan bukan sebab nak kena ikut rentak kau sahaja tapi ikut flow keadaan.
Kawan bukan sebab aku berkawan dengan dia, kau pun wajib berkawan dengan dia (kawan dia yang lain).
Kawan bukan sebab kau dah tak dek kawan lain ketika itu.
Kawan bukan sebab sebagai rebound bila kau dah hilang separuh nyawa dan bilangan kawan.
Kawan bukan pit stop untuk kau mahukan bila susah.
Kawan bukannya sebarang mainan untuk kau singgah sana bila kau dah ada kawan lain.
Kawan bukan untuk dilemparkan seperti kain buruk bila dia buat perangai.
Kawan bukannya nak kena sekepala, tapi menerima segalanya pasal dia. Macam kau terima partner hidup.
Kawan bukan sekadar berkawan, tetapi menerima seseorang yang penting dalam hidup.
Kawan bukannya bila kau tak puas hati dengan yang lain, kau akan mengata dengannya lepas tu kau api-apikan mereka. 
Kawan bukannya sembangan yang kau senang-senang nak bualkan pada orang lain.
Atas semua dasar di atas,
Kawan bukanlah seseorang yang setakat kau selesai satu stage dalam hidup kau, kau blah sebab kau dah ada life sendiri di mana ketika itu kawan kau terkapai-kapai nak tahu kenapa kau blah begitu. Tanpa signal mahupun petanda.

Sebenarnya kawan,

Kawan adalah bila kau dianaya atau bakal disakiti, dia yang takut lebih dan dialah lawyer kau nak debat untuk kau.
Kawan bila kau susah dia yang besusah payah lebih untuk kau agar kau yang senang.
Kawan adalah dia terima segala perangai annoying kau luar dan dalam di mana orang lain tak tahan.
Kawan dia tidak pernah hipokrit dengan kita.
Kawan dia tak kisah if jauh or jarang berjumpa, tetap akan rasa rapat sejurus bertemu. Sebab semua tu bukan alasan.
Kawan takkan pernah lupakan kawan yang jauh nun di sana, tapi cuba untuk merapatkan lagi.
Kawan takkan pernah senang untuk silih gantikan kawan lama dengan yang baru.
Kawan dia akan cuba untuk menjaga sensitivity kawan sendiri.
Kawan dia akan cakap terus apa yang dia suka dan tak suka pasal diri kau. Terus teranglah.
Kawan takkan pernah putus asa ataupun rasa penat untuk mengukuhkan lagi hubungan kawan.
Kawan takkan pernah tikam belakang dan itu aku paasti semua tahu.
Paling, kawan akan berada ketika kau nak mengadu, menangis dan mahu tahu apa punca keretakan antara berdua. Di mana, dia tidak akan hebahkan aib kawan sendiri tetapi terus menanya. Itu kawan.


Friends will always be during your peak time and down time.


Dan apa aku boleh simpulkan, 
Kawan sangat berharga hubungannya.
Sama seperti dialah makwe/pakwe kau.
Seperti mana kau sanggup korban dan bela makwe/pakwe kau,
Macam gitulah hubungannya.

Jangan bila kawan buat slek sikit, kau blah.
Sepatutnya, kau yang terangkan kat dia tak sepatutnya dia begitu.
Apa? 
Dia dah tak penting? 
Dia buat salah?
Heh,

Or sebab kau sedang bahagia dengan yang lain lainnya?

Habis tu, hati dan perasaan dia?
Ada sebab kenapa dia buat slek pada kau.
Tapi, janganlah dijadikan alasan.
Sebaiknya kau hargai mereka yang telah lama ada di samping kau.


Bila, 
Aku yang rasa begini, down sebab kawan, aneh.
Aku pun tak nak rasa palat sebegini mahupun fikir benda remeh macam ni.
Tapi, bila hati memberontak untuk tahu apa punca, rasa down terus. Lagi down bila break.

Aku paling sedih, bila janji banyak yang kau bagi, akhirnya punah macam gitu.
Perhhhhhh, if you were in my shoes.

Yes, tell me I'm immature.
Tell me I'm sensitive nak mampus.
Cakap apa yang kau rasa.
Tapi, cuba kalau kau yang merasa.
Terasa tersisih pastinya.

Heh, siapa yang suka?
Bukan kita saja nak isolate diri, tetapi bila kita dah tak boleh get a long dengan yang lain, janganlah dipaksa untuk try get a long.
Lebih baik aku jauhkan diri daripada aku buat dosa. Kan?
Sepatutnya kau cuba untuk membaikkan semua.
Membahagikan keriangan and each moment bersama.
Bukan blah dan tinggalkan.

Satu je yang aku nak luahkan.
Bukan aku harapkan jasa mahupun belas ikhsan.
But at least, remember what we've cherished and had together.
It might be nothing precious compare to what you might have now.
Sebab sekarang kau berada on top of the world.

Satu lagi, 
Kalau kau rasa kau ni terhutang budi dengan kawan sendiri. Walhal kau menyampah nauzubillah dan belakang kawan itu kau kutuk kaw-kaw, better tak payahlah. Kalau kau sendiri makan hati gila babi lepas tu balik kau menyundal cerita pasal kawan yang kau makan hati sangat tu, better tak payah berkawanlah.

Buat dosa dan semestinya kau yang sakit terlebih.

Be sincere in being a friends.




You see, I've been there.

Segalanya.

Dan kau tahu apa aku rasa?



Sangat Fuck- Up.

Post ni aku tak ajukan pada sesiapa. Tapi, kalau kau terasa cepat-cepatlah baik pulihkan hubungan. Sebaiknya, kau patut lebih mengerti. Ini, hati dan perasaan aku yang rasa.

okay.





Friday, March 9, 2012

Memang Menyakitkan Hati.

Bila perkara yang sangat menjelakkan berlaku kepada diri ini
Memang menyakitkan hati, bukan?

Hati ini memang sakit bila sampainya hal tentang masa
Bagi aku, bukan hal remeh jikalau masa aku dipermainkan
Kau membuang masa aku sepertinya kau mempersiakan peluang untuk bersama aku
Setiap saat yang aku kira dengan hanya menunggu kau sepertinya aku menunggu masa untuk tua sahaja
Put it this way
Fooling with my time is like fooling with my entire life
Every minutes does count and every minutes are precious as like dozens gram of gold
You mess with my time, you totally messing with me
And it will be one of the major reasons I will not entertained this kind of human being

Hati bertambah sakit bila nasihat yang diberi tidak dipedulikan
Ya, memang kubur kita masing-masing yang punya
Tapi, jikalau kubur kau bersebelahan aku, bagaimana pula?
Nasihat bukannya sesuatu niat yang buruk ingin dilemparkan
Nasihat bukan anggapan buruk terhadap seseorang
Nasihat bukannya menjaga tepi kain orang
Tetapi kerana sayanglah nasihat diberi
Orang yang sememangnya tidak boleh menerima nasihat dan mudah melatah
Hanyalah mereka yang tidak boleh menerima pandangan orang
Simple as a word, UNDENIABLE!

Memberi pendapat yang ditanya kemudian terkena kembali semburan yang padu,
Amatlah menyakitkan hati.
Apabila bertanyakan pendapat dan diberinya dan sebagai balasan hanya sindiran mahupun kata-kata yang menjelakkan memang mengundang
Pada saat mulanya kau ingin bertanya, kau kena bersedia dengan pendapat orang lain
Jikalau ada yang tidak berkenan di hati, usah disembur dengan kata-kata hina
Malah hanya mengiyakan dan berilah masa pada diri untuk memikirkannya
Sesungguhnya, orang yang memberi pendapat itu lebih tertekan kerana harus memikirkan ayat sokongan yang boleh menjadi moral support untuk kau
Tapi ini tidak, disemburkan kembali dengan nada tidak puas hati

Sakit hati ini bila ada orang yang masih tidak faham bahasa
Sepertinya mencurah air ke daun keladi
Berulang kali harus diingatkan
Penat wei macam tuh
Buatlah sepertinya aku ini berperasaan juga

Ahhh, orang-orang sebegini seharusnya nyah dari hidup aku!

Sunday, February 19, 2012

Bukan Rela.

Bukan dengan rela hati aku nak melepaskan kau.
Bukan dengan rela hati aku nak memutuskan segalanya.
Bukan dengan rela aku nak musnahkan harapan untuk impian kita.
Bukan dengan rela aku nak kecaikan segala harapan yang telah kita cipta.

Tapi, demi masa depan bersama.
Demi kebaikan kau.
Demi hati dan perasaan kau.
Itu yang paling penting.

Maaf.
Tiada apa yang boleh aku katakan lebih lagi.
Kerana, aku akan sebak dan pastinya banyak rasa yang bukan dalam diri aku ini tertimbul.
Maaf, aku bukan tak mampu, tapi penat.
Biarlah takdir yang mengadili segalanya.
Harap, kau faham. Terima kasih.
Sekian.

Friday, November 11, 2011

Ini aku, itu pun aku.

Hari ini, pada pagi ini, aku tiba-tiba rasa nak menulis. Bukan sebab hiba mahu pun suka. Mungkin sebab terasa nak menulis. Ahah. Pagi jumaat, hari yang penuh berkat. Alhamdulillah.

Kalau seseorang itu telah berubah, anggaplah mereka telah berubah. Yakinlah bahawa mereka telah berubah menjadi seseorang insan yang lebih baik. Jangan pula, kerana dahulunya dia samseng, kau terus anggapnya samseng hingga ke mati. Tak boleh tu. Jangan sebab dahulunya, dia jalang, tak semestinya dia akan terus menjalang. Jangan sebab dahulunya, mulutnya seperti celaka, jangan kau anggap dirinya tetap yang serupa. Jangan kau anggap dahulunya dirinya suka berwar-war kata, gembira tanpa lelah dan tidak pernah bermurung, tidak bermakna, dia tidak melalui fasa terkecundang. Pastinya dan jangan pabila dirinya diam, menyepi, kau memerli kata dirinya sudah bertaubat mahupun masih yang sama. Manusia berubah. Sedangkan masa dan hari  berubah.

Percayalah, setiap orang akan mengalami perubahan. Sepertinya aku sendiri. Mungkin perubahan ini, ramai yag tidak menyenangi. Tapi, aku senang dengan diri aku. Lebih tenang, lebih aku titik beratkan perasaan diri. Jika dahulunya, semasa sekolah, aku sangatlah tidak mempedulikan hati dan perasaan mahupun tanggapan orang lain. Janji, aku yang puas, aku yang gembira. Masuk pula fasa baru iaitu fasa kehidupan universiti. Aku mula untuk menitik beratkan tentang hati dan perasaan orang lain. Kalau boleh, biarlah aku yang terkorban janji mereka teman, gembira. Blurgh, sangatlah bukan aku. Bukan semuanya yang aku kata mungkin jujur. Tatkala hati dan pemikiran penuh dengan makian sahaja. Kerana mahu sangat disukai dan tidak ditinggalkan teman. Bodoh bila aku fikirkan semula. Dari situ, namapk sudah kelemahan aku. Dari situ juga, nampak dengan jelas, mereka yang ikhlas berteman bersama aku.

Hanya segelintir yang tahu aku bagaimana. Terima kasih kerana masih menerima.

Tapi, kini aku dah menggunakan akal aku untuk bertutur dan berperilaku. Tak mahu aku, terlajak kata mahupun perilaku. Kerana, aku tahu, tidak semua mereka yang setelah terlajak kata akan diberinya kemaafan. Jikalau iya, pastinya akan menjadi dendaman mahupun umpatan. Percayalah. Lebih-lebih lagi, mereka yang Hawa. 

Aku lebih sayang diri aku yang sekarang. Biarlah ramai yang kata aku sombong, pentingkan diri mahu pun sebatang kara. Kerana aku lebih selesa begini. Apa gunanya teman beribu tapi, pabila susah, ditinggalkan terkontang kanting? Apa gunanya teman yang dikepit rapi, tetepi setelah ketemu teman baru, berlalulah dia pergi? Semua itu aku telah lalui. Dari dahulu hingga kini. Aku tahu yang mana sentiasa di sisi, aku tahu yang mana sentiasa berlalu pergi. Lebih baiklah aku berdiam diri, menganalisis persekitaran. Bukan sahaja aku boleh elak daripada terkecundang sakit hati mahupun menyakitkan hati orang lain. Tapi, jangan risau, aku tidak lagi akan sakit hati, termakan hati kerana aku tahu semuanya tidak akan kekal abadi. Semua orang akan datang dan pergi. Sejak hari pertama datangnya dalam perkenalan, aku sudah tahu kau yang bagaimana. Oleh itu, aku tidak heran jikalau kau, kau, kau dan kaaaaau tergolong sebegitu.

Bukan aku nak kata aku sempurna, bukan aku nak kata aku yang terbaik. Tapi, ini apa yang aku rasa. Maaflah jikalau perubahan aku ini tidak disenangi kau, kau, kau dan kaaau. Mengertilah, perangai kau tu, haruslah juga berubah. Ada sebab kenapa orang tidak menyenangi atau dengan lebih difahami, aku tidak suka dengan kau. Mungkin, depan-depan, aku boleh senyum dan berdiam diri. Tapi, ingat! Bukan kerana aku menyenangi bersama kau. Aku tahu apa yang aku perlu lakukan, aku tahu apa aku inginkan. Bukan plastic diri yang aku ingin tonjolkan. Maaf jikalau, aku sepertinya endah tak endahkan kau. Perangai kau yang sebegitu buat aku meluat saban hari. Matangkan diri, bertimbang rasa dan please be more independent. Why must you rely on someone? Tak rimas ke kau?

Aku yang kini, ye, lebih suka berseorang. Tidak perlu commitment yang tinggi jikalau begitu, tidak perlu menadah lidah kalau terlanjur kata atau perilaku. Biarlah, teman yang aku ada boleh hanya dibilang dengan jari. Biarlah orang kata, aku sepertinya belangkas bersama Kekasih. Kerana aku tahu, dialah teman baik aku yang walaupun banyak pergaduhan antara kita, tetap dia ada. Walaupun hanya dua tahun perkenalan, tetap dia cepat memahami diri aku. Kenapa bukan kau yang dah bertahun kenal tidak boleh sebegitu? Manusia. Aku paham.

Sebelum akhir kata, aku dah lain. Ini aku yang sekarang, itu aku yang dahulunya. Terimalah.

Friday, August 26, 2011

Selamat Tinggal.

Harini aku dah tamat kontrak untuk servis aku selama dua bulan di tempat kerja aku. Ye, selama dua bulan aku merungut, membebel, ada rasa tak puas hati pada yang satu tu, suka, tawa dan enjoy. Tapi, kebanyakannya aku enjoylah di sana. Lagi-lagi dengan abang-abang officemate. Dorang betul-betul jaga aku macam adik sendiri. Yelah, mostly abang-abang di sana dah berkahwin. Ada yang dah ada anak, ada yang masih menanti dan ada yang tidak lagi ketemu jodoh. Ahahaa. 

Banyak yang aku belajar selama dua bulan ni. Banyak juga orang yang aku kenal dengan pelbagai peelnya. Kalau di sekolah ataupun tempat kita menuntut ilmu, kebanyakannya sebaya dengan kita. So, pandangan dorang, cara pemikiran dorang tak lari macam kita. Tapi, bila sampai stage kerja, lain sangat pemikiran dorang. Apa yang dorang bakal keluarkan dari mulut pun, kadang-kadang unexpectable. Itu sebab aku suka berkawan dengan mereka yang berumur. Matang, mungkin. Luas pengetahuan, ya. Banyak pengalaman, semestinya. Jadi, dari situ aku boleh ambil sedikit sebanyak ilmu dari mereka-mereka ini.

Tadi, semasa lunch assistant bos aku Encik Nazaruddin Alim bersembang dengan aku. Selama dua bulan, dialah yang sentiasa bertanya pada aku. Kiranya, welfare aku, dia selalu bertanyakan. Bukan macam yang satu lagi tuh. Hampeh. Tapi, aku tak peduli sebab aku takkan mati pun. Encik Din ada tanya banyak soalan pada aku, banyak ikhtibar juga dan pastinya kata-kata akhir sebelum aku jejak keluar dari office. Dalam banyak-banyak, aku paling suka mendengar Encik Din ni berbicara. Walaupun tak sentiasa straight forward dan agak berkias or hyperbola berbagai, aku suka. Sebab gambaran yang aku nampak lebih jelas. Aku bersyukur dan berterima kasih sebab ada juga orang yang ambil berat untuk bertanya pasal apa yang aku bakal buat dan di mana aku akan bekerja selepas Degree. Kiranya, he didn't take me for granted since I've become an employee under his department. Aku terharu jugalah. Tapi, sedang syok kita bersembang, mereka yang lelaki ni pun terpaksa mengundur diri untuk solat Jumaat.

Aku di office, aku banyak bergaul dengan lelaki compare to perempuan. Maybe sebab kebanyakan jantina di sana adalah lelaki kot. Even perempuan ada dalam 5 orang sahaja. Tapi, bukan nak kata aku tak bergaul langsung dengan mereka yang perempuan. Bergaul. Biasa-biasa ajalah. Sebab aku lebih selesa bergaul dengan yang abang-abang. Mungkin dah terbiasa memandangkan aku dari kecil berkawan dengan jantans. Sebab tuh, kalau di office, aku senang nak masuk dengan abang-abang ni. Bukan menggatal or dahagakan kasih sayang or gedik ke hape. Tapi, aku mudah untuk bergaul dengan mereka yang bertentangan jantina. Please take noted.

Di office aku, aku paling mudalah so macam aku ni adik-adik merekalah. Di sana, aku paling rapat dengan Abang Tajul, Abang Sharil, Atan, Abang Zul dan Pak Cik Deris. Dengan mereka nilah aku sentiasa berbual. Tapi, paling kerap aku berbual dan berkongsi pendapat adalah dengan Abang Tajul. Dia suka membaca blog ala-ala sasterawan. Ye, sama dengan aku. Dia suka muzik rock mat saleh yang dahulu, ye memang aku pun suka. Dia sentiasa ambil berat dekat aku. Asal aku murung je, mesti dia akan bertandang kat meja aku dan bertanya kenapa dan cuba untuk chill kan aku. Terima kasih untuk semuanya. Maklumlah, ada sifat kebapaan katakan. Khrkhrkrhkrhr. Boleh kata macam daddy cool Abang Tajul ni. Betul, dia sangat cool.

Ada pula, Abang Sharil yang suka sakat aku. Dah beranak 3, tapi muka dan gaya memang tak nampak. Dialah orang pertama yang bila aku jejak kaki bertegur dengan aku. Lepas tuh, tak pernah kalau dia nak menghantar surat, kacau aku dulu. Then, barulah dia akan pergi dengan tenang. Perh, pasti aku rindu dengan sakatan itu. Sama juga macam Atan. Anak dah dua tapi paling comel yang last. Sumpah comel. Macam Jepun. Atan ni pulak, orangnya suka senyum dah sangatlah goofy. Agak-agak nak tengok badut, boleh tengok dia. Teheeee. His jokes really funny woah.

Abang Zul ni pula, masih teruna. Hahah. Tapi aku serius. Mungkin jodoh tak tiba lagi. InsyaAllah akan. Aku pasti doakan. Abang Zul ni pula sentiasa akan buli aku. Yalah, suruh aku tolong dia. Isikan form JPJ, hantar cheque semua. Tapi, dia sangatlah baik. Sebab, bila dah aku tolong, dia akan kata " Terima kasih Tas. Bolehlah nanti jadi saketeri abang lepas grad nanti." Aku pulak, selalu cakap " Yes boss." Kadang-kadang, aku macam kesian jugalah. Kesian sebab dia paling banyak kerja. Sebab itulah aku tolong bila diminta. Sebenarnya, bekerja dengan lelaki lebih mudah dari perempuan. Yang tahu kenapa itu, paham-paham jelah.

Then, ada Pak Cik Deris ni. Dia ni dah macam pangkat atuk dah untuk aku. Setiap pagi, aku akan bersembang dengan dia tentang hal-hal semasa. Sebab kami akan membaca paper dan waktu sama bila dah habis baca artikel tuh, pasti kami akan bertukar-tukar pendapat. Start aku bekerja sehingga aku dah tamat kontrek, setiap pagi, lunch, aku akan ngadap paper. Baru aku tahu tentang hal-hal dan isu semasa, ekonomi dan politik. Kalau tak, memang macam dungu ja tak ambil tahu menahu. Malu aku.

Sekarang ni, aku officially bukan dah pekerja di sana. Dah tak kerja lagi di sana dah. Pastinya aku akan merindui mereka yang aku dah kenal selama dua bulan. Aku harap, mereka yang kenal aku takkan melupakan aku. Walaupun, aku sekejap je di sana. Paling aku akan rindu adalah rutin harian kerja aku.Bangun pagi, mandi, solat then cabut pergi kerja. Sampai office, sembang dengan bibik cleaner dan duduk sebelah Pak Cik Deris baca paper. Tepat jam 0830, startlah ngadap komputer menaip. Buat PO, GRN, orderkan barang, approve requisition form, negotiated dengan supplier dan macam-macam lagi yang sangat memerlukan cara komunikasi yang advance. Dah masuk lunch, makan dekat cafe sebelah. Agak-agak berduit, makan kat Saujana sana. Petang sikit kerja dah kurang. Lepak-lepak dengan abang-abang yang selalu sakat aku. Then, tepat 1730, aku pulang. Dari Isnin sehingga Jumaat rutin aku macam tuh. Biarlah nak kata bosan ke hape. Tapi, aku suka dan pasti akan merindui. 

Sebak. Sedih.

Mungkin, kalau ada rezeki, kita pasti ketemu lagi. Kalau ada jodoh, pasti berjumpa kembali. Aku harap, mereka yang aku kenal dari company itu, takkan lupakan aku seperti aku takkan lupa kat dorang. Aku sayang sebenarnya nak blah dari company tu. Tapi, sebab nak completekan degree, kena jugalah. Aku sayang korang semua dan takkan lupakan pengalaman nih. Thanks for giving this opportunities for me to spend on during my semester break. It was worth a million tiring and exhausted hours though. I just love being where I was during the past two months. You guys really thought me a lot in handling the real life. A lot.

Gosh, sekarang pun dah merindui detik-detik itu. 
Terasa sampai ke tulang weh. 
Aku sayang korang dan aku akan ingat korang semua dari Admin Department terutamanya.
Sampai bila-bila.

Friday, July 15, 2011

Amarah!

Okay, aku tersangatlah bengang memandangkan apa yang aku dah penat-penat perah otak dan menulis, habis semua hilang sebegitu sahaja! I thought it has been saved! Turns out, bila aku nak edit sedikit sebanyak, dah tiada! Damn it!

Monday, July 4, 2011

Achievements in Desire or Achievements in Satisfying Peoples?

Aku sangat pasti, setiap orang pasti akan melalui di mana dilema untuk capai achievements kau sendiri or nak capai rasa puas hati terhadap semua orang, kan? Ye, semamangnya mestilahkan. Janganlah kau nak tipu-tipu. Kembang kempis dah ha hidung tuh. Well, aku admit aku pernah dan aku sangatlah tak tahu apa yang perlu aku letak as top priority until 'that one day'. Ye, memang kau fikir perasaan orang lain juga. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Tapi, until when? Until the day that you'll regret for not doing nothing? Until the day kau dah nampak orang lain punya life dah berjaya dan ada kerjaya yang gila hebat with a bunch of salary amount yang kau boleh capai dengan gaji setahun kau? Until kau sedar betapa bodohnya kau kerna tak ambil apa-apa actions dari mula or bila kau sedar, kau dah tiada kebahagiaan untuk diberi kepada yang tersayang?

Desire dan memuaskan hati orang lain memang berat bebannya. Sebab dua-dua kita put in a high consideration. Either nak puaskan hati sendiri or puaskan hati orang lain.

Cuba kau fikir dengan betul-betul. If kau puaskan desire kau, kau puaskan hati kau sendiri, orang mesti label kau as selfishkan? Dengan kata lain, kaulah yang jahatnya. Mesti orang lain juga tak mungkinlah akan jaga hati dan perasaan kau. Sedangkan, apa yang kau cuba buat tuh, ada agenda yang akan memberi benefits jugalah pada orang lain. Cuma, semuanya tersirat. Biasalah. Manusia. Apa yang dinampak, hanyalah yang zahir. Yang batin, langsung buat-buat buta. Sebab kau nak maju, kau pun lakukan perkara yang buat kau maju ke depan or achieved something. Kau sacrifice semua opinion or perasaan orang lain. Kalau pada aku, aku tak marah. Sebab, masa depan kau dan aku yakin, orang macam ini, is a go getter. Sentiasa maju. Bukan maksud aku orang sebegini tak fikirkan pandangan orang lain. Ada jugalah mempertimbangkan opinion orang lain. Cuma, mereka lebih yakin dengan apa yang mereka mahu lakukan.

Jikalau kau pilih untuk menjaga hati dan perasaan orang lain pula, orang akan label kau sebagai, baik hati dan memahami. Sebab nak semua fikir kau ni baik.Tapi bila pula kau nak capai kepentingan kau? You always put others as your top priority. Segala opinion, hati dan perasaan mereka yang kau risaukan. Sedangkan, apa yang kau nak buat, tak terbuat sebab nak menjaga hati dan perasaan mereka. Kau tahu yang benda kau nak buat tuh sangatlah penting. Tapi, sebab nak jaga hati dan perasaan orang lain, kau berkorban benda yang terpenting dalam hidup kau tuh. Cuba kau fikir, berbaloi ke kau buat macam tuh? Berkorban demi mereka yang tak pernah fikirkan kehendak kau. Sedangkan, mereka ada tak rela mengorbankan apa saja untuk kau. Sampai bila kau nak hold semua impian kau untuk puaskan hati orang lain? Kau sendiri, gembira ka?

Kalau ditanyakan pada aku, memang aku pentingkan desire aku, apa yang aku nak lakukan, hati dan perasaan aku. Biarlah orang nak kata aku selfish. Tapi, apa yang aku cuba buat aku tahu  untuk kebaikan orang lain juga. Benefits juga akan dirasai oleh mereka yang disayangi. Percayalah. Know what's your top priority and try to figure out what must to be put in high consideration and what must not be. Percayalah, kita manusia. Tak mampu nak memberi kesempurnaan ataupun memuaskan hati semua orang. Kadang-kadang, kita lupa, kita dah banyak berkorban untuk orang lain dan untuk diri kita, boleh dikira saja dengan jari. Cuma kita je yang tak sedar. Sudah-sudahlah tuh untuk berbuat baik pada orang lain. Berpada-padalah juga nak berbuat baik bila kemudian harinya, kau sendiri akan menyesal.


Wednesday, June 29, 2011

Mengumpat Pun, Biarlah Bertempatkan?

Aku tahu, aku dah lama tak post apa-apa entry.(padahal baru 2-3 hari jekan) Ye, karenanya, aku sedang berbusy dengan kerjaya. Ahaks. Career women katakan (bak kata Shedlah.) Even aku buat Purchasing Invoice kat company yang sememangnya dikenali ramai, ingat tak busy ke? Sangat ok. Plus, dengan closing lagi, payment lagi. Haaaa, hamik kau! Semua payment kena settlekan secepat mungkin. Awal-awal tak mau pulak, kan buat?

So, apa yang aku nak bercerita sekarang dalam post ni, adalah apa yang aku kurang berkenan / tak berkenan langsung dengan apa yang aku nampak dan dengar. Aku selalu ingatkan diri aku, biarlah berfikir dahulu sebelum bercakap or take any actions. Dengan kata lain, observe, think wisely (biar pun it takes a looong time.) then baru act. Lagi satu, aku dululah. Ini kes dululahkan, aku selalu fikir bahawa orang yang lagi berusia dari aku ini, semestinyalah lebih matang, berilmu dan lebih berpengalaman. Not only that, aku assume, everything yang dorang cakap do make senses. But, as day passes, baru aku perasan dan tersedar, tak kesemuanya seperti yang aku assume. Lain, memang lain. Kadang-kadang, ada apa yang muda lebih matang dari yang tua. Even yang tua itu banyak rasa asam garam hidup, doesn't mean kau tuh boleh pandang remeh/rendah terhadap yang muda. It's all about life. How we experience life. Itu yang mematangkan seseorang. Tambahan pula, setelah aku masuk alam bekerja (eceyh, padahal TEMPORARY jek.) lagilah. Haaa, even temporary stuff pun dan even aku bekerja dekat syarikat yang sememangnya dikenali ramai dan memang, memang, betul-betul aku maksudkan nih, di mana company penuh dengan kereta hebat-hebat gua cakap sama looo, tapi, perangai, tak semuanya betul, tak kesemuanya jujur, tulus, ikhlas dalam bekerja or baik. Aku serius ni. Bukan main-main. Even aku baru seminggu bekerja, nauzubillah. Macam-macam bos and workers yang aku kenal.

Look, tak bermaksud kau bos ke pekerja ke, tapi working in an environment where you keep on taking people for granted, talking shits about others, memang damn! Itu sangatlah durjana wei. Even orang yang buat tuh bergaji besar. Yang ini lagi-lagi pada races Melayu. Memang dah dijangkakan dah pun, Melayukan mudah lupa. Mahathir pun ada pernah kata, kan? Ye, bila dah naik pangkat, semua kerja diserahkan kepada yang pangkatnya kecil. Walaupun, itu sememangnya kerja dia. Ada ke pulak serahkan task kepada yang bergaji ciput nih? Yang si pangkat besar nih pulak dok buat apa? Haaaa, ajak drebar ke sana ke mari entah ke mana, bergayut, lepak di cafe'. Paling annoying bila dah masuk department, then complain kata penatlah, laparlah lepas tuh arah-arah orang ambilkan air sedangkan kau boleh saja buat sendiri dan tak usah kacau mereka yang bagai nak gila siapkan task-task mereka. Apa kau ingat datang kerja goyang kaki ke bro? Haaa, makan gaji buta namanya. Tak apalah, itu rezeki kaukan? Nafkah yang kau cari itu, setimpal tak dengan usaha kau bekerja? Setakat mengarah orang buatkan kerja kau, aku tak tahulah nak kata apa. Jawablah nanti pada Yang Maha Esa.

Ada pulak yang kerja dah bertimbun, bila nak sampai due date, barulah nak buat. Then, habis semua kerja yang patut juga disiapkan, which is task yang baru dapat, tertangguh. Haishh..Lepas tuh, bila gabra lebih, minta orang lain yang dah siap kerja sebab tak pernah nak tangguh-tangguh, buatkan untuk dia. Nak tolong boleh. Sekali dua, tak apalah. Dapat pulak kerja tuh tak kena dengan field kita, mati. Kau nak bagi juga? Haaa, tunjuk ajarnya tak mahu. Itulah, manusia. Nak kerja mudah, tapi bila salah, kita yang menolong ini yang dipersalahkan.

Tapi, paling aku tengok keraplahkan, co-workers or officemate akan mengumpat or mengata belakang sesama sendiri. Padahal, duduk bawah satu department tuh. Terkejut aku wei. Ada jugaklah kat office yang aku bajet semuanya well-educated, terjebak juga dalam kes mengumpat. Sedih. Kalau tak puas hati, cakap terus. Jangan membawa aib orang ke perbualan kau dengan orang lain. Even aku yang diam je kat office pun, naik rimas aku dengar. Sebab, desk aku memang bila masuk-masuk ja dah nampak. So, bila bergossip tuh, memang dekatlah dengan aku. Aku diam. Ye, berdiam sahaja sebab sedih. Paling sedih dan tak suka, ketika solat Zohor, tengah-tengah yang mereka ini nak mengadap Allah (dah bertelekung dan berdiri tegak sambil mengadap kiblat), boleh lagi nak mengumpat dengan rakan sekerja. Nasib aku dah habis solat. Kalau tak, confirm tak khusyuk. Aku pelik, pernah tak mereka fikir, di suatu tempat di mana kau seharusnya menenangkan hati dan fikiran kau, segala umpatan atau mengata belakang itu memang seharusnya ditinggalkan? Ada pernah sekali, aku dengar sekumpulan mengumpat, aku pandang saja. Merenung mereka tajam. Kemudian aku belah. Jelak aku.

Macam gini jelah, kau pernahkan baca buku yang berkenaan Working Ethics? Haaa, amalkan. Setiap apa yang kita lakukan, certain tuh ada etikanya. Lagi-lagi, etika bekerja. Walaupun aku baru seminggu bekerja, aku ambil berat tentang reputasi dan juga etika bekerja aku. Bukan nak bangga diri. Tapi, your image can be reflects when you bring yourself. Aku tahu apa yang patut dan tidak patut. Biarlah mereka gelar aku geek or nerd. Janji, aku tahu etika yang aku bawa, betul untuk aku bekerja.

Sudah. Aku dah macam ahli AJK Working Ethics dah. Mahu kah aku panggil Najib untuk bangkitkan isu ini? Pekerja makan gaji buta. Tak perlu dah rasuah. Hah, bagus.

Wednesday, June 15, 2011

Bagaikan Badai di Hati.

Wah, tajuk tak nak kalah gitu kan. Terasa macam novel punya tajuk jek. Hahahahah. Bagaikan Badai di Hati. Bhahahahahahah, aku sendiri nak tergelak. Okay, bukan apa. Sejak kebelakangan nih, aku rasa macam semuanya tak kena. Aku jadi less friendly, tak bercakap macam dulu dan memang tak keluar rumah. Aku pun tak tahu kenapa. Makin hari, I feel like soooooooooooo boring with my daily routine ni. Tapi, tak elok mengomel, mengeluh. Selagi boleh tolong apa yang patut dengan buat chores, tolonglah. Kan? Tapi, banyak yang aku rasa serba tak kena this lately. Bukan tuh aja, gaduh dengan kekasih memang sangat kerap. Kadang-kadang, aku sendiri tak tahu apa yang aku nak dalam life aku, dalam hubungan aku. Banyak yang aku fikir sebernanya this lately. Academics, feelings, thoughts dan juga segala perilaku aku yang lepas which I've committed tooooooooo much sins. Sampai, aku tak tahu either aku punya doa dan keampunan akan diterima oleh-Nya. ( Ya ampun, aku mohon padaMu, maafkanlah hambamu yang hina ini yang sentiasa ralat dan lupa padaMu.) Tapi, aku yakin InsyaAllah segala doa aku diterima-Nya. Allah Maha Pengampun. Sebab, aku tahu aku rongak dalam solat, semua jadi tak kena. If kekasih tak ingatkan aku, memang aku ralat. Walid aku, memang akan selalu juga tanya. Tapi, memandangkan full time aku di rumah keseorangan, memang macam skip sebab lalai dengan buat kerja rumah (penat sangat sampai tertidur) tak pun sebab tidur sampai tak hingat dunia. Aku tak rely semua kewajipan aku nih pada orang untuk remind. But, orang macam aku yang memang hina dan cetek dan jahil tentang agama memang kadang-kadang perlu juga ada reminder. Aku tak suka sebegini. Mungkin, benar kata orang. Ketika kita tengah 'bulan mengambang' benda-benda seperti itulah suka kacau. Dengan menyerabutkan kepala kita. Aku admit. Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh fikir dengan waras dan hati makin tenang setelah dah tamat tempoh 'bulan mengambang' aku :)