Showing posts with label blah. Show all posts
Showing posts with label blah. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Kelak Setelah Pemergian Aku.

Kelak setelah pemergian aku di muka bumi ini

Sejenak
Aku terasa dan kini yakin
Roh yang kini berada di dalam jasad aku ini
Pasti suatu hari kelak ditarik keluar.

Apakah yang akan terjadi pada diri ini setelah diseru keluar
Apabila telah disahut Sang Malaikat?
Apakah aku akan merayu untuk berhenti?
Mungkin tidak

Kelak setelah pemergian aku di muka bumi ini

Pastinya ada yang suka
Pastinya ada yang berduka
Pastinya ada yang tidak kisah

Tatkala aku masih hidup lagi
Banyak hati dan perasaaan yang cuba dijaga
Namun
Banyak juga yang telah terabai
Tanpa niat
Tanpa disengajakan
Tanpa diri ini sedari


Pabila telah aku tinggal pergi

Pasti
Tidak terbilang ramainya yang berasakan
Hilangnya beban yang sebegitu berat ditanggung bahu
Hilang sudah beban yang setelah kian lama yang terpaksa dipikul paksa rela
Kegembiraan terserlah
Hanya dengan ukiran senyuman di muka


Kelak setelah pemergian aku
Pabila telaku tinggal pergi


Mahupun
Segelintir mereka yang rela tangisi permegian aku?
Setelah banyak kenangan dan saat bersama ditabur sepanjang hidup
Setelah mungkin banyak bakti telah dicurahkan kepada mereka kenalan

Hanya dengan harpaan
Agar doa dari setiap insan dikenali dapat membantu roh ini bersemadi
Harapan agar doa dan bacaan Al-Fatiha sentiasa dikirimkan kepada roh yang telah pergi
Harapan doa menjadi teman kepada diri ini oleh mereka
Selain amalan aku yang hanya secebis


Kelak setelah pemergian aku
Tatkala tiadanya aku di sisi mereka yang disayangi dan menyayangi

Harapan dengan adanya kenangan bersama dapat dipupuk dan diingati senstiasa
Terutamanya kaum keluarga
Sahabat handai yang sentiasa aku bermesra
Kekasih yang sering mendukung diri ini
Tidak lupa kepada kenalan bersama


Tatkala pemergian aku kelak


Tidak sesekali aku mahunya
Dengar kata-kata
Dicaci, dihina dan dijadikan bahan umpatan dalam sesebuah perbualan
Segala perkara diungkit
Segala amalan diperbahaskan
Jangan pernah!


Pabila telah aku tinggal pergi

Apakah
Ramai yang akan gembira?
Ramai yang akan ketawa suka?
Ramai yang akan bersenang hati?
Tatkala pemergian aku ini kelak?


Kelak setelah pemergian aku

Tidak mahu sebarang cacat cela didengari di bawah lapisan tanah bumi
Tidak mahu sebarang perkara yang menanahkan telinga jasad ini berkumandang di muka bumi ini
Hanya menadah
Setinggi harapan dan belas kasihan untuk dikirimkan doa dan hidup semua terus berjalan dengan normal


Apa yang membuatkan aku terdetik memikirkan segalanya tentang pemergian aku di dunia fana ini.
Sejenak aku memikirkan, setelah beberapa minit sepertinya merasa nyawa ini bakal diseru.

Friday, November 26, 2010

Is it a bad thing?

Ermm, harituh aku ada baca satu entri di blog siapa entah. Lupa. Tapi yang pasti aku randomly ambil dari blog Kakaknya Aqeem. Ye, I'm a BIG FAN of her blog! Serius aku suka baca blog dia. Even berulang kali baca pun tak muak. Bukan sebab dia kakak kepada Sang Kekasih. Tetapi, blog dia ada isi yang boleh diambil sebagai panduan. Plus, suka tengok anaknya Umar Arjuna. Comel teramat sangat! Grrr.. Okay, back to the topic. Elok-elok aku tengah random untuk baca blog dari blog kakak Aqeem ni, tiba-tiba aku terdetik untuk baca satu blog yang entri dia memang menarik perhatian aku. Aku taklah ingat sebijik, sejebon macam dalam entri itu. Tapi aku just boleh explain according to my understanding.

Katanya, mentality orang sekarang makin tak matang. YE, KOLOT ka? Lebih kuranglah. Mana taknya. Seperti yang dibicara dalam blog itu, apa yang membuatkan mentality orang zaman sekarang nampak kurang matang / tak matang adalah kerana asal cakap saja hal kahwin di usia muda, mesti orang akan fikir bukan-bukan. Especially, if Si A ni cakap kat kawan-kawan dia " Aku nak kahwinlah dengan Abu." Dengan usianya yang baru 21. Kawan-kawan dia for sure pandang sinis sebab apa? Sebab mereka ingat kahwin awal ni sebab sangaplah ataupun dah gatal. Tapi bagi aku, TIDAK SAMA SEKALI. Kalau orang dahulu boleh berkahwin di usia muda malah dipandang dengan rasa hormat jikalau orang meminangnya di usia muda. Kalau boleh, tak habis SPM pun dah ajak kahwin. Sekarang ni, tak habis belajar university pun orang dah pertikaikan kenapa dah gatal sangat nak kahwin awal. Sedangkan, kita tahu, berkahwin tuh salah satu ibadah yang dituntut. Malah ianya perkara yang elok. Jadi, kenapa harus lambatkan perkara yang elok. Dalam Islam pun dah berkata " Jikalau anak anda diminta untuk dinikahi, maka seharusnya kedua ibubapa menikahkannya." Kan? So, it's not a big deal. Apa yang menjadikannya masalah adalah pandangan masyarakat yang suka fikir negatif. Asal kahwin muda saja, cakap mereka itu dah gatal tak pun mesti fikir bahawa kahwin sebab kena tangkap basah. Itu tidak benar, mak cik- mak cik. Tak semua yang kahwin awal itu kena tangkap basah ye. Sedangkan di negara Arab tuh, budak umur 10 tahun pun yang sedang berlegar-legar kat taman main degan kawan pun dah kahwin tanpa pengetahuannya tau. Itu kena tangkap basah ka? TIDAK! Tapi memang menjadi adat di sana.

Kahwin awal juga elok sebab elakkan dosa dan maksiat. Lainlah kalau orang tuh sanggup tanggung dosa then bertaubat right away dah buat dosa itu. Tapi kalau ajal dah tiba sebelum nak bertaubat, macam mana? Tambah lagi aku yang hanya manusia biasa ni. Memang tak lari dari buat dosa. Buat dosa then solat mesti mohon ampun. Tapi esok lusa, sama juga. Bila dah besar panjang, memang dosa pahala ini dititik beratkan. Ya, aku pun tidaklah sebaik mana. Berpimpin tangan juga, tengok wayang bersama juga. Tapi, Alhamdulillah masih tahu lagi batasnya. So, as for me memang kalau orang lain berbicara pasal kahwin aku suka. Kalau orang bertanyakan pada aku " Bila kau nak kahwin?" tak pun " Ang bila pulak Tasnim?". Aku mesti jawab, " InsyaAllah lagi 4 tahun kalau tak dak rintangan." Biarlah orang nak kata aku gatal ke hape. Tapi, apa yang kita cakapkan doa. So, aku amik apa yang aku cakap tuh as doa.Sedangkan aku dengan Kekasih pun sering juga berbicara pasal kahwin ini. Ye, jangan terover plan, kang tak menjadi, frust pula. Memang aku ingat. Tapi tidak salahkan plan dan disertakan dalam doa juga? InsyaAllah, Allah akan makbulkan apa yang kami hajati. AMIN.

 So, kepada mereka yang mentalitynya entah macam tak pernah fikir positif, sekali sekala tolonglah fikirkan sesuatu yang baik tak salah kalau mereka yang mahu berkahwin dalam usia yang muda. Asalkan mereka tahu tanggungjawab mereka dan berkemampuan, itu dah memadai. Kan? So, ayuh, kurangkan maksiat bersama. Eceyh, macam ustazah dah bunyi. Padahal tak sabar nak kahwin ni. 4 years more? InsyaAllah. Doakanlah kami ye. AMIN.