Tuesday, September 18, 2012

Hilangnya.

Kalau dulu, rasa lengkap.
Tapi, sekarang terasa hilang separuh.
Rasa diri ini tak lengkap.
Rasa diri ini sunyi, yang sebenarnya.

Hari demi hari, aku coba lalui dengan kental.
Tetapi, masih terasa kehilangan dalam diri.
Apa maknanya semua ini?

Hari demi hari memang sayu.
Tiada lagi gelak tawa, perasaan mahu berkelahi, perasaan dengki.
Rasa seperti zombie.
Tidak berperasaan tetapi kehilangan jiwa badan ini.

Ya Allah, 
Kembalikanlah segala kebahagiaan dalam hidupku.

Aamiin.

Monday, September 3, 2012

Pertumbuhan Usia?

Bergaduh dan berbaik semula
Salah faham dan terus terputus hubungan
Menafikan dan terus menafikan
Ego yang tiada tandingannya
Tidak berpuas hati dan berdiam diri
Sakit dan berkecai hati
Duka dan lara
Kemurungan dan kekecewaan
Jatuh ditimpa tangga dan ditimpa bertubi-tubi

Semua ini yang membuatkan diri seseorang itu bertambah kuat dan matang
Membuatkan seseorang itu makin teliti untuk menggunakan akalnya
Membuatkan seseorang itu berfikir sedalamnya sebelum membuat sebarang tindakan
Dan paling penting
Membuatkan seseorang itu menghargai semua mahupun sesiapa yang berada dikelilingnya

Kerana
Bila hilang semua
Pasti itiada lagi pengganti
Dan aku sejujurnya takut kehilangan mereka berkali-kali
Aku sayang dan aku akan menghargai kau orang semua
Janji aku kepada setiap seorang kenalan aku

Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Ghayeeee.

Assalammualaikum

Sihat semuanya? Ya Allah, rasa tersangat lama tak mengupdate blog ni. Ternyata aku dah kehabisan idea. Or, aku rasa tak semua aku patut menulis diblog ni, kan? Maybe, keeping it to myself lagi bagus kot. Huhuhu..











Di sini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya AdilFitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan. Jikanya ada salah silap yang mengguriskan hati anda, saya memohon jutaan maaf. Sempena bulan lebaran ini dengan harapan, dapatlah kita saling maaf memaafi dan enjoy dengan sepenuhnya tapi berpada-pada. Sekian.

Masih belum terlambat lagikan? Hey, lantaklah. Raya sebulan kooooooot. Peace yaw!

Monday, August 6, 2012

Zikir Terapi.



Kadang-kadang kita tidak tahu, dengan berzikir ia dapat memberi terapi yang baik pada diri kita. Seeloknya, berzikirlah sentiasa daripada bercakap kosong. Sesungguhnya, hati ini akan juga lembut dan bersih.

Friday, August 3, 2012

If that what I deserved, Alhamdulillah.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah result dah pun keluar. Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku cakap. Walaupun tak sehebat dan tidak seberapa, Alhamdulillah. Sebab apa yang aku expect, lebih teruk daripada yang aku dapat. Siapa tak rasa. Carrymark yang sangat teruk dan sangat rendah amongst all classmates kan? Tapi, Allah masih mendengar dan Alhamdulillah doa aku termakbul. ' Kurniakanlah aku kejayaan dan hindarkanlah diriku daripada kegagalan. ' Alhamdulillah. Sekarang, boleh aku practical dengan tenang. Ecewaaaaah :)

Owh, kepada mereka yang pointer striver, congrats. I'm so happy for you. Yang tidak dapai achievements daripada yang di aim, never mind. Can try better. Especially, for next semester and in your thesis. It's never too late. Never! So, jangan kecewa sangat because, pointer tak menunjukkan masa depan anda mahupun tahap kepandaian anda. Itu hanyalah segulung kertas. Percayalah, tinggi atau rendah pointer kita, sejak azali lagi Allah dah tentukan rezeki masing-masing. So, why do you need to bother or feeling gloomy dengan pointer anda yang tidak seberapa? Instead of risaukan masa depan di dunia, lebih baik risaukan masa kita dihadapkan pada Allah.

I was devastated juga because mostly my pointer was so-so (which means almost there) but still can grad upper second class jugalah. InysaAllah. Still, I put faith in it whereby, for next semester in my thesis. I'll try to make it a satisfaction for me.

Just, redha dan terima dengan apa yang telah Allah bagi. Ada sebabnya, ada hikmahnya. Mungkin, Allah tidak memberi lebih kerana takut hambaNya akan riak, takbur dan berasa selesa di atas kurniaannya. Dan, Allah memberi kurang daripada yang kita minta kerana Allah sayangkan kita. Mahukan kita sentiasa mendampingiNya. Allah sudah atur segala aturan hidup kita. Kita hanya pelru berusaha dan berdoa. Tapi, apa yang telah Allah beri, terima dengan seikhlas hati dan bersyukur. Pointer CGPA bukanlah bekalan hingga ke ahkhir hayat yang akan ditimbang di kemudian hari. Tetapi, ilmu yang akan melekat di otak itu dan yang diamalkan dan dikongsikan pada orang ramai itulah yang akan dihisab. Jadi, fikirkanlah. Usah menjadi hamba pointer.

Sunday, July 29, 2012

Pengamalan Surah Al-Waqiah.

Assalammualaikum,

Surah Al-Waqiah. Surah yang sering aku amalkan sejak daripada universiti lagi. Alhamdulillah, surah ini memang mujarab dan aku sendiri mengalami khasiatnya. Seperti yang telah tertera oleh Rasulullah baginda sendiri. Oleh itu, marilah amalkan bacaan surah Al-Waqiah ini. Bacalah setiap pagi selepas solat subuh. InsyaAllah, pintu rezeki anda akan terbuka luas dan mudah untuk menerima dan mendapat rezeki. Marilah kita baca khasiat yang terkandung jikalau pengamalan surah ini selalu.




Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

    Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
     
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.                                                                        


Friday, July 27, 2012

Pertanyaan, boleh?

Jikalau ada sesuatu yang membuat anda tertanya-tanya,
Tanyakan terus pada empunya badan.
Jangan sesekali membuat andaian kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
Bukan susah untuk bertanya.
Buka mulut dan bertanya.

Sebab, aku pernah dalam situasi begini.
Berdiam diri lantas membuat bermacam-macam spekulasi.
Akhirnya, diri ini yang akan menyesal.
Lagi-lagi kalau pasal hukum-hakam agama.
Jangan sesekali dibuat main.

Oh, tidak lupa juga hati dan perasaan seseorang.
Jangan didengarnya sebelah pihak,
Tapi bertanyakan juga kepada pihak yang anda rasa curiga itu.
Percayalah,
Kerana tanpa sebarang pertanyaan, segalanya akan celaru.
Dan bertambah salah faham.

Sekian.