Thursday, July 18, 2013

Telatah

Usia meninggi.
Kenalan pun, bilangan makin tinggi.

Pengalaman? 
Masih lagi cetek dek akal. Mungkin paras dada pun masih tak terkapai.
 
Tapi, yang pasti diri yang kian memahami.
Memahami sudah dengan telatah manusia.
Makin kenal, makin penat. 


Tapi, aku pasti. 
Semuanya ada alasan tersendiri yang sudah tersirat lamanya.
Wallahu'alam.

Berkata mengenai usia yang kian meninggi, dua puluh empat tahun.
Kalau orang lain mungkinlah masih muda.
Bukan untuk akulah, tapinya. 
Layi enam tahun nak menjangkau three series.

Pencapaian kini? Blurgghh..
Tak memberangsangkan. Semuanya masih in track cuma dalam se ure dan tak secure.

Tapi, apa yang berlaku mahupun bakal berlaku
Semuanya Lillahi Ta'ala. Dengan izin Allah jugalah 

Monday, March 11, 2013

A Friend

Hanya kerna emosi yang mengawal diri
Perangai menjadi-jadi

Bukan kerana perubahan hormon mahupun angin
Tetapi kau yang berubah menjadi orang asing

Apakah jenis kau yang dengki pabila diri ini berlegar dengan teman lain?
Apakah kau jenis yang mengapikan diri ini semasa ketiadaan aku dikalangan korang yang lain?

Mengaku sahajalah
Hati ini mungkin tidak terasa hingga mengeluarakan gelombang agar sekeliling merasa
Tetapi
Sepertinya berkecai ditumbuk, dipaku dan disiat-siat tanpa henti

Kenalan jenis apa kau ini?
Mahukan sial mengiringi kawan sendiri.

Ini memang membuatkan aku emo sial.

Hello

Kali pertama bertembung, menyapa pun malu
Kali kedua, ketiga dan angka kali selepasnya, bertubi sapaan diberi.

Hati riang, gembira dan terasa gah kerana dikenali
Rutin menyapa menjadi habit sesama diri

Hari bersilih ganti, masa berlalu dengan cepat
Lama kelamaan, terasa perkenalan ini sepertinya palat

Namun, pada awal lagi tidak mahu dicurahkan rasa begini. Lagi
Tapi, semakin hari mengenali
Semakin jelak terasa hati

Walaupun harapan menggunung tinggi
Masih tidak dapat membuang pergi rasa ini

Dengan harapan, satu hari harap kau tahu
Kita lebih baik tidak mengenali.


Saturday, February 16, 2013

Kemasukan March ?

Assalammu'alaikum.

Pengakhiran Februari sudah hampir. Tapi, penulisan blog? Errrrr, macam baru jek masuk 2013. What have I become? Ya Allah, sangatlah malas nak tulis dekat sini dah rasanya. Tapi, harini rasa macam nak pulok. Hiks. Suka tak suka tak? Wahahah.. Okay, annoying nak mampus!

Well, since dah nak masuk bulan March ni, boleh dikatakan banyak yang Alhamdulillah, terbaik terjadi dekat aku :) Bersyukur kehadrat Illahi dan pemberian Mu di atas segalanya. Terima kasih Ya Allah. Even tak dapat Euro Trip dengan Walid and lil bro. Tsk. I iz sad, frankly. But never mind. Allah knows best.

Apa yang terbaik terjadi? Alhamdulillah, sekarang ni aku dah bekerja. Even contract pun, Alhamdulillah dan aku mendoakan pada Mu, supaya aku di absorb (doakan saya juga ye kawan-kawan:). The contract is for 6 months period and the offer is quite goodlah. Yang bestnye, dekat dengan rumah. Itu pun dah mencukupi. So, no jam that I'll be stuck in sangatlah. Perhaps, ada. But, less compare to those yang kerja area Klang Valley or KL.

Lepas tuh, semalamkan, semua student Degree dah terima result masing-masing. Alhamdulillah Ya Allah atas keputusan aku. Aku tahu mana kelemahan dan keburukan aku dalam menempuh semester terakhir tu. Aku pun memang tak harap pun apa-apa. Yang aku tau, nak lulus ja. Tapi, Alhamdulillah. Berpuas hati. So, two of my 2013's aim dah tercapailah kot. Hiks. Cuma yang kerja tu jelah sebab tak confirm lagikan. But then, I'll take it as one of my achievements :)

Apa lagi eh?

Well, today I've met my bff. Perhhh, dah lama gila kot tak lepak dengan minah senget kesayangan aku ni!
Like seriously. Masing-masing been busy dengan life and urusan sendiri. So, Alhamdulillah I have a friend that really understand me very well. VERY WELL okay. Mark that. Such a quick catch up about each life. 

Apa lagi eh?

Well, went to Bangsar and had a great meal today from great stall. Lepas tu, ade grand opening one of the boutique dekat area situ. Selumber serbu. So, dapatlah door gift yang sumpah comel gila beserta lagu yang spontan dari mereka. How cool is that. The shop name is Too Cool For School. It's not a butik bajulah, but sort of skin product tulah. Macam facial foam, make up and bla bla bla.. Tapi, sumpah comel okay the packaging.

Ermm, what else? 

I think itu je kot. Hiks, sebab memang banyak gambar. Tapi, macam malas nak upload fulaks. Herherher..

That's all guys. See you soon, In shaa Allah :)

Assalam.


Sunday, January 6, 2013

2013, Day 6.

Assalamu'alaikum.

It has been 6 days for 2013. And what I've achieved by now? Errrrrrr, tamat sudah thesis? Yeah yearrrssss! Well well well.. 2013, a year that I'm looking forward. Seriously! A year that I'm hoping more to improve myself. A year that I expect more than before. A year that I'll challenge myself and marketing myself (to be hire ehh.). 

Alhamdulillah, my starting of 2013 was great and I did enjoy it to the fullest! But, tak semua akan bermula dengan baiknya. My uncle in Penang passed away on 1st Jan 2013. Yes, the first day of 2013. It was really sad. He was a great uncle and we were quite close. A uncle that always goofed around and make silly jokes. Pak cik yang suka sakat cucu sendiri and anak buah sendiri. So, cute! Adorable sangat arwah ni. Tapi, siapalah kitakan nak tentukan hidup dan mati seseorang. Allah Yang Maha Esa sahaja. 

Hari dia meninggal, memang ramai yang datang. From relatives yang jauh-jauh dan tak berapa kenal, baru kenal. Well, it shows sebenarnya betapa pentingnya kita wajib kenal sanak saudara, sepupu sepapat tak kiralah jauh or dekat. Dan paling penting, how your relationships dengan sesama manusia. Sebab, bila mati nanti, merekalah yang akan hadir or tidak ke kebumian kita. Yes, and it really buat aku sedar! Based on experience sendiri, aku tak deklah 'insurans sosial' yang baik sangat.Tapi, aku mencuba untuk buat dan jadi yang terbaik kepada kenalan sendiri. In shaa Allah.

Whatever it is, life must go on.

Well, looking forward for this year. And I don't know why I'm so excited. But, Alhamdulillah. The starting was awesome. Ramai kenalan baru dan lama yang dulu-dulu aku tak berapa rapat and now menjadi lebih rapat. Alhamdulillah. Banyak juga great news yang aku terima from friends. Rasa macam, a new me yang baru nak membangun. Teheeeee... Alhamdulillah. I did have the guts to re-build balik. Heuheuhue..


Oh, and I don't know why this year, I shift more to books. Am I turning into bookworms ke hape? Haha.. Everywhere I go, especially if ade Book Fair wajib membeli. Nampak sangat lack of knowledgekan? Hahaha.. Apa pun, good luck for you guys in this year. Let us pray for the very best that will happen to us. Aamiin.

Oh, lupa nak tanya. Does anyone know where to donate our stuffs ke Tabung Gaza. In terms of clothes semua itulah. Ada sesiapa tahu menahu tak? If yes, please do tell me eh? Terima kasih.

Sunday, December 30, 2012

Hey Ho, Lets Go 2013!

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, tamat sudah perang aku dalam Degree ni. Ehhh, belum lagilah. Sikit je lagi ni. Tapi, over all, bagi aku, dah tamatlah. Kiranya beban yang besar selama 5-6 months menanggung, dah terlepas dah. Fuuuuuuuhhhhh.. Leganyaaaaa! Alhamdulillah, the presentation was okay. Panels were supporting gila! But. itu yang paling aku takut. Yang supporting tulah takut nanti dia marks macam strict kan? In shaa Allah, hopefully marking pun supporting gaks. Aamiin :)

2013. Owhh, kau. Lagi beberapa hari je kau nak menjelangkan? 2012, pun bakal berakhir. Jadi, tutuplah buku tahun 2012 dan lupakan semua yang pahit. Yang manis disimpan dalam hati untuk diingati. Ecewaaaah, macma pantun pulokkan. 

Ada serba sedikitlah target 2012 yang aku dah capai, dan adalah yang belum. Boleh katakan, 50%-50% lah. Itulah, aim punya banyak, tapi yang tercapai beberapa ja. Heuheuheuheu.. Azam kemain besar kedabak. Usaha secoit ja. Biasalah dia tuuuuuu..

So, sekarang ni aku nak taruk aim sikit jek. Meh tengok akan tercapai akal aku dan kau ke idok. Macam biasalahkan, kita orang perempuan ni memanglah nafsunya banyak dalam nak bershopping. Eheeem, especially aku lah kot. Ke aku sorang je yang bernafsu besar gajah terhadap shopping? Well, well.. Tahun ni aku akan decreasekan nafsu aku. Di mana aku akan berjimat cermat dengan sebaiknya. Ye, aiming pertama haruslah kumpul duit. Ni kalau dah dok spend je, camno nak kawen den nanti? Harharharhar...

Tapi, kumpul memang kumpul. Hasrat nak membeli tetap hado. Nak camera Pentax Q10. Haaa, tempting pulok tengok camera tu. Tecit tomei jewwwww. Heh! Tapi, tak pak.. Kalau ada rezeki lebih, belilah. Kalau tak dan, redha. Eheeeem *padahal aiming dalam pala otak tuuu.

Then, lepas aku Degree which aku dah habis segala practical ni, aku nak pergi Girls Trip dengan girlfriendssss aku. In shaa Allah kalau jadilah. Doa banyak-banyak. Kang, masing-masing dah busy dengan commitment, nayalah tak dak masa bersama untuk diluangkan. Huhuhuhu..

Lepas tuh, aku nak kena dapat kerja before Marchlah.. Wajib wei... Kalau tak, menganggur aku. Camno nak dapat income lebih? Kan? At leastlah, kerja temp. pun jadilah. Kerja jugakan?

Lepas tu, paling last dan aku rasa macam takkan tercapai lah dalam tahun ni. Tapi, hopefully akan tercapai juga. Aku nak settle down akhir tahun ni. Ya, tak kiralah! Heuheuhueh.. Tak daklah. Ini aku aim sahaja. In shaa Allah. Kalau ada rezeki lebih, Alhamdulillah. Yalah, usia makin meningkat, kawan pun ramai yang dah settle downkan? So, terasa macam it's my time. Tapi, terserah. Semua tu planning sahaja. Allah yang tentukan. Tapiiiii, silalah doakan ya kalian untuk target 2013 aku ni, eh? 

You ollls, nampak tak target aku ni? Meh aku buat pesen numbering pulak.


  1. Kumpul duit. Kumpul duit. Buka bank kedua untuk tak disentuh.
  2. Pentax Q10.
  3. Dapatkan kerja selewatnya March, 2013.
  4. Girls Trip with the girlfriends.
  5. Settle down by the end of 2013. (In shaa Allah. At least ada ikatan pun dah kira tercapai juga aim ni.)
Haaa, tahun 2013, 5 targets ja aku taruk. Tak lebih. Serius. If aku dapat fulfil ini punya target, gua memang paling bahagialah. Wehuuuu.. In shaa Allah. Doakanlah yang terbaik ye untuk aku dalam tahun 2013 ini ye kawan-kawan.




G-Dragon & TOP.
Pakwa baru gua ni sistaaaaaah!


 * gambar di atas tiada kene mengena. Tapi, mereka comel sesomels! Bibir dua-dua seksi. Gewam angat! Wewewewewe.. Lempanglah aku. Sila. Tapi, suka juga depa. Sampai dah buat wallpaper laptop haaa. Fanatik pulakkan? Biasalah tuuuuuu...Orang kata jangan benci, lama-lama sayang. Kan dah terkena. Ewaaahhh..

Tuesday, December 25, 2012

minggu viva saya.

Assalamu'alaikum

Harini merupakan Hari Natal untuk orang Kristian. Kita orang Islam jangan gatal nak sambut eh. Jangan satu Malaysia sangat eh. Hohoho..

Well, counting the days for my VIVA presentation. Praying everything will go smoothly and fine! Aamiin. Cuak ni, tapi apakan daya, hati macam kering and batu gila sebab macam, tak rasa apa sangat. Dalam hati selalu dok berkata, " Uishhh, tak sabar nak habiskan Degree. Really, need to finish it immediately untuk cari kerja, kumpul duit dan kahwin.." Ewaaaaaah. But really. I do feel that way.

I'm trying my best to complete my Degree. After 28th December ni, In shaa Allah selesailah segala beban derita untuk semester terakhir ini. Heeee.. Really hoping so. Plus, year 2013 is just around the corner :) I'm welcoming it with a full heart and penuh dengan azam yang baru. In shaa Allah.

Yes, tahun 2012 memang bukan untuk aku. Banyak yang aku lalui dengan kepahitan. Eh? If total up kan semualah. Aku tak boleh salahkan takdir mahupun sesiapa. Mungkin ini yang telah dicatatkan oleh Yang Maha Esa. Allah lebih tahu dari hamba-NYA sendiri. Tak mengapa. Hati manusia, Allah yang pegang. Oleh itu, aku percaya, hati aku, Allah yang pegang dan Allah sudah aturkan dengan cantiknya. In shaa Allah. But then, adalah the sweets one maaa. Macam member baik aku dah bertunang! Yeays! *jealous ni! huaaaaa... nak juga. 

So, bukanlah totally sour jekan. But then, without the sours of life, takkanlah kita panggil ianya sebuah kehidupan. Kan? Okay, tinggalkan 2012 di belakang dengan redha ye. Heee :D Whatever it is, I'm praying for the very best for the year 2013. Semoga tahun 2013 merupakan tahun yang akan buat aku senyum seperti mana banyak yang aku telah bersedih dalam tahun 2012. :') In sha Allah.

Actually, I'm suppose to focus more on my thesis. But then, biasalah. Tak boleh nak duduk sekejap bontot ni. Ada ja benda nak buat. Maybe sebab dah lama gila tak hadap segala presentation semua, jadi macam malasnya nauzubillah. Haih. So, sampai di sini jelah ye rakan pembaca. 

Doakanlah yang terbaik dan dipermudahkan urusanku unutk semester terakhir ini, ya kalian. 

Terima kasih.



Haah, inilah aktiviti yang diambil cuti untuk VIVA kononnya. Makan dan makan.