Tuesday, September 18, 2012

Hilangnya.

Kalau dulu, rasa lengkap.
Tapi, sekarang terasa hilang separuh.
Rasa diri ini tak lengkap.
Rasa diri ini sunyi, yang sebenarnya.

Hari demi hari, aku coba lalui dengan kental.
Tetapi, masih terasa kehilangan dalam diri.
Apa maknanya semua ini?

Hari demi hari memang sayu.
Tiada lagi gelak tawa, perasaan mahu berkelahi, perasaan dengki.
Rasa seperti zombie.
Tidak berperasaan tetapi kehilangan jiwa badan ini.

Ya Allah, 
Kembalikanlah segala kebahagiaan dalam hidupku.

Aamiin.

Monday, September 3, 2012

Pertumbuhan Usia?

Bergaduh dan berbaik semula
Salah faham dan terus terputus hubungan
Menafikan dan terus menafikan
Ego yang tiada tandingannya
Tidak berpuas hati dan berdiam diri
Sakit dan berkecai hati
Duka dan lara
Kemurungan dan kekecewaan
Jatuh ditimpa tangga dan ditimpa bertubi-tubi

Semua ini yang membuatkan diri seseorang itu bertambah kuat dan matang
Membuatkan seseorang itu makin teliti untuk menggunakan akalnya
Membuatkan seseorang itu berfikir sedalamnya sebelum membuat sebarang tindakan
Dan paling penting
Membuatkan seseorang itu menghargai semua mahupun sesiapa yang berada dikelilingnya

Kerana
Bila hilang semua
Pasti itiada lagi pengganti
Dan aku sejujurnya takut kehilangan mereka berkali-kali
Aku sayang dan aku akan menghargai kau orang semua
Janji aku kepada setiap seorang kenalan aku